Thursday 20 December 2018

Jalan Jalan ke Johor Bahru


Weekend baru ni pergi Johor Bahru sebab nak jumpa seseorang untuk share marketing plan Amway. Memang best la duduk Johor. Layanan mak pak sedara, sepupu sepapat sangat Osem ! Sampai kan time nak balik tu, kami yang datang ziarah ni pulak yang dapat buah tangan. Takde la buah sangat. Suami dapat kain pelekat, saya dapat kain pasang untuk buat baju kurung. Sedangkan waktu kami datang tu, takde pun bagi buah tangan kat tuan rumah. Terlupa habis. Rasa maluuuu sangat. NEXT TIME JANGAN LUPA OK !

Alang2 pergi JB, teringat kawan Maahad dulu, 11 tahun kami tak jumpa. Sejak dapat result SPM, tak pernah jumpa. Semua bawa haluan masing-masing. Oleh sebab saya dah kat JB, terus la singgah ziarah rumah Syahida. Waktu kami nak balik, dia bagi ziyad duit raya + kudap2an. Waaaa yang ni pun segan sebab kami lupa juga nak bawak buah tangan untuk tuan rumah. Bila 'bawa buah tangan' tak dijadikan habit, inilah jadinya. Lupa lupa lupa. NEXT TIME PLEASE JANGAN LUPA !

Crown Ambassador :)

Tengah menikmati pemandangan indah

Sampai je kat Muadzam Shah, keesokannya suami nak bayar bil air. Elok dah sampai kaunter nak bayar, tiba-tiba pegawai tu cakap 'takpe encik saya dah bayarkan bil encik. Takpelah ni untuk bekal saya kat SANA nanti'.... Terkedu terus suami. Terima kasih encik terima kasih.

Alkisahnya haritu suami memang nak bayar bil air. Tapi bila sampai kat kaunter, bukak wallet, kosong. Sebab duit dia tertinggal kat rumah. Dalam pada cek2 wallet tu, cakap kat pegawai tu 'alamak saya bayar bil nanti la ye'. Pastu terus keluar. Time ni la pegawai yang baik hati tu bayarkan.

SubhanAllah baiknyaaa hati orang sekeliling saya ni. Jazaakumullahu khairan kathira. Moga Allah memberi ganjaran yang lebih baik untuk kalian semua. Amin Ya Rabbal 'Alamin

Wallahu A'lam

Hargai 2 nikmat ini


Tadi lepas solat Maghrib, suami bagi tazkirah sikit. Tentang 2 nikmat yang kita selalu lupa iaitu nikmat MASA & nikmat SIHAT. Kadang kita tak sedar dua nikmat besar ni sehinggakan kita ambil mudah dgn keduanya.

Tentang masa, sbg pekerja y bekerja 8 - 5, byk menghabiskan masa kat ofis/tmpt kerja. Persoalannya, adakah masa kosong kat tmpt kerja tu kita gunakan utk mengingati Allah?

Allah sndri bersumpah didalam al-quran, Surah Al 'Asr. Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dlm kerugiaan. Kecuali mereka y beriman, beramal soleh, saling menasihati untuk kebenaran & saling menasihati untuk kesabaran.

Jadi adakah kita tergolong dlm golongan yang menggunakan masa sebaik mgkn? Tepuk dada tanya iman. InsyaAllah masih tak terlewat kita memperbetulkan niat & guna masa yang ada sebaik mgkn untuk mengaut keuntungan didunia & lbh penting  keuntungan diakhirat.

Masuk kerja, petik suis komputer, niat terus 'sahaja aku bekerja kerana Allah ta'ala'.. Terus pekerjaan awak satu hari tu dikira ibadah. Basuh pinggan, niat kerana Allah, terus bnda tu jd ibadah.Senang nak kaut pahala senanya.

Peringatan buat kami utamanya :)

Wallahu A'lam

Friday 14 December 2018

Rezeki tak salah alamat


Tadi tengok tv rancangan ulangan Tazkirah Malam Jumaat. Tajuknya rezeki tak salah alamat.

Antara rumusan yang saya dapat...

Duit KITA, belum tentu rezeki KITA. Ya memang tu duit kita, tapi akhirnya duit tu kita sedekah ke fakir miskin. Jadinya, duit KITA, tapi rezeki FAKIR MISKIN.

Rezeki ni sebenarnya tidak diukur dari segi harta semata. Orang miskin, tapi dikurniakan rezeki sihat tubuh badan. Orang miskin, tapi rezeki mereka dikurniakan anak yang ramai. Orang susah, rezeki mereka dikurniakan jiwa yang tenang & lapang.

Kita selalu beranggapan rezeki kita disailang oleh pihak ketiga. Hakikatnya, rezeki kita terhalang kerana dosa2 yang dilakukan berulang2 kali. Tapi kita tak sedar kan benda ni.

