Saturday 27 September 2014

macam mana nak urus duit?



Perkara yang perlu kita lakukan apabila mendapat duit gaji

Asingkan dan beri kepada :-

1) Ibu bapa

--->  Ibu bapa yang membesarkan kita sejak kita lahir sehinggalah dewasa. Mereka bersusah payah bekerja dimerata tempat semata-mata untuk memberi rezeki yang halal lagi baik kepada kita. Mereka terpaksa mengeluarkan wang simpanan mereka di tabung haji semata-mata untuk memasukkan kita ke sekolah yang boleh memberi didikan agama yang baik. Semua duit gaji yang telah mereka kumpul dihabiskan hanya untuk kita. 

Jadi antara cara untuk mengucapkan 'terima kasih yang tidak terhingga' kepada mereka adalah dengan memberi 'monthly allowance', walau hakikatnya elaun itu langsung tidak dapat menandingi walau sekecil zarah segala usaha penat lelah mereka membesarkan kita.

Ibu bapa berdoa "Ya Allah, Engkau luaskanlah rezeki anak-anak kami, permudahkanlah segala urusan mereka didunia dan akhirat". Nampak tak? Doa itulah yang kita harapkan. Rupa-rupanya doa itu yang membantu kejayaan kita selama ini tanpa kita sedari. Ingat, doa ibu bapa untuk anaknya itu tiada hijab. Allah akan memakbulkan setiap butir doa yang terkeluar dari mulut ibu bapa kita. 


2) Pemberi hutang

---> Bagi mereka yang sudah bergraduasi dan perlu melunaskan segala hutang kepada badan-badan yang memberi pinjaman, asingkan duit secukupnya untuk membayar semula pinjaman tersebut. Lagi cepat habis lagi bagus bukan? Dan bagi mereka yang sudah ada komitmen sendiri....berkeluarga,rumah sendiri, kereta sendiri, pastikan duit gaji yang anda terima mampu membayar ansuran kepada bank. Nasihat tulus ikhlas dari saya, ukurlah baju dibadan sendiri. Usah membebankan diri dengan membeli banglo 3 tingkat mahupun mercedes andai gaji yang diterima hanya mampu membayar sewa untuk rumah papan dan kereta kodok (sila bayangkan kodok yang teruk ok).


3) Sedekah

---> Duit gaji yang kita terima itu bukan sepenuhnya hak milik kita. Kerana didalamnya terdapat hak orang lain. Hak orang yang lebih memerlukan. Jadi asingkan seberapa jumlah wang supaya setiap bulan kita sentiasa istiqamah (berdiri teguh, tetap pendirian, konsisten) dalam memberi. Don't underestimate the power of giving kerana Allah S.W.T akan melipat gandakan ganjaran yang besar buat kita. Ingatlah tidak akan rugi orang yang suka bersedekah. Itu janji Allah. Sifir mudah, beri duit dapat pahala. 


4) Simpanan

---> Walau sebanyak mana pun benda yang kita kena bayar, cubalah untuk menyimpan. Mungkin bagi sesetengah orang menyimpan duit itu suatu yang mudah. Namun bagi pihak yang satu lagi, menabung adalah perkara yang hampir mustahil dan susah untuk dilakukan. Jadi saya syorkan, buka lah akaun di bank yang mendapat perhatian anda dan jangan buat kad. Buka akaun bank namun tiada kad yang boleh anda pegang. Nak keluarkan duit? Perlu ambil nombor giliran dan menunggu bersama puluhan orang. Mesti rasa malas bukan? Secara automatik, InsyaAllah duit itu boleh beranak pinak sehingga sampai waktu yang anda betul-betul perlukannya, hahh hamik berpuluh ribu hasil simpanannya. 


