Monday 31 August 2015

Doa lah banyak banyak. Tak rugi pun


Tahukah kamu..?

Apabila kita berdoa, Allah mempunyai 3 cara untuk membalas permintaan kita.

1) Allah perkenankan dan memakbulkan
- Contohnya. Kita dipanggil pergi interview disyarikat A dan kita nak sangat sangat kerja disitu. Kemudian kita berdoa 'ya Allah pilihlah aku dalam kalangan hamba-hambaMu yang dapat kerja disyarikat berkenaan. Ya Allah makbulkan doaku agar aku dapat kerja disitu. Perkenankanlah ya Allah'.
- Dan ya. Doa itu termakbul. Kita dapat kerja disitu.

2) Allah beri yang lebih baik
- Seperti contoh diatas, kita nak kerja disyarikat A. Tetapi alih alih kita dapat syarikat B yang pada mata kita tak setimpal dengan kelayakan kita sebagai pemegang ijazah sarjana muda first class.
- Waktu permulaan, mungkin hati memberontak. Mempersoalkan kenapa Allah tak bagi syarikat A. Tetapi lama kelamaan baru kita nampak hikmah disebaliknya. Dikurniakan bos yang baik hati, tiada perasaan iri hati sesama teman sepejabat, semuanya sekepala, tiada dosa mengumpat, tiada dosa menipu masuk lewat ke pejabat. Kerana semuanya tahu hukum. Tahu dosa pahala.
- Kemudian, baru lah kita menadah tangan menzahirkan rasa syukur 'ya Allah betapa bersyukurnya aku dikurniakan tempat kerja yang baik untuk agama dan diriku. Terima kasih ya Allah'

3) Allah memberi ganjarannya diakhirat
- Kita doa nak kerja dekat syarikat A, tak temakbul, B pun sama, C lagi tak dapat. Seminggu lamanya menuggu, sebulan, setahun, masih tak dapat kerja.
- Bagi kita semua, ini memang ujian paling berat. Yela. Usaha sudah, doa sudah tapi masih tak nampak hasil.
- Saya ada terdengar ceramah, syeikh itu menceritakan dari sebuah hadis tentang doa seorang hamba yang  tidak dimakbulkan dimuka bumi.  Untuk segala doa yang masih tidak dimakbulkan, untuk semua permintaan yang masih tak dapat didunia, untuk setiap keinginanan yang masih belum dikecapi, Allah akan tukar semua itu dengan ganjaran kebaikan yang akan diberi diakhirat kelak. Dengan syarat, doa dan mintalah apa saja dari Allah. Memang tak akan rugi sedikitpun.

Jadi, jangan kita bersangka buruk dengan Allah, kerana janji Allah didalam al-quran, 'berdoalah kepada-Ku, nescaya Aku akan perkenankan'...

Innallaha laa yukhliful mi'ad

- Psstttt. Contoh diatas hanya rekaan semata-mata.

Wallahu A'lam

Sunday 30 August 2015

Lautan kuning

Bismillah...

Kata kakakku 'oh orang yang selalu joging kat padang polo ni ramai pembangkang rupanya'..

Hikhik. Tadi niatnya nak bawak opah jalan jalan kat padang polo lepas breakfast tapi tak jadi sebab jalan sesak, semuanya berbaju kuning. Ada yang pakai baju ikut tema. Ada yang berkemeja kuning. Bersinglet kuning. Baju bola Malaysia pon bolehhh..hehe

'Opah ramai orang la. Kita datang petang ni la eh. Nanti boleh main belon. Layang layang. Best sikit sebab petang petang berangin :)'

Balik kampung macam macam cerita politik saya tau. Haha. Nak tau tak, sebenarnya kan......

Ohh saya tak layak dan tak patut cerita kat sini. Kome sendiri la cari berita sahih ye. Cumanya ada satu part yang buat kami semua tergelak besar. Bila pak su saya cerita tentang kesemputan rakyat nak mengharungi kehidupan sekarang dan akan datang, katanya...

'Hmmm besi burghok dah tinggey separghuh, apa nak dikatok?'

