Wednesday 31 December 2014

ala bizikrillah



You have biggest problem right now?
You have no idea on how to solve those problem?
You can't bear it anymore?

Don't worry...
There is a light !
There is a way !

 Just Ask Allah
He will help you


Daily checklist
1) Remember Allah while standing
2) Remember Allah while seating
3) Remember Allah while lying down


Dari Abu Hurairah r.a dia berkata ,Rasulullah s.a.w bersabda, Allah s.w.t berfirman : "Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam satu kumpulan manusia, maka Aku pun akan mengingatinya dalam satu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari"

(Sahih Muslim : 4832)

 *Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang *

Wallahu A'lam

Tuesday 30 December 2014

malu malu kucing



Hadis ke-20 ada menyebut

Rasulullah s.a.w bersabda "sekiranya kamu tidak malu, maka lakukanlah sesuka hatimu"

(Riwayat Al-Bukhari)



Al Haya' Minal Iman

Malu itu sebahagian dari iman

Malu dan iman itu berjalan seiring

Barangsiapa kehilangan salah satu dari keduanya

Sesungguhnya ! dia telah kehilangan kedua-duanya sekali


Wallahu A'lam

Sunday 28 December 2014

kita sudah melangkaui had yang dibenarkan

Bismillah....

Banyak sungguh ujian kita kan wahai hamba Allah.

Allah sudah memberi hint. Tidakkah kita sedar? Kita sudah jauh. Jauh dari Allah. 

Sesungguhnya sesuatu bencana itu, apabila diturunkan oleh Allah s.w.t keatas kaum yang zalim, ia akan menimpa keatas setiap umat yang berada disekitar kawasan itu. Tidak kiralah alim atau zalim, semuanya terkena tempias. Allahu Akbar. Kisah Nabi Lut, kisah kaum thamud, kisah Nabi Nuh berlegar-legar dibenak fikiran.

Kenali sifat Allah s.w.t yang Maha Lembut.

1) Al-Lathif
Lathif ini kalau dilihat dalam kamus bermaksud gentle, kind, pleasant dan dalam bahasa melayunya adalah lembut. Tapi in arabic term ia membawa maksud 'lembut, bertahap-tahap'. 

Sebagai contoh. Allah s.w.t menyuruh kita memakan sesuatu yang halal lagi baik. Misalnya buah kurma. Adakah pokok kurma itu terjadi dengan sendirinya? Tiba-tiba sedebuk jatuh dari langit batang yang tegak kukuh berdiri menghasilkan buah yang ranum? Sudah tentu tidak bukan?

Setiap tumbuhan tumbuh mengikut fasa. Bertahap-tahap. Bermula dengan menanam benihnya, dibaja, disiram, kemudian barulah kita dapat melihat proses tumbesaran pokok kurma seterusnya. 

Begitu juga dengan sakit. Allah tidak akan menimpakan sesuatu penyakit itu kepada hamba-Nya secara tiba-tiba tapi semuanya bertahap. Disebabkan dia makan tidak menentu, makan dalam kuantiti yang banyak, minum ais, tidak memilih makanan yang berzat Alhasil selepas setahun dia ditimpa penyakit. Semuanya bertahap-tahap bukan?

Allah s.w.t Maha Lembut kerana Allah tidak menimpakan azab keatas sesuatu kaum secara tiba-tiba. Semuanya bertahap. Dimulai dengan ujian batuk-batuk ringan, namun masih ramai hamba-Nya tidak sedar tentang kesilapan diri. Allah datangkan pula selesema, tapi manusia masih tetap sombong dengan Allah. Allah uji lagi dengan demam panas. Namun alangkah angkuhnya manusia itu, masih lagi degil dan keras kepala untuk sujud menyembah-Nya. 

Adakah Allah itu zalim? Tidak ! Bahkan kita lah yang menzalimi diri kita sendiri. Allah bagi warning terlalu banyak kepada kita, tapi hati manusia itu keras. Masih tidak sedar dan terus meneruskan hidup dalam kelalaian.

