Monday 28 December 2015

Pokok terbalik. Semua binatang jadi pening. Semua !

Bismillah

Tadi mak saya tunjuk satu artikel yang ditulis oleh seseorang yang...

Tidak dapat dinafikan,

Mempunyai pengetahuan yang luas.

Ada ramai pengikut.

Kata-katanya dapat mempengaruhi orang ramai.

Penulis yang terkenal.

Tapi sayangnya,

Dia menulis hanya mengguna akal semata.

Sedang yang diperkatakannya adalah tentang agama. Islam.

Benda yang agak bahaya. Apabila kita berbicara tentang sesuatu sedang kita bukan dari ahlinya.

Layakkah saya menulis artikel tentang systemic lupus erythematosus. Sedangkan saya baru dengar nama penuh penyakit tu dua hari lepas.

Layakkah saya berbicara tentang fiqah. Sedangkan benda basic pun menggagau cari kawan (ahli fiqah) yang tahu hukum.

Hmmmm.

Mungkin layak.

Itupun sekiranya saya betul betul faham dan yakin dan bahan rujukan yang digunakan memang sahih dari segi sanad, matan dan meyakini perawinya seorang yang amanah lagi jujur.

Tapi.

Perlu kita ingat, dalam agama, bukan semua. Saya ulang. Bukan semua perkara kita boleh berfikir dan bercakap berdasarkan akal fikiran yang teramatlah limited edition untuk kita faham kesemua ilmu Allah.

Pabila agama ditafsirkan oleh akal semata, kita akan lihat pohon dibawah sedang akar diatas.

Wallahu A'lam

Sunday 27 December 2015

Bila si A dan si B berbicara


Semalam. Waktu tengah mengecat pagar, terdengar abang dengan kakak ipar saya bersembang....

Abang : Ish ni semua sebab najib la ni

Kakak : Eh. Sokmo la abang ni. Sikit sikit salah najib. Sikit sikit salahkan dia. Nanti abang merangkak jumpa najib minta maaf (kat padang mahsyar) baru tahu.

**********************

Ayat kakak ipar saya betul betul buat saya berfikir panjang.

Ibaratnya......

 'kalau dah tak ada apa2 perkara baik yang nak dicakapkan, lebih baik diam'.

Tengok diri sendiri dekat cermin.

Hmmmmm. T___T

Wallahu A'lam

Saturday 26 December 2015

Fasobrun jameeel


Allah does not burden a soul

Beyond that it can bear...

(Suratul Baqarah)

Wallahu A'lam

Thursday 24 December 2015

Barakallahulakum (part 2)


Seperti yang dijanjikan.

Rentetan 3 sahabat MPI yang selamat diijab kabulkan tahun lepas,
Tahun ni 4 lagi pasangan terus menyusul laju.

Nak tahu siapa mereka ?

Pasangan pertama 2015

Nazeera Alias dan pasangan

Pasangan kedua 2015

Muhammad Anwar Aswad dan pasangan

Pasangan ketiga 2015

Zul Asyraf Ariff Fazilah dan pasangan

Pasangan keempat 2015

Siti Safiah Nasoha dan Faris Azim

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Tahniah semua ! 

Moga beroleh keberkatan, ketenangan dan keredhaan Allah s.w.t selalu.

Next year, siapa yang membuka lembaran baru ye?

Adakah

Mereka itu?

Atau 

Mereka yang itu?

Allahu ta'ala a'lam

P/s : Gambar yang dipost tu main dan je ambil dari WhatsApp. So faham faham jela. Ejaan nama kalau terlebih @ terkurang huruf, saya minta maaf ye

Wallahu A'lam

Wednesday 23 December 2015

Dimensi berbeza


Kadang tu.

Kita tidur 5 minit. Tapi dalam mimpi, kita dah merantau ke empat negeri. Mengambil masa berhari hari dan kita rasa masa tu saaaangat lama. Berpeluh. Penat.

