Sunday 6 July 2014

risaulah tentang orang yang akan menuntut keatasmu


 Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah sudah seminggu bulan ramadhan datang bertamu...'tetamu ' ini bakal meninggalkan kita dalam tempoh 3 minggu lagi.

--> Speed up your momentum now ! huarghhhhhh (erk ni menguap ke mengaum)

Minggu lepas berkesempatan mengikuti tazkirah yang disampaikan oleh seorang ustaz di Al-Amin. Sedikit perkongsian yang dikongsi bersama tentang keistimewaan yang ada dalam bulan ramadhan. Juga perkara-perkara yang sedang berlaku disekeliling kita, yang menggugat kedudukan umat islam seluruh dunia dan tidak kurang pengalamannya ketika pergi ke Myanmar untuk menyempurnakan sebuah misi.

Tahukah kawan-kawan....

Satu
Keadaan umat islam di Myanmar sangat menyedihkan. Besar rumah mereka (6 kaki x 6 kaki). Kalau dekat Malaysia kita tidak akan memanggil 'ia' sebagai rumah. Namun hakikatnya itulah rumah, tempat berteduh bagi umat islam yang sering ditindas di negara mereka sendiri. Kebanyakan mereka meninggal kerana tidak cukup makanan atau kerana terjatuh ke dalam air. Rumah mereka dibina diatas air dan berlantaikan buluh yang jaraknya boleh menyebabkan anak kecil terjatuh ke dalamnya (maknanya buluh-buluh itu tidak disusun rapat-rapat, menunjukkan betapa dhaif nya keadaan mereka). Waktu pagi, si ibu dan ayah pergi keluar mencari rezeki, namun disebelah petang mereka dikejutkan dengan melihat anak kecil mereka meninggal kerana tersangkut leher dicelah-celah buluh dan tidak kurang juga yang terjatuh kedalam air :(

Dua
Perkara yang kedua ini, kalau tak silap saya pernah dengar ketika masih belajar di sekolah menengah. "Di akhirat kelak, orang-orang disekeliling kita, ketika amalnya dihisab dan mendapat tahu tempat yang bakal mereka duduki, ketika itulah mereka mula mencari dan akan menuntut keatas diri kita dan mereka bertanyakan 'mengapa kamu tidak mengajak aku masuk islam dan melakukan amal kebaikan'?"

Di sekolah/IPT kita pasti mempunyai kawan yang bermacam perangai. Dari segi pakaian ada yang pakai begini, ada yang pakai begitu. Dari segi akhlak ada yang baik, ada yang kurang baik. Dari segi ilmu agama ada yang berilmu sangat tinggi, ada yang kurang ilmu agamanya. Dari segi keturunan, ada yang datang dari keluarga baik-baik dan sangat mementingkan pendidikan agama, ada juga yang datang dari keluarga bermasalah dan keluarga yang tidak mementingkan langsung pendidikan agama.

Di pejabat (kita lihat dari konteks yang lebih besar), disitu kita mula bergaul dengan orang yang menganut pelbagai agama. Ada yang beragama budha, hindu, kristian. Ada yang berasal dari puak kadazan, iban, melanau. Ada yang tidak beragama. Dan macam-macam jenis orang, kita mula bergaul.

 -Tanggungjawab kita semua besar-

Kerana inilah (kamu berkawan dan mengenali mereka,menyebabkan diakhirat kelak andai mereka terjerumus kedalam api neraka dan kamu ditakdirkan masuk kedalam syurga, satu adegan pergaduhan besar akan berlaku. Mereka-mereka ini akan menuntut hak mereka keatas kamu. Mereka menuntut ilmu yang kamu ketahui tentang islam, namun hanya dirimu seorang yang mengamalkannya. Mereka menuntut kebaikan yang kamu lakukan dengan alasan kamu tidak pernah mengajak mereka melakukan amal kebajikan. Mereka akan menuntut segalanya, dan apakah alasan yang bakal kamu jawab ketika itu? Adakah alasan itu diterima?

Tazkirah (peringatan) malam tu betul-betul mengingatkan kembali diri ini dan memberi panahan yang begitu tajam. Ketika sampai kerumah, saya tetap memikirkan tentang hal itu. Sampaikan saya bermimpi saya berdakwah sambil nangis-nangis menyuruh teman-teman sepejabat yang bebangsa cina, india masuk islam.

T_____________________________________________T  Allah.....


That's why we need to be 'the agents of changes'. The agents that will lead our family to islamic teaching. The agents that will turn the dunya and live under khilafah islamiyah (islamic ruling). Ohh please..act now friends ! time is running out. I really really mean it.

- Just pegang-----> Bahawa kita semua adalah pemimpin,dan setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan atas pimpinannya. Kerana ini dari sumber yang sahih. Hadis arabnya Kullukum Raa'in wakullukum mas'ulun 'an ra'yatihi. If i'm not mistaken. Cuba cari tulisan arabnya ya kawan-kawan.

Itulah sedikit peringatan dan berita tentang keadaan umat islam, dunia dan akhirat. Package 2 sekali.

Wallahu A'lam