Thursday 31 October 2013

oh my video

Bismillah...

Sekarang ni saya mula tertanya-tanya pada diri saya 'awat la hang setuju belakon macam tu'?

Pada asalnya, saya dan kawan saya tak kesah pun kena berlakon jadi pencuri + polis. Sebab mula-mula tu madam kata present case fiddle hari isnin dalam kelas. Kebetulan kami group pertama yang kena present. Paling paling teruk pun lebih kurang 20 orang classmate je tengok saya berlakon macam tu. Tak da la segan mana pun.

Tapi sekarang semua dah berubah ! Perubahan 360 darjah ! Kata madam hari tu...

---> I need to cancel my class this monday....

 WHAT??? terkedu terdiam terkesima + start gelabah

Maknanya kami (6 orang 1 kumpulan)...cahaya lampu lebih tertumpu kepada kami berdua.....lebih spesifik lagi saya dan wani kena present hari jumaat dalam dewan. Pasal presentation tu tak kesah lagi tapi yang kesah nya video kami yang dot dot dot akan ditayangkan di hadapan 90++ orang.

WHAT??????

Oh man...Macam mana ni? Mana nak letak muka nii?

Wani ---> Kenapa la kita ikut cakap si tikah tu jadi polis  (sambil duduk muka macam dah seminggu tak makan pandang saya). Kenapa kita bengong sangat jadi polis tu. Pencurik tu boleh la tahan lagi tapi......waaaaa part polis tuu. Arghhh sakinaaaaaa tolong kita.
Me ---> Haha. Kita pun tak tau nak buat apa sekarang ni. Awat la kelas hari isni cancel. Kan mula-mula kita ingat present dalam kelas je, tapi sekarang dah jadi lain. Esok dah nak present dah. Mmmmmm wani cemane ni...?

*****diam sejenak layan perasaan yang dah terumbang ambing ni*****

Me ---> Wani.....kita ada plan. Lepas je orang last present, kita ingat nak keluar dewan (video akan ditayangkan selepas presentation). Tak sanggup nak tengok muka sendiri. Dengan berlakon ntah macam apa. Macam main polis and thief pun ada. Haha tapi....memang worst! Indescribable betapa teruknya.
Wani ---> Eh kita nak ikot kamu
Me ---> Eh tak boleh. Nanti obvious sangat kita dua cabut
Wani ---> Alaaa sakina boleh la. Kita dua je
Me ---> Lepas fikir sejenak mmmm ok. Tapi jangan bagi tau diorang. Haha macam nak buat jahat je >.<

Sekarang ni...kami masih mengira detik untuk sampai ke hari esok.

Macam mana ni....? :(

Ada tak bahan yang boleh membantu 'tebalkan' muka?

Alangkah baik kalau waktu itu boleh diputar kembali ~

Wallahu A'lam

Monday 28 October 2013

neighbourhood

Bismillah



~ Segala amalan wajib (solat, puasa, zakat) yang dilakukan tidak menjamin syurga Allah S.W.T andai bersikap kasar & buruk terhadap jiran ~

Wallahu A'lam

Sunday 27 October 2013

kerna mereka insan yang ku sayangi


Petang tadi dapat panggilan dari mak...

Mak : Tengah buat apa tu?
Saya : Tengah buat maf ni. Ada assignment. Mama buat apa tu?
Mak : Duduk-duduk tengok tv.

banyak perkara yang diceritakan kerana rasa macam terlalu lama tak balik rumah jumpa mak ayah T___T

Mak : Ni kenapa suara macam letih je. Banyak kerja ke? Ada join lagi program-program?
Saya : Erkk ha'ah. Ada jugak join program. Semalam pun ada. Cuma kalau meeting tu dah berkurang la
Mak : Belajar ok tak. Jangan busy sangat join program sampai abai pelajaran. Ni kan sem akhir. Kalau sebelum-sebelum ni nak aktif, mama tak kesah sangat. Kurang-kurangkanlah program tu
Saya : Hehe ok. 
Mak : Ada duit lagi tak
Saya : Dah habis
Mak : Ok nanti mama masukkan lagi
Saya : Err nanti mama pulak tak cukup. Almaklumlah banyak lagi urusan lain yang lebih penting yang memerlukan duit. Mana mama nak dapat sumber?
Mak : InsyaAllah sumber tu ada. Itu kan rezeki Allah. Ada kat mana-mana
Saya : Terkedu + tiba-tiba rasa nak nagis

Itulah dia, kedua ibu bapa yang amat aku kasihi. Mereka tidak pernah lekang dari memberi motivasi dan kata-kata nasihat buat anaknya. Tidak pernah mengata tidak untuk menghantar anak mereka kemana sahaja. Tidak pernah merasa bosan melayan kerenah anak-anak yang bermacam ragam.