Namun hakikatnya, mengikut perhitungan masa dunia, kita hanya tidur 5 minit.

Tengok pulak kisah ashabul kahfi.

Mereka rasa mereka tidur hanya sehari.

Namun hakikatnya, mengikut perhitungan masa dunia, mereka tidur selama 390 tahun. Abad berganti abad.

Nampakkan.

Perhitungan masa antara dunia @ (alam nyata) dengan akhirat @ (alam maya) sangat berbeza.

Yang agak seram.

Dalam al-quran, Allah banyak sebut, manusia ketika disana nanti, merasakan mereka hidup didunia hanya beberapa saat diwaktu tengahari. Ada yang sebut separuh hari.

Kalau macam tu, perhitungan masa akhirat tak terjangkau dek akal la jawabnya.

Nak kira dan tahu jugak masa akhirat secara tepat?

Semuanya berbalik kepada......

---> I.M.A.N

Wallahu A'lam

Sunday 20 December 2015

Kenali simtom riya'

Bismillah...

Jap nak tanya. Simtom tu memang ada eh ejaan dalam bahasa melayu?

Allahu A'lam....

Cerita semalam. (Perkongsian dari seorang ustaz)

Katakanlah.

Setiap hari awak buat tahajud. Solat sunat hajat tak pernah tinggal. Tapi tiba-tiba satu hari ni kawan awak tidur rumah awak dan sebilik pulak tu.

Waktu tu awak berkira-kira,

---> eh aku nak bangun buat solat tahajud tak ni eh. Sekarang dh pukul 3 pagi. Tapi kalau aku bangun, takut -takut kawan aku cakap aku riya'........

Ketahuilah.

Ketika terlintas saja perasaan tu, itu merupakan riya' yang terbesar. Itulah riya' yang sebenar-benar riya'.

Benda yang patut kita buat, bangun je. Abaikan perasaan tu. In fact memang hari hari pun kan awak bangun pagi solat tahajud. Kenapa tiba-tiba waktu kawan datang rumah, ada pulak rasa sangsi.

Zaalika min 'hasutan' syaitonirrojim

Cepat cepat istighfar.

Dan bangun ! :)

Wallahu A'lam

Thursday 17 December 2015

Rasa aman tu macam mana?

Bismillah...

Kenapa kita sering menggunakan ungkapan 'terlanjur' sedang hakikatnya mereka sudah berzina?

Mungkinkah menjaga imej 'budi bahasa budaya kita'?

Tak ke kalau cakap 'berzina' lebih makan dalam.

Ehhh...lari tajuk pulak.

Sebenarnya nak cakap, kenapa kita selalu dihasut dengan perkataan aman?

- Negara kita aman kerana tiada perang -

Mmmm..maksudnya aman tu diukur atas dasar peperangan ke?

Macam mana pulak dengan perasaan yang satu ni...

---> Bila nak keluar rumah, rasa macam nak pakai baju besi je :,(

---> Aman ke tu?

Wallahu A'lam

Tuesday 15 December 2015

Pengembaraan menuju Tuhan



'Kun fiddunya
Kaannaka gharib au 'aabiru sabil...'

Jadilah kamu didunia ini
Seperti seorang pengembara atau perantau dijalan...

- hadis riwayat bukhari -


Terbayang...
Bila dapat report card dekat padang mahsyar.
Tangan kanan atau kiri yang akan aku hulur.

Allah....

Serious.

Dalam banyak banyak benda.

Part ni yang paling aku takut.

'Sign' kesyurga atau keneraka.


T_____________T

- Ya Allah kurniakan aku syurga-Mu -


Wallahu A'lam

Friday 11 December 2015

Inna akramakum 'indallahi atqaqum



Beliau senior abang saya waktu dekat universiti madinah dulu
Siap nasyid sekali dalam majlis kahwin adik beliau di perlis

Nasyid dulu kala
Tetibe teringat balik
Nostalgia ni

(Abang saya baru tunjuk tadi, so saya dengar...sedap jugak)

Ambil yang baik
Tegur yang salah

Kalau saja kita tahu adab antara saudara seislam

Wallahu A'lam

Jom tutup syarikat


As at 11 December 2015.

