Sunday 25 January 2015

Barakallahu lakum (part 1)


Aik?

Kenapa tajuk post ada tulis part one?

Ada lagi ke yang akan menyusul?

**********************************

Mubaarak 'alaikum

Ucapan ini ditujukan khas buat sahabat MPI yang sudah melangkah ke gerbang perkahwinan

Jadi mari kita fikir apakah peribahasa yang sesuai untuk mereka?

aha !

Suhaimi borek. Amy rintik. Helmi juga rintik dan kembali borek.

Lepas ini siapa rintik?

Haha. Pemusnah peribahasa !

*********************************

As Suhaimi bin Rashid bersama zaujahnya

Siti Aminah bt Mohd Rouyan bersama zaujnya

Mohammad Helmi bin Mohammad bersama zaujahnya

SubhanAllah

Sama padan, sama padan dan sama padan

Didoakan moga kalian semua beroleh ketenangan, kebahagiaan dan sentiasa berada didalam rahmat Allah s.w.t sehingga ke syurga-Nya.

Amin ya Rabb..

p/s : Gambar ini dicuri dari fesbuk. Diantara gambar diatas, ada juga gerangan yang sudah dicrop oleh saya semata-mata untuk memberi ruang pada gambar pasangan pengantin sahaja. Hehe maaf dipinta.

Wallahu A'lam

Friday 23 January 2015

Nama-nama surah dalam al quran



Jom dengar dulu



Bicara seorang penceramah :-

---> Nak tahu tak macam mana cara Dr Zakir Naik mendidik anak murid dia cara berdebat dengan non muslim?
~~> Nak nak. Macam mana?
---> Waktu dalam kelas, Dr Zakir Naik akan soal sorang sorang nama surah dan itu surah yang ke berapa.
Let say when Dr points his finger at A and ask, Al-Hujurat? Anak murid (A) terus kena cakap itu surah yang ke berapa dan juzuk mana sepantas kilat. Kalau lambat, Dr akan tanya B, Al-Anfal? Anak murid (B)
perlu jawab dengan cepat ibarat semua surah at their fingertips.

Bila dah hafal kedudukan surah, mudahlah bagi para pendebat islam nak petik mana-mana ayat al-quran. Senang nak kalah kan hujah non-muslim. Bila mereka berhujah tentang konsep trinity, pendebat islam mampu bidas dengan membacakan ayat al-quran.

Saya rasa semua orang tahu cara yang paling mudah untuk menghafal sesuatu. The most effective way to memorize something  is by mendengarnya berulang-ulang-ulang-ulang-ulang kali. 

Lagu-lagu kat radio tu mudah je nak hafal, takkan ayat al-quran susah kot. Haha. Method sama je macam kamu hafal lagu. Download je surah-surah masuk dalam hp canggih tu. Lepas tu bila nak lipat kain, bukak lah surah yang kamu nak hafal. Bila nak serika baju, dengar lagi surah yang sama. Dekat ofis kalau boring, pasang la surah sama. Dalam sebulan tengok hasilnya. Menakjubkan ! (^_^)

Memorizing al-quran is easy, but it takes trillion efforts to preserve it in your mind and in your heart ! Be careful at this stage. Istiqamah! Istiqamah! Istiqamah!

Kerana diakhirat, Al-Quran hanya berfungsi sebagai
Syafaat / Laknat

~ May Allah S.W.T shower His blessings to us. All of us.

Wallahu A'lam

Thursday 22 January 2015

Orang yang marah sedang .....?


Orang yang marah, sedang mempamerkan kebodohannya. 

Kata-kata ini perlu disimpan dan disemat didalam hati setiap orang. 

Extreme pemarah
Biasanya mereka ini sangat cepat untuk mengeluarkan perkataan kesat lagi keji. Tangan mereka sangat cepat menumbuk, menampar, membaling barang yang ada berdekatannya dengannya. Mata mereka merah menyala, timbul segala urat. Kaki mereka suka menyepak dan menendang kerusi meja pintu. 

