Wednesday 9 December 2020

Calling2 tetibe ajak g pantai

Bismillah

Sape penah pegi Pantai Cempaka angkat tangan ! Pantai ni rupanya sebelum sampai ke Pantai Sepat. Area Kempadang dekat je. Dulu waktu duduk sana, boring2 je terus ke pantai. Sekarang dah jauh sikit, kita ke pantai Balok jela dekat sikit kiki.


Alaaa kononya nk letak video. Besar la plk saiz nye. Xleh upload. K la, lenkali jalan2 kena tangkap gambar la jugak nampak gayanya.


Wallahu A'lam










Thursday 22 October 2020

Ziyad dah masuk 3 tahun :)

Bismillah...

Selamat hari lahir ziyad !

Dah 3 tahun dh ziyad. Nak ckp cepat masa berlalu, mcm lama la jgk haha. Melayan kerenah ziyad. Kalau lah thn depan ziyad masuk tadika (anak-pra), maka bermulalah sesi persekolahan sampai la ziyad masuk U utk kejar cita2.. (Tapi InsyaAllah xkot, selagi kes covid xsettle rasanya ziyad ddk rmh jela biar umi jd personal tutor) 😂

Cecah umur 3 tahun ni, pencapaian ziyad...

- Hampir semua bnda dia nk buat sendiri. Makan, mandi, sabun badan, tuang air, basuh pinggan, vacuum, mop lantai, pakai baju, pakai kasut, buka tv mcm2 lah

- Tak pakai pampers di siang hari. Yeay ! Mlm2 masih pakai pampers. Tapi biasanya bgn pagi, xlama pastu dia akan ckp 'abg nk kencing'. So terus bawak pegi toilet

- Hafal surah al fatihah (ayat 1 - 5)

- Pandai baca A Ba Ta Tha

- Sangat cepat tiru apa y kluar kat iklan TV (ohhh ni obviously ada pros n cons). Kena hati2 lebih sket dgn apa y dia tgk sbb dia mmg cepattt meniru aksi org..

Apa2 pun, Alhamdulillah 'ala kulli haal.

Sempat ajak ayah pegi celebrate birthday dia kat luar hehe. Simpan sini utk kenangan.

Saya dah 3 tahun :D

Kids meal

Punyala happy dpt kek

Suap la birthday boy kan hehe

Umi doakan moga ziyad dikurniakan iman y tinggi, kesihatan y baik, memiliki akhlak y terpuji, baik tutur kata, menjaga solat diawal waktu, jadi anak y soleh, asbab umi ayah masuk syurga. Moga sentiasa berada dalam redha Allah & dipermudahkan urusan sepanjang perjalanan hidup ziyad sehingga bertemu dengan-Nya kembali. Amin

Wallahu A'lam

Thursday 24 September 2020

Peminat Skechers?

 Bismillah

Semalam cakap kat husband...

S : Malam ni kita nk kluar la beli barang jap nak masak utk umar

Y : Haaa jom2. Kte igt nak belikan awk kasut. Skrg Skechers tgh ada promo

S : Skechers? Best ke? (Maklumlah sy ni masih lg ddk zaman dulu kala asyik igt Scholl je kasut y best)

Y : Best ! Ada mcm2 jenis. Blh guna utk g keje, jalan2, sbb tapak dia lembut sgt so sesuai la utk org y kerja berdiri lama, byk jln ke. Xde la sakit sgt kaki

S : Ooo. Ok mcm menarik je


Dah g kedai, hasilnya...

Dua2 beli kasut ! Haha

Mine :)


Kalau korg beli design y new arrival, kasut kedua y korg beli dpt diskaun 63%. Kalau beli y kat rak2 biasa tu, diskaun 30% each. Memang berbaloi beli time promo.

Lepas shopping kasut, baru la singgah kedai beli barang dapur (>.<) Sis excited okayyyy dpt kasut maklumlah dh lama dh xbeli kasut2 ni. Haha. Thank youuu awak lanje itew. Hahaha

Wallahu A'lam

Thursday 13 August 2020

Anniversary

Bismillah...

Ya Allah. Entah berapa kali, selalu je rasa nak menulis kat blog tapi asyik xsempatttt je. Banyak giler cerita nak letak kat sini. Utk kenangan saya masa depan. Tapi sirius tak sempattt manjang. 

