Monday 29 June 2015

nilai sebuah kenikmatan


Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah....Sedar tak sedar kita sudah masuk ke fasa kedua bulan ramadhan. Masa yang berlalu begitu..begitu...

Allah...Amalanku?

Nyawa ----> Bagaimana dengan graf ibadahmu?

Badan ----> Mungkin menaik. Mungkin mendatar. Namun harapanku moga ianya tidak menurun.

Benarlah kata orang. Kenikmatan sesuatu itu hanya boleh difahami dan dirasai tika kehilangannya. 

Kita.....sering tidak menghargai dengan apa yang ada dihadapan mata

Kita.....sering tidak mengendahkan segala yang berlaku disekeliling kita

Kita.... sering tidak peduli dengan apa yang kita lalui dalam sehari harian

******************************

Dimana kita meletakkan nilai sebuah kenikmatan?

Ironiknya. Nilaian itu dapat kita fahami, setelah kita kehilangannya.

Dan ketika itu, baru kita sedar betapa mahal nilanya disisi kita.

Wahai diri !

Ramadhan itu...

Datang dan pergi

Siapa tahu 

Mungkin ini ramadhan terakhir kamu

Perginya mungkin akan kembali

Tetapi bukan kepadamu

Hargailah peluang yang Allah s.w.t beri

Dalam setahun cuma sebulan

Pahalanya andai saja bisa kamu lihat

Pasti kamu sanggup meninggalkan hal dunia seisinya

Dan tumpu hanya pada ibadah

Kerna ingin menampung

Kelompongan yang kamu sendiri lakukan

Dosa mata, tangan, mulut, kaki yang kamu lakukan

Selama kamu hidup 

Di dunia Fana' ini

Harapanku

Moga diri ini terus istiqamah dalam beribadah

Demi meraih redha Ilahi

Seterusnya dapat menjejakkan kaki

Ke Syurga Firdausi

Kawan. Doakan aku selalu.

Mari kita sama-sama saling mendoakan

Moga kita semua sentiasa mendapat rahmat Allah s.w.t

Setiap hari. Selama-lamanya.

Sampai masa 

Bertemu dengan-Nya

"Maka barangsiapa mengharap pertemuan dengan Tuhan-Nya maka hendaklah dia mengerjakan kebajikan dan janganlah dia mempersekutukan dengan sesuatu pun dalam beribadah kepada Tuhan-Nya"

(Al-Kahfi : 110)

Wallahu A'lam

Wednesday 17 June 2015

Ramadhan datang lagi ! :)


Ramadhan tiba Ramadhan tiba Ramadhan tiba

Marhaban Ya Ramadhan !

(^_^)

Alhamdulillah

 Masih berkesempatan bertemu dengannya

Buat kali yang ke dua puluh lima

Moga moga amalan yang dilakukan didalam ramadhan kali ini

Lebih banyak dan lebih baik

 Dari sebelumnya

Berusahalah !

Mendidik diri menjadi mukminah solehah

&

Mendapat darjat tertinggi disisi Allah s.w.t

Ijtahid !!!

Selamat Menyambut Ramadhan

Buat semua umat islam yang dikasihi

~ Jom pecut laju dari mula sampai akhir :)

Wallahu A'lam

Saturday 13 June 2015

buktikan



~ Uhibbuki Fillah ~

(Saya sayang awak (perempuan) kerana Allah)

Kata sayang kerana Allah,

kenapa tak tegur kawan tu tak tutup aurat secara sempurna

Kata sayang kerana Allah,

kenapa tak nasihat tinggalkan perkara maksiat

Kata sayang kerana Allah,

kenapa tak tegur kawan tak solat

Kata sayang kerana Allah,

kenapa tak ingatkan kawan tentang akhirat

Kata sayang kerana Allah,

kenapa biarkan kawan bergelumang dengan dosa nyata

Awak ni nak masuk syurga sorang-sorang ke? Tak nak ada orang lain eh?

T_____________________________________________T

Berkata seorang sahabat....

Saya agak ragu dengan ucapan itu. Sometimes terfikir yang semua itu hipokrit. Pernah satu masa tu saya buat salah. Saya tahu dan saya sedar saya salah. Tapi, orang-orang yang acap kali dok sebut 'uhibbuki fillah', 'uhibbuki fillah' tak pernah pun tegur kesalahan saya. In fact kawan-kawan so-called 'biasa-biasa' ini yang lebih prihatin, sayang, ambil kisah dan tegur kesalahan saya. Mereka lebih sayangkan saya kerana Allah.

Iman yazid wa yanqus. Iman itu bertambah dan berkurang. Saat iman berkuranglah sahabat amat amat diperlukan agar dapat mengingatkan kembali diri yang hanyut dibawa deras ke pangkal jalan.

Benarlah.

 Action speaks louder than words. 

Wallahu A'lam

Thursday 4 June 2015

Magik kaler

Assalamualaikum W.B.T


Tersenyum seorang diri.....

Terngiang ngiang perbualan yang berlaku baru sekejap tadi

Kakak : Fana nak kena beli highlighter la. Nak kena study sebab ada test hujung minggu ni
Ayah : Haa nak highlighter. Nak berapa banyak?
Kakak : Eh ayah ada ke? Betul ke ni? Macam tak caya je. Mmmm bawak la seberapa banyak yang ada.

Ayah menghilang sekejap dan kembali.......

Ayah : Nah. (sekotak highlighter diberi)
Kakak : Huyyyoo. Banyak nya.
Ayah : Nak apa lagi?
Kakak : Pemadam dengan pen biru

Hilang lagi dan kembali....

Ayah : Nah. (sekotak pemadam baru yang masih cantik tersusun rapi didalam bekas)
Kakak : Wahh. Bestnya. Rasa macam masuk sekolah pulak ada banyak stationery. Best best
Ayah : Dah cukup? Nak apa lagi?
Kakak : Mmm magik kaler ada
Ayah : Sekejap

Pergi dalam jangka masa yang agak lama dan kembali.....

seronoknyaaa ada magik kaler :)

Ayah : Nak yang mana satu? (sambil pegang beg sekolah yang penuh dengan magic colour) !
Kakak : Haha banyaknya. Mana ayah dapat?
Ayah : Ye la. Ayah ada 4 orang anak. Setiap sorang ada satu. Cuba darabkan 4 orang dengan 11 tahun belajar kat sekolah. Tak ke 44 set magik kaler ayah ada.

Hehe. Ni sampai iman besar pun tak perlu beli alat tulis dah ni ayah (^_^)

~ Lumrah budak-budak. Nak yang baru walau selori alat tulis lama masih boleh digunakan ~

Wallahu A'lam