Sunday 24 May 2015

alasan tak cukup ilmu masih boleh diterima pakai?


Alhamdulillah.....

Minggu lepas masih lagi berkesempatan mengikuti tazkirah tentang kewajipan berdakwah.

---> Bertanya seorang akh, 

Apakah mesej utama yang nak disampaikan oleh islam?

Amar makruf nahi mungkar ! Jawab ikhwah yang duduk dibelakang.

Dakwah ! Akhawat menjawab, tak mengaku kalah.

Masing masing dengan jawapan masing masing.

---> Akh yang bertanya menjawab. Sebenarnya "Tauhid adalah mesej utama islam"

Amar makruf nahi mungkar. Makruf yang paling utama dan paling besar adalah dakwah, manakala mungkar yang paling besar adalah syirik (menyekutukan Allah s.w.t).

Perbandingan antara orang yang kemalangan kat atas jalan raya, antara yang cedera parah dan yang cedera ringan, yang mana perlu kita selamatkan dulu? Yang cedera ringan takat luka sikit tu ke, atau yang patah kaki? 

Logiknya mesti kita akan tolong orang yang patah kaki. Sebab dia cedera parah.

Perbandingan antara muslim and non-muslim, siapa yang lebih parah?

Jawapan sudah tentu non muslim.

Buka al-quran, baca hadis, buka mana-mana kitab tafsir, pernah tak Allah sebut orang kafir setelah diazab didalam neraka Allah, setelah dibersihkan dari segala dosa, berpeluang untuk masuk kedalam syurga?

Tak pernah ! Walau satu ayat pun.

Bahkan mereka ini akan kekal didalam neraka selama-lamanya yang mana kita sendiri tak dapat bayangkan tempoh masanya. 

Selama-lamanya? Sampai bila? seratus tahun ke? sejuta tahun ke? Selama-lamanya tu sampai bila? Bilaaaa?

Percayalah, tanpa iman, mustahil kita dapat mempercayai kata-kata Allah ini.

Lihat bagaimana saidina Abu Bakar ketika ditanya oleh Rasulullah s.a.w, tentang keberangkatan baginda ke langit menaiki buraq bertemu dengan para malaikat dan seterusnya, adakah kamu percaya aku lakukan semua itu? 

Jawapan Abu Bakar "Ya ! aku percaya, Malah sekiranya perkara yang lebih luar biasa berlaku, aku tetap percaya, wahai pesuruh Allah"

Inilah tanda tahap keimanan seseorang. Kisah tentang peristiwa dalam kubur, alam barzakh, syurga, neraka, andai tidak disertai dengan iman, mustahil seseorang dapat mempercayai wujudnya semua ini.

Pendekatan dakwah

1) Dakwah bil haal - Tunjuk akhlak yang baik, tolong menolong, saling menghormati. 
2) Dakwah bil kitabah - Tazkirah melalui penulisan
3) Dakwah bil lisan - Nasihat dan kata-kata yang baik
4) Dakwah bil maal - Menggunakan harta. Ajak pergi makan, belanja, sedekah.
5) Dakwah bil khidmah - Aktiviti kemasyarakatan. Sukarelawan
6) Dakwah bil mukarranatul adyaan - Perbandingan antara agama. Tau basic agama lain supaya mudah berhujah.

Akh tersebut bicara lagi, 'kebanyakan kita bila sebut 'dakwah' je, terus rasa macam gerun. Macam dakwah tu berat sangat lah. Kenapa rasa berat sangat? 

~ Tak cukup masa lah. Mana sempat keluar berdakwah nehhh !
~ Tak cukup ilmu lagi. Ilmu pun baru seciput
~ Diri sendiri pun tak betul, macam mana nak berdakwah 
~ Saya banyak dosa
~ Tu semua kerja ustaz ! Tak perlulah nak menyebok jadi 'pembantu ustaz'

Dikisahkan....

Dulu, waktu zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang quraisy yang baru saja peluk agama islam dan dia hanya tahu kalimah 'Laa ilaha illallah'. Keesokan harinya, dia dengan berani dan terang-terangan, apabila jumpa je dengan orang yang masih belum peluk islam, akan terus menghunus pedang kearah orang tersebut sambil berkata "Qul ! Laa ilaha illallah" (katakanlah, tiada Tuhan selain Allah). Jalan lagi, jumpa lagi dengan non-muslim terus cakap "Qul ! Laa ilaha illallah". Sehinggalah beberapa ketika, oleh kerana beliau selalu sangat sebut kalimah tu, mereka terbuka hati untuk bertanya "baiklah wahai sifulan, apa yang ingin kamu sampaikan ni, apa tu Laa ilaha illallah?"