Ni tetibe blog dah tukar features ni pasai pa? Ya Rabb. Terkial2 nak menulis kat handphone. Melambatkan lagi proses menulis ginih. Nak godek2 kompem amek masa. So kita buat jela semampu yang boleh okayy.

13/08/20 

Tarikh ni ! Asal ntah asyik saya je y lupa tarikh penting ni. Petang tadi time husband balik keje tetibe dia bawak ni...

 Tadaaa. Terkejut hakak balik2 dapat belon pastu dalam tu ada coklat dengan warna purple pulakk hadui mmg cantik menawan ! <3 

 Banyakkk coklattt besttt hihi

Gais! Bila korang dah ada anak, yang paling excited nampak benda2 ni melebihi excited korang adalah anak2 korang. Memang harapan jela umi dapat simpan belon ni untuk masa seminggu. Sebab anak2 pny excited, belon mampu bertahan 3 jam saje lepas sampai rumah. Pastu, POM ! Meletop ! Mengeluarkan anak2 belon warna putih & purple.


Bukan tu saje gais. Coklat tu pun kena berebut dengan anak. Selamat bila ziyad tido, umi dh nyorokkan sikit utk umi makan ngan ayah. Haha. Tinggal 3 je utk dia. Kih3. Coklat ni xleh ye ziyad. Nnt umi belikan yang lain ^^


To dearest hubby,

Happy 4th anniversary to us !

Moga Allah merahmati rumah tangga yang kita bina bersama ni. Thank you so so much sebab tak pernah lupa segala tarikh penting. I really2 appreciate that ! I mean it. Moga Allah pelihara jodoh kita hingga ke syurga


Ohh ye, cakap pasal syurga, nak bidadari keliling pinggang eh? Abang kata kalau isteri tu solehah, dia akan jadi KETUA bidadari. Bbbbbbahahaha habeslahhh, tengok la muka kita nanti ala2 arab jadi ketua bidadari. Kat mana mahu lari haaaa? Hahahah kat sini muka kita, kat sinun pun muka kita (^_^)


May Allah bless us alwaysssss. Amin...


Wallahu A'lam






Wednesday 8 July 2020

Ke Terengganu ke kite


Sabtu, 04/07/20

Weekend baru ni kitorg satu family pegi Kuala Terengganu dgn officemate husband. Sabtu pagi tu semua org berkumpul kt uia pukul 8.30pagi, pegi breakfast dulu. Dalam pukul 9.30 bertolak ke Terengganu. Sampai sana dlm pkl 12tghri. Plan asal nak mkn kat satu warung tu, betul2 tepi laut. Ramai org cakap mknn kat kedai tu sedap. Malangnya, bila ktorg sampai, kedai tu under renovation. 2 minggu kedai tutup. Sob2 so kami pun cari jela mana2 kedai utk lunch.

Kedai makan ni tepi lapangan terbang domestik kalau xsilap

Menu dia semuanya goreng tepung haha. Dia dh siap letak dlm pinggan. Korang ambik je bape pinggan korg nak. Harga dia murah gilos. Gambar tu baru sikit tu. Sbb ktorg ada tambah byk lagi haha. Total 6 org dewasa makan, Rm76

Next destination, masjid. Sbb ada 2 budak kecik nak kena salin pampers & ktorg blh solat terus. Check in hotel pukul 4ptg, so ktorg decide pegi Noor Arfa Batik pulak.

Kononnya nk tgk cara mencanting batik, tapi staff y mencanting ni belum masuk kerja lagi. Masih kat kg halaman. Huhu

Dah habis ronda satu kedai, dah pukul 3.45ptg camtu. Pastu pegi la check in hotel sbb kaki dah kematu + penat bawak 2 handbag. Handbag mahal tu y kaler putih tu. Rehat2 kat hotel. Refreshing. Pukul 6.20ptg keluar jalan2 kat pantai.

Dah lama oiii x pegi pantai. Haha. Ziyad terus bukak seliper pijak2 pasir pantai. Kemmaen happy dia

Pastu ronda2 kwsn bandar jap, pukul 8mlm terus dinner kat NR Cafe. Haaa y ni memang makan besar. Asalnya budak2 tido. Happy nya lahai xterkata. Sekali bila mknn dah sampai. Bangun pulak Umar. Xlama pastu Ziyad plk bangun. Nasib la haha

Menu utama. Ikan stim harimau menangis. Nama cam wow kan. Haha tapi mmg sedap pun. Cumanya kalau nak manusia menangis, kena gigit cili api tu dulu kot. Baru blh geng ngan harimau. Dua2 menangis

Habis dinner dah nak dekat pukul 10mlm. Pastu pegi la Pantai Batu Burok sekejap nk tgk2 kawasan. Mmg happening oh mlm2. Ada kereta kuda, train, kereta berlampu. Ada taman permainan, tempat makan. Mcm2 lah. Maybe kalau sampai awal pkl 9mlm boleh la kot nak main2 tu sume kan. Tapi memandangkan semua dh penat, ktorg jalan je kat pantai tu. Pastu balik hotel, bersihkan diri, solat, tidur. 


