Saturday 25 April 2015

tak solat ke?



Hampir setiap hari, tepat jam 1.40 petang, seusai makan secara berjemaah......

Kawan-kawan (non-muslim) akan bertanya :-

sakina you tak solat ke? @ sakina dah solat?

Lantas berkata seorang kawan 

A : Fuhh bagus betul diorang, kan kina. Selalu ingatkan untuk solat. Kan best kalau time subuh zohor asar maghrib isya' diorang ada. Boleh jadi jam loceng.

B : Haa apa itu subuh? 

C : Subuh tu waktu solat juga, tapi dalam pukul 5.45, 6 pagi macam tu la. Kena bangun & solat.

*******************

Mereka

Semakin pandai menggunakan istilah arab

Dan kalimah yang selalu meniti dibibir adalah

Allahu Akbar, Astaghfirullah Al 'Azim, Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah, Solat, Sabar. 

Baca doa makan pun fasih !

Syahadah pun boleh

kitorang terus cakap 'hah dah masuk islam'

Hehe

Yang sorang tu sebab dulu waktu kecik-kecik sekolah tadika Pasti

Habis segala doa dia hafal

Haha. Tak tahan dengar cerita time dia kecik. Memang kena marah lah dengan mak

 Kadang-kadang rasa kelakar sebab waktu mula-mula, memang pelat dan selalu bunyinya macam pelik sikit

Tapi sekarang, memang mantap! Bunyi sejibik macam orang melayu cakap arab

Yang bestnya bila kawan saya yang chinese ni call client, tetibe time ada masalah, automatik dia akan cakap 'Allahu Akbar' atau pun 'sabar lah'.

Terfikir juga saya, apa reaksi orang disana yang mendengar 'kalimah' yang keluar dari mulut beliau

Dua perkataan tu memang favourite word lah

Kalau orang yang first time dengar, memang terkejut

******************

Pernah juga soalan ditanya

Sakina, kita orang boleh tengok orang islam solat tak?

Sakina, macam mana kalau kita solat tapi tersalah kiblat?

Sakina, korang tak lapar ke puasa dari pagi sampai petang?

dan yang pasti, untuk setiap kalimah arab seperti diatas

dia akan tanya maksud

~ Allahu Akbar ~

What does it mean?

******************

Oo Allah, please grant them with hidayah wa rahmah

Show us the right path

Wallahu A'lam

Monday 6 April 2015

Istanbul. There he goes.



Seakan-akan nama movie "Istanbul here i come". Tapi tak sesuai guna tajuk tu kerana yang perginya adalah dia. Bukan saya. 

Katanya : Nanti ramai kawan ifan nak hantar gi airport
Kataku : Berapa ramai? Kawan dari mana?
Katanya : Tak tahu lah. Tengok lah nanti.

*************************************

MasyaAllah. Kalah retis ni ifan oiiiiiii. Kalau k.sakina yang terbang, entah berapa kerat jela yang menghantar kan. Hehe. Tadi tak sempat nak bagi nasihat pepanjang. Otak ifan mesti tepu dengan segala nasihat dari orang sekeliling kan? Masih ingat tak semua nasihat tu sekarang ni?

Krukkkk...Krukkkk.....

Kata tadi nak sangat kan suruh k.sakina buat blog untuk dia. Ni haaaa. Are you ready? bersedia untuk tadah telinga?

Baca, hadam dan amalkan ye.

An-Nasihah

Pertama : Tajdid niat
- Niat tu penting. Buat lah apa saja, semuanya berdasarkan niat. Set niat awal-awal, pergi sana belajar kerana Allah. Ingat hadis ni "Barangsiapa yang memilih jalan yang ada padanya ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga" (Riwayat Muslim). 

