Tuesday 26 June 2012

syahrul imtihan


Al imtihan qariib....hayya nuraji' addurus ma'an. hehe testing testing. kepada sesiapa yang ambil subjek arab sebagai allughah thalithah, mesti faham kan. terlebih lebih faham :)
Hari ini tak nak cakap banyak. Cuma nak mengingatkan kawan-kawan, perbanyakkanlah baca surah penerang hati. Moga bukan saja hati malah minda kita pun terang supaya mudah meresap dan memahani ilmu yang kita belajar.

Firman Allah S.W.T :  " sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap "
 ( Al-Insyirah : 6 - 8 )

Study Hard & Smart + Trust In ALLAH = You Can Do It !!

Bittaufiq Wan Najah Fil Imtihan !

Wallahu A'lam

Wednesday 6 June 2012

alkisah sang semut 1 dan semut 2

Beware of this jari wahai semut sekalian !
Atas permintaan seorang kawan yang begitu aktif dan tidak boleh duduk diam, saya dipaksa menceritakan tentang riwayat hidupnya di satu tempat yang tidak asing lagi, jengka ! ya jengka. itulah tempat beliau memelihara, menternak, dan bermanja dengan binatang. Dan ditempat itu jugalah hati beliau mula berjinak-jinak untuk menjadi cair macam ais tatkala melihat 'super semut' yang sentiasa menjadi igauan, idola dan pujaan hati.

Para pembaca yang budiman dan setia nak tau tak apa binatang kesayangan beliau? An naml. atau kata nama lainnya semut !Pantang nampak semut, tangan beliau begitu pantas membelai semut dengan lemah lembut sehingga nazak. oh sungguh penyayang bukan? Walau ditegah berulang ulang kali, masih juga tiada perubahan.Walau dibrain wash setiap hari, masih tiada pembaharuan. Dan walau diceritakan kisah semut kepada beliau, tetap juga tiada perubahan. Oleh itu saya sarankan agar semut semut diluar sana supaya lebih berhati-hati ketika melintasi atau melalui sesuatu kawasan yang terdapat tanda-tanda anda semua didalam bahaya.

Tapi macam apa yang saya cakap tadi, terdapat beberapa fakta pelik mengenai diri beliau. Iaitu mudah cair apabila melihat 'super semut' dihadapan mata. Wahh ini satu keajaiban yang luar biasa. Super semut berjaya mencairkan ais batu yang begitu keras seperti ais yang terdapat didalam peti ais dirumah kami. Ais yang begitu tebal dan keras mampu dicairkan hanya dengan satu senyuman. Kata beliau, super semut mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Atau boleh juga dikatakan seperti magnet. Mampu menarik perhatian dengan wataknya yang agak cool, dan juga mempunyai ciri-ciri pelajar mithali yang mana saya rasa apabila dia grade nanti, sesuai jadi lecturer.


masih setia menunggu tunjuk ajar dari super semut

Oleh kerana super semut agak pandai, beliau ada juga menanam cita-cita untuk belajar bersama. tetapi adakah perkara ajaib kedua akan berlaku? mampu kah saya merungkai fakta pelik yang kedua? nantikan jawapannya.......????

Wallahu A'lam

Monday 4 June 2012

hiburan bagai sajian lazat setiap hari

salah kah saya jika mengatakan negara kita sesak dengan hiburan yang melalaikan? hiburan umpama cendawan yang tumbuh selepas hujan. terlalu cepat, terlalu banyak, terlalu mudah dan merosakkan. lihat saja konsert-konsert yang begitu aktif diadakan disetiap kawasan. yang mampu mengundang puluhan, ratusan malah ribuan rakyat menyaksikannya. mereka yang hadir bukan sekadar menyanyi dan mendengar malah melakukan perkara yang lebih dahsyat dan agak memalukan.

inikah yang dikatakan hebat? mampu menyatukan ummah? boleh membuatkan jiwa semakin kental? mampu mengumpul dana untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan? inikah caranya?

saudara kita di palestin dihiburkan dengan bunyian bom yang begitu kuat setiap hari. mereka dihiburkan dengan melihat saudara mara mereka syahid dibunuh musuh Allah. mereka dihiburkan dengan melihat kereta kebal, senjata, meriam, senapang, bom dan sebagainya. lihat pula saudara kita di syria. mereka dibunuh begitu kejam, kanak-kanak dicabut kuku kuku kaki dan tangan, wanita-wanita dirogol dihadapan ayah dan abang mereka. rakyat dibunuh, dikerat 4 bahagian kemudian dimasukkan kedalam beg plastik dan dicampakkan kepada kaum keluarga. ini benar benar kejam !

