Friday 22 December 2017

sakit bersalin hanya Allah yang tahu


Tak henti henti saya ucap syukur,

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Tatkala melihat sekujur tubuh, diletakkan diatas dada saya.

--> Saya merasai sakit bersalin itu.

Kronologi.

* 21/10/17 *
11.06pm : Tiba tiba saya terasa pedih sekitar pinggang dan bahagian belakang. Makin lama, sakit itu persis senggugut (alkisah dah lupa macam mana rasa senggugut sebab sembilan bulan tak pernah tinggal solat ^^). Pergi tandas berkali kali. Rasa memulas, tapi tak tahu apa yang nak dikeluarkan. Terus pergi ke ruang tamu, kebetulan kakak saya belum masuk tidur lagi. Beritahu kakak, 'sakit perut la. Rasa macam senggugut tapi ntahlah'. Kakak terus tanya 'haa nak beranak dah ke?'. Saya cakap 'tak tau lah. takpelah tunggu jela dulu'. Masuk bilik nak tidur, sakit datang lagi. Kerap. Hampir setiap 15 minit. Makin lama makin kerap. 7 minit. 5 minit. 15 minit balik. Malam tu saya dapat tidur antara pukul 3 hingga 5 pagi. Itu pun dalam keadaan menahan sakit. Sempat saya google baca pengalaman orang turun tanda bersalin. Hmm, hampir sama dengan apa yang saya lalui sekarang.

*22/10/17*
6.15am : Usai solat subuh, sakit makin kerap dan teratur. Setiap 5 minit. Pergi bilik mama, beritahu sakit sejak semalam. Ingat nak ajak pergi hospital untuk cek. Dalam pada nak siap, ternampak ada calitan darah. Confirm ! Dah nak beranak ! Terus mesej suami yang sedang berada di Kuantan. Dah turun tanda !

7.10am : Ayah memecut laju. Tiba di HKL, saya masih gagah berjalan. Tak dapat makan nasik lemak sebab kafe masih tutup. Terus ke kaunter pendaftaran. Doktor cek laluan. 2cm. 

9.05am : Doktor cek laluan lagi. 3cm. Saya dibenarkan naik ke wad.

9.15am : Sedang sibuk menguruskan hal kemasukan wad sambil terbongkok bongkok menahan sakit, terlihat suami bergegas kearah saya. Alhamdulillah. Lega melihat suami sudah sampai. Dengan menggunakan kerusi roda, saya ditemani suami dan jururawat ke wad.

10.30am : Contraction makin kuat menyebabkan saya meminta doktor untuk cek laluan dengan harapan dapat ditolak ke labour room. Tetapi rupanya bukaan baru 4cm. Doktor memberitahu nurse supaya saya ditolak ke labour room pukul 2 petang. Waktu tu saya rasa masih dalam mimpi. Betul ke aku dah nak beranak?

12.30pm : Sakit contraction diluar kawalan. Duduk salah diri salah baring salah. Tak tahu posisi mana yang boleh meredakan sakit ini. Suami saya yang amat memahami cuba sedaya upaya mengurangkan rasa sakit yang saya alami.

1.45pm : Mama saya datang sambil membawa cold pack. Mama letak dileher sambil berzikir ditelinga saya. Terasa sangat lega. Tapi sakit contraction masih tinggi. Tiba tiba nurse datang memberitahu saya perlu bersedia untuk dibawa ke labour room bersama suami.

2.40pm: Saya tiba di labour room. Biliknya sederhana besar dan sangat selesa. Waktu itu, air ketuban saya dipecahkan. Sakit contraction makin menggila. Saya cuba meredakan dengan pusing ke kiri dan ke kanan. Cuba dengan teknik pernafasan. Menghidu gas yang diberi. Tapi semua tak menjadi. Saya tetap sakit. Tepi sisi katil terasa kesan cakaran dan saya antara orang yang menambahkan lagi kerosakan katil hospital. Hehe. Ketika ini suami turun untuk solat, jadi tiada apa yang boleh dipegang selain katil. Doktor cek bukaan. Masih 4cm. Kata nurse, kebiasaan mereka jangkakan bukaan 1cm bagi setiap satu jam. Kalau begitu, saya menganggar sekitar jam 8 malam baru saya bersalin. Kata orang, melahirkan anak pertama biasanya memakan masa lama. Saya merasa sakit yang amat dahsyat. Nurse minta saya baring mengiring. Dalam keadaan begitu, saya sempat tertidur.

