Monday 20 January 2014

Kisah kami :)


Jengka....

Antara saya dan kawan-kawan serumah....Terlalu banyak kisah manis kami lalui bersama. Ya. Kisah manis. Kalau boleh saya katakan, tiada langsung kisah duka saya lalui sepanjang saya duduk serumah dengan mereka. Semua aktiviti, kami lakukan bersama. Mengejar bas bersama ketika masih lagi tiada kereta, bermain di padang waktu tengahari & petang bersama, pergi U-Mart mencari ayam paling besar bersama, memasak bersama, mengemas bersama, jogging bersama dan terrrlalu banyak aktiviti yang kami lakukan....bersama.

Teringat satu kisah yang menggelikan hati ini. Waktu itu, rumah kami dilabel 'zon merah'. Zon didalam bahaya kerana rumah kami dihurung dan diserang oleh sebatalion askar semut. Dimana-mana ceruk mesti ada polis bantuan semut. Yang sentiasa mengawasi kami siang dan malam. Didalam bilik (dicelah-celah mozek lantai & didalam bateri laptop mereka membuat sarang). Didapur (melalui pintu dapur & sepanjang jalan hingga ke ruang tamu mereka berbaris dan berkawad kaki). Didalam tandas (bila suis lampu dipetik, hujan semut turun jatuh mencurah-curah). Ya ! Memang eeeeee....Amat dan sangat menggelikan ! 

* Rescue nine nine one tiba *

Suatu hari kami membuat keputusan untuk menghalau semua semut keluar dari rumah. Kami sedaya upaya cuba mengesan jejak langkah askar semut. Jejak mereka kami ikut bermula dari pintu dapur, menghala ke ruang tamu, belok ke arah almari Fuza, lalu dicelah-celah langsir, dan.....................yeah. Akhirnya kami berjaya mengesan punca tentera-tentera semut datang bertandang ke rumah kami. 

Semuanya gara-gara biskut chipsmore dan maggi didalam kotak makanan kawan saya. Semut-semut itu sedaya upaya mengigit plastik biskut chipsmore dan meninggalkan kesan gigitan pada biskut (biskut tinggal separuh siap ada bekas gigitan bergerigi). Mereka juga bertungkus lumus menggigit plastik maggi kawan saya dan makan beramai-ramai (tanpa mengusik sedikit pun rencah kari, macam tau tau je pedas). Haha. Dahsyat sungguh semut Jengka. Lepas halau semua semut, terus letak racun semut sekeliling rumah dan memang terbukti. Amat berkesan ! Lama juga tak bersua dengan semut selepas itu.

Selalunya tiap-tiap malam, ada je cerita yang nak disembangkan. Kalau dah bersembang tu, sorang bukak cerita, berjela-jela dan akan ada je orang yang akan menyambung cerita yang sama. Haha tukang karut memang nombor satu. Tapi memang best. Tak kering gusi lah orang kata :D

Apa-apa pun, overall saya paling suka belajar di Jengka ! Hehe. Sangat sangat sangat bestttt.

Kepada kawan-kawan saya ucapkan semoga semuanya berjaya dengan cemerlang terbilang dan gemilang untuk didunia ini dan diakhirat. All the best friends ! Uhibbukum fillah wa daaiman abadan abada !

~ Orang mesti rindu korang semua. Korang memang best !

Wallahu A'lam

selamatkan ia !

Assalamualaikum W.B.T

Wahhh lamanya rasa tak buka blog. Hehe...

Tadi berlaku satu kejadian yang membuatkan saya krukk krukk...krukk krukkk ding dong bell sampai sekarang.

---> Dalam perjalanan pulang dari Putrajaya, kami menggunakan lebuhraya MRR2 untuk pergi ke Pekeliling. Waktu tiba di persimpangan jalan, kami ternampak kepulan asap hitam pekat yang begitu tebal dihadapan. Kami jangka pasti ada kemalangan antara kereta @ motor @ enjin terbakar dan macam-macam lagi andaian yang diutarakan. Siren bomba kedengaran dengan begitu kuat datang dari arah belakang. Semua kereta bergerak ketepi memberi laluan kepada bomba supaya cepat sampai ketempat kejadian.

---> Tatkala tiba dikawasan berkenaan, kami melihat kepulan asap semakin tebal. Anehnya... Jangkaan kami yang pada awalnya, berteka-teki sesama sendiri, meleset dan melencong jauh sekali. Bukan kereta, bukan motor, bukan lori, bukan enjin, bukan tikar yang terbakar.

Rupa-rupanya yang terbakar itu adalah buah oren !

Beratus-ratus buah oren tergolek-golek diatas jalan raya dan berapi ! Api dia bukan calang-calang besar. Kepulan asap hitam pekat terhasil dari buah oren !

Persoalannya. Adakah ada benda lain yang terselindung disebalik buah oren? Hehehe....

Justttt wondering ~

Wallahu A'lam