Kedua : Pelihara solat
- Jaga waktu solat betul-betul. Ingat surah Mu'minun. Kalau solat tak berjaya kita jaga, jangan harap perkara lain kita boleh handle. Jangan ter missss solat. Musim sejuk ni tendency untuk terlebih tidur tu sangat tinggi. So k.sakina sarankan supaya ifan suruh mana-mana kawan rejam ifan sampai bangun kalau terlajak tidur. Haha jangan lah pulak guna batu, pakai bantal sudeyhhh. Kalau batu memang nak kena hukuman qisas la. Balas balik T.T

Ketiga : Jaga iman
- Dari mata turun ke hati. Ecehhh. Nasihat yang ketiga ni pendek je. Jaga mata ok. Caranya....Istighfar.

Keempat : Baca quran
- Al-Quran ni, nak dapat bukan main susah. Tapi kalau biar dia pergi, sekelip mata je boleh hilang. Rajin rajinkan diri muraja'ah quran tiap kali lepas solat. Ambil masa bukan lama mana pun. 5 minit pun dah boleh cover 3 muka surat. Bila-bila masa boleh baca. Time jalan pun boleh baca. Kan?

Kelima : Cari kawan soleh
- Bukan cari yang nama soleh tapi yang mempunyai ciri-ciri salafus soleh. Upsss. Susah ke? Mana ada susah. Doa banyak banyak. Yakin dengan Allah. Penangan orang sekeliling terhadap diri ifan sangat sangat sangat kuat. Kadang-kadang ifan kena jadi macam batu. Tetap dengan pendirian ifan. Jangan jadi macam lalang yang selalu ikut tiupan angin. K.sakina tahu ifan boleh !

Keenam : Belajar budaya orang
- Beruntungnya orang yang boleh pergi ke luar negara ni, sebab dia boleh tengok dan faham budaya luar. Belajar bergaul dengan orang yang serba serbi berlainan dengan budaya ifan. Selagi kita tak keluar, selagi tu kita tak akan tahu apa itu makna syukur. Kita tak akan tahu mana yang baik. Kita tak akan tahu mana yang buruk. Upgrade diri jadi muslim yang sebenar-benar mukmin. 

Ketujuh : Kurangkan game
- Setahu k.sakina dota dah kena tinggal kat Malaysia kan? Yessss  !

Kelapan : Perbanyakkan doa
- Antara doa-doa yang mustajab adalah ketika seseorang itu bermusafir. Jangan lepaskan peluang keemasan ni. Hihi. Lipat gandakan jumlah doa yang ifan minta. Haaa lagi satu, jangan lupa doa supaya kitorang boleh lawat Turki. Dari dulu lagi teringin nak tengok kesan jejak Sultan Muhammad Al-Fateh. My mentor ! ^.^

Kesembilan : Belajar bersungguh-sungguh
- Orang islam yang hebat adalah mereka selalu bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara. Solat bersungguh-sungguh. Sedekah bersungguh-sungguh. Puasa sungguh-sungguh. Belajar sungguh-sungguh. Makan sungguh-sungguh...? Tidur sungguh-sungguh? Er yang kedua terakhir tu buat yang paling minima je ye. Bahaya kalau bersungguh-sungguh part tu. Guna sebaik mungkin masa yang ada untuk topup amal. Sebab semua amal berdasarkan niat. Ingat yang pertama tadi. 

Kesepuluh : ..........
- Ermm masih boleh dengar lagi tak? Ke dah nak termuntah? Ok la setakat ni je dulu.

smile :)

May Allah ease your journey

Doaku merentas awan. 
Moga ifan sentiasa berada didalam rahmat dan keredha-an Allah s.w.t.

Ifan jangan sedih-sedih okay.
Kitorang saaaaaaaaaayang ifan !

Haza min fadhli rabbi. 
Ifan yang cakap kan.

Bertebaran lah kamu di atas muka bumi Allah
Dan lihat lah tanda-tanda kebesaran Tuhanmu
Bumi Allah yang luas
Tetap kalah jika dibandingkan dengan keluasan ilmu-Nya
Terokai, nikmati dan fikirlah lah tentang ciptaan Allah
Kelak kan kau fahami erti sebuah pengembaraan
Kelak kan kau kecapi kemanisan itu

Bittawfiq wannajah ila aaakhirihi

Wallahu A'lam

Friday 3 April 2015

GST tu kan ilmu Allah


Saya.

