Monday, 8 December 2025

Umar Mumtaz

Bismillah...


Kelmarin tiba2 Umar selsema & batuk berkahak. Sebab pasang aircond & minum air sejuk manjang kot. Ummi dah risau sebab keesokan harinya ada Majlis Anugerah Prestasi Pasti & umar kena baca awal surah Al - Mulk, siap jadi solo rangkap pertama lagu anak soleh 😁


Pesan terus kat Umar... "Umar, kalau esok masih x ok, bila umar rasa cam nak sedut hingus / batuk time baca surah, jauhkan mic taw. Ummi risau satu dewan dengar benda yang xpatut 😆ðŸĪĢ


Tahun lepas dia 5 tahun, dapat Anugerah Pelajar Terbaik. Tahun ni 6 tahun, dapat Anugerah Mumtaz.


Tahniah Umar!


Mayyah pun ikut pergi hotel untuk tengok abang Umar :)


Umar dengan Cikgu Mala ^^

Terima kasih cikgu atas ilmu yang dicurahkan, banyak bagi peluang & pendedahan kepada Umar sepanjang kat Pasti. Moga Allah balas jasa cikgu2 semua dengan sebaik2 ganjaran ðŸĪē


Wallahu A'lam 


Tuesday, 25 November 2025

3 jam masak kat dapur

Bismillah...

Sis kalau masak kat dapur kurang satu jam memang satu pencapaian besar lah!

Sekarang ni standard masa duduk kat dapur tak 2 jam, 3 jam.

Situasi kat dapur...

Umi baru nak potong bawang, anak2 pun sibuk bukak peti ais cari apentah saya pun xpasti. Kalau ada buah dalam peti, time tu jugak lah nak suruh kita potong 💆

Baru nak menumis, anak2 sibuk nak tolong buka kan api dapur gas ðŸĪĶ

Baru nak masukkan bahan2 lain, anak2 sibuk nak tunjuk hasil ciptaan mainan diorang 💆

Baru nak tunggu masakan gelegak, anak2 sibuk nak tolong tutup api ðŸĪĶ

Ni baru 1 menu gaissss....

Tak masuk lagi time saya kat dapur jugak lah

"Ummi nak pinjam ni boleh?"
"Ummi nak makan biskut"
"Ummi nak air coklat"
"Ummi nak dokong"
"Ummi nak tido"
"Ummiii... Baby minum tumpahhh"

Ye. Saya sedar benda ni tak lama. Diorang kecik tak lama.

Tapi hakikatnya sekarang, saya duduk kat dapur lamaaa ðŸ˜Ŧ

Hmmm benda ni akan jadi kenangan yang akan dikenang tersenyum terkekek2 geli hati seorang diri ketika mana tiada lagi gigi jika panjang umur lagi ~

Wallahu A'lam

Sunday, 23 November 2025

Indoor Playground Kuantan

Bismillah...


Benda yang tak plan selalu menjadi kan. Hihi.


Pagi semalam tanya husband, nak bawak anak4 pergi mana ek? Skali husband kata "try tengok indoor playground kat Taman Tas".


Kita pun search la kat TikTok. Skali keluar la TenTen Indoor Playground Taman Tas, Kuantan. Ok settle part ni, cari pulak tempat breakfast sedap kat area situ. Tak ambil masa lama pun cari, jumpa jugak restoran yang pernah viral. So apa lagi, bersiap & terus bergerak lah kami ke destinasi.


Restoran Anjung Rasa, memang sedaplah masakannya. Kitorang order Mee rebus, lontong, roti canai... Ada umphh 👍 Sedap2. Perut dah kenyang, pergi beli barang dapur dulu sebab indoor playground tak buka lagi time tu.


Settle beli barang2 dapur, terus bergerak ke TenTen. Sebenarnya tak sangka ye dalam kedai ada playground camni. Bagus oh idea ni. Tak dapat tarik orang beli barang2 dia, dia tarik orang soh main dalam kedai dia ðŸĪĢ Bijak2.



Musim2 hujan. Jadi lah main kat sini je. Hehe

Wallahu A'lam

Wednesday, 23 April 2025

Birthday surprise!

Bismillah...


Untuk kesekian kali. Ku coretkan disini buat kenang-kenangan~


Boleh dikatakan setiap tahun, tepat 22 April memang berazam untuk menulis dan simpan gambar2 kat sini. Tapi kebiasaannya, keazaman tidak kesampaian 😂 Akhirnya terkubur saje gambar2 kek dll dalam phone memory. Sedih kan sob2 ;(


Jadi tahun ni, kita paksa diri masuk juga blog pada tarikh yang sentiasa ditunggu2 setiap tahun weeee~


Nak tengok sesuatu tak? 


Tadaaa!


Birthday flower bouquet yang comel sangattt! 😍

Terselit satu coklat disitu yippiii!

Cutieyyy! Umi nervous yaww hampir saja anak2 nak paw belon tu, bunga tu, bear tu, coklat tu. Selamat berjaya diselamatkan 😂


Tq to my husband. Pandai dia buat surprise. Ye ye je kata ada barang nak sampai rumah. Minta saya standby pukul 2 petang untuk ambil.