3.30pm : Melihatkan kadar kontraksi saya yang agak kuat, nurse memberitahu, dalam keadaan mengiring, kalau rasa nak teran, teran saja. Sampai satu masa saya menjerit 'Akakkk nak teran'. Bila cek laluan, 9cm. Saya dibenarkan untuk meneran. Mula mula saya teran sambil nak menangis. Haha. Tapi nurse pesan fokus pada meneran nak keluarkan baby. Jangan menjerit atau menangis. Percubaan pertama, saya gagal. Percubaan kedua, dah nampak rambut tapi masih gagal. Kali ketiga saya meneran sekuat hati sehabis nafas, kepala keluar. Tarik nafas lagi, untuk keluarkan badan baby.

4.04pm : Terdengar tangisan bayi. Baby diletakkan diatas dada saya. Alhamdulillah. Baby sihat, cukup anggota sifat. Tiada ucapan yang meniti dibibir selain Hamdallah.

Seterusnya sesi jahit menjahit yang saya sendiri terasa ngilu untuk mengimbau semula.

Alhamdulillah. Pengalaman mengandung dan bersalin membuatkan kita terfikir tentang mak kita yang dahulunya melahirkan kita. Mereka sangat hebat. Memang selayaknya 'syurga dibawah telapak kaki ibu'.

Nama diberi, Ahmad Ammar Ziyad bin Ahmad Yamin.

Hari ni Ziyad sudah menjangkau usia 2 bulan. Moga menjadi hamba Allah yang soleh, anak soleh, masyarakat yang soleh dan menjadi asbab kami ummi ayah menuju ke syurga.

Amin Ya Rabb.

* Baru saya tahu mengapa kita perlu mengucapkan 'Laa ilaaha illallah' ditelinga orang yang sedang nazak. Seperti saya yang sedang menanggung sakit contraction, terdengar bisikan zikir amat amat menenangkan. Sebab saya ketika itu memang dah tak boleh fikir apa apa. Tak tahu nak baca apa.

* Ketika didalam bilik bersalin, semua ilmu dan teknik bersalin hilang ! Suami sangat membantu dalam mengajar kita apa yang perlu kita lakukan.

* Kepada suamiku, terima kasih yang tak terhingga untuk segalanya :)
#sayangawak200%

Wallahu A'lam


Wednesday 18 October 2017

Tomorrow...


Fly to the sky...

Today I wonder
Wonder what tomorrow has to bring
I hope the war stops
Along with cruelty to animals

It's a waste
Such a waste
A horrible place
Such a horrible place this has began to turn into

So love
Care
Share
Keep all your promises
Because you never know what tomorrow will bring

~ Quoted ~


Tuesday 17 October 2017

Small cloud


The worst kind of pain
is the kind you feel in your soul
it slowly devours everything
and weighs you down
until you can't move


It hurts more than any burn
any bruise
any scar
because it can't heal
no matter what you do
it's always there inside you
but no one can see it

~ Quoted ~



Monday 16 October 2017

Sanah helwah ^^



May happiness and sunshine fill your day 
not only on your birthday
but the whole year through

Happy Birthday !

:)

Monday 9 October 2017

Selamat pengantin baru, sahabat...


07/10/2017

Tarikh yang akan sentiasa diingati oleh sahabat baik saya,

Nurashikin Mohamad Tajuddin :)

To shikin n haziq,

Selamat pengantin baru korang !!!

Tahniah !

 Semoga rumah tangga yang dibina sentiasa didalam rahmat Allah s.w.t.

Satu je pesanan untuk orang yang berkahwin ni.

Sabar.