Nak tau tak apa jawapan beliau?

~ Mari ! aku bawa kamu jumpa Rasulullah s.a.w.

************************************

Jadi masih lagi ke nak beralasan 'tak cukup ilmu'? Masih relevant ke alasan itu?

Eheh, berdas-das tembakan terkena hari tu. Sakit kot akh fakha! Cukup cukup. T.T

Sebab tu kita kena gerak secara berjemaah. Ada orang mahir bab berhujah. Ada orang mahir bab penulisan.

Ada satu saidina umar sudah memadai bagi umat islam ketika itu. Tak perlu pun sepuluh saidina umar. Semua tahu kan karakter saidina umar macam mana. 

Kesimpulan keseluruhan topik hari tu, kita perlu balance kan antara kewajipan berdakwah kepada muslim dan non-muslim. Yang muslim, perlu diberitahu tentang cara kehidupan islam yang sempurna, dengan cara pakaiannya, pergaulannya, tentang tepati masa, dan lain-lain. Yang non muslim, kita kenal kan dengan Allah. Tuhan dan Pencipta kita semua.

~ Daurah maayu
~ Penyampai : Akh burhanuddin, Akh Fakharuddin dan beberapa ahli penal (tak sempat nak dengar sebab ada kenduri kahwin tengahari tu)
~ Penulisan diatas bukan lah kata kata sebijik sebijik panelis. Saya juga manusia. 'Nasia' lupa. 
~ Dan saya bukanlah sejenis mesin elektronik mahupun 'recorder' yang boleh merakam semua butir bicara dengan tepat.
~ Yang baik jadikan teladan. yang buruk jom pakat tinggalkan

Wallahu A'lam

Sunday 10 May 2015

seringgit. banyak kot !


A : Aku nak berinfaq, tapi masalahnya orang yang minta sedekah kat luar sana tu kebanyakannya penipu. Dah kaya tapi still meminta. Tengok berita tunjuk pasal ada seorang budak ni dah jadi jutawan hasil dari meminta sedekah. Rugi je bagi kat golongan macam ni.

B : Oh. Nak sedekah ke. Kita ni kalau nak sedekah, jangan melihat kepada orang yang dapat sedekah tu. Kerana Allah akan menilai kita ini, yang memberi ni. Kita jangan sibuk fikir 'eh betul ke dia susah, entah entah kaya lebih dari aku'. 'karang aku bagi dia buat rugi je, seringgit tuu. melayang macam tu je'. Tapi kalau masih ada perasaan macam tu, apa kata pergi je bank in duit RM10 @ RM50 kat Aqsa syarif ke, Bersamamu ke, Aman palestin ke, Islamic relief ke. Ada je option lain untuk bersedekah.

Kan ke dalam al-quran Allah ada sebut tentang bersedekahlah kepada orang yang meminta dan yang tidak meminta.

*******************************

Baca terjemahan jap.

' Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang apa yang harus mereka infakkan. Katakanlah, "harta apa saja yang kamu infakkan, hendaknya diperuntukkan bagi kedua orang tua, kerabat, anak yatim, orang miskin dan orang yang dalam perjalanan." Dan kebaikan apa saja yang kamu kerjakan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui '
(Al-Baqarah : 215)

Allah s.w.t sendiri menyebut jalurnya. 

Golongan pertama : Kepada kedua ibu bapa. 
- Lihatlah betapa utamanya ibu bapa sehinggakan Allah sebut golongan pertama yang afdhal kita infakkan harta adalah kepada mereka. Kalau boleh saya katakan. Bagi duit kat mak ayah hukumnya wajib ! :D

Golongan kedua : Kepada kaum kerabat
- Ya. Adik-beradik kita. Sedekah kat adik-beradik bunyi macam ganjil kan? Tapi cuba bayangkan andai satu hari ditakdirkan salah seorang adik beradik kita, atau sepupu, atau dua pupu, atau kupu kupu :O berada dalam kesusahan, perlukan duit berpuluh ribu dalam masa yang terdekat, siapakah yang lebih layak membantu selain kerabat sendiri? Yang ni saya syorkan buka satu akaun. Wajibkan diri dan adik beradik lain infakkan duit RM100 setiap bulan. InsyaAllah usaha yang kecil ini besar maknanya dimasa akan datang.