Husband saya ni memang kaki shopping online. Ada je barang dia sampai kat rumah. Lepas tu nak dijadikan cerita, ada tetamu nak datang rumah beraya pada hari lahir ku. Jadi memang tak ingat pun tarikh sebab busy uruskan rumah dan buat persediaan untuk memasak.


Long story short, loceng rumah berbunyi "ding dong ding dong". Saya minta Umar keluar ambilkan 'barang ayah'. Sekali Umar kata 'umi, dia nak umi ambil sendiri'.


Kabut la saya cari tudung. Keluar2 nampak orang tu tengah pegang flower bouquet kat luar pagar rumah. Dari jauh terus cakap "ehhhhh hahahhahaah ayah la niii!"


Ooo. Itu rupanya barang dia yang nak sampai pukul 2 petang! Hahaha sabar jela.


Anyways, tqsm selalu ingat tarikh2 penting walaupun kita la yang selalu lupa tarikh2 tu semua.


Alhamdulillah syukur kepada Allah yang masih memberiku kesempatan dan peluang untuk bernafas dan meneruskan hidup dimuka bumi ini.


Harapanku moga saki baki umur yang tinggal ini, dapat ku gunakan sebaik mungkin untuk menanam benih supaya dapat dituai di akhirat nanti.


Moga Allah sentiasa melindungi langkahku, permudahkan segala kesulitan yang kuhadapi, memberiku ketenangan dan kebahagiaan didunia dan diakhirat.

Amin...


Wallahu A'lam


Thursday, 18 April 2024

Raya rumah bestie

Bismillah...

Kelmarin kitorang pergi beraya rumah Maddy. Pantas ye kita beraya haha sebabnya weekend bulan syawal ni sokmo la busy. Ada je halnya. 

Dah inform awal2 dah supaya pakai baju cantik2 sket nak snap gambar buat kenangan. Hihi.

Sebelum semua comot, baik ambil gambar dulu


Anak2 dengan mak2 pulak 😁

Datang beraya lebihnya nak bersembang je. Sambil kudap2 biskut raya. Sekali tuan rumah hidangkan menu VaVaVa haa. Daging dendeng Maddy memang terrrrbaek ohh. Boleh buat niaga tu. Sedapp sangat weh. Haha. Rugi la kalau pergi rumah maddy tapi tak makan menu special dia. Marbeles ngatt.

Tunggu giliran nak makan 😂

Tak sempat nak ambil gambar menu special. Maklumlah handbag mahal tu asyik kena gendong aje. Tak boleh diletak. Bila letak dia berbunyi, uwaaaaaaaaaaaaa. Ma'assalamah wa ilalliqa' la jawabnya.

Sabtu ni ada makan2 beraya lagi kat rumah Maddy. Dengan group Amway. Haha sakan nohh tapi masing2 bawa potluck la nanti. 

Ok next kita tunggu orang datang beraya rumah kita la pulak ye. Datang jangan tak datang taw. Kikiki.

Wallahu A'lam

Saturday, 30 March 2024

Iftar jama'ie 2024

Bismillah.. 

Plan asalnya kitorang nak balik KL pada Jumaat petang selepas suami habis kerja. Tapi tiba2 dapat short notice untuk iftar jama'ie kat sekolah Ziyad pada hari yang sama.

Memandangkan ni tahun pertama dia sekolah situ, saje la nak bagi dia merasa suasana berbuka beramai2 macam tu dengan kawan2 sekolah. So kitorang decide balik KL keesokan harinya seusai sahur sesudah subuh hehe.

Mulut penuh berusaha untuk senyum :P
  

Sedap nampak ðŸĪŠ

Hari Khamis tu pun dah iftar kat luar sebenarnya. Buka puasa dengan geng2 Amway kat rumah upline. Iftar versi potluck. Menu utama nasi minyak. Fuhhh memang terangkat. Haha. Tak masuk lagi dengan side dish yang lain.


Penangan kenyang terbawa2 sampai ke sahur 😂

Yang bestnya, baby Sumayyah boleh dikatakan behave la jugak untuk dua hari umi ayah iftar kat luar. Syukur Alhamdulillah 😄

Moga ukhuwah yang terbina berkekalan hingga ke syurga.

Wallahu A'lam

Sunday, 24 March 2024

Taklimat sekolah

Bismillah...

Semalam pergi sekolah Ziyad. Ada taklimat sikit dari guru kelas dia. Bagi tau tentang program sepanjang persekolahan untuk tahun 2024. Ada persatuan / kelab sekolah & boleh jugak join kelab yang dibawa dari luar. Agak terkejut ye bila suami bagi tau ada kelab kelas 😁 

Saya join dengar taklimat dalam kelas agak lewat sikit. Sekali tiba2 muallimah bagitau sekarang ni nak cari ketua & penolong dalam kalangan ibu bapa untuk hal ehwal kelas. Dan2 tu semua ibu bapa menundukkan muka kebawah ðŸĪĢ

Tangkap gambar dulu sebelum balik

Alhamdulillah nama kami tak dipetik oleh muallimah. Cukup2 la dulu je busy dengan program. Sekarang ni nak santai2 je tolong2 apa yang patut hehe.

Wallahu A'lam