Monday 1 April 2013

berhentilah merungut

Bismillahirrahmanirrahim.....

Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari ke-4 saya membuat audit di sebuah syarikat yang terletak ditengah-tengah kota bandaraya Kuala Lumpur. Kesesakan lalulintas yang terpaksa ku redah, terpaksa memberanikan diri walau dalam hati hanya Allah yang tahu betapa risau nya berjalan seorang diri.

Saya kira saya sangat bertuah kerana dapat membuat audit disyarikat berkenaan. Syarikat yang sangat gah, tersohor, ternama, semua orang pasti kenal apabila disebutkan namanya..Namun dalam kemegahan itu, masih terselit kekurangan yang sangat dahsyat bagi saya. Lebih dahsyat jika dibandingkan dengan syarikat-syarikat yang lebih kecil darinya.

Seandainya ada seorang sahabat bertanya...
A : awak kerja kat mana?
B : kat ...........
A : perghhh, kaya, gaji mesti masyukkk

Namun setelah kami (satu kumpulan) pergi membuat audit, melihat sendiri pengurusan mereka. FAILURE ! sangat-sangat teruk. Filing system out. Reference number ada, tapi tak teratur langsung. Transaction yang berlaku dalam bulan 1 sepatutnya berada didalam fail bulan 1, namun ada didalam fail bulan 2. Kerja yang sepatutnya buat sekali, terpaksa dibuat 2 kali. sebab apa? sebab reference yang ada langsung tidak membantu, Kalau membantu pun, hanya secebis... Kerja yang dianggarkan siap dalam masa 2 minggu, tidak pasti mampu mencapai target @ tidak. Kalau macam ni la gayanya, macam tak sempat je nak siap. Tak cukup dengan itu, internal management pun teruk. Relationship antara bos dan anak buah menunjukkan kadar penurunan yang sangat merundum. Si bos salahkan anak buah, anak buah cakap bos yang suruh dia buat macam tu. Saling menyalahkan antara satu sama lain.

Seandainya diberi tawaran bekerja disyarikat berkenaan, saya akan fikir berkali kali kali kali kali kali. Jawapan TIDAK = 99.99% mendahului jawapan YA = 0.01%

Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang kita ada hari ini. Walaupun tempat kerja kecik, gaji kecik, tapi sistem pengurusan bagus, relationship sesama bos, rakan sekerja bagus, bersyukurlah. Jangan membebankan diri dengan merungut sepanjang masa..Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya. BERSYUKURLAH ! :)

Wallahu A'lam