InsyaAllah semua masalah selesai :)

Tembamnya kita. Haha !
Waaa, kita masih tak sangka la. Acamno ni. Hihi. Kisah korang ni best kalau dibukukan. Cinta monyet masing masing waktu zaman sekolah, pasal penerimaan keluarga korang.. Hehe

Shikin,

Serius oh, kita terus teringat memori waktu belajar kat KPTM.

Hujung minggu je, mesti balik rumah. Buat kerja jahat tak apply cuti pun kat kad kuning tu. Haha. Hari isnin nanti ayah kita ambik awak kat rumah nenek awak, pastu kita dua turun kat kolej & tinggalkan paper beg kat surau. Petang tu balik asrama macam tak ada apa apa yang berlaku :D

Lepastu, awak mula 'terjebak' lepak kat library dari pagi sampai petang :D

Kita balik asrama sama sama, duduk berhimpit dalam teksi macam apa, lepak sama sama, makan sama sama, yang paling best time makan malam kat kedai maksu sambil tengok drama tv3. Haha.

Kita masukkan nama awak jadi ajk surau sebab awak selalu teman kita ketuk pintu rumah setiap tingkat. Semata mata nak bagi tau surau ada buat program :D

Kita selalu solat jemaah sama sama. Kadang kita jadi imam, kadang awak pulak. Baca quran sama sama.

Kalau kita tak dapat tidur malam, kita terus pegi kat katil awak, tido himpit berdua. Mujur ada kipas sakti. Haha. Kita diamkan kipas, dok menghala satu arah je memang best. Aircond. Huhu.

Awak ingat moment kita kena basuh toilet? Waktu tu kita tak ada idea macam mana awak boleh keluarkan air dalam kolah sedangkan bawah tu tak ada pun lubang. Kita terus cop awak 'Shikin The Hulk'.. Haha. Rupa rupanya kena cebok keluarkan air satu satu untuk cuci kolah. Haha part tu memang kita sengal.

Pasal kecurian beg awak kat library. Setiap beg kita punggah, mujur hari jumaat time orang pegi solat jumaat. Haha. Pastu jumpa la purse awak dalam beg laki mana ntah. Terus report kat kakak yang jaga depan tu.

Lepastu duduk kat tingkat 4 tu sambil makan kek coklat madam apa ekkk.. tak ingat. Haha. Tapi memang best la. Boleh montel tak sampai sebulan.

Sem berapa ntah kita dua aktif main ping pong :D Siap beli bet lagi. Petang petang belajar dengan sifu shawn. Haha. Eh awak tau, shawn kawin dengan kawan kita kat Uitm. Haha. Betapa kecilnya dunia. Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

Hmm kalau nak cerita memang tak kan habis la.

Tapi semua memori akan terpahat dalam ingatan.

Antaranya kita dah pahatkan dalam blog. Hehe.

Hmmm...

How time flies. Cepat je kan. Dah 6 tahun kita tinggalkan KPTM tu.

Apa apa pun, kita doakan semoga awak menjadi isteri solehah, hamba Allah yang solehah, anak yang solehah, ibu yang solehah, pekerja yang solehah, masyarakat yang solehah.

Jangan lupa, doakan kita juga.

Uhibbuki fillah wa daaiman abadan abada.

P/s to uncle ajiq : Jaga shikin baik baik sebab shikin baik.

P/s to aunty ciqun : Jaga haziq baik baik. sebab haziq....... baik.

Haha.

(^_^)

Wallahu A'lam

Monday 11 September 2017

standing in the eyes of the world



Memang sedap kan lagu ni.

Saya sebenarnya respect sangat dengan Ella.

She's true to herself.

Entah. Tapi saya suka tengok dia sekarang.

Baik.

(Tak pernah pernah cakap pasal retis.. huu)

Neway,

Moga Allah redha anda selalu

:)

Wallahu A'lam

Wednesday 28 June 2017

selamat hari raye ! :)


Minal 'aaidin wal faizin

Taqabbalallahu minna waminkum

Taqabbal yaa karim

*************

Tahun ni tahun pertama saya raya bersama suami ^^

Tahun ni jugak kami sekeluarga terima kejutan.