Ahad, 05/07/20

Breakfast pukul 8.30pagi kat Pantai Batu Burok sbb dekat je pantai ni dengan hotel ktorg duduk. Destinasi berikutnya, mmg tempat y saya nakkkk sangat pegi, Drawbridge Terengganu. Hihi. Excited giler nak pegi. Ktorg sampai situ dlm pkl 9.45pg. Dia buka pukul 10pg. Mmg ktorg la group pertama y sampai & beratur. Kata pak gad tu skrg tgh promo, flat rate. Org dewasa & kanak2 umur 3 tahun keatas, Rm5/person. Tepat jam 10, ktorg terus masuk, g kaunter bayar & naik atas.

Ni view dari atas jalan raya


Yang ni view dari tower sebelah. Saya xsure tower sebelah sana sana nak buka bila


Sejam lebih jgk la ktorg lepak kat sini haha. Best sbb xramai orang lagi time ni. Pastu ada satu bilik tu limit 10 org je blh masuk satu2 masa. Nak tau sbb apa?

Glass floor. Xleh imagine kalau dia buat fully transparent glass. Kecut perut rasa

Tinggi la jugak

Dalam pkl 11.30pg camtu ktorg pegi Pasar Payang. Dapat la beberapa hasil tangkapan hihihi. Pastu pegi pulak kampung losong beli kepok losong. Tak try lagi rasa dia cmne. Then otw nak blk tu singgah dulu kedai apa ntah, main dish mcm nasi kukus. So ktorg  lunch kat situ. Then pulang lah kami ke pangkal jalan. Huhu.

Next time nak bercuti ke mana pulak?

Wallahu A'lam

Friday 26 June 2020

Kufur nikmat Allah je ke yang masuk neraka?


Harini hari jumaat. Macam biasa la tengahari je ada rancangan 'tanyalah ustaz'. Ada satu part tu, lebih kurang camni ustazah bgtahu... Hadith riwayat Bukhari & Muslim. Mafhum hadith lebih kurg camni.

Rasulullah s.a.w bagitahu para sahabat y ramai dari kalangan ahli neraka adalah wanita. Bila para sahabat tanya rasulullah 'adakah kerana mereka kufur nikmat Allah?'

Rasullah menjawab 'bukan, tetapi kerana mereka kufur pada suami & kebaikan suami mereka'.

Seolah2 tiada satu pun kebaikan yang suami mereka lakukan terhadap mereka'...

Zaman sekarang wanita ramai y bekerjaya. Kadang tu mungkin para isteri ada terselit perasaan 'aku blh buat semua. Aku kerja. Aku ada duit. Aku tanggung duit belanja anak. Aku belanja semua'..

Wahai para wanita y bergelar isteri. Be careful ! Kalau hati dah terdetik camtu, cepat2 istighfar. Igt tak Allah pernah remind dlm sebuah hadith...

Maksudnya: “Jika aku boleh memerintahkan seseorang itu untuk sujud kepada seseorang, maka aku memerintahkan isteri untuk sujud pada suaminya.” [Riwayat al-Tirmizi (1159)]

Tinggi kan darjat seorg suami. Sedikit peringatan utk kita semua.

Wallahu A'lam

Thursday 14 May 2020

Umi the sharp shooter


Ayah pegi belikan gun utk 2 org pulak. Umar xleh main lagi, jadi pemainnya tak lain tak bukan... Umi VS Ziyad

Ni haa. Siap ada 3 bullet

Tak caya ke? Hampir setiap hari practice menembak. Haha

3 bullet. 3 kali tembak. Amacam? Ayah rasa tergugat tak (>.<)

Kena tembak lagi. Berterabur semua musuh. Haha

Puas hati !

Wallahu A'lam

Monday 27 April 2020

Awak ingat saya lagikah? Ini kisah buat saya berdekah :D


Kisah 1

Husband saya cerita...