2) Al-Halim
Halim juga kalau kita lihat dalam kamus membawa maksud gentle, patient juga dalam bahasa melayunya adalah lembut, santun. Tapi dalam kamus arab ia bermaksud 'lembut, menahan untuk marah'

Biasanya bila seseorang itu mahu marah, secara luarannya kita dapat lihat wajahnya bertukar merah, urat saraf mula timbul dan perkataan paling lazer keluar dari mulut. (emm wujud ke perkataan ni..?)Tapi nak cakapnya, biasanya kita dapat melihat perubahan raut wajah dan tindakan seseorang ketika sedang marah.

Kita bagi contoh situasi 'kanak-kanak main hujan'

~ Biasanya si ibu akan pergi mencari anaknya yang sedang bermain hujan. Piat telinga sambil membebel-bebel 'mak kata jangan main hujan nanti demam ! degil eh !' sambil tidak melepaskan piatan ditelinga anaknya. Bagi si ibu, itu adalah pengajaran dan nasihat buat si anak untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama.

~ Tetapi, bezanya 'Al-Halim' ni. Si ibu akan mencari anaknya yang sedang bermain hujan. Berbicara dengan lembut supaya si anak balik rumah, pergi mandi, rehat dahulu. Selepas itu barulah memberi nasihat tentang kesan bermain hujan. Si ibu memberi nasihat juga, tetapi bukan ketika sedang marah.

Sifat Allah s.w.t terhadap bani israel sangat Al-Halim. Allah menahan marah. Namun bani israel tetap angkuh, sombong dan mendustakan ajaran yang dibawa oleh rasul-rasul Allah. Maka Allah s.w.t telah mendatangkan suatu kaum yang lebih hebat dan kuat untuk mengalahkan kaum yang ingkar lagi takabbur.

Berbalik kepada situasi yang kita alami sekarang. Allah memberi ujian kerana Dia sayangkan kita. Kerana kebiasaan manusia hanya akan mencari Allah s.w.t hanya ketika ditimpa musibah. Sungguh ! Allah s.w.t merindukan saat hamba-Nya merintih pada-Nya, merayu pada-Nya dan supaya hamba itu berfikir tiada tempat lain yang boleh bergantung harap selain pada-Nya.

Surah Al-Ghafir : 60 
"Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan"

Ya Allah. Jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa sedar tentang keagungan, kekuasaan dan kehebatan-Mu ya Allah. Jangan Engkau biarkan kami hidup didalam kelalaian dan kekufuran. Sesungguhnya hanya pada-Mu tempat kami meminta pertolongan dan hanya Engkau Ya Allah sebaik-baik tempat berlindung.

Wallahu A'lam

Saturday 27 December 2014

adik-adikku insyaAllah boleh ! :)

Assalamualaikum W.B.T

Tahniah kepada adik Ahmad Farhan, juara rancangan adik-adikku musim ke-5 !!!

Sungguh ! Mereka bakal menggegar dunia. Hebat berpidato satu anugerah Allah yang tidak ternilai kerana orang-orang seperti ini la yang boleh mempengaruhi orang disekelilingnya. MasyaAllah. Hebat hebat. Moga terus thabat dalam medan dakwah.

Boleh meremang bulu roma bila mendengar mereka berpidato. Mantap dan mantap. Bila tengok Farhan, macam ada iras pulak dengan Zaid Najmuddin. Hehe. Mungkin sebab suara lantang kot. Jelas dan sedap didengar. MasyaAllah. Semua adik hebat !

Kepada yang terlepas siaran, silalah tonton di tonton.com. hehe promote skettt.

Ini adik Farhan. Bercita-cita menjadi rakyat Malaysia pertama yang mengimami makmum di masjidil haram. Mari kita sama-sama berdoa moga Allah s.w.t memakbulkan doanya....