5) Melabur

---> Money makes money. Pernah dengar kan? Sangat famous terutama dizaman yang serba memerlukan duit ini. Sifir mudah juga, if you have money you can use it to get more money. Ohh mataku sudah berpinar dengan duit (tetibeterbayang). Kita perlu belajar tips melabur. Mungkin boleh melabur dalam emas kerana nilai emas tidak turun (kena study dan kaji pasal emas dulu). Mungkin boleh membeli saham dan dapat dividen. Mungkin boleh membeli tanah sekarang, tunggu 10 tahun akan datang, jual (pastikan tempat tu akan membangunlah ya). Mungkin boleh membeli rumah dan sewakannya. Mungkin duit gaji sekarang boleh dijadikan modal untuk membuka perniagaan sendiri secara kecil-kecilan. Dan banyak lagi kemungkinan yang boleh anda fikirkan. It's time to generate money friends. 

Sebelum saya terlupa, kalau nak invest tu biarlah banyak tempat. Jangan masukkan semua duit kedalam satu tempat. Kadang-kadang su' udzhon (bersangka buruk) itu ada baiknya. Hehe. Abaikan.

* Jom baca tafsir al-quran. Hujung minggu kaaaaan. Banyak masa terluang *

Firman Allah S.W.T didalam surah Al-Baqarah ayat 24 & 25 :

24) Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu merosakkan sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan penerima), seperti orang yang menginfakkan hartanya kerana riak kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari akhir. Perumpamaannya (orang itu) seperti batu yang licin yang diatasnya ada debu, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, maka tinggallah batu itu licin lagi. Mereka tidak memperoleh sesuatu apa pun dari apa yang mereka kerjakan. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang kafir.

25) Dan perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya untuk mencari redha Allah dan untuk memperteguh jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak didataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buah-buahan dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka embun (pun memadai), Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan"

~ SubhanAllah. Maha Suci Allah. 

Wallahu A'lam

Tuesday 23 September 2014

hidup perlu ada disiplin yang tinggi

Assalamualaikum W.B.T

Finally....the system has been approved by dot dot dot !

Di satu sudut kami perhati disana masih ada kekurangan. Kami perhati sistem yang sedia ada bagus tapi masih tidak kuat. Kami perhati mereka mereka (including us) tidak mengikut peraturan yang sudah ditetapkan. Semuanya gara-gara tiada internal control atau supervision dari orang yang sememangnya bertauliah dalam perkara ini. And the most problematic things is there's no briefing regarding the do's and the don'ts in handling certain jobs.

Ting !!!!!!!!!!!!

Alhamdulillah.....hasil gabungan urat-urat saraf dari otak A dan B akhirnya menemukan jalan penyelesaian. We have created one system where we can keep track who is the culprit holding the documents (dokumen atas meja dia tapi dia sendiri tak ingat. It's normal guys), they pass to whom, the date, is the work still in progress and all informations yang berlegar-legar dalam kawasan larangan. Bermula dari send in documents dan menjejakkan kaki ke kawasan larangan sehinggalah send out documents dan terlepas dari kawasan larangan. Erkk do you understand what i am talking about? Sometimes pretending to understand is a good practice, i would say. Kehkehkeh....

Ok, back to the main topic ! Hanya dengan adanya sistem, kita dapat memastikan 50% kerja berjalan dengan lancar. Hanya dengan wujudnya sistem, 50% perancangan kita hampir rapi. Hanya dengan sistem, 50% kerja dapat diselesaikan dengan cepat dan pantas.

Haaaaik. Kenapa 50% je. Mana selebihnya?

Haa. Yang selebihnya adalah patuh. Patuh memegang 50% share dalam saham. Anda faham?

Sistem dan Patuh itu berjalan seiring. Tanpa patuh, apa gunanya wujud sistem. Kan?

Minum kopi sat......

