Thursday, 18 April 2024

Raya rumah bestie

Bismillah...

Kelmarin kitorang pergi beraya rumah Maddy. Pantas ye kita beraya haha sebabnya weekend bulan syawal ni sokmo la busy. Ada je halnya. 

Dah inform awal2 dah supaya pakai baju cantik2 sket nak snap gambar buat kenangan. Hihi.

Sebelum semua comot, baik ambil gambar dulu


Anak2 dengan mak2 pulak 😁

Datang beraya lebihnya nak bersembang je. Sambil kudap2 biskut raya. Sekali tuan rumah hidangkan menu VaVaVa haa. Daging dendeng Maddy memang terrrrbaek ohh. Boleh buat niaga tu. Sedapp sangat weh. Haha. Rugi la kalau pergi rumah maddy tapi tak makan menu special dia. Marbeles ngatt.

Tunggu giliran nak makan 😂

Tak sempat nak ambil gambar menu special. Maklumlah handbag mahal tu asyik kena gendong aje. Tak boleh diletak. Bila letak dia berbunyi, uwaaaaaaaaaaaaa. Ma'assalamah wa ilalliqa' la jawabnya.

Sabtu ni ada makan2 beraya lagi kat rumah Maddy. Dengan group Amway. Haha sakan nohh tapi masing2 bawa potluck la nanti. 

Ok next kita tunggu orang datang beraya rumah kita la pulak ye. Datang jangan tak datang taw. Kikiki.

Wallahu A'lam

Saturday, 30 March 2024

Iftar jama'ie 2024

Bismillah.. 

Plan asalnya kitorang nak balik KL pada Jumaat petang selepas suami habis kerja. Tapi tiba2 dapat short notice untuk iftar jama'ie kat sekolah Ziyad pada hari yang sama.

Memandangkan ni tahun pertama dia sekolah situ, saje la nak bagi dia merasa suasana berbuka beramai2 macam tu dengan kawan2 sekolah. So kitorang decide balik KL keesokan harinya seusai sahur sesudah subuh hehe.

Mulut penuh berusaha untuk senyum :P
  

Sedap nampak ðŸĪŠ

Hari Khamis tu pun dah iftar kat luar sebenarnya. Buka puasa dengan geng2 Amway kat rumah upline. Iftar versi potluck. Menu utama nasi minyak. Fuhhh memang terangkat. Haha. Tak masuk lagi dengan side dish yang lain.


Penangan kenyang terbawa2 sampai ke sahur 😂

Yang bestnya, baby Sumayyah boleh dikatakan behave la jugak untuk dua hari umi ayah iftar kat luar. Syukur Alhamdulillah 😄

Moga ukhuwah yang terbina berkekalan hingga ke syurga.

Wallahu A'lam

Sunday, 24 March 2024

Taklimat sekolah

Bismillah...

Semalam pergi sekolah Ziyad. Ada taklimat sikit dari guru kelas dia. Bagi tau tentang program sepanjang persekolahan untuk tahun 2024. Ada persatuan / kelab sekolah & boleh jugak join kelab yang dibawa dari luar. Agak terkejut ye bila suami bagi tau ada kelab kelas 😁 

Saya join dengar taklimat dalam kelas agak lewat sikit. Sekali tiba2 muallimah bagitau sekarang ni nak cari ketua & penolong dalam kalangan ibu bapa untuk hal ehwal kelas. Dan2 tu semua ibu bapa menundukkan muka kebawah ðŸĪĢ

Tangkap gambar dulu sebelum balik

Alhamdulillah nama kami tak dipetik oleh muallimah. Cukup2 la dulu je busy dengan program. Sekarang ni nak santai2 je tolong2 apa yang patut hehe.

Wallahu A'lam


Sunday, 17 March 2024

Perlu induce ke?

Bismillahirrahmaanirrahim...


Untuk kesekian kali... Berita perlu induce pada 18/01/2024 agak lah mendebarkan saya. Maklumlah kandungan sebelum2 ni semuanya ada tanda bersalin secara normal. Tiba-tiba kandungan kali ni doktor sarankan untuk induce sedangkan due date 22/01. Beza jarak 4 hari je dan saya optimis untuk kandungan kalini, insyaAllah akan ada tanda2 yang datang secara natural. Dengar perkataan 'induce' lebih mendebarkan berbanding 'natural contraction'...


--- Sejak dari itu, setiap kali selepas solat tak pernah tinggal doa supaya saya dapat bersalin sebelum tarikh 18/01, dapat tanda & dapat bersalin secara normal ---


17/01/2024


3.45am : Tengah lena dibuai mimpi, tiba2 terasa lenguh pinggang macam senggugut. Terjaga dari tidur, ingatkan nak sambung tidur je. Tapi memikirkan ini kandungan keempat, risau pulak terberanak dekat rumah 😅

4.00am : Keluar ke ruang tamu untuk cek barang2 yang perlu dibawa ke hospital. Kemas2 apa yang patut. Camtulah perempuan, nak bersalin pun fikir keadaan rumah yang bakal tidak diusik (untuk mengemas) sekurang2nya untuk 2 minggu. Kasi clear habis rumah supaya kita berpantang pun, dengan harapan insyaAllah takde lah rasa serabut mata sangat.

6.00am : Bersihkan diri dan solat subuh siap2 dekat rumah. Kemas baju anak3 incase umi lama dalam hospital tunggu proses nak bersalin, boleh drop anak2 kat rumah kawan.

6.30am : Bergerak ke hospital & whatsapp mama. Anak3 tunggu dalam kereta. 

