Wednesday 22 February 2012

unexpected result


3 hours ago, i checked my examination result through e-mail

Alhamdulillah...
that's the only word that came out from my mouth when i looked at my result, it has never crossed my mind. Selama saya belajar, tak pernah saya rasa tertekan seperti sem lepas. Rasa macam baru belajar hari ini, esok dah nak exam.

But it proves that Allah S.W.T answered my dua' and knows everything deep in my heart.

Firman Allah S.W.T didalam surah Al-Baqarah " Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu ( Muhammad ) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. hendaklah mereka itu memenuhi ( perintah )-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran ".

Innallaha la yukhliful mii'ad. Sesungguhnya Allah tidak akan memungkiri janji :)

---> During examination week, ramai orang melakukan solat tahajud, solat hajat, solat fardhu, baca al-quran, never miss. But.....a week after that...... lenyap terus semua amalan ini. Hilang bak debu yang berterbangan. Tidak meninggalkan kesan langsung walaupun sedikit. I wonder, why these people have these kind of attitude. ohh tersangatlah hipocrite ! tak malu ke dengan Allah? Waktu nak exam, iya iya je buat solat itu, solat ini. Minta macam-macam, tetapi bila semua yang kita minta berada dalam genggaman, senang-senang kita lupakan Allah. Solat yang WAJIB kita tunaikan hilang entah kemana. Solat hajat yang dulunya hampir setiap hari dilakukan, lenyap begitu saja. Tilawah al-quran apatah lagi.

sahabatku, jangan disebabkan perbuatan kita yang bersifat acuh tidak acuh, malas, tidak istiqomah, mengundang kemurkaan Allah. wal'iyazubillah

Firman Allah S.W.T:
 " dan apabila mereka digulung ombak yang besar seperti gunung, mereka menyeru Allah dengan tulus ikhlas beragama kepada-Nya. tetapi ketika Allah menyelamatkan mereka sampai di daratan, lalu sebahagian mereka tetap menempuh jalan yang lurus. adapun yang mengingkari ayat-ayat kami hanyalah penghianat yang tidak berterima kasih "
( Luqman : 32 )

~ perbaiki diri, iman & amal :)

Wallahu A'lam

Monday 20 February 2012

sungai Tekala, hulu langat

Dengan Nama Allah
Yang Maha Pemurah
&
Yang Maha Penyayang
~ MPI ~
antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan disana :-
* barbeque. (sangat sedap) terima kasih ditujukan khas buat sahabat-sahabat yang bertungkus lumus membalik-balikkan ayam & sausage.he2
* main badminton. sempat la jugak main dengan shikin sampai sakit-sakit sendi & otot sebab dah lama tak main
* chess. tak ingat dah nak main macam mana. tengok amy & ciken je main
* mandi sungai. (lelaki saja) itu pun jauh ceruk mana entah
* tazkirah. (tentang 'ikhlas' yang disampaikan oleh zul). insyaAllah bermanfaat buat diri ini dan sahabat2
* tukar-tukar hadiah. (dapat dari abg sopi) syukran ! lain kali boleh la bagi briefcase pulak.hehe
* main-main dengan monyet @ beruk. wallahu a'lam
* tunggu orang keluar toilet. takda la lama mana.1 jam je. (saaangat besttt)


inilah sungainya.MasyaAllah




tuu air terjun.nampak tak?




nampak tak apa yang saya nampak?


banyak lagi gambar yang diambil sebenarnya. tak dapat nak publish muka setiap seorang. hehe. maaf

                                                         ~ attention please ~

                                   waktu berkumpul yang telah disepakati : 7.30 a.m
                                   waktu bertolak yang tidak dijangka : 9.30 a.m

Sahabat sekalian, lain kali janji wajib kita semua tepati ya.kalau lambat 30 minit tu boleh la faham,ni sampai 2 jam lewat.kenapa ya?jangan sesekali guna istilah 'janji melayu' kerana kita semua kan orang islam.orang islam kena patuh pada janji :)

Moga Ukhuwah yang terjalin berkekalan hingga ke syurga-Nya. InsyaAllah
~ yang tak dapat hadir : aisyah,nazeera,mahirah,luqman,azim. harapnya boleh la join program yang akan datang. mohon diluangkan sedikit masa untuk merapatkan lagi ukhuwah kita semua.insyaAllah :)

Wallahu A'lam

Wednesday 15 February 2012

Allahu Akbar !

solat lah walau dimana kita berada



Islam pada mulanya asing, dan akan kembali asing, maka beruntunglah orang-orang yang asing...
                                            
                                                                  ~ STRANGER ~
                                        
                                                                 ~ GHURABAA ~

akhir zaman...orang-orang yang memakai purdah,tudung,stoking,baca al-quran sambil berjalan,solat ditengah-tengah laluan awam,menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.....
dipandang aneh lagi pelik

proud to be a stranger :)
Wallahu A'lam

Monday 6 February 2012

polis trafik

Dengan Nama Allah
Yang Maha Pemurah
&
Yang Maha Penyayang

...pagi tadi semasa dalam perjalanan pulang dari ipoh, kami mendapat isyarat  (flash) melalui lampu kereta yang datang dari arah bertentangan seperti yang biasa dilakukan oleh pemandu-pemandu lori & kereta sekiranya terdapat sekatan polis dihadapan. sepanjang jalan yang kami lalui, ada saja "flash" yang disedekahkan oleh kenderaan dari arah bertentangan dengan tujuan supaya kami berhati-hati dan mematuhi segala peraturan jalan raya.