Kerana itu, hebatnya islam kerana ia mempunyai sistem. Sistem yang tersangat sangat sangat rapi. Cuba renung kembali bagaimana Allah s.w.t menciptakan sesuatu, semuanya secara sistematik. Planet-planet beredar dalam orbit masing masing. Tidak berlanggar antara satu sama lain. Sistematik bukan? Kalau tak habis celaru biru lah planet. Si zuhal nak lalu dekat zon A. Si pluto pun sibuk nak lalu dekat zon A. Waktu solat pula, 5 waktu itu sudah ditetapkan masanya. Subuh masa sekian sekian. Zuhur sekian sekian. Asar sekian sekian. Maghrib sekian sekian. Isyak sekian sekian. Sistematik kan? Kalau terlajak masa dan tak solat dalam waktu....tet anda pesalah tegar yang memang suka melanggar peraturan. Lihat pula kejadian seorang bayi. Semuanya melalui fasa-fasa yang ditetapkan. Bukankah itu sistematik namanya?

Antara komentar mereka yang kembali kepada fitrah (kembali masuk islam) -----> "agama islam sangat sistematik, mendidik diri untuk berdisiplin". Hidup penuh dengan peraturan. Semuanya teratur. Kehidupan non-muslim tidak lari dari berhibur,makan, tidur, (sembahyang ada tapi...anda sendiri boleh buat konklusi), bangun pagi, makan, berhibur balik, kerja, tidur, bangun pagi dan begitulah sehingga ke akhir hayat.

Qaluu sami'na wa atho'na...Kami dengar dan kami patuh...

Jadi bersyukurlah kita dilahirkan dalam keluarga islam kerana itu adalah salah satu nikmat terbesar yang Allah beri. Allah sudah memberi peraturan dan sistem yang perlu kita ikut. Kebaikannya untuk kita juga. Dan tugas kita, semestinya patuh dan taat. InsyaAllah keputusan cemerlang yang bakal kita peroleh, 100% (A+) .Di dunia dan akhirat.

Wallahu A'lam

Tuesday 16 September 2014

Alaf baru




Assalamualaikum W.B.T

Soalan dari :-

1) Murabbi, Naqibahku : Sakina ada whatsapp?
2) Sahabat, Kawan-kawanku : Awak ada whatsapp?
3) Sepupu, Dua pupuku : Sakina ada whatsapp?
4) Mutarabbi, Adik-adikku : Akak ada whatsapp?
5) Keluargaku : Cepat la,bila nak ada whatsapp?

Lagi soalan yang ditanya...ada twitter tak? instagram ke? Dan segala aplikasi terbaru yang kian merebak dengan begitu pantas. Wechat, Chitchat, Kitkat..Tak sempat nak kejar, dah wujud aplikasi yang lebih canggih dan . . .

mmmm facebook yang ada ni pun tunggu berhabuk baru nak buka...acanner tu?

Disebabkan ini, maka tidak dinafikan saya selalu ketinggalan zaman,ketinggalan info,ketinggalan dibelakang, seorang diri :(

Bukan tidak ingin, bukan tidak mampu, bukan tidak mahu, cumanya risau andai diri ini tidak mampu mengawal an-nafs bila memiliki semua itu. Saya rasa kalau tak pandai nak kawal diri, kita boleh ketagih untuk duduk menghadap 24 jam handphone tu.

1) Post benda yang tak patut.
Waktu bulan ramadhan....post "red flag". Whh-whats that? Setiap kali tengok status kawan-kawan di facebook, makin menakutkan saya. Selalu tertanya-tanya pada diri 'perlukah post status itu? Untuk apa?' Dan begitulah selalunya. Kadang tu panjang berjela. Kesian tengok kawan 'spesis' macam saya, boleh stress baca post yang tapape dan tak perlu. Waste my time.

2) Assalamualaikum...jemput orang masuk rumah, duduk, dan cari handphone.
Saya sangat geram bila tengok orang asyik bermain dengan handphone nya sedangkan waktu itu mereka sedang berkumpul (ibarat macam reunion lah atau ziarah). Haih ziarah apa macam tu? Bercakap dengan gadget kat dalam bilik seorang diri pun boleh kot. Cuba appreciate sikit orang yang datang bersusah payah dari jauh semata-mata untuk berjumpa dengan anda. Bersembang face to face. Bukan bersembang dalam alam maya yang semua orang boleh tahu.