" Tak ingat kat mana ntah kte tgk, ada org share pasal jual beli online ni. Si penjual ber'sis2' dgn pembeli. Pembeli pun ber'sis2' dgn penjual. Sekali bila COD jumpa depan2, dua2 jantan ! Kaakakakaka "


Kisah 2

Husband saya pergi bengkel repair kereta... Balik tu dia cite

" Pomen kereta bgtau pasal kereta ni itu ini pastu panggil kte bang....' bang kereta ni masalah dia sekian2... Kte pun panggil dia abg. Dah dua2 abang, kte xtau sape y adik senanya "

😅😅😅

Wallahu A'lam

Wednesday 22 April 2020

Today is my birthday :)


Sejak hari Ahad lagi dia cakap...

Y : Kte ada meeting kat UIA hari Rabu taw
S : Meeting pkl berapa?
Y : Dalam pkl 10pg camtu
S : Ooo ok

Hari Rabu tiba...
Tengah masak breakfast tanya lagi husband
S : Meeting harini kan. Pukul 10
Y : Haah tp tunda pukul 11
S : Orait
Y : Kte mgkn balik lewat sikit lepas Zohor kot

Pukul 1ptg kereta masuk pagar rumah. Wahh ziyadd ayah dah balik la. Ziyad pun meluru keluar sambut ayah dia. Pastu husband sy pun bawak masuk plastik TMG (sbb sblm keluar mmg dah tanya saya nak beli barang rmh tak. Ada la saya pesan sikit barang nak top up).. Sekali dia bawak masuk skali dgn kotak Amway. Saya tanya dia 'ehh barang Amway ada sampai tadi ke'.. Dia jawab 'bukan.. ni kotak yang haritu tu. kita bawak puding karamel bg kat kawan uia, letak la dlm ni senang. So bawak balik la kotak ni semula'. Sekali dia bukak kotak Amway... Kulihat 3 kotak secret recipe dll dalam tu. Pastu dia kata senanya mana ada meeting kat UIA. Kte mmg plan nak keluar harini nak beli kek. Hahahaha. Ni betul2 cissscake. Hidup2 kena tipu !

Birthday cake 3 slices sempena 3 series barangkali. Atau sempena 3 org kat rmh ni y dh blh makan 😂

Tadaa !

Neway, thanksss belikan kek. Ingatkan pagi tadi dok potong kek pisang TMG, tu dikira birthday cake kita dah. Haha

3 slices of cake, sekejap je dah khalassssss

Wallahu A'lam

Thursday 16 April 2020

Supplement untuk minda kembali waras


Sabtu lepas...

Suami pegi keluar beli barang dapur. Maklumlah musim PKP ni, ketua keluarga sorg je blh keluar beli barang. 

Biasanya kalau sblm2 ni, dia suruh wsp list barang nk beli, mesti sy akan tambah mknn2 y ada coklat. Tapi selalu benda tu, kalau tak satu, dua wajib kena cut dgn suami. Haha. Hampeh. Katanya 'bnda ni need @ want'? Cisscake haha

Camni list nya
1) Halia
2) Bawang putih & merah
3) Sawi
4) Fishball
5) Telur
6) Tepung
7) Roti
8) Roti coklat
9) Biskut coklat
10) Coklat hazelnut

Mmg selalu lah bagi dia list camni. 3 kat bawah tu

Tapi Sabtu Lepas, for the first time senarai saya takde mknn coklat2 ni (sebab tau y dia takkan beli punya haha). Sampai je kat rumah,dia mintak saya bawak plastik2 y penuh barang tu kedapur. Sekali, ku nampak ini

The most important supplement I need ada dlm plastik (",)

Haha. Bukan tu je. Semua yang coklat2 ada. Biskut chipsmore, roti gardenia coklat pun hado. Keriangan xterkata ! Haha. Bukan apa, kadang bila stress layan budak 2 ketul tu kat rumah, bila makan coklat rasa macam... Tenangggg terus. Dapat mengembalikan kewarasanku hahaha

Pastu dia cakap...
'No more coklat2 utk 2mggu ni yeh'..

Cissscake lagi ! 

Takpela, berjimat cermat lah wahai sakina. Beringat sikit makan tu. Lama tu 14 hari :D

Neway tq la belikan jugak. Lap you lah. Hahaha. 