Six companies choose to go for winding up instead of strike off and the luckiest person in the universe would be.....

Me. Myself :) / :(

Chosen to handle all these job.

Based on my experiences (tak de la lama mana pun, baru setahun), sebagai liquidator (kelas bawahan / buruh) ni, nak bubar kan syarikat klien bukannya susah pun.

Tapi !

Yang buat proses pembubaran ni mengambil masa sampai hampir 10 Tahun (maaf terpaksa hiperbola), disebabkan tersangkut dekat empat tempat.

Haa, empat tempat?

Ya. Empat tempat. Keadaannya seperti dibawah.

1) Difficult to pick up the phone
- Kalau boleh saya katakan, hari hari saya cuba menghubungi empat tempat ini. Tapi suuuuuuusah sangat keempat empat tempat ini mahu mengangkat ganggang talifon.

2) Keep passing the line
A : Selamat pagi. Boleh saya bantu?
Me : Beria explain nak apa....
A : Ok, sebentar saya pass kan talian ke pegawai berkaitan
Me : Setia menuggu
B : Selamat pagi. Boleh saya bantu
Me : Explain dengan penuh ketenangan. Persis radio kena rewind....
B : Oh, bukan saya yang handle syarikat ni. Nanti saya pass line ke pegawai berkaitan
Me : Yang sememangnya sudah terdidik. Masih setia menunggu
C : Selamat pagi. Boleh saya bantu?
Me : Rakaman suara buat kali ketiga. Explain benda yang sama.
C : Ooo, person incharge company ni cuti bersalin
Me : Errr, pegawai lain tak boleh ambil alih tugas beliau ke?
C : Maaf cik, tak boleh...
Me : ?????????

3) After waiting for an hour, suddenly the line went off
- Situasi yang tak banyak beza macam kat atas (no 2), tapi pengakhiran yang mengeciwakan setelah penantian mencecah 30 minit. Tengah dok pas pas line, tetibe.....
-----> Tetttttttttttt......

4) Need to understand how do they work
- Bukannya kita bagi surat kat tempat tu, lepastu kita boleh dapat apa yang kita nak. Kita kena buat surat lagi dan lagi dan lagi. Pernah saya cakap 'err saya dah hantar surat bulan lepas. Siap ada cop 'received' dari tempat anda. Boleh tak saya email je surat yang sama memandangkan saya ada buat dua copy.
- Tak boleh ! Kami di tingkat yang berasingan !

5) Took too long to reply your email
Me : Encik, hari tu cakap syarikat sekian sekian tiada tunggakan hutang dengan (tempat) encik kan. Jadi boleh tak saya dapatkan surat pengesahan.
Encik : Eh, saya dah pos dah dua minggu lepas.
Me : Tapi saya tak dapat lagi. (Maklum lah. Posmen, takut tersilap hantar tempat). Boleh tak encik email je saya surat tu.
Encik : Oh ok2.
Seminggu selepas, ulang benda yang sama. Dan encik berkata'ok2 saya email hari ni, email cik......kan'
Sebulan berlalu, ulang lagi benda yang sama. Kemudian encik berkata 'baik, saya email sekarang'
Bulan mengambang (Heyy encik bila nak email saya haaaaaaaaaa). 
Budi bahasa budaya kita. Jaga tu :) senyum kambing biri biri

Dan banyak lagi kalau nak suruh saya senaraikan. Tapi cukuplah setakat ni.

P/s : Banyak syarikat dah tutup. Bakal banyak pengangguran berlaku. Makin meningkatlah kadar jenayah. :( wal'iyazubillah

Wallahu A'lam

Tuesday 8 December 2015

Disana menanti


' Kullu nafsin zaaiqatul maut '.
Setiap yang bernyawa akan merasai kematian...