Mild pemarah
Mereka masih lagi mampu mengawal marah. Masih mampu mengeluarkan perkataan baik. Tangan seperti dibedung, tidak suka membaling barang. Mata mungkin merah sikit. Kaki pun tidak seaktif golongan extreme pemarah atau mungkin langsung tidak suka menyepak. Sakit kot !


i'm angry now !!!
Saya benci tengok orang marah. Lebih-lebih lagi golongan yang pertama tu. Mulut laser. No insurance !
Hina herdik maki. Tak sakit tekak ke menjerit? Tangan pulak laju sangat nak baling barang. Yang baling-baling ni lagi saya tak boleh terima. Baling buku, baju, fail, laptop, handphone. Tak sayang ke dekat harta tu? Yes. Harta duniawi. Handphone jatuh, pecah berderai, rosak. Lepas tu kena beli baru. Rugi je. Duit tu beb. Baling baju, buku buat sepah sana sini. Akhirnya dia kena kemas jugak. Penat penat.

Saya tidak suka melihat orang kena marah. Lebih-lebih lagi kalau masalah tu boleh settle tak sampai seminit. Chill la der. Rugi masa je nak marah-marah. Orang pun menyampah tengok kita kalau asyik marah. Erk kamu sedar tak yang orang benci?

Orang yang marah sebenarnya memiliki akal yang sungguh lemah !

Cuba waktu ada orang tengah marah, lepastu kita pergi depan muka dia dan cakap :-
----> akal anda lemah, anda tak mampu kawal marah.
Or you might prefer this sentence
----> you are stupidos because you can't control your anger.

 Haha cari masalah !

Itu namanya minta lempangan dan sepakan percuma. Biar dia reda dulu, kemudian cakap baik-baik. Sebab setahu saya orang yang marah ni sebenarnya berpenyakit. Upsss.

Bila ada sesuatu masalah, kecik atau besar. Tidakan kita sepatutnya :-

1) Listen. Istami'
- Dengar masalah sampai habis. Biar orang tu habis cakap dulu dan jangan sesekali memotong percakapannya. Ni masalah baru separuh diceritakan, dah tengking tak tentu hala. Padahal orang tu baru nak share masalah & solusi yang dia sudah dapat. Buat malu je.

2) Quiet. Uskut
- Mulut jangan bercakap apa-apa. Relax. Tenang. Cool. Chill.

3) Think. Ifkar
- Try to come out with million solutions yang difikirkan wajar diambil. Kalau tak jumpa solution hari itu, pergi ambil wudhu', solat. Doa dipermudahkan urusan. Baca surah penerang hati. Al-Insyirah. Moga diilhamkan jalan penyelesaian.

4) Seek forgiveness from Allah. Istighfar
- Banyak kisah tauladan yang dapat kita ambil pengajaran dari ucapan 'Astaghfirullah Al Azim'. Ujian 1 datang, kena istighfar. Ujian 2 datang, kena istighfar. Kadang-kadang ujian menimpa kita kerana dosa-dosa yang dilakukan. Maka, wajib kita memohon ampun dari Allah s.w.t moga dijauhkan dari kemurkaan-Nya.

5) Smile. Ibtisam
- Yakin setiap ujian itu ada jalan keluarnya. Ingat bahawa kita sedang diuji. Makin hebat seseorang itu, makin hebat ujian dia. So, bila kamu diuji dan rasa macam terlalu berat sangat ujian itu, bahagiakan hatimu dengan meyatakan pada diri "Saya hebat! Sebab tu ujian saya hebat". Senyum.

Daripada Abu Hurairah r.a, ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w. 'Berilah aku wasiat.' Rasulullah s.a.w bersabda 'Jangan marah!' Baginda mengulangi beberapa kali ucapan, 'Jangan marah!'
( Hadith riwayat Bukhari)

"Wahai orang-orang yang beriman!  Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar"
(Surah Al-Baqarah : 153)

Sila bersangka baik dengan Allah. Allah is the Greatest. Allah is the Opener. Allah is the Most Merciful. Allah is listening to you and He will answer your dua'. 

Wallahu A'lam

Saturday 17 January 2015

hikmah kegemukkan dan bala kekurusan


Dahulu. Dia sangat terkenal. Terkenal dengan seorang yang sungguh seksi, menawan, dan memukau. Ramai orang yang memuji malah memuja kecantikannya. Betik suka mengenakan pakaian yang fit dan muat-muat badan supaya ke'slim'an dia dapat dilihat. Dahulu, dia punya ramai kawan. Suka menjalankan aktiviti riadah dan join aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Siapa tidak kenal betik pasti dicop sebagai orang yang terkebelakang. Orang yang ketinggalan zaman. Hatta nama betik sentiasa bermain dibibir orang-orang tersohor dan berpengaruh.