Ini pula adik Zaid. Ketenangan terpancar diwajahnya. Sejuk mata memandang :)


SubhanAllah. Anugerah Allah buat mereka. Petah berbicara dan memiliki suara yang sedap didengar. Tergamam, Terpaku, Terpegun.


Wallahu A'lam

tick tock tick tock


Al-'Asr : 1 - 3

Demi masa ! Sesungguhnya manusia itu berada didalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran. 

kriiiiiiiiiiinnnggggggggg !!!!!!!!


Setiap hari, hari akan berbicara dengan kita. Haa? Macam mana hari boleh bercakap? Hassan Al-Basri pernah menyebut "tidaklah seorang hamba itu bangun pagi melainkan hari itu berkata kepadanya".

Jom kita fikir nama yang sesuai untuk watak ini. erm. erm. aha. Kuntum!

Satu hari Kuntum bangun dari tidur. Maka berkatalah hari itu kepadanya "wahai Kuntum, tidaklah aku hari ini akan datang kepadamu dan akan berlalu. Aku tidak akan berpaling padamu setelah aku berlalu. Maka gunalah aku sebaik mungkin".

Ada orang merasakan satu hari itu berlalu sangat pantas. Ada pula orang merasakan satu hari itu berlalu sangat lambat. Kita adalah sama. Mempunyai masa 24 jam sehari ! Yang membezakan kita hanyalah cara kita menggunakan dan menghabiskannya.

Teringat pula lagu 'my grandfather's clock'. Let's sing a song together. First time i heard this song when i was a child. Long time agogo ~


" Ya Allah. Golongkanlah kami dalam golongan mereka yang pandai merancang dan bijak menggunakan masa "

Wallahu A'lam

Friday 26 December 2014

umur bukanlah penanda aras yang tepat

Assalamualaikum W.B.T

Umur. Makin meningkat umur kita, makin hampir masa kita bertemu Pencipta.

Umur bukan kayu ukur kematangan = Matang bukan pada umur

Budak-budak yang berumur 10 tahun kebawah masih boleh didefinasikan sebagai budak mentah walau hakikatnya ramai sahaja tokoh islam yang sudah mampu berfikir dengan waras ketika ini. Namun hakikat yang perlu kita telan secara berjemaah dan yang lebih menyedihkan adalah masakini majori mereka yang berumur antara 20 hingga 40 tahun masih lagi tidak matang :O Ohhh..mengapakah?

Bagi saya matang itu sangat penting dan tersangat perlu ada pada diri setiap orang. Jadi harini saya nak kongsikan sedikit tips untuk menjadi matang. Jom kita lihat....

Asas-asas penting untung menjadi matang:

~ memiliki fizikal yang cerdas
~ memiliki akal yang waras
~ memiliki spiritual yang mantap

Kita juga boleh lihat tahap kematangan seseorang dari jauh. Teropong jauh-jauh dan kita dapati mereka yang matang sangat-sangat...lihat dibawah.

Ciri-ciri matang :

1) Bersabar pada saat hentaman pertama

2) Sentiasa bersangka baik walau ujian negatif yang menimpa

3) Tidak cepat melatah dan mampu membuat keputusan dengan baik

4) Mendahulukan akhirat dan mengambil dunia seadanya 


Bicara mengenai matang, teringat kisah tokoh-tokoh islam yang banyak menabur jasa untuk agama ketika diawal usia mudanya. Mari kita lihat senarai beberapa orang tokoh yang sudah matang sebelum usia.

1) Saidina Ali bin Abi Talib - Mampu membuat keputusan untuk memeluk islam seawal umur 10 tahun

2) Imam Asy-Syafie - Berjaya menghafaz al-quran ketika berumur 7 tahun

3) Usamah bin Zaid - Dilantik menjadi jeneral tentera islam ketika berumur 16 tahun

4) Sultan Muhammad Al-Fateh -  Menaiki takhta ketika berumur 19 tahun


********************************

Jadi kesimpulannya, adakah kita masih perlu sandarkan matang pada usia? 

Jawapan sudah ada diatas. Renung-renugkanlah.

