Wednesday 28 May 2014

Fammun


Assalamualaikum w.b.t

Mulut sifatnya memang suka bercakap kan? hmmm aleh aleh cakap pasal mulut boring la.....

Saya bukan lah seorang yang mahir dalam bab berhujah (ilmu pun sekelumit) malah memang tidak layak untuk bercakap. Namun secara peribadi saya sedih melihat mereka......so-called "penegak kebenaran", begitu lancang mulut-mulut mereka menghina, menghentam, label-melabel, tuduh orang sesat lagi menyesatkan, kafir-mengkafir, bid'ah membid'ah, bertikam lidah sesama sendiri. 

Ohh penyakit lancang apakah yang sedang melanda umat ini?

Mengata dan menghentam orang bagai sudah menguasai pelbagai ilmu. Rutin harian dan bulanan, asyik mengata tak sudah. Si kafir tetap dalam kekafirannya. Si muslim tetap berusaha mencari idea untuk menghentam hujah lawannya.

Mana akhlak seorang muslim wa mukmin dalam berdebat @ melontarkan idea? Gone with the wind~

The only question i wanna ask...how sure are you, you are in the right path?

Marratan ukhra. For the second time.

How sure are you, you are now in the right path?

ohh i'm pretty sure because my parents, my siblings, my teachers did what i am doing. They always remind me to perform good deeds everyday. They remind me to perform solah on time, fasting in ramadhan, to pay for zakat, go for hajj, give sadakah once in a week. They teach me a lot you know. A lot. And i believe i am a good lady. Very gooooood lady. 

Tiada ucapan yang lebih sesuai ditujukan kepada mereka kecuali....
Tahniah ! anda sudah menghancur luluhkan hati sekian sekian
Tahniah ! anda sudah buat sekian sekian berasa 'down' selamanya
Tahniah ! anda sudah berjaya mengkafirkan sekian sekian
Tahniah ! anda berjaya memporak-perandakan semuanya
Tahniah ! anda sudah berjaya mengobarkan api permusuhan didalam dada sekian dan sekian
Tahniah ! andalah orang yang paling berilmu dimuka bumi ini
Mubaaarak alaik... 

~ Banyakkanlah diam dari berbicara. Yang banyak bercakap itu, yang paling banyak dosanya.
~ Komen biar membina, bukan menjatuhkan.
~ Penyakit kronik orang yang berilmu adalah ego !
~ Sila tonton cerita upin ipin secepat yang boleh. lariiiiii selaju-lajunya. kudaku lari gagah berani. yea.

Wallahu A'lam

Friday 23 May 2014

rasa ingin tahu, itulah permulaan segalanya


Sambil-sambil tengok kalendar, soalan kedua pula ditanya....

l : Apa tu israk mi'raj?

Jawapan saya.......

---> (Biasalah bila terkejut diterjah dengan soalan bab bab agama, walau sesimple mana pun soalan, rasa suuuusah ya amat nak jawab) kaku.terkedu.terdiam. Ohh sakina kenapa anda begini? Time time macam ni la nasyid diperlukaaaaan 


Senikata yang ringkas dan padat, ups sebelum tu nak ingatkan, perlahankan sedikit volume anda :)

Saya ingin kongsikan sedikit tentang peristiwa agung ini, moga kelak apabila ditanya oleh sesiapa sahaja, sekurang-kurangnya kita dapat menjawab dengan tepat.

Israk Mi'raj merupakan antara mukjizat terbesar yang dianugerahkan kepada nabi Muhammad S.A.W.
- Israk bermaksud perjalanan nabi Muhammad dari masjidil haram (Mekah) ke masjidil aqsa (Al-Quds).
- Mi'raj bermaksud perjalanan naik ke lapisan-lapisan langit.

Ia tercatit didalam al-quran, surah Al-Isra' ayat 1 " Maha suci (Allah), yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari masjidil haram ke masjidil aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat.

Disini dapat kita lihat betapa pentingnya Masjid Al-Aqsa terhadap umat islam kerana ia merupakan kiblat pertama dan pernah merakamkan peristiwa terbesar umat islam. Rasulullah diangkat,dibawa ke langit dengan menunggang seekor binatang bernama buraq bermula dari masjidil aqsa. Kerana itu semua umat islam perlu mempertahankan masjid ini dari dirampas oleh puak kuffar, yakni israel yang sedang membuat penempatan haram di palestin.

