Friday 26 June 2020

Kufur nikmat Allah je ke yang masuk neraka?


Harini hari jumaat. Macam biasa la tengahari je ada rancangan 'tanyalah ustaz'. Ada satu part tu, lebih kurang camni ustazah bgtahu... Hadith riwayat Bukhari & Muslim. Mafhum hadith lebih kurg camni.

Rasulullah s.a.w bagitahu para sahabat y ramai dari kalangan ahli neraka adalah wanita. Bila para sahabat tanya rasulullah 'adakah kerana mereka kufur nikmat Allah?'

Rasullah menjawab 'bukan, tetapi kerana mereka kufur pada suami & kebaikan suami mereka'.

Seolah2 tiada satu pun kebaikan yang suami mereka lakukan terhadap mereka'...

Zaman sekarang wanita ramai y bekerjaya. Kadang tu mungkin para isteri ada terselit perasaan 'aku blh buat semua. Aku kerja. Aku ada duit. Aku tanggung duit belanja anak. Aku belanja semua'..

Wahai para wanita y bergelar isteri. Be careful ! Kalau hati dah terdetik camtu, cepat2 istighfar. Igt tak Allah pernah remind dlm sebuah hadith...

Maksudnya: “Jika aku boleh memerintahkan seseorang itu untuk sujud kepada seseorang, maka aku memerintahkan isteri untuk sujud pada suaminya.” [Riwayat al-Tirmizi (1159)]

Tinggi kan darjat seorg suami. Sedikit peringatan utk kita semua.

Wallahu A'lam