Golongan ketiga : Kepada anak yatim
- Usap kepala mereka, cium mereka pun dah dapat pahala. Apatah lagi sedekah kepada mereka. Baca surah Al-Baqarah ayat 261. Tentang perumpamaan orang yang sedekah dijalan Allah. Seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, dan setiap tangkai ada seratus biji. Itulah perumpamaan jumlah pahala yang Allah ganjarkan kepada mereka yang bersedekah.

Golongan keempat : Kepada orang miskin
- Jangan perlekehkan orang miskin. Boleh jadi doa mereka lebih mustajab dari kita. Nak dapat doa dari mereka? Kena lah cari mereka dan bersedekah !

Golongan kelima : Orang yang dalam perjalanan.
- Even ada hadis cakap pasal orang yang bermusafir ini. Tentang kekuatan doa mereka. So next time kalau nampak foreigner jalan sebelah, pergi berebut bagi sedekah (^_^) Yang ni sila baca tafsir untuk maklumat lanjut ya. Saya bukanlah ahlinya.

Dan kepada yang selebihnya..Allah ada sebut didalam ayat yang saya tuliskan tadi. "Dan kebaikan apa saja yang kamu kerjakan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui".

Jadi tak perlulah rasa resah gelisah gundah gulana kalau nak bersedekah.

RM1 ----> Untuk sedekah
RM10---> Untuk makan

Kebiasaannya yang lebih merisaukan mestilah yang seringgit melayang kan? Padahal ganjaran disebalik seringgit tu, MasyaAllah, mungkin boleh jadi asbab kita masuk ke syurga Allah.

Ingatlah !

Allah akan melihat keikhlasan orang yang memberi. Bukan orang yang menerima.

Wallahu A'lam

Saturday 9 May 2015

Jurutera yang pakar dan ikhlas


Ini kisah tentang keikhlasan dan kepakaran

Sebelum saya meneruskan, perlu saya highlight disini "Sifat 'ikhlas' merupakan asas dan teras dalam semua ibadah. Baik fardhu 'ain mahupun fardhu kifayah"

Pernah tak kita bertanya kepada diri, kenapa waktu zaman khilafah islamiyah, khalifah apabila ingin melantik ketua tentera mahupun pegawai yang akan menjaga hal ehwal negara, mereka akan pilih orang-orang yang menjaga solatnya?

Lihat pula pemilihan tentera pada zaman Turki Uthmaniyyah. Bagaiman Sultan Muhammad Al-Fateh membuat pemilihan, penapisan dalam memilih orang-orang yang betul ikhas hatinya dan menjaga solatnya. Bukan calang-calang orang yang layak menjadi tentera. Bukan calang-calang orang yang layak mentadbir negara.

Apa kaitan solat dengan ketenteraan pulak nih??
apa kaitan keikhlasan dengan kepakaran??

Dinar emas
Pernah dengar tak cerita tentang seorang lelaki soleh dengan dinar emas? Kisah yang saya dengar 15 tahun dahulu. 
~ Penduduk kampung mula menyembah sebatang pokok. Berita tentang sembahan penduduk kampung akhirnya sampai ketelinga seorang lelaki soleh. Dengan perasaan marah, lelaki itu lantas mencapai sebilah kapak dan terus menuju ke kawasan itu bagi menebang pokok. Didalam perjalanan, dia terserempak dengan syaitan yang menyamar sebagai seorang manusia. Syaitan menghalang usaha lelaki tersebut untuk menebang pokok. Lalu terjadi pergelutan antara syaitan dan lelaki soleh. First round, lelaki soleh menang. Second round, lelaki soleh menang lagi. Maka syaitan membuat satu tawaran dengannya. "Wahai lelaki soleh, janganlah tebang pokok tersebut. Kalau kamu batalkan niatmu, aku berjanji bahawa setiap pagi lepas kamu bangun tidur, kamu akan dapati satu dinar emas berada dibawah bantalmu". Maka termakanlah lelaki soleh itu dengan pujuk rayu syaitan tersebut dan dia terus pulang kerumah. Seperti yang dijanjikan, pagi pertama memang terdapat dinar emas dibawah bantal. Begitu pula hari yang kedua. Tetapi hari ketiga, lelaki soleh mendapati tiada dinar emas terselit dibawah bantalnya. Dengan perasaan marah dek kerana rasa tertipu, lelaki soleh terus mengambil kapak bagi menebang pokok yang menjadi sembahan manusia itu. Kali ini, dia bertemu kembali dengan syaitan berwajah manusia. Maka terjadilah pergelutan antara keduanya. First round, syaitan menang. Second round juga syaitan menang. Berkata lelaki soleh 'eh kenapa aku kalah, engkau semakin kuat nampaknya'. Maka berkatalah syaitan 'dahulu kamu menang kerana niat kamu ikhlas kerana Allah untuk menebang pokok (bagi menghapuskan kejahilan), tetapi kali ini niatmu adalah bagi mendapatkan dinar emas. Dan kerana itulah kamu kalah'.

