Wednesday 25 September 2013

tak sangka dia baik rupanya

Assalamualaikum W.B.T

< terdengar satu fakta menarik >

60% of our first impression is NEGATIVE ! always NEGATIVE ! huh (",)

Rasa-rasanya lah kan betul tak fakta tu? hihi

Saya tak pasti, tapi mungkin ada benarnya. Contoh yang paling mudah...

# Bila nampak perempuan tak pakai tudung, baju seksi.....terus terfikir

1) dia bukan muslimah sejati (kebiasaannya)
2) perangai mesti gedik
3) mesti ada ramai kawan lelaki
4) mesti terlajak sosial
5) selalu balik rumah lewat malam
6) banyak menghabiskan masa melepak dengan kawan-kawan
7) bukan ke haram tak pakai tudung
8) banyak dosa sebab tak ikut perintah Allah
9) ..........
10) ...........

Banyak la lagi (kalau fikir negatif pasal orang lain tu mudah sangat). Mungkin ini contoh yang paling simple. Tentang perempuan yang tak pakai tudung.

Tapi pernah tak kita terfikir kenapa dia tak pakai tudung ?

Sedar tak...dalam diri setiap manusia itu ada satu musuh yang paling kebal dan tahan lasak. Dialah.... NAFSU ! Nafsu ada dalam diri. Musuh paling dekat dengan kita. Battle of the war yang guna weapon tu, it will end eventually. It is a temporary things. BUT battle of the war in ourself, it will go attack us until we die. Remember!! Until we die!!!!

# Battle of the war bagi perempuan yang tidak memakai tudung :

1) Mungkin dia sedang berusaha sedaya upaya untuk melawan nafsunya untuk berubah ke arah yang lebih baik. Cuma kita (orang yang memandang) saja yang tak tahu.
2) Karang orang tengok aku, orang akan nampak islam tu teruk sebab perangai aku teruk
3) .................

# Battle of the war bagi orang yang memandang :

1) Aku kena fikir positif !
2) Boleh jadi amalan kebaikan dia (orang yang tak pakai tudung) lebih tinggi dari aku
3) Mesti dia sedang berusaha melawan nafsu dia
4) Mesti dia baik
5) Jaga dari nafsu mengumpat (minta dijauhkan)

Fokus utama saya, dua-dua perlu berlawan dengan nafsu.

Ada sebuah kisah......
Seorang perempuan yang tidak memakai tudung berjumpa dengan Habib Ali mengadu tentang kepayahan, kesusahan, tentangan yang dialami dalam dirinya untuk memakai tudung. Jawab Habib Ali " say to your nafs...i love you but i love Allah more ".

Keputusan sekarang ditangan anda. Biiznillah~

Firman Allah S.W.T : " Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu kefasikan dan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa. Sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya "
( Asy-Syams : 8-10)

Cuba dengar nasyid ni. Terjemahan separuh surah Asy Syams



Apa-apa pun as a muslim we cannot reject the fact that bila orang lain tengok kita orang akan nampak islam. Jaga itu :)

Thinking good of others takes an effort. Thinking bad is easy. Jaga ini juga :)

Wallahu A'lam

Thursday 19 September 2013

Saya berubah pendirian..?


Akhirnya! Berjaya juga saya menghabiskan bacaan untuk novel ini. Pengarang novel yang namanya tersohor malah terkenal di merata tempat. Dialah pak Ramlee Awang Murshid penulis novel thriller yang sungguh hebat ! MasyaAllah...

Sila berikan satu tepukan gemuruh untuk beliau atas usahanya !!!

Imbas kembali. (hehe mengaplikasikan apa yang dibaca)
Dulu waktu tingkatan 2, saya rapat dengan seorang kakak ni. Dia suka sangat baca novel Tombiruo. Waktu tu teringin juga nak tahu apa yang best sangat dengan novel tu. Jadi satu hari, saya singgah di kedai buku dan terjumpa lah dengan novel ini. Melihatkan cover buku sudah cukup memberi tanggapan negatif bagi saya terhadap penulis ketika itu. Haha saya memang tak suka langsung dengan cerita-cerita seram, hantu, fantasi bagai. Bagi saya itu semua tak logik. Berkhayal terlebih dari berpijak dibumi yang nyata. Kemudian saya lihat penulisnya, tertera nama Ramlee Awang Murshid. Zapp. Tu diaa. Boikot penulis ini! 

Tapi...dari hari ke hari,bulan ke bulan, tahun ke tahun, ramai je kawan saya yang asyik bercakap tentang novel karangan beliau. Ada yang memuji ada juga yang tak boleh terima (macam saya mula-mula dulu). Hati ni rasa teringin juga nak baca tapi asyik bertangguh. Alaa nanti nanti lah baca. Nampak macam tak best je...