Tercengang. Termenung bila dengar nama sendiri disebutkan....

~ We have no time. I'm waiting for your kakak (super duper senior) but look...she's still hasn't come today (semenjak hari senin sampai khamis tak masuk). Aiyooo. What can i do.....  How long i have to wait for her. We have no much time. Tomorrow our client from AAA will come. Ok. So sakina tomorrow you need to teach us how to key in transaction using sage ubs (new version yang ada gst).

***************************

Saya. Yang tiada langsung ilmu tentang new version UBS. Zero knowledge. Kena belajar start hari khamis (ngeriii. waktu tu pukul 4.30 petang), pastu kena mengajar keesokan harinya Jumaat pukul 4.00 petang.

Sempat kah nak belajar?

Dalam terpaksa aku relakan. ecehhh. Terpaksa buat OT okay. Huhu i hate ot.

Hanya Allah yang tahu. Betapa risaunya. Berdebarnya. 

Otakku blankkkkkkkk. 2 jam 15 minit berlalu sangat laju. Saya masih terkial-kial mencari cara nak key-in. Create account baru. Trade debtor. Trade creditor. Bank. Petty cash. Sales. Segala expenses. Masa bila kena select output tax. Masa bila kena select tax code. Dengan sebanyak tidak jenis-jenis tax code. Apa yang kena standard rate. Mana exempted. Mana zero rate. Apa kesannya pada profit & loss account, balance sheet dan GST report. Macam mana nak generate report.

Sungguh ! Saya hampir putus asa.

Berdoa didalam hati. Ya Allah Engkau permudahkanlah urusanku. Berilah kefahaman GST kepadaku. Tunjukkan aku cara merekod transaksi dengan betul ya Allah.

Alhamdulillah. 15 minit sebelum saya pulang, Allah tunjukkan jalannya. Allah ilhamkan caranya. Saya sudah faham basic. Walaupun baru faham cara merekod sales, tapi Alhamdulillah...Perkara asas kalau kita tahu, insyaAllah selebihnya menjadi mudah.

Malam tu belajar lagi. Cari list of goods and services yang dikenakan standard rate, zero rate dan exempt. Terjumpa pulak mengenai emas, rental, insurance. MasyaAllah. Tak sangka. Soalan-soalan yang ditanya clients semuanya terjawab. Saya jumpa malam itu. Dalam suku hari saya dapat rasakan masa yang saya gunakan sangat sangat effective dan efficient. Boleh pulak gunakan masa sebaik mungkin nohh. Nak tengok tv pun berkira. Dah plan awal-awal. Nanti sampai rumah lepas solat maghrib rehat jap pastu lepas isyak kena belajar pasal gst. Jangan tengok tv. Bazir masa. Dalam 30 minit yang diperuntukkan tengok tv, macam-macam ilmu GST saya boleh dapat. Macam tu sekali appreciate masa.

Sekali lagi saya termenung. Terfikir. Luasnya ilmu Allah. Allah yang cipta ilmu GST ni.


Dan seandainya pohon-pohon dibumi menjadi pena dan lautan (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh lautan (lagi) setelah (keringnya), nescaya tidak akan habis (dituliskan) kalimat-kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.
(Luqman : 27)


Hari jumaat yang dinantikan sudah tiba. Alhamdulillah. Hampir 80% ilmu merekod transaksi sudah difahami. Debaran semakin berkurang. Biasalah, selalunya yang buat kita berdebar bila kita kurang 'arif tentang sesuatu tu kan? Kalau dah faham, 60% debaran mampu dikurangkanlah. kot. Hehe.

4.30 petang. Saya berjaya melalui saat mendebarkan itu. Alhamdulillah. Cuma persoalan yang timbul, adakah saya seorang pengajar yang baik? Kehkeh. Soalan tu saya simpan dalam pencil box. Tinggalkan dekat ofis. Tak nak fikir. Nanti kalau yang masih tak faham, silalah tanya. InsyaAllah mana yang saya tahu, saya boleh ajar. Mana yang tak tahu, jom belajar sesama ^_^

Alhamdulillah thummAlhamdulillah

Terima kasih ya Allah kerana kurniakan kefahaman kepadaku dalam tempoh yang sangat singkat.