Ayyuha syabab tauja ilal hamam

Nujahidu fi sabilir rahman

Nufsidul kafirin fid dunya

Liiqamati syi'aril islam

Liannal an ummatal islamiyah

Tahta mamlakatil kuffarizh zhalimin


Wallahu A'lam

Thursday 25 December 2014

tahukah anda bersangka-sangka itu merupakan suatu penyakit?


Bersangka-sangka itu suatu penyakit?

Yes and Yes !

The worst part is when you think bad about others

Orang senyum disangka berpura-pura

Orang masam disangka sombong

Orang memakai pakaian kemas disangka menunjuk-nunjuk

Orang memakai pakaian selekeh disangka kedekut

Orang kaya disangka berlagak

Orang miskin disangka pemalas

Orang cantik disangka memakai susuk

Who knows...rupa-rupanya...

Dia senyum kerana...ingin menghiburkan orang disekelilingnya

Dia masam kerana...mengenangkan dosa yang telah dilakukan

Dia kemas kerana...memikirkan diri sedang membawa imej islam

Dia selekeh kerana....menebalnya sifat rendah diri dalam hati

Dia kaya kerana...ingin membelanjakan separuh hartanya untuk islam

Dia miskin kerana...ditindas oleh puak yang zalim

Dia cantik kerana...Allah yang Maha Cantik telah menganugerahkannya wajah secantik itu

Jadi, jom sama-sama kita berdoa.....

Ya Allah, Tuhan yang menjaga hati. Engkau peliharalah hati-hati kami dari bersangka buruk terhadap orang lain. Amin...

Let's smash negative thinking to the wall

Kebabommm

Wallahu A'lam

warkah buatmu wahai penerima mesej

Assalamualaikum W.B.T

Di pagi yang hening, ketika mana seorang hamba bangun malam beribadah mengingati Allah, diangkat darjat mereka ketempat yang tinggi lagi mulia disisi-Nya. Tahajud. Satu perkataan yang amat mudah disebut, namun agak sukar untuk dilakukan...melainkan bagi mereka yang dipilih Allah, merekalah orang-orang yang beruntung. T________________________T tanam niat. Muhasabah. Muhasabah. Muhasabah.

Firman Allah s.w.t didalam surah An-Nisa' ayat 136


"O you who believe, believe in Allah and His Messenger and the Book that He sent down upon His messenger and the Scripture which He sent down before. And whoever disbelieves in Allah, His angels, His books, His messengers, and the Last Day has certainly gone far astray".

--> Redundant
Cuba perhati ayat pertama, Allah berfirman " Wahai orang-orang yang beriman, berimanlah ". Nampak tak? Warkah dari pengirim kepada penerima. Pengirim suruh beriman dan addressee nya adalah memang orang yang sudah beriman. Pertindihan ayat disitu. Ibarat kita sedang melihat orang yang sedang makan, dan kita cakap, makanlah. Atau kata nama lain nya, bukankah dia itu sedang makan, mengapa kita suruh dia makan. There is a redundancy. Benda yang diulang ulang.

Ayat ini menunjukkan sesuatu yang amat besar. Selepas kita beriman, kita kena sentiasa perbaharui iman. Kerana, iman bukanlah sesuatu yang bersifat tetap, kukuh, padu dan bukan statik. Iman itu sifatnya berubah-berubah. Mengikut peredaran waktu. Ada kala iman seseorang itu tinggi, setinggi langit yang susah digapai, ada kala iman seseorang itu rendah, serendah hamparan tanah yang boleh diinjak-injak.

Hanya ada 2 versi. 
Naiknya iman dengan ketaatan kepada Allah. 
Turunnya iman dengan melanggar perintah Allah. 

Harus kita ketahui, ciri-ciri orang yang beriman adalah dimulai dengan solat, dan diakhiri dengan solat. Berkata seorang ustaz "usah bicara tentang marhalah tarbiyyah mahupun daulah islamiyyah andai solat masih tidak settle dan bermasalah".