Kesimpulan cerita dapat difahami, segala amal yang dilakukan niat ikhlas kerana Allah, InsyaAllah, Allah akan tolong. Walau ujian hebat datang, Allah pasti bantu. Sebaliknya jika niat bukan kerana Allah, tidak ikhlas kerana Allah, Allah dengan senang hati tidak memberi bantuan.

Duit Bawah Meja
Rasuah ! Ya. Itulah selayaknya dipanggil. Tidak perlukan kata kiasan dalam bab ini. Usaha bukan main banyak lagi. Dengan iklan terpampang sana sini. Katakan tidak pada rasuah ! Ironiknya. Tak dapat kita nafikan, tak dapat kita pejamkan mata, tentang hakikat betapa ramai manusia diluar sana yang mengamalkan rasuah hampir setiap hari dalam pekerjaan mereka. 

Tak ikhlas dalam bekerja. Macam mana Allah nak redha? Balik rumah tengok berita...
- Lebuhraya retak 1 km
- Bumbung sekolah runtuh
- Dinding melayang ke daerah sebelah

Architect VS Engineer VS QS

Siapa yang patut dipersalahkan? Masing-masing pakat tuding jari ke arah dahi masing-masing. Lumrah manusia, siapa nak mengaku salah sendiri. Duit diperuntukkan lima ratus juta. Si arkitek songlap dua ratus juta, si jurutera songlap dua ratus juta, yang tinggal seratus juta. Seratus juta untuk beli bahan-bahan untuk siapkan satu bangunan. Padanlah bangunan yang didirikan hampir roboh. Piling guna versi murah. Siap berkarat lagi. Tanah lembap. Macam mana bangunan nak kukuh.

Ini kerana niat tidak ikhlas ataukah tiada kepakaran? :3


Nabi Nuh a.s seorang jurutera
Pernah dengar bahtera Nabi Nuh bocor? Tak pernah rasanya. Nabi Nuh kalau kita boleh istilahkan zaman sekarang ni memang seorang jurutera lah. Dalam zaman yang tiada alatan elektronik, Nabi Nuh berjaya membina sebuah kapal yang sangat besar dan mampu melawan gelombang banjir yang super hebat dari tsunami. Bayangkanlah pada waktu itu. Langit cerah. Angin sepoi-sepoi. Tiada langsung amaran hujan ribut taufan melanda. Tapi kerana patuh, taat, dan ikhlasnya Nabi Nuh a.s dalam melaksanakan perintah Allah, baginda tetap membina sebuah kapal. Sedang kaum baginda tetap terus menerus mengejek menghina nabi. Pelik sebab Nabi Nuh bina kapal padahal tiada langsung tanda-tanda hujan lebat akan turun. Takdir Allah, kawasan itu dilanda banjir besar yang sangat dahsyat, manusia dan binatang yang berada didalam kapal tersebut selamat semuanya, dan mereka yang berada diluar kapal lemas dan musnah didalam lautan yang luas.

Realiti
~ Cuba perhati sekeliling, lihat betul betul, teliti, amati, lihat dengan mata hati. Masa kini, mereka yang bawa kereta besar ke masjid, rumah banglo mewah, CEO, ketua pengarah. 

Siapakah mereka sebenarnya? Mereka ni kerja 24 jam ke sampai dapat kumpul duit beli semua tu? 

Rupa-rupanya....

~ Mereka. Di siang hari bekerja untuk dunia. Di malam hari bekerja untuk akhirat. 
~ Mereka. Giat mempelajari ilmu al-quran, ilmu tafsir, solat berjemaah tidak pernah tinggal. Sanggup ambil diploma belajar al-quran untuk membetulkan tajwid, bacaan al-quran yang dibaca didalam solat. Sedang beliau merupakan seorang Professor di universiti berkenaan dalam bidang ekonomi.
~ Mereka. Menjaga amanah Allah. Secara automatik amanah manusia terjaga.

Sebab tu, kalau kita tengok betul-betul macam mana seseorang tu boleh berjaya, tengok lah cara dia menjaga hubungan dia dengan Allah. Kerana memang itulah kuncinya.

Teringat satu kata-kata
"Kejarlah akhirat, nescaya dunia akan mengikutimu"


Wallahu A'lam