Namun, kini segalanya berubah. Betik kini, bukanlah betik yang dahulu. Betik kini lebih suka memerap didalam rumah. Enggan bertemu dengan rakan-rakannya. Enggan bekerja. Enggan join aktiviti kemasyarakatan dan yang lebih merisaukan, betik kerap skip makan pagi, tengahari dan malam. Ada kala, betik kerap pitam dan pengsan. Betik berasa sedih dan kecewa. Hampir kesemua cermin yang terdapat didalam rumahnya sudah pecah akibat benci melihat dirinya didalam cermin. Kesemua pakaian lamanya disimpan kerana tidak ada satu pun yang muat untuk dipakai. Betik lebih suka memakai pakaian longgar dan besar. Supaya lemak-lemak yang tepu itu tidak dapat dilihat oleh mata-mata jahat sekaligus mendapat cemuhan malah makian yang sangat menyengat telinganya.

Semuanya gara-gara berat badannya yang kini mencecah 100kg. Betik benci melihat keadaan dirinya yang sekarang. Gemuk gedempol. Rakan-rakan kini menjadi musuh utama. Mereka sering mengutuk dirinya. Betik berasa down dan kemurungan kini menjadi hobinya.

Sehinggalah satu hari, ketika betik keluar mengambil surat dari posmen, dia ternampak sehelai kertas. Tertera besar perkataan "gym yang mampu menurunkan berat badan melampau". Hatinya berbunga-bunga untuk pergi ke sana. Pada hari yang sama, betik telah mendaftar diri untuk mengikuti setiap program yang diadakan di gym tersebut.

******** 6 bulan sudah berlalu *********

Hasilnya?

Sepasang mata kini mula bersinar kembali. Ibarat satu cahaya bersinar dengan begitu terang. Betik sudah kembali langsing. Anggun. Cun wa melecun. 

Betik kembali mencari baju-bajunya yang lama. Baju yang sudah disimpan didalam peti besi dikeluarkan semula. Dia sudah kurus! Muat untuk pakai pakaian lama! Dan betik kembali seksi seperti mana dia sebelum ini!


*************************

Moral of the story?

Haha.

Tiada moral kah?

Kesimpulannya. Kalau dia gemuk, dia mampu mengurangkan dosa dengan memakai pakaian yang menutup aurat. Kerana waktu dia kurus, dia lebih cenderung memakai baju seksi terdedah sana sini. Lelaki free free dapat dosa. Betik dapat dosa, orang yang memandang (dengan pandangan nafsu) juga dapat dosa. Tapi bila dia gemuk, dia lebih suka memakai pakaian longgar. Lelaki sorang pun tak nak pandang. Terpelihara dari dosa kan?

Hazihil hikmah. Hazihil hikmah. 

Jarang sungguh orang melihat hikmah yakni kebaikan disebalik apa yang sedang menimpa diri

Ok itu sahaja cerpen kali ini

Sehingga kita berjumpa lagi

p/s : kisah ini hanyalah rekaan semata-mata

Wallahu A'lam

Tuesday 13 January 2015

Don't shout


Pabila hati mula menjerit.

Attention please. Everyone. Please pay your attention to this lady. 

This LADY !

Penyakit dia sudah datang. Penyakit yang sangat susah dikawal sejak dulu lagi. Haha jangan pulak fikir penyakit yang bervirus virus yang macam kuman tu. Na'uzubillah min zaalik.

Saya tak boleh kalau ada orang mencuri masa saya. Ecehhh. Puyus nyes dies. Bajet famous lah ye. Orang nak jumpa dia kena buat temu janji dulu lah ye. Hmmmm. Tapi ! Memang betul pun. Ini satu fakta ! Dari dulu lagi, kalau ada reunion ke, perjumpaan kawan-kawan ke, meeting ke, masa yang sudah dibajet perlu ditepati. 