Allah berfirman didalam surah Al-Mu'minun ayat 1 dan 2 : "Sungguh beruntung orang-orang yang beriman, (iaitu) orang yang khusyuk didalam solat"

Awwalul Aayah disebut beruntung, berjaya lah seseorang. Jadi siapakah dia? Iaitu orang yang khusyuk didalam solat.

--> Akthar vs Ahsan
Buka kamus sat.
Akthar = yang paling banyak
Ahsan = yang paling baik

Didalam surah Al-Mulk ayat 1 dan 2 Allah berfirman "Maha Suci Allah yang Menguasai (segala) kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang Menciptakan mati dan hidup, untuk Menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun".

Allah memberi ganjaran sesuai dengan amalan kita. Didalam al-quran, Allah menyebut "ahsan" iaitu yang paling baik amalnya, bukannya "akthar" yang paling banyak. Semua orang boleh beramal sebanyak mana yang dia mahu, tapi adakah semua amalan itu adalah yang terbaik?

Tidak. Kerana mungkin amal itu sudah dikotori dengan percakapan, perbuatan hatta dicemari dengan hati sendiri.

--> Untuk mendapatkan amal terbaik ada 2 cara

1) Ikhlas kerana Allah
Masihkah belum sampai kepadamu berita tentang amalan seorang hamba Allah dipadang mahsyar? Ketika dia merasakan telah membuat amal yang sangat banyak, namun apabila dibawakan kemuka pengadilan di padang mahsyar, amalnya hilang bak debu yang berterbangan. Wal'iyazubillah. Ini terjadi kerana amalan yang dilakukan itu tidak ikhlas kerana Allah. Ingin meraih perhatian manusia. Ingin disanjung. Ingin dihormati. Maka jadilah amalnya seperti debu, langsung tidak bermanfaat pada diri.

2) Ittiba'
Ikut sunnah. Ibadah kita harus selari dengan apa yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Contohnya, secara sedar kita solat subuh 3 rakaat. Adakah solat itu diterima? Tidak. Walau hakikatnya kita buat baik bukannya jahat, siap tambah bilangan rakaat. Tapi ia tetap ditolak kerana tidak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Moga kita lebih berhati-hati dalam beramal dan berusaha memahami mesej yang disampaikan oleh Allah s.w.t kepada kita.

Ingatlah, kejayaan diakhirat adalah kemenangan hakiki.


Wallahu A'lam

Saturday 20 December 2014

sandiwara cinta

Assalamualaikum W.B.T

Khusus buatmu, para wanita
Dengarkanlah...


Wallahu A'lam

Friday 19 December 2014

mana soklan bocoq ni?


Teringat saya ketika masih lagi bergelar pelajar diploma dan degree (sudah 11 bulan meninggalkan title itu huhu). Tika mana aura Test 1, Test 2, mahupun final exam membahang, mula lah masing masing sibuk bertanya kawan dari uitm cawangan lain tentang soalan yang mungkin akan keluar atau lebih tepat lagi soalan bocor. Bagi sesetengah orang, mereka sangat bergantung harap atas soalan bocor itu. 

Berbeza pula dengan saya. Walaupun mereka memberi soalan bocor kepada saya, tapi saya rasa macam...hmmmm..saya tak akan akan bergantung 100% pada soalan itu. Risiko beb. Risiko. Tapi yang lebih membuatkan saya tidak berapa minat dengan soalan bocor adalah kerana rasa tidak jujur pada diri sendiri. Walau hakikatnya pernah meniru 1 kali seumur hidup (ehh bukan seumur hidup, selama bergelar pelajar...ish ish i hate that. Tiru yang dahsyat punya tiru seingat saya...nak putar masa semula boleh..?) Dulu iya iya je kawal diri, maintain cool. Saya benci meniru. Time sekolah rendah tak pernah meniru, menengah tak, diploma pun rasa mcm tak, tapi degree...arghhh...Sebabnya, kita ambil peperiksaan tujuannnya untuk menilai diri, jadi kalau dah tahu soalan, rasa macam tak best walau keputusannya gempak. Jiwa tidak tenteram lah bak kata orang :) Bangga dengan keputusan yang mantap hasil dari soalan bocor? Ohhh tidak. Tak bangga langsung !