Apakah kejutan itu?

Jeng jeng jeng...

Ini gambar pre-raya.

Diambil pada hari Khamis malam Jumaat, 27 Ramadhan 1438 H, sebelum isya' merangkap sebelum solat sunat tarawih.

Iman nak pegang bola jugak. Haha

Ada orang tengah tu tak tau nak camtumkan tangan dengan sapa :D

Next person.. yang berambut panjang itu lah ! Siapa lagi? Haha

Dah tak tau nak buat gaya apa dah.. Pakat tunjuk kamera belaka. Abang Khair je buat hidung kembang. Haha. Motif? ^^

Itulah kejutannya.

Irfan balik dari Turkey ! Yeehaaa.

Dan dan tu plan tangkap gambar sama sama.

Alang alang dapat berkumpul semua.

Dalam bulan ramadhan pun boleh tangkap gambar apa :P Tak perlu tunggu raya.

Baju maroon tu pun pakat kongsi. Siapa ada lebih, bagi kat orang yang tak ada.

Settle. Haha.

Tapi memang riuh malam tu.

Bestnyaaa..

Lepas ni ntah bila semua dapat berkumpul balik.

Apa apa pun, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali diri ini.

Moga segala amalan kita diterima Allah s.w.t.

InsyaAllah

Wallahu A'lam

Friday 16 June 2017

Masih ada hari berbaki


Sekarang ni kita dah masuk fasa ke-3 ramadhan :)

Ramadhan paling cepat saya rasa, sepanjang bernafas dimuka bumi. (exclude masa baby & masa kecik please. ofcourse xingat time tu)

Buat mereka yang dari awal ramadhan sampai sekarang, momentom ibadahnya tinggi... Alhamdulillah dan tahniah diucapkan. Moga berkekalan hingga ke hari terakhir.

Bagi mereka yang awalnya suam suam kuku. Terasa ibadah tak berapa nak banyak, ini lah masanya.

Jom jaga ibadah2 ini.

- Solat tarawih (sebab tarawih hanya dilakukan dalam bulan ramadhan sedangkan witir kita boleh lakukan sepanjang tahun)

- Cuba paksa diri bangun solat tahajud

- Solat taubat jangan tinggal

- Zikir (paling ringan dan mudah dilakukan)

Make sure kita lakukan waktu isya' sampai subuh. Itulah tempoh waktu 'menghidupkan malam'...

Paling2 susah pun, cubalah berzikir. Cuci pinggan berzikir, lipat kain berzikir, nak tidur berzikir, terjaga malam berzikir.

Moga2 kebetulan itu malam 'lailatul qadar', malaikat melihat, menggandakan, dan sibuk membawa semua amalan kita naik kelangit.

Moga Allah terima semuanya...

Jadi, apa tunggu?

Pulun disaat akhir.

Pulun 10 malam terakhir.

Bukankah amalan itu, yang paling utama dan yang akan dikira adalah disaat akhir? 

Bagaimana keadaan kita disaat hembusan nafas terakhir, itulah penentu keputusan kepada keseluruhan kehidupan kita didunia.

Jangan dipandang hina mereka yang seluruh hidupnya bergelumang dengan maksiat.

Boleh jadi disaat akhir riwayat mereka, mereka insaf, taubat nasuha, mereka lebih bersih dan lebih mulia dari kita.....

Kita yang kononnya rajin beribadah sepanjang hayat.

Bittaufiq wannajah ila aakhirihi

Wallahu A'lam

Saturday 27 May 2017

Ramadhan yang dinanti :)


Selamat menyambut bulan Ramadhan kawan kawan !!

Pagi tadi, for the first time bersahur dengan suami. Ngaaa nga nga.. Boleh pun bangun pepagi masak (>_<) hehe.

Surau dekat taman perumahan saya ni rupanya buat solat sunat tarawih 8 rakaat saja. Kupikir 20. Tapi best la. Ringkas. Tak de lah sampai pitam buat solat sunat macam dulu (aihh buat malu je).