3) Haaa nanti dah ada whatsapp bagitau ya. Nanti nak add dalam group.
Hati ini yang pada mulanya dah terbuka untuk memiliki whatsapp tertutup serta merta. Kerana tau mereka suka berkata-kata perkara yang tidak perlu diperkatakan. Juga risau diri ini tidak mampu mengawal mulut yang suka join the club.

Tidak dinafikan mentality kita semua sudah diparas bahaya. Ya. Kita semua. Mentality ditahap bahaya !

Bukan salah teknologi, tapi salah pengguna teknologi. Lihat saja bagaimana perkara yang tidak patut diberitahu kepada orang lain, namun dengan sekali tekan pada button yang tersedia, satu dunia boleh baca dan TAHU apa yang terjadi. Hah? Apakah?

Saya betul-betul tak boleh terima sejak dulu lagi. Haha pelikkan? Gara-gara tidak suka cara mereka-mereka diluar sana menggunakan teknologi yang ada, saya seakan-akan menghalang diri sendiri dari memiliki semua itu.

Teringat pulak kat ayah saya. Dulu waktu zaman kami kanak-kanak, kami adik beradik tidak dibenarkan memakan chewing gum. Disebabkan ayah saya dibesarkan di Singapore, beliau sangat anti dengan orang yang tidak membungkus semula sisa chewing gum sebelum dibuang kedalam tong sampah. Ye la siapa tak kenal Singapore yang begitu bersih, kalau nampak orang buang sampah merata tempat mesti kena kompaun ! Semuanya gara-gara mereka yang kurang bertamadun membuang sisa kunyahan ke merata tempat dan menyebabkan kasut, baju termelekat dengan sisa mereka. Sampaikan kami adik beradik ditegah dari makan chewing gum. Tapi waktu saya sekolah menengah baru la saya reti makan chewing gum, itu pun sebab jauh dari mak ayah. Hehe. Teruk teruk....

Sedar tentang kesusahan yang dialami oleh orang lain disebabkan diri ini tidak memiliki whatsapp, walau beribu alasan yang saya beri kepada diri sendiri, masih tidak dapat dinafikan segunung kebaikan dan manfaat masih dapat diperoleh. Mana tidaknya, sekarang ni segala maklumat berada dihujung jari. Boleh tahu berita tentang saudara kita diseluruh dunia. Boleh tahu program yang diadakan hujung minggu. Boleh tahu keadaan sahabat-sahabat yang tinggal jauh nun disana.

InsyaAllah. Azam baru akan memilikinya, sooooon. Ecehhh boleh percaya ke ni? ^_____^

~ hp yang sedia ada seperti dizaman awal tahun 2000. macam kena tukar hp baru je...wink wink ~

Wallahu A'lam

Monday 15 September 2014

haiya nusyaahid talafiziyun ma'an :D

Assalamualaikum W.B.T

Semenjak dua menjak tiga menjak bekerja ni, tiap-tiap petang pukul 6.30 mesti duduk depan tv tengok cerita upin ipin. Jangan terkejut kerana bukan saya seorang penonton tegar cerita kartun ini, tapi mak ayah kakak adik semua join sekaki tengok sekali. Hehehe. Kadang-kadang tu banyak je info baru saya dapat. Kalau dulu pasal pokok pisang dan macam-macam lagi, tapi tadi tau la serba sedikit tentang ikan laga.

Nak tau apa yang saya tau? Tengok la sendiri ya :D

Tepat pukul 6.29 terus buat announcement kuat-kuat 'semua oraaaaaang,cerita upin ipin nak start daaaaaahhhh'....Ehem, memang saya suka buat announcement kat rumah pun. Tak percaya? Percayalah.....

Dan tadi adik saya bersuara 'haa tau pun kenapa selama ni ifan suka tengok cerita upin ipin'. Huh,masalahnya habis semua cerita kartun dia bedal. Tom & Jerry, Spongebob, Doraemon. Kadang-kadang rasa macam ada budak kecik umur 6 tahun la pulak kat rumah.