Saya suka belajar pada minit terakhir? Saya rasa saya bukan begitu. Haha. Mindaku tidak boleh digest setiap butir ilmu andai belajar disaat akhir. Kesimpulannya study memang kena diawal waktu. Cumanya buat assignment last minute itu perkara biasa kot. Hehe. Tips sebagai seorang pelajar yang masih memerlukan skill mengarang. Apa yang kamu perlu adalah memahami key point dalam sesuatu bab, bila dah dapat key point nya, walaupun satu point, kamu boleh goreng campak lada sulah, bawang merah, bawang putih, jintan secukup rasa. Masak biar sampai berasap. Lagi satu, fikir logik. Itu salah satu skill yang saya gunakan sewaktu belajar degree. Tak percaya? Cuba dulu, baru tahu betapa berkesannya cara ini. Hehe.

**********************************

Realiti kehidupan. Semua orang tahu soalan bocor dialam barzakh. Haaa? Tak tahu lagi? Takpe masih sempat pergi kedai buku, beli dan baca. Ataupun pergi google sat. Berlambak blogger, para asaatizah yang mengarang tentang soalan bocor dialam barzakh. Soalan bocor yang kita semua maklum, namun jawapannya bukan boleh dihafal dan dikarang begitu sahaja, tapi anggota tubuh badan kita yang akan berbicara. Dan itulah jawapannya. 

Assuaaal...Tentang umur. Dimanakah kita menghabiskan waktu muda kita? Amal apa yang telah kita kerjakan? Mulut cakap (mmmmmmm...tak boleh bercakap), tangan dan kaki yang akan berbicara. Saya bersedekah, menolong mereka didalam kesusahan. Atau mungkin.... Saya selalu main game, lepak dengan kawan, syisya.

~ Sebenarnya sekarang ni tengah nak menggoogle dan study mengenai GST. Tapi macam melencong kelain je. Sempat pulak lawat blog dia. Hehe. 
~ Lagi satu, minggu depan saya ditugaskan untuk present dihadapan office mate tentang GST....Ohhooiiii...Saya? Layakkah? For sure ketaqqqq.
~ Where can i find balance sheet and profit & loss statement and any transaction relates with GST? Dimanakah? Any idea? Tak jumpa jumpa lagi ni wahai kawan-kawan. Debit, Credit, Uwaa..
~ Google, google terus google. Google, google terus google. Google, google terus pening. (Baca versi iklan basuh, basuh terus basuh). Mehehe.
~ Doakan saya sampaikan ajaran betul ya ;) Bukan ajaran sesat :P

Wallahu A'lam

Sunday 14 December 2014

annual dinner


Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati

Venue : Hilton hotel
Date : 12 December 2014
Time : 7.00 p.m to 10.30 p.m
Participants : As usual, all staffs from 3 departments plus 1

Ok saya tahu, intro yang ...... pelik. Hehe. Bahagian atas tu dah macam kad kenduri kawin, siap berpantun bagai. Ok jom bercerita tentang si arnab yang comel dan si kancil yang bijak.

**************************************

Saya antara yang terawal sampai di hotel Hilton. Perjalanan yang disangka memakan masa selama satu jam setengah gara-gara bersangka buruk bahawasanya Kuala Lumpur akan jammed teruk, rupa-rupanya kami menyusur laju dan sampai kedestinasi dalam setengah jam perjalanan sahaja. Ehem sedara sedari, kan ke sekarang ni hujung tahun, memang ler tak banyak sangat kereta kat KL. (sambil senyum senyum kambing dan mengembekkk dengan sendirinya).

