Thursday 28 July 2016

Takut.


Having fear of death between, (pertama) sayang nak tinggalkan dunia atau takut amalan tak cukup, (kedua) takutkan azab Allah dan nak lepaskan diri dari neraka is totally tak sama.

Having said this, I wonder which one is my real perasaan takut yang saya ada. Kadang-kadang the latter one tu, but most of the time yang pertama rasanya. Takut amalan tak cukup @ amalan rosak. (na'uzubillah min zaalik)

Entah. Saya sendiri tak pasti.

Tapi kau, aku dan semua tahu kan. Perasaan takut yang kedua tu, takut yang membawa kepada pengharapan, rasa insaf, takut yang memang SUPER POWER takut. Takut yang buat kau rasa nak menetap dalam masjid beribadah seumur hidup. Takut yang boleh membuatkan kau pengsan berkali kali bila terbayang terkena tempias api.

Tapi kadang aku sendiri pelik. Kenapa masih ada perasaan sambil lewa dalam beribadah, sedangkan aku takut masuk api neraka in fact aku tahu beberapa jenis azab yang dah diberitakan melalui al-quran dan hadis nabi.

Ya Allah.. aku berlindung dengan-Mu dari azab nerakaMu T_T Kurniakanku husnul khatimah ya Rabb~

Wallahu A'lam

Friday 22 July 2016

jumuah ila jumuah

Bismillah...

Saya paling suka hari Jumaat sebab.....

---> Aura cuti sabtu ahad dah terasa

Bahagiaaa :)

Rasa macam nak stop kan masa sekejap. Sekejap je. Sekarang. Hehe.

- Salam Jumaat -

Wallahu A'lam

Wednesday 20 July 2016

Roket

Bismillah...

Naik lrt je dah boleh sampai ke damansara n subang. Seronok. Tapi, awat rasa lrt macam dah banyak rosak. Veriselo.

Sekarang, nak tunggu bulan jatuh ke riba macam tak jatuh jatuh je. Ni rasa macam nak terbang terus ke angkasa.

Motif post?

Wallahu A'lam

Sunday 17 July 2016

open house

Bismillah....

Semalam kitorang buat open house untuk kawan kawan UM ayah saya. (eh ayah saya grad bulan 10 tahun ni tahu). kuikui.

Group ayah saya memang terkenal disebabkan beberapa faktor.

Pertama. Mereka kelas A

Kedua : Ada seorang ni, bila dia bercakap, mesti akan ketawa BESAR yang boleh menyebabkan satu hall boleh bergema (wakaka). Yang lagi bagus, bila dia ketawa, sah2 yang lain lain ikut sama. So, memang riuh la satu taman bila semua dapat jumpa & mula bersembang.

Semalam waktu kat dalam bilik nak solat isyak, tiba tiba dengar 'HAHAHAHA'. Terus cakap 'Ohh that guy dah sampai' :D

Nampak? Pengecaman dari jarak jauh :D

Dan mereka nak buat second meeting bulan 8 ni. Haha.

***************************

Bila semua dah balik, tengah lap lap pinggan basah, ternampak aswad. Tidur lena bukan main. Penat sangat kot layan tetamu. Panggil nama pun xmenyahut. Sleeping beauty. Haha. Aswad aswad.

Terima kasih lah membantu melayan tetamu :D

Wallahu A'lam

Friday 15 July 2016

Walimatul Urus


credit

Rasulullah s.a.w bersabda:
" Makanan yang paling buruk adalah makanan dalam walimah yang padanya hanya mengundang orang-orang kaya untuk makan, manakala orang-orang miskin tidak diundang.."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Saya,

Nurul Sakina Norazman

ingin menjemput semua yang mengenali diri ini

ke majlis perkahwinan saya pada

Tarikh : 14/08/2016
Masa : 12.00pm - 4.00pm
Tempat : Dewan MPAJ AU 5

Semua dijemput hadir, tanpa sebarang diskriminasi :)

"Wahai sekalian manusia ! Bertaqwa lah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwa lah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan peliharalah hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu"
(An-Nisaa' : 1)

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya diantara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir"
(Ar-Rum : 21)

Doakan kheir semuanya :)

p/s : sebarang pertanyaan, boleh pm saya (^_^)

Wallahu A'lam

Thursday 14 July 2016

pray :)


Often we pray for things. Desperately. And our prayers seem to go unanswered. But then out of nowhere, something happens to teach us this crucial lesson: Allah doesn't always answer our prayers right away. But He always answers. In one way or another. Always.