Apa apa pun, semoga Ramadhan kali ini kita semua berjaya meraih keberkatan lailatul qadar yang sangat sangat sangat berharga dan bernilai.

Doa dari awal ye kawan kawan.

Doakan saya jadi baik sokmo. Jadi anak solehah. Menantu solehah. Isteri solehah (yang ni kena doa lebih lebih lagi). Ibu solehah. Sahabat solehah. Rakyat solehah. Dan semua yang baik baik ya.

Moga malaikat pun aminkan untuk awak awak semua. InsyaAllah.

Wallahu A'lam

Saturday 8 April 2017

sab'ah yuzhilluhumullah fi zhillihi yauma la zhilla illa zhilluhu


Ingat tak antara hadis yang kita kena hafal waktu tingkatan 2 @ 4 ? Tentang 7 golongan dipadang mahsyar...

Ni antara hadis yang membuat saya gerun, tersentuh, sedikit sebanyak memberi motivasi dan pengharapan agar mendapat naungan Allah kelak.

Rasulullah s.a.w ada bersabda, mafhumnya..

Ada 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tiada naungan kecuali naunganNya :-

1) Pemimpin yang adil

2) Seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada Allah

3) Seorang yang hatinya selalu terikat pada masjid

4) Dua orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul dan berpisah kerana Allah juga

5) Seorang lelaki yang diajak berzina oleh wanita yang kaya dan cantik tapi dia menolaknya sambil berkata "aku takut kepada Allah"

6) Seseorang yang bersedekah dengan menyembunyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya

7) Seseorang yang berzikir kepada Allah dikala sendiri hingga menitis air matanya basah kerana menangis

Sahih Bukhari

Tentang golongan ke lima tu, dulu la waktu belajar, selalu terfikir susah ke seorang lelaki nak tolak pelawaan seorang perempuan seksi? Rasa macam senang je.

Tapi bila dah besar, makin faham naluri seorang lelaki, tak hairan lah mereka ini mendapat naungan Allah. Kalau tak takkan Allah memberi ganjaran bidadari kat lelaki yang soleh kan kat syurga nanti. Means hebat la usaha lelaki melawan godaan wanita ni.

Saya pernah dengar ceramah dekat "The daily reminder". Memang hebat la pemuda tu sebab itu antara kisah benar yang diceritakan oleh penceramah.

Doakan saya sentiasa berjaya melawan godaan nafsu dan tidak termakan dengan hasutan jahat syaitonirrajim.

Wallahu A'lam

kenduri kawen lagi. yeay


Tadi pergi kenduri kahwin kawan abang saya. Zubayr namanya. Bekas pelajar al-amin dan al-manar.

Waktu nak balik, beratur nak salam mak cik Zuriah. Tiba tiba ada sorang adik Zubayr hulur door gift...

R : Eh, awak... Kakak mana?
Me : Tengok je muka.. 'Ehh kak Raihan ke? Lainnyaa. Kenapa makin kurus ni..? (dan makin kecil)
R : Dah tinggi awak ehh.. Kakak tak datang ke?

Begitulah alkisahnya. Kak Raihan pun alaminian & maahadian... Hehe. Rasanya kak Raihan la yang pecah rekod budak al amin, sebab kawin paling awal. Umur 19 kalau tak silap. Awal kan. Beliau antara 5 orang yang saya kagumi sejak dulu lagi.

Bertambah kembang la family kak Raihan. Hehe. Moga sentiasa didalam rahmat Allah dan mendapat keredhaanNya. 

dapat sejadah kecik :)

Wallahu A'lam

Sunday 26 March 2017

when she wore a red necktie....


The best love,

is the one that makes you a better person,

without changing you into someone, 

other than yourself...

smile :)

Do you realize how amazing you are to me?

Do you?

Do you??

(^_^)

Wallahu A'lam

Tuesday 21 March 2017

Hijau


Apa jadi kalau letak pokok dalam bilik?

(@_@)

Waaa...

Oxygen....


Wallahu A'lam

Monday 20 March 2017

Bau yang sama. Pelik tapi benar.