Peristiwa petang tadi, waktu meeting dengan client.
Jam ditangan menunjukkan bahawasanya lagi 10 minit, maka berakhirlah title saya sebagai buruh. HarHar. Teruk sangat bunyinya tu. Alat tulis mula dikemas dengan begitu sopan. Ambil kertas, pensil, fail kumpul setempat. (1st hint). Tapi ! Client tiada gaya langsung untuk mengemas barangnya. 

15 minit sudah berlalu. Telingaku masih lagi mampu mendengar dengan khusyuk, mulut masih lagi petah berbicara. Sembang. Sembang. Sembang. Upss, discuss suppose. Bergerak ke kiri ke kanan memberi isyarat dengan penuh santun. (2nd hint). Tapi ! Tetap gagal menoktahkan butir bicara client.

30 minit berlalu dengan begitu laju. Telinga gagal memproses kalimat yang masuk dari telinga kanan, dan terus keluar dengan laju melalui telinga kiri. Mulut sudah terkunci rapat. Senyuman tidak ikhlas jelas kelihatan. Diri ini mula tidak senang duduk. Pergerakan semakin banyak dan semakin jelas. (3rd hint). Tapi ! Makin banyak pula cerita yang mahu dikongsi. Makin besar pula skop topik yang dibincangkan.

hihi.kiki.hihi.kiki.hihi.kiki.hihi.kiki

Jam ditangan tepat menunjukkan....masa sudah berlalu selama.......

1 jam ! Ok. It's over. Please stop talking ! I wanna go back home now. Ok ini dialog dalaman ya. Kalau dialog luaran memang terus dengar " you're fired ! " oleh bos.

Saya tak tau kenapa saya tak boleh langsung kalau ada orang melebihi had waktu yang sudah ditetapkan. Bila masa terlebih sikit je walau satu minit, terus rasa rimas. Tak senang duduk. Mindaku gagal untuk memujuk diri ini. Sungguh kronik penyakitku ini kan?

Anyone. Any idea? How to overcome this disease?

It's all about TIME. Time is more precious than diamond.

Time diploma dulu pun, saya cepat rasa tak senang duduk kalau kawan lambat bersiap. Alamatnya, memang saya gerak dulu la. Selamat tinggal kawan. Siapa suruh lambat. I don't mind going anywhere alone. As long as tempat tu saya familiar dan ramai orang, boleh je pergi sorang diri. Stay kat library dari pagi sampai petang pun saya tak kesah. Asalkan tak lewat masuk kelas. Saya rasa maaaaaaalu sangat kalau masuk kelas time lecturer sudah berada didalam kelas @ sedang mengajar. Macam tak hormat guru. Tidak suka publisiti murahan. Cehh....

Waktu degree pun sama. Janji meeting pukul 10 pagi. Tapi......hmmmm...Kalau lewat 5 minit pun saya mula rasa gelisah. Sah sah habis lewat. My time ! My time ! Please don't waste my time ! (-_____-) Dan perkara sama berlaku, gunung berapi mula mengeluarkan larvanya.

Tentang masa, saya lebih suka spend time dengan family berbanding kawan-kawan. Most of my friends tend to choose company yang offer high basic salary. But for me, gaji tinggi bukanlah keutamaan. Time with my family is the first priority. My first priority. Even dulu waktu interview cari kerja pun, memang office hour yang dititik beratkan. Hehe. Kalau company tu habis pukul 6, terus reject ! Next company plis. Hari tu pernah juga interview di sebuah syarikat yang agak famous amous. Tapi ! Waktu kerja sehingga pukul 9.00 malam. Ohh i'm not a robot. Robot pun boleh rosak kalau bekerja melebihi had masa. Memang tidaklah saya nak kerja disitu walau gaji yang ditawarkan melimpah ruah ke ladang gandum.

Back to the main problem. My personal problem. Tentang masalah masa yang agak sukar dibendung. Seandainya saya seperti mereka, tidak kesah tentang satu minit, mesti hati ini tidak menjerit.

~ ending? hmm.

Wallahu A'lam.

Sunday 11 January 2015

umat islam harus fit !