Wallahu A'lam

Tuesday 14 April 2020

Ziyad dah kenal warna?


Sembang2 dgn K.Fana kat WhatsApp. Tiba2 K. Fana tanya...

K : Ziyad dah kenal warna tak?
S : Tengah ajar lagi warna. Balik2 Blue, Purple, Yellow. Ikut sedap mulut dia je
K : Mcm mana nak tau yg dia betul2 tau or dia hentam je eh?
S : Ntah la. Kadang betul kadang salah jugak. Tapi kalau google2 tgk cara org ajar, tampal kertas warna kat lantai pastu suruh dia letak mainan dia ikut kaler kertas tu

So saya pun terus la buat apa y saya sarankan kat kakak saya. Haha. Bukan apa, sebelum2 ni penah je nak ajar ziyad perbezaan warna. Tapi ziyad jenis cepat boring. Tunjuk sekali, dua kali ok lagi. Masuk kali ketiga, dia dh start berlari semula dh. Tu y sy sendiri jadi mcm malas tu. Haha

Tapi, tadi lepas tampal kertas, bagi ziyad mainan dia. Saya sebut 'yellow colour'. Pastu suruh la dia letak mainan2 ikut kaler kertas tu

Ni hasilnya. Dia susun sendiri haha

Kesimpulannya, ziyad dah tau la perbezaan warna rupanya. Cuma saya kena bagi tau nama warna2 tu. 

Ohh, nak soh dia letak mainan dia ada caranya. Saya berlari kejar dia satu rumah dulu, pastu suruh dia letak 1 mainan dia kat kertas warna. Pastu kejar lagi satu rumah then bg 1 mainan suruh dia letak kat kertas. Korang kira la berapa pusingan saya lari kejar dia

Mau nya x slim umi gini?

Wallahu A'lam

Saturday 11 April 2020

Test


It is such a pathetic thing, when Allah tested us, and we don't even give ourselves the chance to think the reasons behind it.

I know maybe some people out there able to stand up again after trillion test they faced. I know you are strong enough to get back on track. Its good for you though

But is that how it ends?

To get strong and pretend nothing happens before

Is that the only reason why Allah selected you to endure that pain? That particular test? Just for you to get strong?

I believe, it always more than that.

Allah wants you to learn something. Things that will make you closer to Him. Remember Him in any circumstances, in any ways

You and I. May Allah bless us always. Cause in the end, blessing of Allah is what we need most, in here & hereafter

Wallahu A'lam

Friday 10 April 2020

Extend :)


Asal ntah tetibe bergenang air mata dengar PM berucap. Haha. Bukan sedih sebab PKP dilanjutkan. In fact I feel so happy. After all it's for our own sake right. Sedih mungkin sbb baru rasa macam ni Islamic country kot. Kata2 y penuh dengan pengharapan kepada Allah. Semuanya bersandarkan kepada Allah azza wajalla.

Sirius sebak. Suka PM sekarang.

Wallahu A'lam

Thursday 9 April 2020

Avatar.. The Last Airbender


Fuhhh umi exercise memang kena hari2 kan. Baru habis berlari satu rumah 20 round kejar si Ziyad ni sambil dokong Umar. Perghh senang muscle naik kat tangan, betis gini haha. 

Lepas berlari, duduk depan TV. Cakap kat Ziyad 'Ehh ziyad Avatar dah start'. Ziyad terus pegi ke almari bawah TV tu sambil sebut 'Abata ni ni.. Abata'.

Sekali saya tengok, dia tengah tunjuk kotak alip ba ta dia hahaha. Ziyad2

Ni haa kotaknya

A Ba Ta 

Nangis umi Yad... Hahaha

Wallahu A'lam

Wednesday 8 April 2020

Main masak2


Harini umi terlebih rajin pulak memasak. Cam tak caya je. Haha. Tengok ni bukti !

Murtabak mini for breakfast

Cucuq manis for hi tea. Hi tea lah sangat nganganga

Pagi tadi call mama sembang punya sembang punya sembang... Bagitau yang tempoh PKP ni, berat badan ziyad dah naik 900g ! Haha. Terkejut tengok penimbang & happy giler wehhh. Mama pun cakap, tula tengok gambar dia, nampak pipi dia makin tembam. Yeayyy ! Happy dengar !