7.30am : Ditolak ke labour room kerana bukaan sudah 6cm.

9.01am : Alhamdulillah keluarlah seorang puteri yang dinanti... Anak3 masih setia menunggu didalam kereta.


Harini sudah 2 bulan umurnya. Nama diberi Hannah Sumayyah binti Ahmad Yamin. Hannah, sempena nama isteri Imran merangkap ibu kepada maryam (ibu nabi Isa). Sumayyah, sempena nama wanita yang kuat imannya.

Umi doakan semoga Sumayyah sentiasa dibawah lindungan Allah, dipermudahkan segala urusan sepanjang hidup, dikurniakan iman yang tinggi. Moga menjadi anak solehah penyeri hidup umi ayah abang ziyad umar dan amru. Amin3 ya Rabbal 'Alam


Nota kaki : Alhamdulillah untuk anak keempat, suami dapat teman sekali dalam labour room. Saya dah bagitau dia tak perlu la teman, maklum lah anak3 masih kecik. Risau diorang tunggu lama. Syukur lah Ziyad & Umar pandai jaga Amru. Semuanya baik2 aja dalam kereta. Alhamdulillah.

2.00pm mak ayah saya sampai. Keesokan harinya, mula lah sesi berpantang tenang sehingga badan betul2 sihat :)

Wallahu A'lam

Monday, 11 March 2024

Hari pertama sesi persekolahan

Bismillahirrahmaanirrahiim...


Harini hari pertama Ziyad & Umar sekolah untuk sesi 2024/2025. Merasa la suasana baru, dapat kenal dengan cikgu2 baru, kawan2 baru...


Excited betul Umar nak sekolah 😄
         

Ziyad steady. Hantar dia pergi sekolah, kita tak risau sangat. Mungkin sebab anak sulung kot & tau insyaAllah dia cepat adapt dengan suasana baru.

Senyum :)

Yang risaunya bila fikir Umar ni nak masuk sekolah. Tapi bila ayah dia hantar pagi tadi, lain pulak jadinya. Ayah dia baru pass buku & tanya beberapa soalan kat cikgu kat depan pintu masuk. Sedar2 cari Umar, ehh hilang dah ehhh dah masuk kedalam. Tak sempat ayah dia nak tangkap gambar hahhaha. Umar2.


Umi doakan moga Allah permudahkan jalan buat Ziyad & Umar dalam menuntut ilmu. Moga sentiasa diterangkan hati. Dikelilingi dengan kawan2 yang baik tutur katanya, tinggi adab dan akhlak. Moga jadi anak2 yang soleh penyejuk hati umi ayah dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa.  Amin2 Ya Rabb ðŸĪē


Thursday, 14 April 2022

Yang ketiga :)

Bismillah....


13/02/22

3.30pm - Cakap kat suami.. Rasa macam dah start sakit2 pinggang ni.

4.00pm - Ada tragedi berlaku. menyebabkan saya hilang fokus pada sakit pinggang sampai kemalam


14/02/22

Tidur malam mimpi contraction sangat kerap. Saya pun confius adakah tu mimpi @ realiti. Sebab mengantuk + mamai.


5.40am - Rasa macam sakit contraction datang setiap setengah jam..Tapi tempoh sakitnya xlama. Terus bangun sempat buat solat tahajud. Doa moga urusan bersalin berjalan dengan pantas & lancar


6.15am - Sakit contraction datang setiap 3 @ 5 minit sekali. Tempoh sakit dalam 30 saat


6.45am - Bagitahu suami contraction makin kerap. Nekad nak ke hospital terus pagi tu.


7.30am - Sampai hospital cek bukaan dah 5cm


8.30am - Ditolak ke labour room. Sakit menggila mula terasa. Tak tau nak describe macam mana. Sampai je labour room, lepas pindah katil, nurse cek bukaan. Bukaan penuh. Tiba2 air ketuban pecah & rasa nak teran datang. Saya terus teran sekuat hati. Alhamdulillah kepala dah keluar. Tarik nafas seterusnya utk keluarkan badan baby pula


8.57am - Kedengaran tangisan baby yang sangat kuat. Kalah abang2nya hehe. Tiba2 nampak kelibat suami baru sampai ke labour room


Tiada ucapan lain meniti dibibir kecuali Alhamdulillah Allahu Akbar Alhamdulillah Alhamdulillah... Saya xboleh imagine ibu2 yang ada sampai 10 orang anak. Hebatnya mereka menanggung sakit bersalin.


Harini genap 2 bulan umurnya. Anak ketiga kami diberi nama, Ahmad Amru Suhayl bin Ahmad Yamin. Moga menjadi hamba Allah yang bertaqwa, penyeri hidup umi ayah didunia & akhirat


Nota kaki :

- Anak ketiga juga suami tak sempat tengok proses bersalin. Alhamdulillah dimudahkan urusan bersalin juga kalini


Wallahu A'lam

Wednesday, 9 December 2020

Calling2 tetibe ajak g pantai

Bismillah

Sape penah pegi Pantai Cempaka angkat tangan ! Pantai ni rupanya sebelum sampai ke Pantai Sepat. Area Kempadang dekat je. Dulu waktu duduk sana, boring2 je terus ke pantai. Sekarang dah jauh sikit, kita ke pantai Balok jela dekat sikit kiki.


Alaaa kononya nk letak video. Besar la plk saiz nye. Xleh upload. K la, lenkali jalan2 kena tangkap gambar la jugak nampak gayanya.


Wallahu A'lam