Kami dari account department telah diberi watikah untuk mengatur segala persiapan annual dinner. Almaklumlah selama ini segala program yang diadakan, staf dari audit dept yang selalu menjadi tulang belakang sesebuah program, jadi sekarang ni mereka bercita-cita untuk menjadi peserta dan merayu agar kami pula organize majlis ini.

Saya bukanlah antara mereka yang bekerja keras untuk menjayakan annual dinner ini :3

Saya hanya tolong sikit-sikit je, tak banyak pun. Sebab apa? Adalahhhhh....hihi

Nak tengok apa yang best disana?

Nah....

Mmmmmm. Nyum nyum

Seusai solat maghrib, kami turun ke ground floor dan tanpa menunggu lama terus serbu makanan yang terhidang seperti singa yang lapar menerkam mangsanya. Kali ni memang tak lepaskan peluang, makan semua yang ada. Habis semua kek yang terhidang saya rasa. Mmmmm sedaaaaaap & kolestrol meningkat :D

Tepat jam 8.20 p.m, aktiviti pertama diadakan. Kami perlu membuat satu bulatan besar. 

Cara permainan :-
1) Seorang peserta perlu menyebut apa-apa perkataan. Contohnya 'tiger'.
2) Dalam kiraan 5 saat, orang disebelahnya perlu menyebut apa-apa perkataan bermula dengan huruf 'r', contohnya 'rose'.
3) Dalam kiraan 5 saat, orang disebelahnya pula perlu menyebut apa-apa perkataan bermula dengan huruf 'e', contohnya eraser.
4) Dalam kiraan 5 saat, orang disebelahnya pula perlu menyebut apa-apa perkataan bermula dengan huruf 'r', contohnya 'roof'.
5) Dan begitulah seterusnya....

Namun yang mendebarkan adalah, sesiapa yang tidak dapat menjawab dalam masa 5 saat akan dikenakan penalty ! Haha. Memang nampak mudah kan? Tapi apabila kenervousan tahap maksima, mindaku mula tidak waras. Haha. Even a simple word boleh jadi berbelit lidah nak sebut. Aiyakkk.. Syukur, tak kena denda. 

Tapi yang bahagianya, siapa yang kalah itulah pemenang. Mereka yang dikenakan penalti, dan dapat membuat seperti yang disuruh akan mendapat hadiah. Jadi, tahniah kepada para pemenang !!!  :D


Waaa banyaknya hadiah. Antaranya adalah thermo pot, oven, rice cooker, mixer dan macam macam lagi.

Aktiviti kedua adalah penyampaian anugerah kepada semua. Ya. Semua orang dapat. Cuma yang menentukan pencapaian seseorang itu adalah bos dari setiap department. Dan bos saya menganugerahkan saya sebagai.......

Haha....

Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberi tunjuk ajar tanpa menunjukkan rasa kebencian maupun kemeluatan yang melampau kepada saya. Jasa kalian amat besar. Terlalu banyak perkara baru saya belajar selama bekerja 9 bulan disini. Tidak akan berkurang ilmu seseorang apabila dia mengajarkan kepada orang lain bahkan ilmunya semakin bertambah, bertambah dan makin mantap. InsyaAllah.


Photo booth. Hasil seni kawan saya yang memang kreatif. Tidak perlu berbelanja lebih, guna kotak dutch lady pon boleh :)
Aktiviti terakhir adalah cabutan bertuah. Saya? Tidak lah bertuah mana pun malam tu (>.<) Bawak balik apa yang diberi sajalah. Haha. Dapat coklat sebungkus (adehh kolestrol..kolestrol...), kalender 2015, award plaque. Dah dah cukup ! Haha.

Jadi itulah dia cerita annual dinner kami. Nak yang lagi best? Tungguuuu......Till the next time :)

Wallahu A'lam

Tuesday 9 December 2014

cerita korea best wooOOooo :O

Assalamualaikum W.B.T

Haaa..? Apaaa? Artis korea datang Malaysia....

Yahhooooooo.....