Kita mudah lupa rezeki tu kurniaan Allah. Kalau Allah nak beri, sekelip mata saja kita dapat dari arah yang tak disangka-sangka. Baru-baru ni ayah saya juga pernah cerita satu kejadian aneh yang berlaku kepada keluarga kami. Semuanya berkisar tentang duit. Waktu ayah saya cerita, SubhanAllah memang betul-betul membuat saya terkesima. Rancangan Allah itu....sungguh baik. Perkara yang kita rasa mustahil terjadi, boleh berlaku.  Memberi bila hambaNya betul-betul dalam kesusahan. Memberi tepat pada waktunya. Memberi untuk meringankan beban hambaNya. Terima kasih ya Allah T_______T

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
Dan mereka merancang, Allah juga merancang. Perancangan Allah itu lebih baik
(Al Imran : 54)

Semenjak dua menjak ni, saya perasan yang saya cepat sangat berasa sedih. Bila mak ayah call, dengar saja suara mereka tiba-tiba rasa nak nangis. Waktu on the line tak nangis la. Tapi lepas letak je, cari tempat yang tak ada orang dan terus menangis sepuas-puasnya. Rasa sebak sangat mendengar suara mereka. Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan ibu bapa yang sangat menyayangi anaknya ini. Tiada apa yang saya harapkan melainkan ingin melihat mereka hidup bahagia didunia dan akhirat.

Ya Allah Engkau ampunilah segala dosa kedua ibu bapaku
Ya Allah Engkau rahmatilah mereka
Ya Allah Engkau kurniakanlah kepada mereka rezeki yang halal lagi baik
Ya Allah Engkau berilah ketabahan buat mereka untuk mengharungi ujian-Mu ini
Ya Allah Engkau makbulkanlah segala doa mereka
Ya Allah Engkau perluaskanlah kubur mereka suatu hari nanti seluas-luasnya
Ya Allah Engkau terangilah kubur mereka dengan cahaya al-quran
Ya Allah Engkau jadikanlah al-quran sebagai sahabat karib mereka didalam kubur
Ya Allah Engkau berilah tempat teduh buat mereka dipadang mahsyar nanti
Ya Allah Engkau anugerahkanlah mahkota indah buat mereka diakhirat kelak

Ya Allah perkenankanlah. Sesungguhnya jasa mereka sangat besar dan tiada upaya untuk aku membalasnya.

Wallahu A'lam 

Saturday 26 October 2013

lelah dunia ibarat setitik peluh kuman

Assalamualaikum W.B.T

Minggu ni merupakan minggu yang paling bahagia. Hehe. Saya rasa hari ni hari cuti yang pertama saya dapat melegakan tumit kakiku. Hew hew~

Selama ni, bermula dari awal sem, boleh dikatakan setiap hujung minggu ada saja program yang memanggil. Tumit ini, Ya Allah rasa sakit ya amat. Berlari kehulu kehilir nak kejar masa. Sem ni sem yang paling banyak saya gunakan tenaga kaki. Rasa macam latihan untuk acara larian 10 km. Hari-hari kena berlari + berjalan pantas. Kejar masa nak masuk kelas. Kejar masa nak pergi program. Kejar masa janji dengan kawan. Hmmm kejar-mengejar lah. Tudung tak usah cakap la. Muka dah macam apa saya pun tak tau.

Memandangkan ini mungkin sem terakhir bagi saya digelar seorang pelajar U, jadi saya sudah tekad dan berazam sejak awal sem lagi untuk aktif dan berusaha mengorbankan masa untuk mengikuti program ilmiah @ program yang bagi saya sangat bermanfaat untuk diri ini. Busy dia sampai tak sempat nak update blog. Hehe no complaint sakina! (>.<)

Housemate saya. Sebelum masuk kelas (finishing school). Memang dah plan semua pakai baju kaler purple :)
Kadang-kadang terasa cemburu juga tengok kawan-kawan, bila dah habis kelas terus boleh balik rumah. Boleh buka buku study prepare untuk kuiz, test. Tapi saya? Kadang-kadang kena stay kat U sampai malam. Balik confirm dah penat.