Semua orang sedar, semua orang memperkatakan benda yang sama.

Kita semua akan meninggal. Kita akan kembali ke tanah. Kita akan dikembalikan kepada pencipta kita.

Tapi....

Sejauh mana kefahaman kita terhadap ayat Allah diatas?

Sejauh mana kita perhati, fahami, hayati peringatan itu?

Dan yang utama...

Sejauh mana persiapan kita menghadapinya?

***********************
Harapanku yang menggunung. Moga moga Allah s.w.t redha dan terima semua amalanku yang bakal dipersembahkan disana.

Wallahu A'lam

Saturday 5 December 2015

KeredhaanMu



Tuhan...
Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya 
Kau Maha Pengasih

Wallahu A'lam

Main kemas kemas rumah

Bismillah...

Sabtu Ahad.

Selain berjalan, aktiviti yang selalu kita orang buat tak lain tak bukan, mengemas rumah.

Kerusi tarik ke sana. Meja tarik ke sini. Divider campak ke selatan. Meja kecik humban kebawah.

Living room cantik. Kemas. Lapang.

Tengok dining room. MashaAllah ! Barang bertimbun. Berselerak.

(@_@)

Kalau divider ni boleh bercakap. Mesti dia cakap 'oii bulan ni nak bawak aku kemana pulak dah' haaa ?

Tengah kemas kemas, terjumpa ni.



Haha surat orang baru grad ! Kehkeh....

Rindu lah pula :P

Wallahu A'lam

Wednesday 2 December 2015

Jika diberi pilihan...


Berilah sejuta kelebihan......
Walau diberi pilihan, saya tetap tidak akan memilih 'doktor' sebagai bidang kerjaya.

Saya tak faham macam mana orang orang diluar sana, u there, yes you, reading this post (and probably a doctor), suka dan boleh dan sanggup terjun ke jurusan doktor.

Setiap hari bukannya tengok nombor atau bangunan ke atau baju ke atau komputer ke. Tapi... Hari hari tengok luka, darah, kulit terkoyak (erghhh sakit kot), organ, air bermacam macam kaler (kuning, merah, biru (ok over)), dengar orang jerit tahan sakit, tengok tangan terkulai, kaki separuh sebab baru lepas accident (serious saya dah ngilu). Senang cakap hari hari mengadap tubuh badan orang la.

---> ok. Ini badan. Jahitlah kulit tu T____T

Saya, tak boleh tengok gambar yang ngeri2. Gambar saudara Palestin, Syria, saya tak sanggup tengok. Tak boleh. Tak tahu kenapa. Bulu roma boleh berdiri tegak tanpa arahan kalau tertengok sikit. Seram sejuk pun ada. Ngilu. Kesannya, susah nak makan dan tidur la jawabnya. Hmmm itu baru sikit.

Kalau pergi hospital, jangan harap mata saya berani melilau tengok orang. Silap haribulan ternampak orang kulit terbakar, mau tak makan seminggu. Sakit tu.....

Cuba bayangkan kalau saya jadi doktor. Ada patient nak consult dengan saya. Baru buka lengan baju tunjuk luka. Saya rasa saya pengsan dulu dari dia. Saya pulak yang jadi pesakit.

InnAllaha ya'lamu waantum la ta'lamun. Sesungguhnya Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.

Kamu disana....
Yang bakal atau sudah bergelar doktor, yang hidupnya hari hari berlari dalam hospital, yang hampir hampir insane kena maki dengan senior, yang jiwanya hampir kosong, gelap, demotivated.

Percayalah. Kamu sebenarnya mampu melalui hari hari itu. Allah lebih tahu siapa yang layak, siapa yang tidak layak.

Awak tu sakina, dah dok hari hari main dengan nombor, jangan merungut.

Alhamdulillah 'ala kulli haaal :)

Wallahu A'lam