Wednesday 16 January 2019

Memori denganmu iffa, akan tetap terpahat diingatan


Pagi isnin 14/01/19 dapat panggilan telefon dari kakak. Tapi tak sedar sebab phone silent & sibuk tengah masak kat dapur. Selesai masak, terus kedepan tengok MHI. Waktu nak makan tu baru tersedar missed call dari kakak. Terus call...

Me : Assalamualaikum. Yuhuu why calling2?
Kakak : Wa'alaikumussalam. Tau tak berita?
Me : Berita apa?
Kakak : Iffa dah meninggal
Me : Haaa? Eh biar betul? (memang rasa xcaya langsung)
Kakak : Tula nak tau, sebab kat FB kak alya tiba2 post 'innalillahi wainna ilaihi raji'un.. siap ada tarikh lahir - semalam'.. Try call nisah
Me : Ala xde pulak no nisah
Kakak : Nanti bun minta kak zahidah no nisah

Letak je phone, terus bukak FB saya yang dah bersawang. Terus search iffadurra rozhan. 

Terkejut. Terkesima. Baca semua kawan2 post kat wall ucap takziah kat udin & family. Cari sebab kenapa. Waktu asar dia semput. Otw ke hospital selayang, disahkan dah meninggal dah. Pengesahan meninggal waktu isyak 13/01/19.

Maka betullah. Kawan baik saya ketika sekolah Al Amin KL sudah kembali ke rahmatullah. 

Tiap kali solat kita akan teringat awak iffa. Tak tinggal doa kita untuk awak. Ni hari ni, nampak budak2 sekolah area sini buat jogathon. Lalu depan rumah sewa kita. Kita teringat awak.

Waktu sekolah rendah kan ada jogathon jugak. Kita selalu dapat top 10. Darjah 3, awak & izzati cakap 'sakina nanti bawak la kitorang. Heret kitorang sekali. Jangan lepaskan tangan. Nanti dapat la no sekali. Hehe'.

Tapi selalu korang memang lambat. Haha. Terpaksa kita tinggalkan korang. As usual, kita dapat top 10 lagi.

Iffa, rindunya awak. Sirius kita rasa sedih sangat tengok anak2 awak. Kecik lagi dah kehilangan mama yang periang. 

Berehatlah iffa. Moga awak tenang disana.

Ya Allah Engkau ampunilah segala dosa iffa. Terimalah segala amalan baik & taubatnya. Luaskanlah kuburnya seluas2nya. Terangilah kuburnya dengan cahaya al quran. Jadikan al quran sebagai penemannya supaya dia tidak keseorangan. Ku mohon pertemukanlah kami disyurgaMu kelak. Kerana sungguh ! Aku menyayanginya keranaMu ya Allah

Yang sentiasa merinduimu,
Sakina Norazman