Sampailah minggu lepas, saja saja singgah library. Telek punya telek terjumpalah dengan buku karya beliau berjudul "Aku Bercerita". Entah kenapa tiba-tiba rasa teringin tu datang dan terus ambil buku tersebut pergi ke kaunter pinjaman buku. Hari ini! Yaa hari ini berakhirlah siri bacaan yang sekian lama dipendam dan ditahan.

Dari apa yang saya baca, komen saya...

Woww! So impressive! Hebat! Mantap! The best evaa!



Jalan cerita yang sungguh menarik. Tak macam novel cintan cintun yang macam entah tak tau nak cakap macam mana. Sooo Boring. Jalan cerita lebih kurang je, boleh agak, dan kebanyakannya happy ending. Novel "Aku Bercerita" betul-betul membuatkan saya kagum dengan penulisnya. Kadang kadang geram juga, apa yang saya jangkakan tak kena langsung! Langsung tak tepat. Sikit pun tak kena! Haha. Tergelak sorang-sorang sebab rasa tertipu dengan penulis. Hebat! Sungguh hebat! MasyaAllah :)

Lagi satu yang bestnya. Kita selalu mengharapkan sebuah penceritaan itu berakhir dengan kegembiraan. Kemenangan berpihak kepada yang benar. Pesalah dihukum sesuai dengan kejahatan yang dilakukan. Tapi....jangan terkejut kalau anda tak jumpa itu semua dalam novel karya pak Ramlee Awang Murshid! Hehehe. Bestttt...

Kepada anda yang membaca post ini, cubalah membacanya. Kemudian berikan komen anda terhadap penulis. 

Selamat membaca! :)

~ Saya masih tak boleh terima cerita yang menggabungkan watak manusia sebenar (realiti) dengan watak kartun (fantasi). Contohnya The Hulk, Harry potter dan yang seangkatan dengannya.
~ Kalau dihitung tahun dari tingkatan 2 (2004) sehingga sekarang (2013), hampir 9 tahun berkira-kira nak baca ke tak nak, nak baca ke tak nak. dan akhirnya.....hari ini buat pertama kalinya khatam membaca buku karya Ramlee Awang Murshid.
~ Tahniah untuk saya :D

Wallahu A'lam

Wednesday 18 September 2013

lelaki tak sesuai buat kerja rumah..Siapa berani pecahkan tradisi ini?

Assalamualaikum W.B.T

Pernah dengar tak...?

---> Betulkan yang biasa, Biasakan yang betul....

Pertama kali saya terjumpa ayat ini dalam majalah Solusi. Ayatnya ringkas tapi membawa maksud yang mendalam. Sangat sangat mendalam (bagi saya & bagi yang meneliti dan memahami). Dan sekarang saya perasan, makin ramai orang guna ayat ini terutama dalam ucapan, ceramah, tazkirah dsb.

Tadi dalam kelas subjek ... kami belajar tentang konsep al-'adalah (keadilan). Miss ... berkongsi cerita tentang dirinya waktu zaman kanak-kanak dahulu. Katanya konsep ini jarang diamalkan oleh ibu-bapa terutama apabila mereka punyai anak bongsu, lelaki :0

" Waktu saya darjah 5 dulu, mak saya bagi 10 sen je ke sekolah. Tapi adik saya lelaki yang baru darjah satu diberi 20 sen. Kalau ikut logik saya yang dah besar ni la kena pakai duit banyak. Nak masuk kelas tusyen, beli buku rujukan. Ni tidak, adik saya kecik tu yang tak ada apa-apa kepentingan lagi waktu tu yang dapat duit lebih dari saya "

Hehehe (dalam hati, setuju!!!)

Saya yakin semua orang perempuan (terutamanya) merasai perkara yang sama. Bila ada adik bongsu lelaki je, bersiap sedia lah! Haha. Minta la apa saja semua dapat. Walaupun kita sebagai kakak kadang-kadang rasa geram jugak, kononnya tekad tak nak bagi apa-apa kat adik, minta lah apa pun tak nak bagi sebab kalau dia minta kat mak ayah mesti dapat. Kiranya ada sedikit rasa ketidak puasan hati!) tapi still......GAGAL! Mesti cair jugak, nak bagi jugak apa dia nak..arghhh geramnya

Untuk buat kerja rumah, balik balik perempuan yang kena. Kata mereka itu semua memang tugas orang perempuan. Lelaki ada kerja lain, yang lebih sesuai...? huh (",)

Mai saaat. Tengok jap..