Pabila nasik goreng, kentang goreng, ayam masak merah, spaghetti dan lain lain masakan berubah bau menjadi busuk...?

Tiada tempat lain yang harus dituju melainkan dua tempat :

1) Taman permainan
2) Berkurung didalam bilik (Itu pun kalau bau xdapat masuk, kalau tak... keluar rumah la jawabnya)

Wallahu A'lam

Tuesday 14 March 2017

kesempurnaan iman


Ada tiga perkara yang sesiapa dapat mengumpulkan ketiga-tiga hal itu dalam dirinya, maka dia telah dapat mengumpulkan keimanan secara sempurna. Iaitu,

1) Memperlakukan orang lain sebagaimana engkau suka dirimu diperlakukan oleh orang lain

2) Memberi salam terhadap setiap orang (yang dikenali mahupun yang tidak dikenali)

3) Mengeluarkan infaq dijalan Allah (meskipun hanya sedikit)

~ Riwayat Bukhari ~

Yang pertama tu terlalu ramai orang terlepas pandang. Mungkin juga aku salah seorang dari mereka.

Tidak melakukan atau mengatakan sesuatu yang jikalau kamu ditempatnya, pasti kamu juga terasa hati.

Ohh Dunia ~

Wallahu A'lam

Wednesday 1 March 2017

you are the one :)


Dia..

Sejenis spesis yang menunjukkan kasih sayang melalui kata-kata dan perbuatan.

Sentiasa.

Part ni saya kalah ^^

This song was dedicated to me.


Oh dont you know it..?

You are the one.

You are the one.

~ Thanks for everything ~

(^_^)

Wallahu A'lam

Sunday 26 February 2017

Isbat Hafazan


Setiap tahun, saya akan bertemu dengan satu hari yang agak mendebarkan.

Hari dimana hafalan saya akan diuji oleh ustaz yang bertauliah. 

Memetik mana mana ayat kemudian perlu menyambung bacaan.

Ohh, ia sangat mendebarkan !


Saya peserta ke empat. Harapan menggunung sebenarnya nak yang pertama sebab tak nak tanggung beban berdebar lama lama. Hehe

Namun, peserta yang ke empat itu mungkin yang terbaik untuk saya sebab saya sempat mengulang beberapa muka surat

Alhamdulillah. Impian nak menjawab ke empat empat soalan tanpa tergagap tercapai.

Alhamdulillah thummalhamdulillah.

:)

Moga tahun 2017 merupakan booster untuk saya terus mengingat sehingga ke akhir hayat

Moga moga kalam suci ini sentiasa melekat di hati dan ingatanku.

Moga niat mengingat dan menjaganya, bukan ke lain. 

Hanya menginginkan redha Ilahi.

Ya Allah, Engkau peliharalah penglihatanku, pendengaranku, lisanku, tingkah laku ku dari dosa dosa kecil dan besar...

Wallahu A'lam

Friday 20 January 2017

The best officemate in the world


Hari ni last day saya kerja dekat ASI.
Perasaan ?
Entah. Bercampur baur. Sedih, terharu, gembira, sugul, semua ada.
Bercampur dalam satu periuk.

Eh.
Periuk. Buku masakan !
Wehh, terima kasih korang 
Tau2 je saya perlukan buku masakan bila dah mula duduk berdua ni :D
Tak lupa juga buku be cool, tempat gantung kunci, (surat yang menyentuh hati yang cekal ni), perfume, biskut, dan semua lah.
Syukran semua !

Terima kasih untuk kenangan selama tiga tahun saya dekat sana. 
Terima kasih selalu bantu saya, sudi dengar luahan hati bila geram dengan mana mana pegawai @ client. 
Terima kasih sebab belanja saya.
Terima kasih sudi tukar duit syiling dengan saya.
Terima kasih untuk semuanya.

Jazakumullahu khairan kathiira

Moga kita berjumpa lagi

InsyaAllah

:)

Farewell untuk macam macam. hehe

Decoration dia.. fuhh.. fuhhh..

Tahun berubah, tempat tak berubah 

What a beautiful day. Dalam bilik ms lee :)

Syukran semua !