Tapi kan sebenarnya sejak zaman saya sekolah menengah lagi,memang banyak info yang saya dapat dari tengok cerita kartun. Contohnya Totally spies ada menyelitkan ilmu sains. Kalau tak silap time tu ada sentuh mengenai subjek fizik dan kimia. Upin ipin ilmu daratan. Spongebob ilmu lautan. Dan banyak je lagi info yang saya dapat, dengan hanya menonton cerita kartun.

Jadi kesimpulannya, jom rehatkan minda dengan menonton cerita kartun ;)

kullu jasadin yahtaj ila istiraahah kaafiah. Yeah kita perlukan rehat yang cukup untuk meneruskan kehidupan yang begitu hectic dizaman ini.

Wallahu A'lam

Tuesday 9 September 2014

get to know yourself. peace

Bismillah....

* Kisah 3 bulan lalu *

Tok. Tok. Tok (sambil jenguk jenguk, muka tak sabar nak masuk dan tak sabar nak keluar semula)

Yes. Come in.

Duduk terus tanpa diundang

Ok sakina. How do you feel right now..working here? Is everything ok?

(hmm bole la.ok je) >> jawapan poyo tu. jawapan sebenarnya....tak perlu kot cerita kat sini. nanti panjang berjela.

Since you have worked here for almost 3 months, i can see your........... (puji muji yang boleh menerbangkan saya tanpa saya sedari).......................But ! you dont have..hmmm what we call it,ermm firm. You are not firm enough..........(berbicara pula tentang kelemahan diri ini)

Kesimpulan dari perbualan itu, saya dapati beliau mahu saya tegas dan boleh marah. Beliau mengambil contoh salah seorang pekerja disitu yang sememangnya mendapat tangga teratas dalam pertandingan "siapa yang paling cepat naik hangin dan marah". Katanya, si saya terlalu lembut, si dia terlalu garang. Dua dua kena bergabung supaya dapat break-even point. Muahahah. Tapi betul, maksudnya macam tu la.

Sepanjang perbualan kami, memang sifat tegas dan boleh marah yang ditekankan. Dan itu memang kelemahan saya.

You get angry easily, so do i. But the way we react might be different. You may throw all things near you to the wall. You may shout or yell infront of your subordinates. You may do what ever you want to show your anger. But for me, i prefer the other ways. That's me.

Perkara yang paling susah dibuat adalah apabila kita diminta untuk membuat sesuatu yang contradict dengan diri kita, berlawanan dengan sifat yang lahir sejak kecil. Contohnya, beliau seorang yang pendiam, tapi kita suruh dia cakap banyak. Beliau kaki main, tapi kita suruh dia duduk senyap-senyap. Beliau seorang yang tenang, tapi kita suruh dia jadi gelabah. Beliau sangat kemas, tapi kita suruh dia jadi pengotor.

Soheh ! Betul ! Benar ! Semua ini satu sifat yang boleh diubah kerana ia bukan bersifat kekal. Cuma untuk menjadi sesuatu yang bukan lahir dari hati kita, mungkin memakan masa yang lama untuk berubah. Dan saya, sifat saya memang begini. Seperti yang anda kenal. Itulah saya. I really hope all of you can accept me for who i am. Kui3.

~ Apakah?
~ Post kali ni macam pelik

Wallahu A'lam

Sunday 7 September 2014

nombor

Assalamualaikum W.B.T

BEL. Siapa tak kenal BEL angkat tangan. keh3.

Wowowo this is too much if you guyz don't remember your favourite subject. Subjek yang kita belajar dari sem 1 waktu diploma (yang menekankan grammar) sampailah ke degree sem kedua terakhir (lebih tertumpu kepada job interview sessions). Ingat tak?

Confirm ingat !

Waktu sem kedua terakhir saya memutuskan untuk menjadi seorang pelajar (means takde intention untuk sambung master or ACCA or CIMA or CPA or seangkatan dengannya dah, heh panjang pulak explanation), antara subjek yang paling menggerunkan saya adalah BEL. Ya. Menghadiri kelas BEL ibarat menghadiri mahkamah. Sentiasa berdebar dengan soalan yang diajukan oleh pensyarah. Paling risau bila beliau dapat detect kesalahan grammar yang terumbang ambing dan perlu bersyarah dihadapan kawan-kawan (yeaahh itu kan memang penyakit kronik saya).