Tapi bila fikir balik, Allah itu betul betul Maha Mendengar ya. Sebab dulu saya juga yang doa untuk semua ini. Dapat kenal sahabat yang sama fikrah di Jengka. Dapat join program2 ilmiah. Dapat conduct program. Dan sekarang apa yang saya pohonkan betul2 saya dapat. 

~ Sekadar renungan kita bersama. Pernah tak kita terfikir.....

Kita berdoa dan mengharapkan sesuatu. Kemudian Allah kabulkan permintaan kita dan memberi apa yang kita harapkan. Tetapi disamping kurniaan Allah itu, terselit juga satu masalah @ kesusahan yang terpaksa kita harungi bersama-sama dengan kurniaan yang Allah beri pada awalnya.

~ Al-mithaal~
Kita minta Allah berikan keputusan terbaik didalam peperiksaan. Allah makbulkan
Kita minta Allah berikan tempat kerja yang bagus, gaji tinggi. Allah makbulkan
Kita minta dapat projek yang banyak. Allah makbulkan

Tapi satu hari tiba-tiba kita dapat tekanan hebat dalam ofis. Staff kat ofis tiba-tiba anti dengan kita. Semua bercakap buruk tentang kita. Bos marah kita sebab cuai buat kerja. Client call minta datang ofis mereka sebab ada sikit masalah.

Dan waktu tu kita terus tanya Allah...
" Oh Allah, why me? "
Kenapa Engkau beri dugaan yang hebat ini kepadaku. Kenapa Engkau memilih aku untuk terima semua musibah ini. Why Meeee???

Layakkah kita tanya Allah sebegitu. Allah dah beri macam-macam kat kita. Tapi bila Allah datangkan secebis ujian, kita terus membebel-bebel cakap kenapa Allah uji kita sedahsyat ini. 

Kalau kita perhati di dalam al-quran, terlalu banyak ayat yang mengatakan kita (manusia) seorang yang kurang bersyukur. Saya betul-betul terpukul bila terjumpa ayat macam tu. Terasa diri ni terlalu kerdil, hina, cepat sangat putus asa dengan nikmat Allah. Allahu Akbar T.T

Saya, anda semua perlu mendidik diri supaya terima segalanya dengan hati terbuka. Merungut merungut juga. Kita manusia biasa tidak terlepas dari keluhan. Tapi ingat rungutan itu ada batasnya. Merungut boleh menambahkan dosa juga. Kerana ia ibarat marahkan ujian yang Allah beri kepada kita. Akhir kalam moga kita semua terhindar dari tergolong dalam golongan orang-orang yang kurang bersyukur. 

Wallahu A'lam

Thursday 17 October 2013

the man who entered Jannah first

Bismillah....


~ The Daily Reminder ~

Kalau diikutkan sepatutnya saya post benda ni 3 bulan lepas (bulan ramadhan)
Tapi baru tadi saya dengar tazkirah diatas
Walaupun Ramadhan tahun ini sudah berlalu
Kita pasti akan bertemu Ramadhan tahun depan
InsyaAllah kalau masih lagi diberi nikmat nyawa, iman, islam
Mari kita berusaha sedaya upaya menjadi orang pertama yang masuk ke dalam Syurga Allah S.W.T
InsyaAllah. Allahu Musta'an

Sebenarnya.......
Saya tau rancangan ni pun melalui Abdullah (hamba Allah)
Banyak sangat ilmu yang saya dapat dari sini
Masa yang diambil untuk dengar daily reminder tak lama mana pun
Tapi ilmu yang dicurahkan
MasyaAllah
Sangat sangat sangat banyakkk
Terima kasih kepada Abdullah kerana memperkenalkan saya dengan website ini
Terima kasih kepada Allah kerana memberi ilham kepada Abdullah untuk post website ini di blog beliau
Itu pun dikira sebagai satu amal jariah kan
 Mengajak orang lain menonton website yang bermanfaat
Moga ianya dikira sebagai satu amal kebajikan dan memperoleh pahala yang berterusan
Dan moga Allah S.W.T sentiasa merahmati dan meredhai Abdullah
InsyaAllah

Teringat satu kata-kata hikmah
" Jangan engkau memandang remeh terhadap mana-mana amal kebajikan kerana tidak kau ketahui amalan mana yang akan membawamu ke syurga "

Wallahu A'lam

Tuesday 15 October 2013

adab ziarah harus dititik beratkan

Bismillah...