saya yang duduk bersebelahan adik saya...
saya : "fan cepat pakai seat belt, nanti kena saman kang"
adik : "ha'ah ek"

perbualan yang ringkas dan inilah yang menyebabkan saya terfikir sejenak...

lumrah manusia.takutkan hukuman hanya apabila penghukum ada dihadapan mata. kita pasti akan cepat-cepat mengikat tali keledar,memakai tali pinggang,mematuhi had laju,tidak memotong di lorong double line.semua ini kebiasaaannya hanya akan dilakukan sekiranya terdapat road block dihadapan.

begitu juga dengan kehidupan kita sebagai seorang manusia. sekiranya Allah memerintahkan malaikat untuk menghukum on the spot bagi sesiapa yang tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba-Nya, pasti tiada sebarang kecuaian, kekejaman dan permasalahan yang berlaku dimuka bumi ini. pasti setiap orang akan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan Allah,berbaik-baik sesama manusia,menjaga perkara fardhu,tidak melakukan dosa dan macam-macam lagi yang akhirnya membawa kesan kepada diri kita sendiri.

sebenarnya saya nak tekankan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim supaya menjaga segala amalan-amalan yang wajib kita tunaikan. ramai dikalangan kita leka dengan nikmat duniawi yang bersifat sementara. sedangkan mereka ini tahu,faham dan yakin bahawa adanya hari akhirat. apa yang menghalang kita dari melakukan perkara yang diperintahkan. tidak cukup masa kah untuk mengerjakan solat? tidak cukup benangkah untuk menutup aurat secara sempurna? tidak cukup makanan yang halal kah sampai sanggup menjamah makanan yang haram dimakan?

saudaraku... peliharalah solat, peliharalah iman, peliharalah aurat, jagalah perbualan antara lelaki dan perempuan, peliharalah pandangan. moga kita semua tergolong dalam kalangan orang-orang yang berjaya bukan sahaja didunia malah yang lebih penting diakhirat.

Al Faqeerah ila Ar-rahman

Wallahu A'lam

Thursday 2 February 2012

ada apa dengan facebook

In The Name Of Allah
The Most Gracious
&
The Most Merciful

Do you have a facebook?

NO ! i don't have any.why?

erkk..sooo weirddddd.........

FACEBOOK.salah satu laman sosial yang harus dimiliki oleh setiap orang. Isn't It ?

fenomena yang dapat kita lihat hari ini,sesiapa yang tiada facebook boleh di 'cop' sebagai orang yang ketinggalan zaman.'tak up-to-date la kamu ni.buat la,nanti senang nak contact'.oh kiranya tanpa facebook tak boleh nak contact la ye?habis tu apa gunanya ada handphone,e-mail,surat?eeee tu semua dah lapuk la.orang dah jarang guna.kalau ada facebook kan senang,mudah,cepat anddd orang lain pun boleh baca !

owh tidaaaakkk.kenapa ek,kebanyakan perkataan-perkataan yang tak pernah @ terasa janggal disebut apabila duduk berhadapan amat mudah diluahkan melalui facebook?tak segan ke tulis 'i miss you', 'i love you' ditambah dengan perkataan-perkataan yang agak 'manja'..iyyelkk geli tahu tak?kalau husband & wife, kawan-kawan 'sejenis', faham la juga.tapi ini yang tak ada apa-apa lagi 'banin wa banat' kawan je baru, dah tulis benda mengarut-ngarut ni.

Dan bagi sesiapa yang suka post setiap gerak geri yang dilakukan di status facebook, harapnya anda lebih berjaga-jaga dengan setiap tulisan anda.ramai orang suka tulis
~ boring nya hari ni,duduk sorang-sorang kat rumah
~ fuh penatnya berjalan,shopping sakan la katakan
~ hari ni saya puasa sunat
~ sayang,balik nanti kita makan sama-sama tau
~ rindu la dekat dot dot dooooot

buat apa post benda-benda macam ni.nak bagi tahu dekat semua orang? apa yang kita dapat?orang like status anda?supaya orang 'asing' datang ke rumah anda?pujian (alaaa sweeeeetnyaaaaa)?kadang-kadang tanpa kita sedar,benda-benda ni boleh mengurangkan pahala kita.kalau puasa sunat,mention kat satu dunia,pahala pun blh jadi semakin berkurangan.sebab mungkin orang akan puji (waa rajinnya,bagusnya,hebatnya),tanpa kita sedar sekelumit rasa bangga hinggap dihati yang kering.
ya ! memang benar saya bukanlah orang yang layak untuk menegur anda.diri sendiri pun ada,pernah dan tak akan lari dari membuat kesilapan.tapi apa salahnya kita saling ingat-mengingatkan kan?

Ad-din annasihah ~ agama itu nasihat...bukan? :)

Wallahu A'lam