- makan dalam ni wahai pemimpin-

Wallahu A'lam

Saturday 29 August 2015

Siapa yang berkuasa sekarang ni?

Bismillah.

Dalam keadaan separa sedar,kadang kadang mereka membuatkan saya makin mual dengan teknologi.

Kita yang menguasai teknologi, bukan sebaliknya. Kenapa kita sukar menilai mana satu berita yang patut disebarkan, mana berita yang perlu berhenti di tangan kita sahaja tanpa perlu menekan butang 'forward' & 'send'.

Teknologi, makin rakus dikau menjajah pemikiran manusia ya. Makin hebat pengaruh dikau terhadap manusia manusia di bumi ini :(

Ohh, bukan salah dikau. Tetapi tangan manusia itu sendiri. Manusia yang hilang arah dan pertimbangan sehingga mengikut segala arahan hawa nafsu mereka.

Ya Allah, ampuni aku T_T

Wallahu A'lam

Tuesday 18 August 2015

untuk dapat hati yang baik perlukan mujahadah !



Saya ada kenalan. Luarannya mungkin tidak mencerminkan dirinya seorang muslimah. Mungkin saja kalau dilihat dari pakaiannya, rambutnya, cara hidupnya. Memang jelas. Dia seorang yang kurang pentingkan cara hidup islam. 

Tapi ! ada satu benda tentang dirinya yang betul-betul buat saya kagum. Dan terus kagum. 

Dia.....

Bukan kaki pengumpat. Bukan jenis mulut murai. Bukan juga mulut tempayan. Tidak suka gosip murahan. Tidak suka bicara tentang hal orang lain. Tidak suka ambil tahu (cari rahsia) orang lain. 

Dan saya terfikir satu perkara. 

Boleh jadi pahala dia tidak mengumpat, tidak memburukkan orang lain, penyebab timbangan kebaikannya lebih berat dari keburukan diakhirat. Boleh jadi itu penyebab dia masuk ke syurga.

Perkara yang kecil, dosa yang kononnya nampak kecik, kalau berterusan melakukannya. Boleh jadi benda berat diakhirat kelak.

Perkara yang besar, dosa yang besar, kalau timbul kesedaran diri dipenghujung kematian dan sempat bertaubat..Settle semuanya. Settle. Report card A plus. Berbahagialah dikau dalam perjalanan menuju ke syurga Allah.

Kerana, saya juga punya kenalan yang luarannya memang muslimah sejati, tetapi kata-katanya...Selalu saja mengata tentang orang.

Jadi kita ni. Janganlah cepat sangat jump into conclusion dengan tengok external appearance seseorang. Hati tu yang paling kena jaga. Cuba belajar setiap kali tengok orang, just tengok dengan pandangan kosong. Jangan bagi hati tu bercakap buruk. Kalau nak bercakap juga, didik hati cakap benda yang baik.

Ehh hati boleh dididik tahu? 

Bukankah bersangka buruk itu hasil dari hati yang buruk. Hati hitam, hati busuk semuanya dari baja dosa yang disemai berulang ulang kali.

Sekali lagi saya ingatkan diri saya dan kamu semua. Jagalah hati dari bersangka buruk tentang orang lain.

Kerana, penentu kehidupan kita didunia adalah disaat kematian kita. Bagaimana keadaan kita ketika meninggal (masih beriman atau tidak, graf iman tinggi atau rendah), itulah jawapan untuk seluruh kehidupan yang pernah kita lalui didunia ini.


Ya Allah. Engkau kurniakanlah kami husnul khatimah....
Aku benar benar inginkan pengakhiran yang baik


Wallahu A'lam

Monday 17 August 2015

tiba tiba mata jadi kecik


Www-whats that? (mata sepet. angkat kening sebelah)

Huhu.. Sedih saya tengok. Macam inikah yang dinamakan....Macam inikah contoh....

Mungkin ada dalam kalangan mereka yang hatinya menjerit seperti ini..
---> Erghhhhh geram ! Hey kamu ! Kamu ni orang islam ke bukan islam haaa? Tak tahu batas hukum ke? Hey kamu ! Saya sedang cakap dengan kamu ni ! Satu dunia tengah tengok saya tahu tak? Fitnah ini datang dari kamu ! Kamu yang patut dipersalahkan !