Allah berfirman lagi didalam surah An-Najm ayat 13 - 18 
13 -  Dan sungguh, dia (Muhammad) telah melihatnya (dalam rupa yang asli) pada waktu yang lain,
14 - (iaitu) di Sidratul Muntaha (tempat yang paling atas pada langit yang ke-7)
15 - didekatnya ada syurga tempat tinggal
16 - (Muhammad melihat Jibril) ketika Sidratul Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya.
17 - penglihatannya (Muhammad) tidak menyimpang dari yang dilihatnya itu dan tidak (pula) melampauinya.
18 - Sungguh, dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Tuhan-nya yang paling besar.

- ketika peristiwa israk mi'raj inilah perintah solat diturunkan
- ketika ini juga Rasulullah diperlihatkan hari kebangkitan, pelbagai siksaan (yang telah kita semua maklum ramai penghuni neraka adalah wanita....Allah.Allahummaghfirli ya Rabb. Moga kita semua dijauhkan dari merasa bahang api neraka) T_T
- perjalanan israk mi'raj yang mengambil masa hanya semalaman antara bukti kerasulan nabi Muhammad s.a.w.



p/s : ingin ilmu pengetahuan yang lebih lagi? cari dan rujuklah pakar dalam bidang sirah

Moga Allah S.W.T sentiasa memberi hidayah kepada kita dan mereka yang masih terkunci hatinya untuk menerima hidayah.

Wallahu A'lam

Tuesday 13 May 2014

salahkan diri sendiri

Assalamualaikum W.B.T

Semalam, waktu makan tengahari bersama dua rakan sekerja yang lain, kami ada berbual sedikit mengenai adat orang melayu dan india.

Indian lady : (I)
Fair lady..upss malayan union, malay lady, melodi, my friend : (M)

Kami sembang punya sembang,

Sampailah satu topik, tiba-tiba indian lady (I) ni tanya satu soalan.

I : You all malays kalau la seorang perempuan tu got married, macam mana lelaki lain nak kenal pasti yang dia sudah berkahwin? tengok apa? Sebab kalau indian, perempuan yang sudah berkahwin akan pakai calit "tanda merah" kat dahi, then kalau lelaki tu tak nampak tanda tu, dia boleh tengok perempuan tu pakai tali kuning tak kat leher, then kalau tak nampak jugak, tengok jari kaki samaada perempuan tu pakai cincin tak. Once dia nampak salah satu tanda yang menunjukkan perempuan itu sudah berkahwin, dia tak akan pandang dah (maksudnya tak kacau la) sebab perempuan itu sudah berkahwin. Dari jauh lelaki tu boleh tahu dan tak akan ganggu @ nak berkenalan dengan perempuan yang dah berkahwin..

M : Kalau melayu, biasanya perempuan yang dah berkahwin akan pakai cincin.

I : Just cincin je? tak ada tanda lain

M : Yup

I : I bukan apa, i ada ramai malays friends tau waktu i kat U dulu. One of my friends ni dah kahwin. Tapi guys still kacau dia, nak mengorat macam tu la. I tengok macam kesian la kat dia. Dia dah cakap dah yang dia dah kahwin. Tapi lelaki tu masih nak kacau dia. Korang pakai baju labuh (means t-shirt lengan panjang lah kot), tudung tutup aurat semua tapi guys still kacau kan. At least guys show some respect la, dia dah kahwin. Kesian dia.

Gulppp. Saya yang duduk mendengar perbualan rasa nak sorokkan muka bawah meja. Punya la malu dengan satu statement yang melibas jantung ni. Melayu secara automatiknya membawa imej islam....Ini yang paling saya takut, takut bila non-muslim pandang serong terhadap islam.

M : Ohh zaman sekarang ni memang pelik. Kalau orang yang betul betul faham agama tahu batas dia. Biasa la, tengok la even agama lain pun, bukan semuanya 'alim agama masing-masing'.