Jae Suk. Kim Jong Kook. Ji Hyo. Kang Gary. Dong Wook. Han Ji Min. Lee Min Ho. Lee Seung Gi. Lee Da Hae. Choi Ji Woo. Dan banyak lagi, sila senaraikan sendiri. Maaf kalau tersilap type nama. Peace no war.

Sanggupberaturpanjangberjelajelauntukmembelitiketyangnilainyadapatmembelicekodokpenuhsatulori

impressive ! Clapclapclap your hand :D

************************

Kenapa ramai orang suka tengok cerita korea?
---> Sebab artis korea handsome osem bergaya canteksss anggun menawan comel
huh? tak kan sebab tu je kot (",)

Mmmm best sangat ke dramanya?
---> Huk huk..saya boleh menangis terharu tengok hero heroin berlakon
wawww..bagusnya menghayati sampai boleh menangis

Kenapa ada yang sangat fanatik dengan artis korea sampai sanggup masuk kelas belajar bahasa korea ek?
---> Uisss..rugi rugi kalau tak faham bahasa korea. Bila faham baru la mudah nak tengok mana-mana drama walaupun tak ada subtitle, itu tak menjadi satu halangan.
oooo...gitu.baru saya faham


************************

Al mithaaal....seorang budak yang tiada langsung perasaan fanatik terhadap artis korea sedang menonton drama My Girl.

Kenapa budak tu suka tengok cerita korea? Faham ke?
- Ofkos youuu..kan ke ada subtitle kat bawah tu

Acer tutup subtitle bawah tu. Best tak cerita My Girl?
- kruk..krukkkkk....
- bohsannya. tak faham langsung. apa ntah dia buat tu. kenapa dia buat macam tu. apa dia cakap.?

*************************

Nampak tak apa yang saya nak sampaikan sebenarnya? Ke masih blurrr? Kikiki.

Maksudnya, kita hanya boleh menjiwai, menangisi, meratapi sesuatu itu hanya apabila kita memahami apa yang cuba disampaikan kepada kita. Ya. Kerana kita faham cerita itu (sebab ada subtitle) kita boleh menangis tersedu sedan. Kerana kita faham cerita itu kita rasa seronok dengan pengakhiran cerita yang sungguh bahagia (happy ending siapa tak suka) ;P

Begitu juga dengan al-quran. Hanya apabila seseorang itu faham apa mesej yang Allah sampaikan kepadanya, mereka akan berasa seronok untuk baca dan baca dan terus baca. Kerana didalamnya terdapat bermacam-macam kisah yang Allah beritakan kepada kita sedang kita tidak berada dizaman dan tidak juga berada didalam dimensi itu. 

Kisah tentang raja yang angkuh lagi sombong, Firaun yang sedaya upaya memanjat tinggi kelangit semata-mata untuk melihat menguji Allah. Kisah tentang umat nabi Lut yang ditimpa azab Allah yang sangat keras. 

Berita tentang syurga dan keadaan penghuninya. Mereka duduk diatas singgahsana dapat melihat pemandangan seluas mata memandang, diberikan air yang dingin, buah-buah yang manis rasanya,bayanglah apa-apa yang mustahil kita dapat didunia, pasti perkara itu wujud didalam syurga. Rabbit berada ditaman makan carrot. Macam cerita Alice in the wonderland. Segala binatang boleh bercakap. Silalah bayangkan supaya kita berasa naaaaaakk nak nak nak nak nak masuk syurga.

Bayangkan, kalau lah kita baca al-quran tanpa mengetahui apa sebenarnya yang Allah sedang bicarakan, agak agaknya best ke atau tak? Mestilah tak best. Tak faham ceritanya.

Jadi jangan berasa hairan andai ada diantara mereka yang menangis teresak-esak tatkala membaca ayat dari mana-mana surah, kerana mereka faham apa yang sedang mereka baca.

~ jom baca tafsir al-quran
~ jom belajar bahasa arab
~ teringat lagu 'haiya bil araabiah'

Wallahu A'lam