Tapi apakan daya. Saya tidak salahkan mereka seratus peratus. Kerana mereka peserta. Rule sebagai peserta, nak tak nak kena ikut cakap ! Waaaajibul ghunnah ! Must do the instruction ! No excuse ! No excuse ! and No mercy !

Tapikan. Walau pun kita peserta, bukankah kita punya hak untuk pertahankan yang benar?

Hmm bagilah sejuta kebaikan yang ada padanya. Saya tetap akan bertanya. Apakah ini?

Jadi mari kita pakat salahkan 'kepala' program. Heyyy ok apa, dari buat program lain, baik la program ni. Tu la manusia, walaupun orang 'kurang baik' buat 'benda baik', still nampak tak baik. Tu lah manusia.

Astaghfirullah...Tetapi ! Sungguh ! Saya tak percaya dengan hampir semua slot dalam penggambaran. Untuk seorang 'icon' berbasahan bersama. Ini melampaui batasan wahai...wahai...

Dari apa yang saya nampak, kalau kita tidak faham islam betul-betul, buatlah apa saja yang pada pandangan kita itu 'baik', ketahuilah sebenarnya terdapat seribu satu kecacatan padanya. Kalau saja kita mengerti.

Bukan mudah wahai....bukan mudah....



~ Dari banyak banyak program dot dot dot, saya paling tabik pada imam muda musim pertama. Hat's off !
~ Rasanya program seperti itu hanya layak untuk lelaki je kot. Yang perempuan, buat secara tertutup lah.

Wallahu A'lam

Sunday 16 August 2015

antara kita dan kad perakam masa


Konna koto ii na. Dekitara ii na. Anna yume konna yume. Ippai adu kedo.
Minna minna miina. Kannaete kudedu. Fushigina pokkede. Kannaete kudedu.
Sora wo jiyu ni tobita ina. Hait takekopita !
An an an. Tottemo daisuki.
Doraemon.

Siri kaaad perakaam masaaaaa !

x : Ehm ehm (sambil betulkan tie)..Tak hensem lah tengok cite doraemon lagi. 

y : Yeke? Macho je saya tengok :P

*********************************

Tentang punch card.

Fungsi dia semua tahu kan? Untuk rakam jam minit saat kita masuk kerja dan balik kerja. Cuma ada satu benda yang buat saya sedikit hairan. 

Soalannya berbunyi...
---> Bila kita punya kad di punch kan oleh orang lain. Sebab takut termasuk lewat ke pejabat. Sebab takut rekod tercemar. Maknanya........kita ni apa ya?

Jawapannya...
----> Kita seorang yang tidak jujur. Tidak amanah. Tidak sedar yang Allah sedang tengok dan malaikat kiri kanan tengah catit setiap detik masa kita. Mungkin jugak kita terlupa yang kad perakam masa Allah lagi power. Nanti kita sendiri boleh tengok semula beramai-ramai dengan orang lain. 

~ Flashback...How does the story begin.....

Wallahu A'lam

Saturday 15 August 2015

TDR bukan tidur ya



TDR
The Daily Reminder

Saya suka dengar TDR 
Dekat youtube tu
Simple yet nice
Kalau dengar tu memang zuppp terus ke jantung
memang boleh break into tears lah !

Tazkirahnya,
Bukannya lama mana pun

Do not underestimate the power of 5 minutes...

5 minit boleh mengubah orang dari sedih kepada gembira
5 minit boleh buat orang sugul sepanjang minggu
5 minit boleh jadi turning point untuk mereka berubah
5 minit boleh bagi harapan buat mereka yang ingin bertaubat
and don't be surprised 
that 5 minutes can change the world
The whole world

You have my word guys !
Percayalah...
dan dengarlah selalu

TDR

Wallahu A'lam

Thursday 13 August 2015

waktu yang diharamkan jual beli pada hari jumaat


Saya rasa ramai orang yang tidak tahu tentang waktu jual beli yang diharamkan pada hari jumaat. Sebab saya juga tergolong dalam kalangan mereka yang tidak tahu sebelum ini. Gara-gara 'jahil', pernah je saya terbeli nasi dari peniaga lelaki waktu imam sedang mengalunkan azan zohor. 