Jadinya, sebelum kita tuding jari salahkan sesiapa, baik tuding jari kearah diri sendiri. Cek balik dosa apa yang kita dah buat.

Kadang Allah tarik nikmat yang sedikit untuk melihat perkataan pertama yang terpacul keluar dari mulut kita. Adakah caci maki ataupun istighfar mengingati Allah. Allah tarik yang sedikit untuk berikan satu nikmat yang lebih besar.

#kempenjomjagalidahmasingmasing

Wallahu A'lam

Friday 19 October 2018

Mengundang kebahagiaan dengan meninggalkan maksiat


Kenapa rumah tangga tak bahagia? Sebelum kahwin, rasa tak bahagia. Dah kahwin ada suami, tak bahagia jugak. Ada anak, ada mak mertua, kaya, tapi masih tak bahagia? Kenapa hati tak tenang?

Puncanya kerana kita mengundang dan masih melakukan maksiat. Maksiat mata, maksiat telinga, maksiat tangan, maksiat hati, mulut seluruh anggota. Terus menerus melakukan maksiat. Sebab tu kita tak bahagia.

Jadi kalau kita nak bahagia, tinggalkan maksiat.

- Ustaz Kazim Elias -

Wallahu A'lam


Monday 13 August 2018

130818. Nombor apa ni?


Seusai solat maghrib berjemaah, kami keluar ke kedai nak beli barang dapur. Tengah2 bawak kereta...

» Eh moon
> Haa? Mun(mama)? Mana?
» Haah tuu kat depan tu, moon. bulan.
> Oh moon bulan. ingat mama. Tu pelik asal pulak mama ada kat sini. Haha.
» Haha. Hatoyy...
> Sekarang ni kalau dalam islam kita dah masuk hari baru kan? Tarikh baru.
» Haah. Sebab maghrib kan
> So... Happy anniversary sayang. Dah dua tahun kita kahwin.

I'm speechless ! How could I forget our wedding anniversary. Terus cakap kat suami, well i've a lot of thing to think and to take care of. Haha. Alasan !

Sekejapnya masa berlalu. Bukan saya sorang je rasa. Semua orang rasa benda yang sama. So, do the best in your life while you can. Because life is too sweet,  just like chocolates :D



Happy 2nd anniversary my handsome hubby !

Sorry for the mountain mistakes i've done to you. Still in progress to improve myself to be a good wife to you, a good mother to Ziyad, a good daughter to our parents and a humble servant of Allah s.w.t. Do pray for me.

Many many thankssss to everything, everything and everythinggg !

Love you to infinity and beyond. Let's strive hard towards Jannah !

Your cute wife,
13/08/18.

Wallahu A'lam

Wednesday 8 August 2018

Kereta comel tak berbunyi


IKEA dan kami seperti pasaraya JJ mahupun Giant mahupun Eon Big mahupun Pasaraya Pantai Selamat mahupun Sakan. Punyala kamcing. Cengginikaw.

Hari tu beli mainan kat IKEA. Nampak comel. Terbeli pulak. Kuang kuang kuang. Kereta ni bila gerak, memang smooth tak berbunyi langsung. 

Cute kan. Dapat 3 bijik

Korang kalau ada beli kereta ni, jangan lupa hashtag keretacomeltakberbunyi.

Wallahu A'lam

Wednesday 25 July 2018

Ijlis bina nu'min saa'ah


Masjid Tengku Ampuan Afzan ni makin best pulak rasanya. Binatang terbang2 tu dah berhijrah. Awal2 dulu rasa seriau nak solat kat sini sebab banyak binatang tu. Besar2 tau, boleh tahan sado. Tapi semenjak dua menjak ni pergi, tiga kali saya perasan, binatang terbang udah enggak ada. Berhijrah kemana agaknya. Saya tidak mau tau.

Alhamdulillah.

Ohh lagi satu yang best. Imam dia suara lunaks. Lepas solat isyak, imam akan baca satu atau dua ayat alquran. Diikuti makmum. Kemudian baca makna dalam bahasa melayu. Baru orang faham. Saya suka saya suka.

Wallahu A'lam

Sistem makin superb bin duperb


Minggu lepas hantar ummi & abah pergi masjid KLIA. Alhamdulillah mereka dapat panggilan haji tahun ni. Semua jemaah kena berkumpul kat bangunan tepi masjid tu. Dari apa yang saya nampak, sistem sekarang makin mantap la. Mula2 punya la penuh kawasan tu. Maklumlah yang mengirignya satu bas, yang perginya dua orang. Tapi sikit sikit orang mula beransur pergi. Tiba tiba lengang kawasan tu. Memang bagus.

Doakan la saya dan suami dapat menunaikan haji diusia muda. Hihi. Duapulohandikiramudalagikeadehhh

Wallahu A'lam

Wednesday 11 July 2018

How to put him on weight? Anyone?