- Yasmin Mohaged -

Wallahu A'lam

Tuesday 12 July 2016

Bayangan.



Imam Al-Ghazali ada menyebut

Cara hidup kita didunia

adalah bayangan

cara kehidupan kita diakhirat nanti.

******************

Sebab itu, 

aku harap

~ Husnul khatimah ~

Sebab.....

Sumpah !

kau akan takut 

jika tangan kiri kau mendahului 

ketika mengambil buku catatan 

dekat padang mahsyar

T______T

aku juga takut

moga pengakhiran baik milik kita semua

Wallahu A'lam

Monday 11 July 2016

The most top secret


The secret of being 
HaPpY
is accepting where you are in life
and making the most out of everyday...

~ Syukran jazilan ~

Happy ! Dapat coklat & duit rayer !

:D

Wallahu A'lam

Sunday 10 July 2016

Bermusuh mudah, memaafkan perit


Itulah sifat orang kebanyakan kita.

Lain fahaman, lain parti...

---> Musuh !

Walaupun perbezaan itu terlalu mild.

Elok elok orang tu bagi ucapan raya, dekat banner je pun. Habis dikoyak rabakkan muka beliau. Geram sangat barangkali. Hmmm.

Kalau difikirkan, itu sekadar ucapan saja.. It doesn't hurt you.

Wallahu A'lam

Thursday 7 July 2016

Taqabbalallahu minna waminkum :)


Selamat hari raya semua ! ;)

Moga semua amalan kita diterima Allah s.w.t dan moga kita tergolong dalam golongan mereka yang mendapat pengampunanNya.

Raya tahun ni, ada 2 kelompongan. Kakak dengan abang raya belah sinun. So, yang tinggal tak lain tak bukan, Saya dengan adik saya. Hehe. 

Bila semua berkumpul kat rumah opah, family pak cik mak cik datang, semuanya lompong lompong. Sebab yang tinggal semuanya yang masih single trantantang. Kikiki.

Tengah tengok TV, sambil sembang dengan sepupu....

Iqbal : K.Sakina, k.Sakina ni kira warga 90-an pertama yang akan.....
Saya : Yeh? Hahaha

Bila pergi depan, tengok afiq dengan ifan tengah baring, terdengar diorang sembang...
Afiq : Hmmm ifan, ni la geng2 single. Macam ni lah hidup. Dengan nada sadisnya.
Ifan : Hahaha
Paksu : Sakina dengor ler apa yang deme sembang. Kawin. Kawin. Apiq, perempuan mudah tak payah pikir sangat nak cari duit. Tapi yang lelaki ni haaa, fikir dua tiga kali nak kawin. Tak kerja nak sara anak orang macam mana?

Hahaha !

----> Sekarang ni semua kena kerja la paksu

Hihiii...

Ohh hari ni 2 syawal, masih lagi dalam misi pencarian lemang. Habis lah.... Hehe

Jap, nak belanja dua gambar.

Nah.

Purple ! Except that guy

Kipas angin opah buat tudung saya jadi macam tu. Haha

Itulah dia cerita raya 2016. Hari ni InsyaAllah ke Chemor. Skali dgn kakak & abang ipar. Ramey ler sikit ye dakk? Hehe...

---> Lemang ! Aku datang !!!

Wallahu A'lam

Monday 4 July 2016

Ihfazillah. Yahfazuk.


Alhamdulillah.

Dapat jugak merasa buat akaun syarikat minyak. Mula mula tu risau jugak sebab bila tengok dokumen diorang, memang tak faham. Satu habuk tak faham. Apa kegunaan payment advice yang diorang bagi, apa tu daily information, credit card yang beraneka jenis. Dah la last skali kena buat matching. Nak mula dari mana pun tak tau. Dokumen punya la banyak berkilo kilo. Mau pitam saya kalau tak ada orang mengajar. He he. Gelap.... Gelita.....

Pagi tadi jumpa owner syarikat. Clearkan suspense account. Dalam pada tu, saya rasa macam dengar ceramah pun ada. Best. Terselit cerita cerita dan nasihat berguna.

Kisahnya.....

