Saturday 8 April 2017

sab'ah yuzhilluhumullah fi zhillihi yauma la zhilla illa zhilluhu


Ingat tak antara hadis yang kita kena hafal waktu tingkatan 2 @ 4 ? Tentang 7 golongan dipadang mahsyar...

Ni antara hadis yang membuat saya gerun, tersentuh, sedikit sebanyak memberi motivasi dan pengharapan agar mendapat naungan Allah kelak.

Rasulullah s.a.w ada bersabda, mafhumnya..

Ada 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tiada naungan kecuali naunganNya :-

1) Pemimpin yang adil

2) Seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada Allah

3) Seorang yang hatinya selalu terikat pada masjid

4) Dua orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul dan berpisah kerana Allah juga

5) Seorang lelaki yang diajak berzina oleh wanita yang kaya dan cantik tapi dia menolaknya sambil berkata "aku takut kepada Allah"

6) Seseorang yang bersedekah dengan menyembunyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya

7) Seseorang yang berzikir kepada Allah dikala sendiri hingga menitis air matanya basah kerana menangis

Sahih Bukhari

Tentang golongan ke lima tu, dulu la waktu belajar, selalu terfikir susah ke seorang lelaki nak tolak pelawaan seorang perempuan seksi? Rasa macam senang je.

Tapi bila dah besar, makin faham naluri seorang lelaki, tak hairan lah mereka ini mendapat naungan Allah. Kalau tak takkan Allah memberi ganjaran bidadari kat lelaki yang soleh kan kat syurga nanti. Means hebat la usaha lelaki melawan godaan wanita ni.

Saya pernah dengar ceramah dekat "The daily reminder". Memang hebat la pemuda tu sebab itu antara kisah benar yang diceritakan oleh penceramah.

Doakan saya sentiasa berjaya melawan godaan nafsu dan tidak termakan dengan hasutan jahat syaitonirrajim.

Wallahu A'lam

kenduri kawen lagi. yeay


Tadi pergi kenduri kahwin kawan abang saya. Zubayr namanya. Bekas pelajar al-amin dan al-manar.

Waktu nak balik, beratur nak salam mak cik Zuriah. Tiba tiba ada sorang adik Zubayr hulur door gift...

R : Eh, awak... Kakak mana?
Me : Tengok je muka.. 'Ehh kak Raihan ke? Lainnyaa. Kenapa makin kurus ni..? (dan makin kecil)
R : Dah tinggi awak ehh.. Kakak tak datang ke?

Begitulah alkisahnya. Kak Raihan pun alaminian & maahadian... Hehe. Rasanya kak Raihan la yang pecah rekod budak al amin, sebab kawin paling awal. Umur 19 kalau tak silap. Awal kan. Beliau antara 5 orang yang saya kagumi sejak dulu lagi.

Bertambah kembang la family kak Raihan. Hehe. Moga sentiasa didalam rahmat Allah dan mendapat keredhaanNya. 

dapat sejadah kecik :)

Wallahu A'lam