tetapi kita? apa yang kita lakukan? berhibur, berhibur dan berhibur...Allah telah berfirman didalam surah Al-an'am ayat 32 ( Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? )


Wallahu A'lam

Sunday 3 June 2012

Nostalgia








Pernah tak dengar nasyid ni? Teringat waktu zaman saya kecik kecik dulu. Nasyid ni la yang selalu menjadi halwa telinga. Kumpulan nadamurni ada ramai sangat ahli, orang dewasa gabung dengan kanak-kanak. Shoutul Amal kebanyakan nasyid yang saya dengar, budak-budak yang nyanyi.

Inilah kumpulan nasyid dulu dulu kala :D
~ Nadamurni
~ Shoutul Amal
~ Nahwan nur
~ Diwani
~ The Zikr

Wallahu A'lam



Saturday 2 June 2012

mari perbaiki solat


Sejak dari zaman kanak-kanak sehinggalah kita dewasa, kita sering diberitahu tentang kepentingan, kelebihan,kewajipan melaksanakan solat. Kalau tanya kepada setiap orang tentang solat, tentu saja mereka dapat menjawab dengan lancar. Solat itu tiang agama. Solat lah yang membezakan antara orang kafir dan orang islam. Solat merupakan soalan pertama yang akan ditanya di alam kubur.

Saudaraku, jangan sesekali kita memandang ringan bab solat. Sesungguhnya solat itulah yang akan menjaga, memelihara dan mengawasi setiap gerak-geri dan tindakan kita. Innassolata tanha 'anil fahsyai wal munkar ( Al-Ankabut : 45 ). Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Ayat ini jelas menunjukkan solat yang betul betul sempurna mampu mencegah seseorang dari melakukan perbuatan yang tidak bermaruah. 

Tetapi bagaimana pula sekiranya kita sudah melaksanakan solat 5 waktu, ditambah pula dengan solat solat sunat, tetapi masih lagi melakukan perbuatan keji dan terkutuk? Inilah tandanya solat kita masih ada cacat cela dan tidak sempurna. jom cek semula solat.

kita tergolong didalam kategori yang mana?
   
Kerana itu kita harus berusaha sedaya upaya "menghadirkan hati" ketika sedang solat. Ini memerlukan kefahaman terhadap setiap ayat yang dibaca. Sekiranya fikiran kita terganggu dan menerawang ke tempat lain, cepat cepat berusaha ingat semula kepada Allah. Solat dapat diperbaiki dengan sentiasa menghadirkan diri ke majlis ilmu, membaca buku-buku agama, dan bersahabat dengan para ilmuan. Moga kita semua dapat melaksanakan solat selari seperti apa yang telah diajar oleh Nabi kita, Muhammad s.a.w...

~ Ok, bukan semua orang faham apa yang dibaca dalam solat. Antara perkara yang saya lakukan, imagine huruf-huruf yang saya baca supaya fikiran tak melayang terbang ke tempat lain. (tak tau lah nak sarankan kepada orang ramai @ tak. Sebab macam tak betul je cara saya ni...*_*)

Rasulullah S.A.W bersabda:
" Sesungguhnya seringan-ringan siksaan penghuni neraka pada hari Qiamat ialah seseorang yang diletakkan di bawah dua telapak kakinya bara api neraka sehingga mendidih otak yang ada dikepalanya. (dari sebab panasnya bara api neraka tersebut) Dia mengira bahawa tidak ada orang lain yang lebih dasyat siksaan daripadanya, padahal dialah orang yang paling ringan siksaannya ".
( Hadith Riwayat Bukhari & Muslim ) 


Wallahu A'lam

Friday 1 June 2012

Petrol Station


Kawan kawan nak tau tak apa trend terbaru zaman sekarang? jeng jeng jeng...

Park kereta betul betul dekat tempat isi minyak, sementara BELIAU membeli belah dalam kedai petrol station tu

Datuk, Datin, Tan Sri, tuan, puan, encik, cik, kakak, abang, adik dan anda anda sekalian. Don't be sooo selfish okay. Kalau nak isi minyak kereta ke, motor ke, bayar la untuk minyak sahaja. Kalau nak membeli belah dalam kedai, park la ditempat yang sepatutnya. Orang lain pun nak isi minyak juga. Tolong hormat masa orang lain boleh :)

Thanks for your cooperation

Wallahu A'lam