Sunday 1 December 2013

sukakan kebaikan itu fitrah


Assalamualaikum W.B.T

Penglihatan. Pandangan. Pemerhatian. Semuanya dapat dilakukan melalui nikmat mata yang Allah beri kepada kita. Tanpa mata, kita tidak mampu melihat alam yang indah. Tanpa mata, kita tidak dapat melihat wajah insan yang kita sayangi. Tanpa mata, banyak perkara terbatas untuk kita lakukan.

Kalau kita perhati, cara Allah mengajar, mendidik, menguji hamba-Nya amat berbeza antara satu sama lain. Semua ujian yang diberi hanyalah semata-mata untuk mendidik kita supaya sentiasa sedar kedudukan kita sebagai hamba, sentiasa rendah diri, tidak sombong, bongkak, takabur dengan apa yang kita ada.

Saya ada beberapa soalan nak tanya....

Pernah tak tengok orang tawaf?
Pernah tak tengok pergerakan planet mengelilingi matahari dalam orbitnya?
Pernah tak tengok pergerakan ikan ketika diberi makan?

Semuanya akan bergerak dari kiri ke kanan. Anticlockwise. Itulah fitrah.

Fitrah manusia ialah sukakan kebaikan. Sejahat mana pun seseorang. Sekeji mana pun seseorang. Sekejam mana pun seseorang. Pasti ada secebis kebaikan dalam dirinya. Pasti akan terselit "rasa nak jadi baik". Kerana itu fitrah. Setiap makhluk tidak boleh lari dari fitrah.

Saya pernah melihat bagaimana reaksi seorang kawan (yang biasa-biasa, free hair, pakai baju fit) apabila melihat seorang kawannya (yang pakai tudung labuh, baju longgar, pakai sarung lengan). Kebanyakannya akan berkata "sejuknya mata memandang", "seronoknya kalau dapat kawan dengan dia", "seronoknya kalau saya jadi macam dia".

Benarlah. Akhlak yang baik, cara pergaulan yang baik, cara pemakaian yang baik lebih memberi kesan dalam mendidik berbanding kata-kata nasihat.

Pesanan saya, kalau kamu diluar sana yang masih berkira-kira nak berubah menjadi baik, apa yang kamu perlu lakukan adalah ikut saja kata hati. Jangan fikir terlalu lama untuk berubah kearah kebaikan. Boleh jadi itu satu 'hint' yang Allah beri kepada kamu.

Moga itu menjadi 'turning point' untuk kamu berubah ke arah yang lebih baik.

Wallahu A'lam