Tuesday 31 January 2012

apa makna rindu?


R.I.N.D.U.......rinduuuuuuu
erk apa ni?

ada orang cakap rindu tu akan datang bila kita telah kehilangannya

--> rindu masakan mak,bila duduk di perantauan
--> rindu sahabat handai,bila dah tak sama tempat belajar
--> rindu suasana belajar,bila dah kerja
--> rindu zaman kanak-kanak,bila dah dewasa
--> rindu hidup membujang,bila dah kawin (aih lari tajuk dah ni)



tapi yang pastinya,saya sangat merindukan suasana tarbiyyah yang telah lama menghilang.kalau dulu kat al-amin dari darjah 1 hingga darjah 6 ada saja aktiviti-aktiviti ilmiah yang boleh diisi.masuk maahad,sikit-sikit hanyut ketengah laut.syukurlah tak lemas.hehe.bila masuk kolej,universiti hati memberontak.itu tak nak.ini tak nak.bila join usrah setahun lebih,naqibah suruh cari adik-adik untuk ditarbiyah,merungut dalam hati.arghh kalau nak dakwah mana boleh paksa paksa.bukan ke kena dengan kerelaan hati?amboi pandainya berkata-kata.soalan yang memang selalu dilontarkan bila disuruh buat sesuatu program bagi meraikan adik-adik yang baru nak mengenali dunia tarbiyyah.inilah hasilnya bila hati dan diri tidak ditarbiyah

Astaghfirullah,sakina apa nak jadi ni?
tepuk dada tanya iman ! tajdid niat ! tajdid niat !
kita buat semua ni untuk islam.untuk tolong agama Allah.dulu kata nak jadi da'ie.kalau perangai macam ni,memang tak payah la nak berangan jadi da'ie.diri sendiri kena berubah dulu.sambil sambil ajak orang lain berubah.

saya rindukan TARBIYYAH !!
ya Allah bantulah aku.lapangkan hatiku,bimbinglah diriku ke jalan yang lurus.jangan Engkau membolak-balikkan hatiku setelah Engkau memberi hidayah kepadaku...Ya Rabb