Tolonglah naik lagi berat wahai ziyad. Naik sampai graf kaler putih paras normal je ye. Jangan lebih2. Karang umi suruh awak berlari keliling padang

Wallahu A'lam


Tuesday 7 April 2020

Keluar dari kepompong satt


Harini 07/04/20 akhirnya saya dapat keluar tengok dunia luar. Yeahhh. Sejak 18/03/20 xkluar2 rumah sebab kes covid-19 ni. Memang xtau langsung apa yang berlaku kat luar sana.

Tapi harini keluar pun bukan saja2. Nak kena bawak baby check up 5 bulan. Kena inject la budak kecik ni. Hihi. Alhamdulillah Umar tak banyak ragam kat KK. Time kena cucuk pun, nangis sekejap tu je, pastu terus diam. Big boy strong boy dah Umar ni ^^

Sampai je rumah, Umar dah tido. Saya bawak jugak dia pegi toilet utk mandikan dia. Letak je atas tempat mandi, terus dia terjaga. Sian anak umi.. umi pun mandikan dia dlm keadaan umi bertudung berjubah bagai haha. Pastu terus pass kat ayahnya mintak pakaikan baju sebab saya pulak kena mandi untuk kali kedua pagi ni.

Sirius leceh. Kesian frontliner esp yang kena pakai PPE Tu. Pastu kalau dia seorang Ibu nak kena Pam susu lagi. Alahaiiii kesiannya diorang. Saya yang keluar sekejap ni pun rasa cam leceh bila balik rumah xleh sentuh pape, kena mandi dulu, baju2 semuanya kena basuh (padahal pakaian tu sume pakai xsampai 2 jam pun)... Leceh nya lahai

Moga Allah gantikan penat lelah semua pegawai barisan hadapan dgn sebaik2 & sebesar2 ganjaran. Amin...

Nota Kaki : Covid 19 ni mmg jadi sejarah dunia dah ni. Tentera Allah sekecik2 makhluk tu attact manusia, habis huru hara satu dunia.

Wallahu A'lam

Saturday 4 January 2020

Overdue. Mengandung 40 minggu 5 hari



Ahad 03/11/19

8.30 am : Start rasa sakit pinggang, belakang, bawah perut. Sama macam sebelum ni, terus cakap kat kakak 'hah sudah, dah start rasa senggugut ni'. Kakak saya pun cakap 'try set masa setiap berapa minit rasa senggugut. Ada apps dia. Senang je. Tiap kali rasa sakit, terus tekan START. Bila tak rasa sakit tekan STOP. Senang nak keep track contraction datang berapa kerap. So saya pun mulalah keep track setiap berapa minit rasa sakit senggugut & berapa lama tempoh sakit tu.

12.00 pm : Rasa sakit tu tak tentu. Kadang setiap 15 minit sakit datang selama 10 saat. Kadang datang balik sakit 45 minit kemudian selama 30 saat. Pastu sakit balik setiap 10 minit selama 5 saat. Rasa macam masih tak cantik contraction tu. Sebab kebiasaan orang, contraction datang 5 minit dan tempoh sakit tu lama. Haaa kalau dah camtulah tempohnya, cepat2 la pegi hospital.

9.00 pm : Sakit contraction makin kerap. Setiap 10 minit datang sakitnya. Tempoh sakit ada la dlm 20 - 30 saat. Terus teringat time bersalinkan Ziyad, saya start sakit pukul 11 Malam. Pukul 4 ptg keesokan harinya ziyad lahir. Lebih kurang dalam 17 jam InsyaAllah baby lahir. So untuk harini saya start sakit pukul 8.30 pagi. Koman2 pun plus minus 17 jam, dalam pukul 1.30 pagi kot baby lahir. Dah start standby semua barang. Cek barang nak bawak ke hospital buat kali terakhir. Memang mengharap dapat bersalin esok pagi.


Isnin 04/11/19

1.30 am : As expected, tak dapat tido malam. Masih lagi setia dengan henset dok catit bila datang sakit senggugut. Terfikir macam nak gerak pergi hospital lepas solat subuh. Sebab rasa cam kalau gerak awal macam leceh nak solat subuh kat hospital.

3.00 am : Sakit senggugut dah start nak menghilangkan kewarasanku. Haha. Sakit datang setiap 5 minit selama 60 saat. Teringat kakak penah cite, "kawan dia sakit contraction pukul 2 pagi, then dia mandi air suam untuk hilangkan sikit rasa sakit tu. Memang menjadi. Rasa lega sikit. Then pukul 5 pagi kawan tu sempat pergi hospital & terus bersalin".