Masak nasi, masak lauk, potong bawang sayur, bersihkan ayam ikan daging --> perempuan
Basuh pinggan, mangkuk, periuk belanga --> perempuan
Basuh baju, langsir, cadar, kusyen --> perempuan
Sidai baju, angkat baju --> perempuan
Sapu ruang tamu, bilik, dapur, halaman luar rumah --> perempuan
Mop lantai --> perempuan
Basuh tandas --> perempuan
Siram pokok bunga --> perempuan

Banyak lagi la kalau nak ditulis tak habis rasanya. Ini baru 'basic' punya. Tak masuk bila bersepah je, kena kemaskan balik. Yang buat sepah tu siapa? jeng jeng jeng...

Never ending story. Dari celik je mata di pagi hari, sampai la mata terlelap waktu malam.

Nak terlelap pun kena fikir "tadi ada tak orang makan pukul 12 malam, kena cek dapur tu nanti tak masuk kan makanan dalam peti ais, basi. tudung saji dah tutup rapat-rapat ke. meja dah lap ke. lampu tutup tak. pintu dapur selak tak"

Kadang-kadang rasa kelakar jugak. Pagi-pagi lagi nanti mak saya akan tanya " tengahari ni nak masak apa? " haha. Dan saya semestinya akan menjawab " kan pagi lagi, sarapan pagi tak buat lagi dah fikir tengahari, tu nanti-nanti la pukul 11 kita start masak eh. express punyaaa. saya tak suka lama-lama kat dapur"

~ Yang namanya lelaki itu tau makan makan dan makan saja kan :)

Part yang last sekali mengharap belas ihsan si lelaki untuk menolong walau secebis. Bermonolog dalam hati " ohh i'm begging youu. Pleaseeeee (crying) "

Buang sampah --> Llllll...? Perempuan!

Waaaaaa...Kenapa jadi macam ni ek..?

Kalau dulu mungkin betul la, orang perempuan majoritinya tidak bekerja. Tapi sekarang sudah samaa. Dua dua bekerja. Apa salah nya tolong menolong dalam menguruskan kerja rumah. Kami (perempuan) bukan meminta banyak pun, cuma hulur-hulurkan lah bantuan, walaupun sikit jasa anda AKAN dihargai :)

Karang tak pasal-pasal berdosa sebab merungut. Astaghfirullah.. Oleh itu wahai kaum Adam bantulah kaum Hawa moga usaha titik peluhnya mendapat balasan syurga bukannya neraka Allah S.W.T. Wal'iyazubillah

Selamat membantu meringankan beban orang lain. Erkk bukan beban, lebih kepada tugas orang perempuan dirumah.

* Post kali ini lebih tertumpu kepada ar-rijal :)
* Sebelum saya kahwin baik saya post benda ni siap-siap supaya orang tidak salah mengerti :)
* Pecahkan lah rekod dalam memecah tradisi yang sekian lama diamalkan di...Malaysia :)

Wallahu A'lam

Monday 9 September 2013

hari pertama untuk sem terakhir

Assalamualaikum W.B.T

Hari ini hari isnin. Apa maknanya kawan-kawan?

----> Ini bermakna hari ini merupakan hari pertama saya menjejakkan kaki ke UITM untuk sem yang terakhir. InsyaAllah mohon doanya ^_^

Hiuuuu..seingat saya lah kan selama saya belajar diperingkat universiti, untuk kelas yang pertama pada hari pertama untuk subjek yang pertama, saya tak pernah lagi diberi tugasan @ mencari apa-apa bahan untuk ditanya dalam kelas yang berikutnya.

Tapi...hari ini dalam sejarah, pensyarah sudah memberi satu case study untuk saya dan kawan-kawan sekelas study untuk ditanya pada esok hari! haaaa..? apa..??

Unbelievable? Believe it !....dan sekarang saya dan sahabat saya yang aktif ini sedang mencari dan men'download' lagu bangau oh bangau. Disebabkan subjek ini agak mencabar, perlu berfikir di luar kotak dan mungkin lagu itu ada kaitan dengan subjek tersebut kot jadi pensyarah menyuruh kami mencari lagu ini dan.......sekarang kami sedang berusaha mendengarnya sampai habis :(

Bangau oh bangau. Tak sangka lagu waktu belajar kat tadika dulu dijadikan bahan rujukan dalam peringkat universiti, Hik hik. Femes orang yang cipta lagu ni.

Ok, nak sambung baca case study sebab esok pensyarah nak tanya. haha teruk betul niat dah lari dah tu. Astaghfirullahal 'Azim.

Keadaan semasa...
~ bilik gelap sebab lampu rosak
~ lagu bangau bukannya sedap pun. ada satu version ala-ala nasyid dah saya dengar. Ekekeke gelak terguling-guling dengan kawan saya :D
~ Sekarang sudah menunjukkan pukul 10.30pm. Macam sesuai untuk berehat dan bersembang
~ Persoalannya, perlukah saya dan kawan saya meneruskan bacaan dan mencari jalan penyelesaian untuk case study ini...pada saat ini...?

Name of Case study : Delima
We : In dilema

:(

Wallahu A'lam