Maka Kami memberikan pengertian kepada Sulaiman (tentang hukum yang lebih tepat), dan kepada masing-masing Kami berikan hikmah dan ilmu, dan Kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih bersama Daud. Dan Kami lah yang melakukannya.
(Al-Anbiya' : 79)

Ya Allah kurniakan aku kefahaman, kebijaksanaan dan hikmah 

perkenankanlah...

Wallahu A'lam

Wednesday 1 April 2015

Bahana mulut murai dan mulut tempayan



Imam Al-Ghazali ketika bertanya kepada anak muridnya, "Apakah yang paling tajam didunia ini?" 
Murid-muridnya menjawab dengan serentak "pedang!" 
Imam Al-Ghazali menjawab "itu benar, tetapi yang paling tajam adalah lidah kerana dengan lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri"

Rasulullah s.a.w pernah bersabda :
"Tidaklah dihumban muka manusia kedalam neraka itu sebagai hasil tuaian (jelik) lidahnya" 
(Riwayat At-Tarmizi)

T_______________________________________________T

~ Pot pet pot pet pot pet. Oit bila nak benti mulut ni. Sambung lagi. Pot pet pot pet
~ Aku ni mulut je macam puaka tapi hati baiiiiiiiikkkkk
~ Sakit hati betul bila bersembang dengan dia. Mulut lazer Mulut harimau Mulut longkang Mulut tempayan Mulut murai. Hamekkk

***********************************************************

Checklist. Apakah kesalahan lidah yang paling mudah dapat dosa?

1) Mengumpat
- Orang yang mengumpat ni dia suka bercakap apa yang terlintas didepan mata. Orang pakai seluar ketat terus buat comparison dengan dirinya. "Siapa lagi gemuk, aku ke dia". Secara tak langsung tercakap benda yang kalau beliau dengar, akan rasa sakit hati yang amat sangat.

2) Fitnah
- Orang fitnah biasanya nak menjaga nama baik dia sendiri atau ada intention nak jatuhkan orang yang difitnah. "Korang tahu tak tadi aku nampak zack jalan dengan seseorang ni. Tapi tu bukan adik dia pun. Ish ish teruk jugak zack ni. Tak sangka muka je nampak suci"

3) Maki hamun dan bicara kotor
- Lidah macam dalam track formula one. Laju je pecut. Kalau kereta boleh lagi nak handle tapi lidah punya pecut. Fuhhhh..Langsung tak boleh nak kawal. Cepat sangat terkeluar perkataan yang....erghhh...kejam !

4) Bicara yang tak perlu
- Orang perempuan ramai lah dalam golongan ni (tak tahu lah pulak saya kalau lelaki ada jenis mulut tempayan mengalahkan perempuan). Mulut tu naaaaak bercakap. Kalau tak bercakap, boleh jadi runsing. Tak senang duduk. Tension ! Nak cakap. Nak cakap. Nak cakap. Bekkkk ! (jelir sambil keluar lidah). Hasilnya butir bicara yang dilontarkan mendorong kepada mendapat dosa freeeee siap cumulative lagi kalau orang hebahkan berita 'dosa' tu .


Maka

Tugas saya dan kamu adalah

Diam !!!

Bicara bila perlu

Diam selebihnya

Shhhhhhh.....

Jangan bagi can kat dia. Zip mulut tu dari hujung ke hujung


Rasulullah s.a.w bersabda
Barangsiapa banyak bicara maka banyak pula salahnya.
Barangsiapa banyak salah maka banyak pula dosanya.
Barangsiapa banyak dosa maka api neraka lebih utama baginya.
(Riwayat At-Tabrani)

peringatan buat diri ini dan kawan-kawan T_T

Astaghfirullah...Astaghfirullah...Astaghfirullah

O Allah save us from satans and sekutu-sekutunya 

Wallahu A'lam