Kata-kata hati ni sebenarnya tepat jugak kan. Kalau boleh saya katakan 99.99% kata hati tu adalah hampir tepat. Saya teringat satu hadis lebih kurang mafhumnya 'dosa adalah sesuatu yang menggelisahkan perasaanmu'. Padan lah saya selalu rasa gelisah tiap kali saya beratur nak beli nasi waktu zohor hari jumaat.

Nak dijadikan cerita, kami memang selalu makan nasi ...... pada hari jumaat. Boleh dikatakan memang rutin mingguan WAJIB makan nasi tu hari jumaat. Saya perasan tukang masak dia lelaki. Saya perasan orang yang menuangkan nasi kedalam polisterin adalah lelaki. Semuanya melayu. Islam. Tapi saya tetap juga beli disitu disebabkan kejahilan yang melampau ini.

Tapi sampai satu tahap rasa tak sedap hati makin menebal, terus tanya naqibah. Dan beliau memberi link ini


Terkedu saya. Dosaku bertimbun !

Kalau punca rezeki datang dari proses yang haram. Makanan masuk dalam badan. Jadi darah daging. Seterusnya lahir generasi demi generasi.

Astaghfirullah...Astaghfirullah...

Kalaulah boleh basuh organ dalaman dengan clorox, air zam-zam, dah lama saya buat. Ok nampak sangat tipu.




Saya tahu. Sebenarnya ramai lagi diluar sana yang memang tak tahu tentang hukum ini. Maka ingin saya highlight kan beberapa point penting tentang perkara spesifik yang menyebabkan hukum jual beli jatuh haram.

1) Waktu HARAM jual beli apabila dilakukan selepas azan kedua sewaktu imam berada di atas mimbar.
2) HARAM jual beli itu jika dilakukan oleh lelaki (peniaga atau penjual) sedangkan waktu itu sepatutnya dia wajib pergi solat jumaat.
3) HALAL segala urusan jual beli kalau penjual mahupun pembeli adalah perempuan :)

Makanya.....

Kalau benar kamu termasuk dalam golongan mereka-mereka yang menjaga hukum !

Apalah salahnya tinggalkan urusan jual beli selama 1 jam. Uruskan urusan kamu dengan Allah dahulu.

Apalah salahnya kalau hire seorang staff perempuan. Khusus untuk hari jumaat. Antara jam 1 hingga 2 petang, tinggalkanlah kepada staff perempuan untuk uruskan urusan menjual.

Bukankah rezeki itu datangnya dari Allah. Andai saja kamu mengerti.

~ Melihatkan terlalu ramai orang yang tak pandang serius tentang hukum jual beli waktu solat jumaat dan saya sendiri agak sukar mencari peniaga wanita untuk beli nasi. Ini betul-betul membuat saya terfikir untuk bagi surat layang. Upss..bukan surat tapi artikel layang. 

Wallahu A'lam

Tuesday 11 August 2015

Mengapa kamu mengatakan sesuatu padahal kamu sendiri tidak melakukannya?


Lima taquluna ma la taf'alun?

Banyak kali kan Allah s.w.t ulang ayat ini dalam al-quran. Bagi saya ini ayat 'tempelak'. Macam kita baling bola kat dinding. Akhirnya bola tu melantun balik kepada kita.

Berapa ramai orang yang menyuruh orang lain mengerjakan kebajikan, tapi pada masa yang sama mereka sendiri tidak melakukannya.

Berapa ramai orang yang berdegar-degar menyuruh orang lain menjaga ikhtilat, namun mereka sendiri gagal menjaga.

Berapa ramai orang yang menegah orang lain dari bertengkar sesama sendiri, tetapi mereka sendiri gagal mengawal lidah dari menyakiti hati insan lain.