Muaz : Saifullah, jom pergi gym.
Saifullah : Tak nak la. Ana kan ketua badan dakwah. Tak sesuai la pergi gym.
Muaz : Hmmm. Ana musykil la. (Sambil garu-garu kepala yang tak gatal) 
Saifullah : Musykil apa? Meh ana merungkaikan kemusykilan anta tu.
Muaz : Patutnya, orang-orang badan dakwah la yang terlebih perlu pergi ke gym, bersenam, banyakkan guna tenaga badan. Barulah badan cergas. Minda cerdas. Bagi ana orang islam kena fit ! Tengok dulu waktu zaman Rasulullah s.a.w, sudah menjadi satu budaya bagi mereka beradu tenaga. Pertandingan gusti, memanah, menunggang kuda, lumba lari menjadi adat. Umat islam ketika itu semua kuat. Hebat. Cergas. Tapi kita....? Bila selalu bersenam, barulah musuh islam gerun tengok kita. Fuhhh badan orang islam berketul-ketul ! Mesti mereka kuat ! Pasti kita kalah ! Takutnyaaa.
Saifullah : (speechless)
Muaz : Lagi satu yang ana nampak. Kebanyakan orang badan dakwah asyik duduk dengar ceramah, jalan tenang-tenang, duduk sembang petang, harapkan mulut sahaja lantang ! Macam tak kena la.
Saifullah : (mula tidak senang duduk)
Muaz : Erkk maaf la kalau ana tersalah cakap. Itu cuma pandangan ana. Apa pula pandangan anta?

p/s : Nama watak utama diambil secara rawak. Tiada kaitan antara yang saya kenal ataupun tidak. Kalau terkena nama sendiri tu, dan terkena pula batang hidung sendiri..err..err

~ Ter imagine pula saya, mereka yang pergi ke masjid badan semua besaw besaw. Siap berserban. Bila ambil wudhu', lipat lengan baju sampai ke atas siku, dan tetibe ternampak.....MasyaAllah ! Tangan beliau, sebijik macam popeye bila makan bayam. Workout setiap hari barangkali. Mehehe.
~ Abaikan imaginasi saya.

Wallahu A'lam

Monday 5 January 2015

bahasa


Sambil-sambil tangan ligat membasuh pinggan, mulut juga ligat bercakap...

---> Mama ! mama ! "Semmuo laide"
~~> Err whats that?
---> Ni bahasa cina la. Hehe
~~> Doesn't sound chinese to me. It sounds Weirddddd.

Haha sadisnya. Wuwuwu. Takpe takpe. Jangan mengalah ! Cuba lagi. 


Nak excel bahasa kedua, ketiga , keempat ni memerlukan keinginan yang mendalam dan semangat yang jitu. Kalau takat belajar sehari, lepas tu campak nota dalam kolam ikan, guane nak cemerlang kan?

Officemate saya ramai chinese. Bila bersembang, most of the time they will speak in Malay. Secara tidak langsung, mereka mahir dan mampu menguasai tiga bahasa sekaligus. Common mistake yang selalu mereka buat bila berbahasa melayu adalah tertinggal huruf atau tersalah sebut. From here, i learnt something. I saw something. I noticed something. They can sharpen their skill in bahasa by having daily conversation with us. And me? What happen to me? No improvement? Standing quietly in the cocoon without any movement? Oh. NO NO NO !

Peringatan penting wahai diri

Use time wisely. Don't let it go just like that. So, Sakina...please force yourself to learn with them and memorize more vocabulary. Chinese vocabulary. I think the most effective way to belajar bahasa asing is by memorizing the sentence. A sentence a day. Looks simple right? Hehe. For example "Ni haw ma" and the answer is "wo hen haw". Pronunciation kena betul. Mana tahu within a year i can speak chinese fluently! Successful without ada sleng malay at all. Hehehe. We never know right....hehe 

Kata-kata pujangga hari ini,

They succeed because they think they can ! 

~ sakina you can !

Wallahu A'lam

Thursday 1 January 2015

selamat tahun baru masihi


Ia bukan sekadar angka

Ia bukan sekadar nama

Juga bukan sekadar ucapan

tapi lebih kepada peringatan



selamat tinggal dua kosong satu empat

selamat datang dua kosong satu lima

moga amalan seiring dengan peningkatan tahun

Rabbuna zidna 'ilman warzuqna fahman

Kullu 'am waantum bikhair !


Wallahu A'lam