Anyway, teruskan perjuangan kawan kawan

Moga dipermudahkan segala urusan walau dimana jua kalian berada

Siiru 'ala barakatillah

Sayang korang kerana Allah :)

Wallahu A'lam

Friday 13 January 2017

Doaku buat opah :)


Jumaat
13.01.2017

Opah menghembuskan nafas terakhir

Inna lillah wainna ilaihi raji'un

Semua orang, doakan opah saya ya

Moga roh nya dikalangan orang orang bertaqwa dan beriman

InsyaAllah,

Ya Allah, Engkau terimalah segala amalan opah
Ya Allah, Engkau hapuskanlah segala dosa opah
Ya Allah, Engkau berilah buku catatan dan disambut oleh tangan kanan opah

Sakina doakan syurga buat opah

Opah jaga kita waktu kecik dan besar :)
Selalu belikan barang untuk kita
Jaga kita waktu mama ayah pegi haji
Teman kita jalan jalan kat padang polo
Selalu masak untuk semua orang (waktu opah sihat)
Solat raya sama sama kat masjid
Tak pernah tak bagi duit setiap kali jumpa opah (berganda ganda pahala opah sebab opah suka bagi duit kat semua orang)


Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmat dan sejahtera, dan maafkanlah dia.

Moga opah dapat berehat dengan aman dalam taman syurga

Moga syurga tertinggi menjadi milikmu

:)

Wallahu A'lam

Tuesday 10 January 2017

Si pengumpul duit syiling


Ini satu fakta !

Mengumpul duit syiling itu sesuatu yang menyeronokkan (^_^)

Siapa yang tak pernah cuba, cubalah !

Cuba sekali pasti ketagih :P

Ketagih dengar bunyi duit syiling bila dimasukkan kedalam mesin mengira dekat bank.

Kchingkchingkhcing 1000x

Dekat ofis ni,
Duit syiling semua orang saya bedal.

Suka betul buat announcement 
---» SIAPA ADA DUIT SYILING NAK TUKAR, ??

yang ni tukar dengan Vince :)

Dekat rumah pun boleh tahan modus operandi.

---» Mama ada duit syiling nak tukar? Meh sini. Hihi.

Jadi,

Selaku pengumpul duit syiling,

Saya ingin mengumumkan,

Pemenang bagi penyumbang terbanyak duit syiling jatuh kepada...

Semua Orang !

Terima Kasih semua

Jasa kalian kan kukenang buat seketika, kerana duit itu bakal kuguna untuk menjelajah keseluruh dunia.

Ewah.

(harapnyabukanhanyamenjelajahdalammimpisajalah,harapnyaberpijakdibumiyangnyatahihu)

Wallahu A'lam

Monday 2 January 2017

Peraduan memasak Y vs S


Percutian 3 hari 2 malam dekat Kuantan sangat sangat bestt..

Pada pagi yang hening,

Entah kenapa tiba tiba datang semangat untuk main masak masak. Hehe. Maka berlakulah pergelutan masakan antara saya dan suami dekat dapur. Ktang ktung ktang ktung...

Nasi goreng kampung siap !

Kumpulan Y. 

Masakan dia, perghhh... Kemmain sedap. Memang rugi la siapa yang tak makan hasil tangan beliau. Masak lah apa pun, selalu menjadi. Tak aci kan. Hmmm.. Awak, apa rahsianya? gtau la. Plis... :)

Spaghetti bolognese ni saya yang masak. hehehe. mana boleh kalah dengan dia. hew hew. Tetapi ! Gambar makanan tiada. Uwaaa.. Ada orang tu sebat sampai licin. Lepastu baru tersedar 'alamak tak ambik gambar lagi'.. Huu Yang ada hanya gambar beliau makan je. Nah

kumpulan S. Spaghetti illek. Yang ada kuah saja.

Tak pe, kita ada banyak masa lagi untuk asah bakat memasak. Hehe. InsyaAllah. Soon, you'll be surprised to see who are the champion of the year. Mehehe.

Yamin. Kindly take note ^^

Wallahu A'lam