Wehuuu.. We just came back from KKIA. 

You know what. I've tried sooo many things just to make sure his weight keep rising. Unfortunately starting from 5th to 7th months, his weight static. No movement at all. Subsecuently, today (two weeks after the last check up), I need to go back to KKIA to check on it. Alhamdulillah, his weight seems slightly increasing and that makes me happy. 

Ohh baby please eat well and drink well. 

Or else I need to drive you alone to KKIA every month. Ohh baby. I dont want to.

Wallahu A'lam

Saturday 7 July 2018

Open house lagiii :)


Semalam pergi beraya kat rumah staff hospital,PPF. Tapi as ususal, sampai je kat rumah tu, tengah sembang2 tiba tiba dengar suara budak menangis.

I know that voice. Who else kalau bukan ziyad >_< Intro pengenalan memang macam tu. Kena tunggu lama sikit, biar dia scan orang sekeliling dulu, dah kenal baru ok. 

 Dah namanya rumah terbuka, memang ku bukakan seluas luasnya ruang perut. Hampir semuanya saya bedal. Nasi tambah sampai dua kali. Sedapnya. Fuhh...

perut kenyang jiwa lapang

Terima kasih tuan rumah sudi jemput kami. Moga Allah melipat gandakan rezeki kalian.

Wallahu A'lam

Tuesday 3 July 2018

Jalan jalan dimalam hari


Tengah kemas kemas dapur tiba2 suami ajak jalan kat luar area taman perumahan. Katanya 'sejukkk kat luar. Macam aircond'. So apa lagi, bersiap la sarung jubah. Budak yang berseluar pendek tu terpaksa pakai seluar tu sebab tu je yang tinggal (>D<) Yang lain sedang basuh. Haha kasihan sungguh. 

Best betul angin desa. Nyaman. Next time jalan jalan lagi yeh.

 Senyum :)

Wallahu A'lam

Monday 2 July 2018

It's true !


I feel sooo impressed. 

She sent her daughter studied oversea with educational fee + cost of living achieved almost Rm1,000,000 and she just pay them by cash !

MasyaAllah

It was a monthly bonus The Company pay her.

You tell me is there any other companies are able to give you a blank cheque, and you ! Yes you ! Can put any amount on that cheque for your own used?

You just tell me. 

Wallahu A'lam

Saturday 30 June 2018

Rumah terbuka


Petang tadi ada open house kat Klang. Best betul beraya. Haha. Makan tak hengat dunia. Dan sebenarnya yang best bila balik kampung (eh balik bandar la kami), saya ada raaaaamai abam2 hakak2 uncle2 aunty2 nanny granny yang willingly nak jaga dan main dengan Ziyad. Ziyad seronok main. Ummi beronok ronok makan dan bersenang lenang.

Freedom ! Hihi. Bagi la can. Pleaseee :D

Wallahu A'lam


Ketagihan overdose


Coklat memang boleh buat orang jadi ketagih eh? Asal makan je, mesti kena ngulang makan lagi dan lagi. Susah betul nak berhenti. Sirius.

Saya rasa kalau ada orang bagi saya sebalang coklat, mau naik tonsil saya sebab seharian dok ngadap tu je :D

Wallahu A'lam

Saturday 26 May 2018

Buka puasa bersama graduan Mansoura


Assalamualaikum w.b.t

Wahhh lamanya tak menaip. Blog usangku apa khabar? Sihat kah dikau? Sakit kah dikau? Huhuu. Rindu !

Semalam saya antara yang ber reunion dengan geng2 farmasi yang belajar kat Mesir dulu >_<

Kawan kak fana = My friend
Kawan suami = My friend also
Kesimpulannya memang saya kenal je dengan diorang semua. Haha.

Kitorang bukak puasa dekat Absolute Thai nun kat Ikea Cheras. Dekat je dengan rumah. Mula mula tu bukak puasa simple2 dulu kat rumah (makan nasi mandy. ups), pastu pukul 7.25pm baru gerak ke Ikea. Kitorg sampai dalam pukul 8.00pm memang just nice terserempak dengan yang lain2 kat luar restoran.

Takde gambar makanan. Hihihi

Senyum la perut kenyang :D

Tomyam dia memang rasa Thailand asli. Haha. Dengan podehnya Torbaikkk.

Makan punya makan punya makan, pukul 10.00pm saya dan suami dan si kecik ni pegi la pulak Ikea beli almari kaca sebab nanti nak guna untuk pamerkan produk jualan kami. Hihu.

Pukul 11.00pm balik rumah. Sekejap naw soping kan. Maklumlah dah larut malam kena la pulang. Time to sleep.

Semoga kita berjumpa lagi. Sayonara.

Wallahu A'lam