Berapa ramai orang yang bercakap tentang dosa melanggar hukum syara', tapi pada masa yang sama mereka sendiri yang selalu melanggarnya.

Golongan inikah yang Allah s.w.t sebut didalam al-quran suratus Saff ayat 2 dan 3 :-

" Wahai orang-orang yang beriman ! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (itu) sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. "

Ya Allah. Lindungilah aku dari kemurkaan-Mu.....

Wallahu A'lam

Monday 10 August 2015

amalan orang yang berilmu dan tidak berilmu. manakah yang lebih baik?




Golongan pertama. Berilmu tetapi amalan kurang.

Golongan kedua. Tiada ilmu tetapi banyak pula amalannya.

Antara dua golongan ini, rasa-rasanyalah mana yang lebih baik?

Diceritakan perumpamaan bagi golongan kedua, mereka yang tiada ilmu tetapi amalan tersangat sangat banyak.

Mereka mengheret sekarung guni yang besar. Guni itu dipenuhi dengan emas, permata dan berlian. Tetapi ! Guni itu berlubang. Apabila tiba didestinasi yang ingin dituju, guni itu kosong dan yang tinggal hanyalah kain guni yang tiada nilai.

Somebody please help me. huhh !! it's too heavy man !
Kesimpulannya. Amal tanpa ilmu tidak berguna. Tersangat rugi. Penat penat kumpul harta tetapi akhirnya hilang dek kerana kelalaian diri sendiri. Sebab tu kita perlu cari ilmu untuk membolehkan kita beramal dengannya. Jika tidak, jadilah seperti 'si penarik guni bocor'.

Wallahu A'lam

Friday 7 August 2015

salah lampu isyarat atau pemandu?


Pin ! pin ! pinnnnnn !

Haih asal la lambat sangat diorang ni bawak kereta ? Soooooo slow !

Hmmmmm....

Ada orang cakap, orang kl tak boleh bawak kereta kat jalan kampung. Alasannya sebab kebanyakan penduduk kampung bersantai santai bawak kereta dekat kampung halaman. Orang bandar sudah terbiasa bawak laju. Tak menyempat. Tak biasa bawa perlahan. Perlu cepat kejar masa. Katanya.

Ada orang cakap, orang yang bawak kereta perlahan ni 'selfish'. Tak kesah orang belakang yang terkejar-kejar nak selesaikan urusan mereka. Katanya.

Apa pula kata saya?

Bila tengok racing formula one, semua kereta dari depan sampai belakang boleh bergerak serentak waktu isyarat 'mula' berkibar megah.

Tapi.....bila masuk cerita tang lampu isyarat, mengapa orang keyel tidak alert. Walaupun traffic light sudah bertukar kaler hijau, orang yang depan sekali ambil masa 15 saat untuk bergerak, kereta kedua juga 15 saat, kereta ketiga pun 15 saat. End up hanya 4 buah kereta saja yang lepas untuk satu-satu masa. 

Maka terdengarlah rungutan mereka, ish kenapa la traffic light ni cepat sangat...(?)

Alahai....

Apalah salah nya orang depan sampai belakang fokus pada pertukaran kaler traffic light. Bila hijau semua pemandu tekan minyak pada waktu yang sama maka jadilah macam dalam track formula one. Kalau dibuat nisbah mungkin 2 kali ganda iaitu 8 buah kereta boleh lepas. Ye dak?

Saya teringkat waktu naik bas rapid kl (maklumlah waktu tu kerja menuntut saya pergi ke kastam untuk selesaikan satu masalah kecik). Si pemandu bas ni sangat lah kurang fokus. Bas berhenti depan sekali dan saya juga duduk kerusi paling depan (betul betul belakang driver). Waktu traffic light merah, beliau sebok bermain phone. Saya pulak tengah seronok bersembang dengan kawan sebelah. Tapi bila traffic light hijau, pak cik bas masih leka berbalas sms (ok whatsapp). Saya pun tak sedar sebab bukan saya yang memandu. Hew hew..Sampailah traffic light kembali berwarna merah. Dan kami tidak bergerak walau seinci.