*****************************************

Testing. Testing. Job interviews.

Pensyarah memberikan beberapa contoh soalan yang mungkin akan ditanya oleh majikan. Antaranya,
 'why did you choose your major?'
 atau mungkin juga....
'why are you interested in this job?'

Disebabkan saya pelajar perakaunan, jawapan yang paling mudah dijawab dan yang sentiasa berlegar diminda 'i like to play with numbers' walau hakikatnya mata boleh berpinar tengok nombor yang banyak. Muehehe.

Nombor.

Ayah saya pernah mengajukan soalan...
>   Dalam al-quran ada berapa surah?
>> 114 surah
> Ni ayah nak beritahu je lah, waktu dekat kelas ada seorang budak ni dia cakap kat semua orang, cuba tolakkan 114 dengan umur kamu, kamu akan dapat tahun lahir kamu. Bila ayah kira, betul jugak. Dapat tahun lahir ayah. So cuba semua kira betul tak dapat tahun lahir sendiri?
>> Eh, haah dapat dapat. haha.

hi there..wanna playyy? (baca dengan nada versi chuckie) :P 

Hehe. Bagi sesetengah orang, mereka sangat anti bila diajukan soalan sebegini. Risau syirik kata mereka. Cuma bagi saya its just for fun saja. Quite interesting juga nombor ni. 

Oh sebelum saya lupa, teka teki tu hanya sesuai ditanyakan kepada mereka yang lahir tahun 19_ _ sahaja. Yang lahir zaman millenia tak sesuai, risau hasilnya pada zaman purba. Kurun ke 3,7,1,6. Keh3.

Wallahu A'lam.

Saturday 6 September 2014

ceramah beliau semua orang suka

Assalamualaikum W.B.T

Apa khabar saudara saudari yang hadir...para penonton dirumah sekalian?

Diharapkan moga semuanya sihat-sihat belaka dan sentiasa dibawah naungan Allah S.W.T...insyaAllah.

Bertemu semula kita didalam rancangaaaaan jom berfikir !

Er. Ok. Abaikan muqaddimah saya.

Sedar atau tidak, perasan atau tidak....la ni ramai orang suka dengar ceramah yang terselit unsur lawak jenaka. Ya, Saya sedar, saya perasan, saya perhati terrrrrlalu ramai orang awam khususnya lebih cenderung pergi ke masjid-masjid atau surau-surau yang selalu menjemput penceramah yang acap kali membuat kelakar ketika berceramah.

Maaf. Saya tidak menyatakan lawak didalam memberi ceramah itu salah. Sebaliknya kalau kita lihat zaman sekarang ceramah yang mempunyai kriteria seperti berikut mampu menarik ribuan pendengar untuk sama-sama muhasabah kembali diri mereka sendiri.

ekekekekeke...kelakar kelakar. nak dengar lagiiii :D

Cumanya, saya sedikit hairan, Begitu sekali sifat orang-orang awam seperti saya menilai 'kehebatan' seorang penceramah. Penceramah yang guna nada 1 ton je boring la. Mendatar. Boleh tersengguk bawah kerusi kalau dengar sampai habis. Balik-balik cakap benda yang sama. Rasa macam baca buku pun ada. Kalau penceramah yang suka buat lawak best sikit nak dengar. Seronok.

Kerana itu dalam menuntut ilmu perlu ada mujahadah. Kesungguhan dalam menuntut ilmu. Tidak hanya memilih ceramah yang ada lawak jenaka dalam masa yang sama membenci penceramah yang tidak langsung menyelitkan lawak dalam ceramahnya.

Apa yang penting adalah kita ingat isinya, bukan lawak nya sahaja.

Moga kita sama-sama sentiasa bersemangat dalam menuntut ilmu.

Wallahu A'lam