Perbualan yang direkodkan di alam maya tidaklah sebijik seperti apa yang disembangkan. Tapi mesejnya lebih kurang seperti diatas.

Inilah natijahnya andai kita tidak faham agama, tidak mempraktiskan agama dalam kehidupan seharian. Sebenarnya ada lagi yang indian lady ni cerita berkaitan perangai a.k.a akhlak orang melayu. Sungguh ! Saya rasa sangat malu ! Saya sampai tak tahu nak bidas apa, sebab its true ! Apa yang dia cakap tu memang betul. Itu juga yang saya nampak. Alahai bangsaku, melayu. Islam. T_T

Hebatnya sesebuah tamadun terletak pada akhlak masyarakatnya. Andai punah akhlak masyarakat, maka musnahlah tamadun itu. Tamadun yang hebat dapat ditumpaskan hanya dengan akhlak yang buruk, jijik lagi kotor.

- Tingkatkan ilmu pengetahuan
- Hiasi diri dengan akhlak al-quran

Wallahu A'lam

humor

Short story....

On the right side of the house of a minister there lived a blacksmith, and on the left side, a carpenter. The blacksmith and the carpenter made noise night and day and disturbed the minister. When he could not take it anymore, the minister called the two and demanded that they move their houses.

One day the blacksmith visited the minister and said, "Your Excellency, i am moving my house today as desired by you". After a while, the carpenter also paid a courtesy call on the minister, saying, "Your Excellency, i am moving my house too". The minister was relieved to hear this, but pretended to be sorry at losing them as neighbors.

He treated them to good food and sent them off.

But strangely enough, the noise of sawing and hammering continued. The minister was both surprised and annoyed. He called his servants and ordered them to find out what was going on.

The servants came back with the news that the carpenter and the blacksmith did move houses as they had promised. The carpenter had moved to the blacksmith's houses, and the blacksmith's to the carpenter's, where they happily continued hammering and sawing night and day.....

- Quest, issue 48

Biggggg Grinnnn :D

Sunday 4 May 2014

pengawas


Seringkali kita menjaga tingkah laku apabila terasa diri diperhati. 

Ia berlaku dimana sahaja
----> Seorang isteri menyapu lantai sehingga berkilat pabila terasa ibu mertua sedang melihatnya.
----> Seorang gadis menjaga cara jalannya pabila terasa diri sedang dilihat oleh seseorang.
----> Pelajar membuat kerja sekolah dengan cermat pabila terasa dirinya diperhati seorang guru.
----> Pekerja melaksanakan tugas yang diarahkan pabila terasa bos sedang memerhatikannya.

Semuanya kerana apa?

Kerana risau dilabel 'isteri yang tak reti buat kerja rumah'. Kerana bimbang orang mengata buruk tentangnya. Kerana takut dimarah guru. Kerana takut mempunyai rekod yang buruk. Kerana bimbang dikurangkan gaji. Kerana takut dibuang kerja.

Fitrah manusia.....

Akan membuat sesuatu perkara dengan sebaik mungkin terutamanya apabila merasa ada orang sedang memerhatikannya.

Satu persoalan timbul dibenak fikiran. Mengapa kita perlukan seorang pengawas atau seseorang yang mempunyai kuasa a.k.a bos dihadapan mata, baru nak buat kerja?

Tidakkah Allah itu sudah memadai sebagai Pengawas dan Pemerhati?

Waktu pejabat = 8.30 a.m

8.31 = soh seh soh seh
8.35 = sssssssss
8.40 = makan pagi berjemaah
8.55 = baru siap makan
9.05 = sembang jap
9.13 = mmmmmmmm
9.25 = sembang lagi

*****************************************

10.00 = bos masuk ofis

dan....barulah mula buka suis komputer ! :O

Kerja itu amanah. Amanah yang diberikan oleh majikan kepada kita. Amanah yang akan dipersoalkan oleh Allah diakhirat kelak bagaimana cara kita menguruskannya. Amanah itu sangat berat sekiranya kita benar-benar memahami maknanya.

Andai saja dosa itu boleh dilihat, andai saja dosa itu boleh dihidu, andai saja dosa itu boleh dirasa, rasa berdosa setiap masa T__________________T





Wallahu A'lam