5 minit berlalu macam tu je. Tak patut kan? Entah-entah ramai je orang kat dalam bas tengah bengang (kalau yang nampak la apa yang berlaku). Bila traffic light hijau (for the second time), terus saya cakap 'pakcik jalan'. Baru lah beliau terkecoh-kecoh simpan hp. 

Alahai.....

Sikap orang kita.

Concentrate all your thoughts upon the work at hand. The sun's rays do not burn until brought to a focus. -quoted-

Hebat kekuatan fokus ni sebenarnya. Cuma kita je nak atau tak nak.

Wallahu A'lam

Tuesday 4 August 2015

wala tajassasu


Hari tu...

Sedang khusyuk makan tiba-tiba terdengar kata-kata dari seorang ustaz

---> dalam islam memang disarankan menjaga tepi kain orang. yang tak bolehnya kita menjaga dalam kain orang.

Hehe.. 

Addin annasihah. Agama itu nasihat. Dalam al-quran pun Allah s.w.t ada sebut 'dan berilah peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat bagi orang-orang beriman'. 

Jadi, menjaga tepi kain orang tu kira macam memang patut lah kan. Jaga dia supaya perkara yang dia lakukan selari dengan syariat islam. Dia pun jaga kita, bagi nasihat dekat kita kalau terbuat dosa.

Yang jenis suka jaga dalam kain orang ni sebenarnya yang bahaya. Perosak. Pemusnah. Virus berjangkit bak kata orang. Saya bagi contoh mudah. Melodi. habislahsayakalauadapapamaupunmamarazibuatspotcheck. Tipu la kalau saya cakap saya tak pernah tengok melodi. Yang saya perasan, kadang tu si penanya soalan ni kadang-kadang memang bikin panas pun. Al mithaal, mengenai rumah tangga seseorang, kalau lah retak sekalipun, tak perlu lah nak selongkar sebab musababnya. Tak perlu nak tanya siapa pemula pertengkaran. Tak perlu nak tau apa mengapa, bagaimana, bila, apa perasaan, apa tindakan selepas ni. Saya rasa yang ni kot yang dikatakan menjaga dalam kain orang. Orang tu senyap je, tapi mereka sibuk selongkar semua rahsia dia. Ish ish. Tak patut sungguh !

Cuba selak al-quran sat, surah Al-Hujurat ayat 12
" dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain "

Mencari-cari tu yang jenis suka selongkar tu. Orang punyala tutup tapi dia sibuk nak tengok apa yang ada kat dalam. Sebenarnya kalau kita nak relate kan dengan benda lain, memang terlalu banyak boleh dijadikan contoh. Sebab peliknya sifat manusia ni, sukar dan tidak suka melihat kelebihan yang ada pada orang lain. Yang buruk itu lah yang paling bercahaya dan memikat. Sampai merasa bangga menjaja keburukan orang keseluruh dunia.

Na'uzubillah min zalik.

Ya Allah, Engkau peliharalah lidahku, mataku, tanganku, kakiku, dan semua anggota tubuhku dari menjadi bahan bakar api neraka

Wallahu Subhanahu Wata'ala A'lam

Monday 3 August 2015

semalam

Bismillah....


Semalam...

Terukir peristiwa silam
kenangan tak bisa terpadam
ku terkenang
oh semalam

Sedetik...
ku singkapi tirai memori
saat duka tiba menguji
oh semalam
telah pergi

Tuhan...
ampunkan segala dosa-dosa

Moga...
hari esok ku lebih sempurna

Semalam...
ku meniti jalanan suram
hampir ku hanyut dan tenggelam
ku tinggalkan
oh semalam

Ku tinggalkan semalam

Tuhan...

Ampunkan segala dosa-dosa
moga hari esok ku lebih sempurna

Semalam...
ku meniti jalanan suram
hampir ku hanyut dan tenggelam
ku tinggalkan
oh semalam

Ku tinggalkan semalam
kian menjauh
dan semalam
terus menjauh

Takkan ku berpaling lagi
kerna semalam
pergi...

Semalam - Mirwana