4.00 am : Ikut lah juga cakap kakak, kot2 mandi air suam boleh melegakan sikit rasa sakit ni. Tapi hampeh. Haha. Terbongkok2 dalam tandas menahan sakit contraction. Nekad ! Nak g hospital terus lepas mandi. Pakai baju memang mengambil masa. Bila datang sakit, terus kena baring, nak kurangkan sakit. Sebab kalau berdiri, sakit dia.... Uiiiii. Risau mak terberanak kat rumah yoppp. Haha. Last part nak pakai tudung, sakit contraction datang lagi. Terus baring. Tiba2 ! 

4.30 am : Terasa air suam keluar laju. Alamak ! Air ketuban pecah ! Mintak husband bukak lampu sebab risau air tu warna hijau. (Based on pengalaman org y saya baca kat blog, kalau air ketuban yang keluar kaler hijau maknanya baby dah terberak dalam perut. No choice, kena czer risau baby termakan najis). Alhamdulillah air ketuban saya yang pecah warna jernih. Sakit contraction makin menggila ! Saya tau lepas air ketuban pecah, memang contraction jadi lebih kuat & baby memang dah bersedia sgt2 dah nak keluar. Dalam pada sakit menggila tu, saya paksa jgk diri untuk jalan sampai ke kereta. 

4.45 am : Suami drive selaju yang boleh. Syukurlahh pagi2 buta tak byk kereta atas jalan raya. Sampai je kat hospital, nurse datang bawak wheelchair suruh saya duduk situ. Husband pergi cari parking, saya pulak kena registerkan diri sendiri. Punyalah byk soalan nurse ni tanya. Saya dah terkulat2 atas wheelchair tahan sakit. Air ketuban masih lagi terus menerus keluar. Sampai satu masa, nurse tgk saya tahan sakit dh semacam, dia pun tanya "puan nak teran dah ke". Saya jawab "haah". Terus dia tolak pergi ke katil untuk cek nadi baby & bukaan berapa cm.

4.55 am : Baring je atas katil, saya terus cakap "nak terannnnn". Doktor kata "sabar puan, saya cek dulu bukaan". Sekali hamekkk, bukaan dah penuh ! Dalam pada terkecoh2 tu, diorg suruh saya berpindah katil untuk ditolak terus ke labour room. Sampai je sana, kena berpindah lagi katil khas untuk bersalin. Haha. Mak aiii dah lah sakit gila, pastu blh pulak suruh pindah2 katil kan. Diorg siap pujuk lagi cakap "puan nak teran kan, haa pindah katil sana pastu dah boleh teran". Gigih kan lah jugak diri ni. Elok je pindah katil, mmg saya tak bagi can. Datang je contraction, terus teran sekuat hati sehabis nafas yang boleh. Saya rasa proses meneran kali ni memang pro haha sebab mungkin dah ada pengalaman bersalin kan sebelum ni. So tau nak fokus tang mana. Proses meneran tu macam saya tak keluar langsung bunyi, xde jerit2. Xde ahhh ehhh ohhhh. Memang fokus nak keluarkan baby je. Haha.

5.12 am : Kedengaran tangisan bayi. Alhamdulillah. Baby sihat, cukup anggota  sifat. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Baby diletakkan diatas dada saya.

Alhamdulillah. Saya bersyukur sebab dapat bersalin normal untuk kali keduanya, tanpa ambil sebarang ubat. Kalau diikutkan, kalau saya masih tak bersalin lagi, memang saya kena serah diri pada Hari isnin tu. Maybe kena induce lah kot. Alhamdulillah tak perlu melalui semua tu. Syukur padaMu ya Allah, Engkau permudahkan segala urusanku

Nama anak kedua kami diberi, Ahmad Umar Rayyan bin Ahmad Yamin. Dua bulan sudahhh umurnya. Moga menjadi anak soleh, penyejuk hati umi ayah, hamba Allah yang bertaqwa. Kebanggaan buat umi ayah diakhirat sana.

Nota Kaki : 
- Kali ni, husband tak sempat masuk labor room sebab proses bersalin saya sangat cepat (4.45am bertolak ke hospital. 5.12am baby keluar). Agak terkilan katanya. Haha. Takpelah, asalkan semuanya selamat. Alhamdulillah :)
- Terima kasih semua yang mendoakan saya. Jazaakumullahu khairan kathiira

Wallahu A'lam