1) Ahli silap Mata

Saya pergi masjid malam hari tu buat tarawih. Bila balik rumah, sedar sedar handset tak ada dalam poket. Saya rasa mungkin waktu tgh duduk duduk tu, terkeluar kot so saya pergi balik masjid. Cari dekat tempat saya duduk tadi. Sampai je sana, hmmm ghaib. Hilang. Lesap. Dah la hnset tu baru je beli. 

Tu la orang kita. Agama dah Islam dah, tapi akhlak. Kebanyakan nya very selective. 'Uihh haram makan bab1, tapi... Tengok malam malam, dia pegi kelab minum arak. Ramai orang tak ambil cara hidup islam secara menyeluruh. Ambik sekerat sini sekerat sana. Lepastu yang lompong tu, pura pura tak nampak. Halal belaka.

Saya sebenarnya segan nak cakap handset hilang dekat masjid. Bukan ke masjid tu tempat beribadat. Tak ada rasa takut pun dengan Allah. Berani sungguh. Mencuri dalam bulan ramadhan dalam masjid pulak tu.

Orang kita. 

Barang kita tercicir. Bila kita pusing belakang, aikk dah hilang. Macam ahli silap mata.

Awak kalau nak jalan jalan, pergi negara jepun. Tengok budaya diorang. Negara yang majoritinya bukan islam, tapi akhlak. Subhanallah...

Ada sekali tu saya nak masuk satu supermarket. Tempat tu kita tak boleh bawa masuk barang barang lain. Imagine, barang yang saya baru beli, kena letak dekat luar, dah lah tak ada penjaga. 

Tapi, memang hebatlah. Saya shopping dalam tu dua jam lebih. Bila keluar, barang barang saya semua masih ada. Tak berusik. Tak bergerak pun. Barang orang lain pun sama.

Orang jepun dia tak mencuri, membunuh, bukan sebab takut Tuhan. Tapi sebab jaga maruah. Maruah diorang no 1. Sebab tu kalau diorang buat jenayah, riuh sekampung, diorang lebih rela bunuh diri sebab maruah dah tercalar.

Hiuuu......malu beb.

2) Batu jatuh berguling guling

Dari apa yang saya nampak, generasi Y mudah sangat lemah semangat. Kerja dekat syarikat A, sehari je besoknya berhenti. Lompat pulak pergi syarikat B, sebulan je bertahan, lepastu resign sebab bos teruk. Kerja pulak dekat syarikat C, 6 bulan je bertahan sebab rasa gaji sikit. Kerja nak mudah, gaji nak tinggi, liability tak nak ada langsung kalau boleh.... Macam mana? 

Saya selalu pesan dekat anak saya, 'korang jangan la lompat lompat kerja. Stay lama la sikit, baru ada pengalaman berguna. Buat apa dapat tau banyak perkara tapi ilmu tentang sesuatu perkara tu terlalu sikit. Bila masa nak dapatkan pengalaman?'

Ibarat kita baling batu, batu tergolek golek. Tanah antara batu yang tergolek golek dengan batu statik, mana yang lebih banyak melekat dan tahan lama?

Krikk...krikk..

3) Masa.ITU.dibayar

Awak kalau kerja, kerja sungguh sungguh. Jangan curi tulang. Katakan gaji awak dua ribu sebulan. Dua ribu tu untuk bayar awak kerja 180 jam. Kalau awak main Facebook, rehat lama lama dekat surau, duduk dalam tandas lama, tengok youtube, asyik pegi pantry cari makan. Macam mana dengan gaji awak? Katakan 175 jam kerja (Itu pun kalau tak berjalan cari kawan nak bersembang) 5 jam lagi untuk benda benda lain. Agak agak halal 100% ke dua ribu tu sedangkan 180 jam itu hak syarikat?

Ting tong....

****************************

At the moment, dah dua orang saya jumpa. Berpangkat tinggi, berjawatan besar, kaya, dan paling penting...Sangat menjaga solat.

Ini saya lihat sendiri.

They are my boss's clients, that I dealt with.

Nota kaki : Ada hikmah juga keluar pergi ofis orang.

Moga Allah merahmati kalian dan mengurniakan kalian kebaikan didunia dan akhirat.

Wallahu A'lam

Sunday 3 July 2016

Wake me up


Be better than you were yesterday

Moga hari ini betul betul mengejutkan aku dari mimpi

Wallahu A'lam