Assalamualaikum W.B.T

Kepada semua kaum muslimin muslimat mukminin mukminat, diucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha untuk anda semua :)

Hmmm.. Apa macam? Balik kampung beraya tak? Hehe tanya orang, dia tu ....

*****************

Tadi ada satu incident yang berlaku ! dia dah start dah

herggh...arghh...hiuww..hewww (ambilnafastahanlepasulangsebanyaktigakali)

Alkisah....

Seusai kami pulang dari kampung, tiba di perkarangan rumah dan ambil port baik punya untuk park kereta dalam kawasan rumah, kami terpaksa mematikan hasrat yang mulia lagi suci murni itu kerana ada sebuah kereta yang tak dikenali parking betul-betul depan rumah menghalang tuan rumah untuk memasukkan kereta kedalam kawasan rumah ! What..?

Ni lagi satu sifat yang saya sangat geram dengan pelakunya.

Perkara seperti diatas bukan berlaku sekali dua tiga tapi dah terlalu banyak kali. Seingat saya lah kan. Kami (ayah terutamanya @ kakak @ abang @ adik @ saya...~insyaAllah~) kalau nak beraya atau ziarah siapa-siapa lah, kami akan berusaha sedaya upaya mencari tempat yang sesuai untuk parking kereta. Dan yang pasti bukan betul-betul depan pintu pagar jiran sebelah. Kitaorang selalu fikir + cakap kuat kuat 'eh boleh tak ni park kat sini nanti susah pulak tuan rumah tu nak masukkan kereta dia'. At the end kami akan park kereta jauh sikit dari rumah orang yang kami nak lawat dan berjalan kaki untuk sampai ke rumah tersebut (kalau jauh pun jauh la).

I'm just wondering ada tak pelaku yang suka buat hal seperti diatas pernah berfikir dahulu sebelum park kereta mereka. Tak ke rasa macam nanti susahkan orang lain disebabkan perangai kita yang malas berjalan kaki? Yup ! Sebab kita! Kerana kita malas nak berjalan jauh-jauh sebab tu park kereta betul-betul depan rumah jiran sebelah kepada ahli yang kita nak ziarah tu. Faham tak apa yang saya cakap? Saya pun pening dah ni.

Oleh itu wahai kaum muslimin muslimat mukminin mukminat dikesempatan yang ada pada hari yang mulia ini saya menasihatkan kepada anda dan juga diri saya supaya alert dengan setiap tindakan kita. Lagi sekali saya sarankan, fikir dahulu sebelum bertindak. Ubahlah perangai yang malas itu kepada sifat rajin. Rajin mencari tempat untuk park kereta supaya tidak menyusahkan orang lain.

~ Maaf kan saya kerana bahasa saya.....arghh (T__T)
~ Saya bukannya perfect pun mungkin lebih banyak kesalahan yang saya lakukan dari kamu semua cuma sama-samalah kita mengingatkan antara satu sama lain.
~ Addinunnasihah. Agama itu nasihat :)

Wallahu A'lam

Sunday 6 October 2013

Kita masih bernyawa ! Alhamdulillah :)


Mulakanlah hari dengan memuji Allah S.W.T

 ~ SubhanAllah SubhanAllah SubhanAllah Walhamdulillah ~

Alhamdulillah Allah S.W.T masih lagi memberi nikmat nyawa kepada kita untuk kita sama-sama mengumpul bekalan untuk dibawa ke akhirat.

Terima Kasih Ya Allah :)

Cuba bayangkan hari ini hari terakhir kita hidup didunia, agak-agaknya lah kan apa yang kita sedang buat sekarang?

Confirm ! Duduk kat masjid sehari suntuk mohon ampun, rahmat, keredhaan Allah.

Tapi...masalahnya Allah tidak mendedahkan tarikh mati seseorang didahi masing-masing.

Masalahnya kita tak tahu bila ajal kita.

Kerana itu kawan-kawan, kita kena manfaatkan setiap detik & saat yang Allah beri selagi kita bernyawa.

Moga amalan-amalan itu akan membantu kita ketika dihisab.

InsyaAllah...

Ops, terlupa nak tanya hari ni dah solat sunat dhuha?

Jom berusaha jadikan solat sunat dhuha sebagai amalan harian. Paling kurang pun seminggu sekali.

Kelebihannya sangat banyak. Tak rugi pun luangkan masa 5, 10 minit untuk solat :)

Ini doanya.


Moga ia menjadi amalan kita semua

Selamat beramal

Wallahu A'lam