Wednesday 19 February 2014

Jangan ambil remeh tentang niat & doa kita

Bismillah....

Alhamdulillah, keputusan semester terakhir sudah keluar. Dengan ini saya mengisytiharkan bahawa diri saya sudah pun bergelar seorang graduan ! Alhamdulillah...Alhamdulillah....ucapkan hamdAllah sentiasa dan sebanyak-banyaknya.

Saya perhati, kebiasaannya bila kita niat & doakan sesuatu, Allah pasti kabulkan ! SubhanAllah. InnAllah Samii'un 'Alim. Tiada keraguan bagi-Nya ! Sobssss T_____T

Benar ! Betul ! Ia terjadi kepada diri saya terutamanya. Saya ingin kongsikan sedikit pengalaman moga ia dapat menjadi satu 'ibrah (pengajaran) untuk kita semua.

Berpandukan post yang lepas, saya pernah berdoa agar dapat berkenalan, dikelilingi oleh orang yang sama fikrah dengan saya & saya sendiri pernah berniat untuk aktif dalam menggerakkan misi dakwah di universiti. Dan Ya ! Saya dapat semua yang saya doakan. Pada mulanya memang rasa seronok sangat dengan semua aktiviti yang saya join. Namun akibat penyakit futur (lesu), iman yang berbolak-balik & merundum menyebabkan lama kelamaan saya semakin menjauhkan diri dari mereka. Aktiviti yang diadakan di penghujung sem, tak pernah sekali saya menghadirkan diri. Saya pernah terfikir, muhasabah balik namun rasa malas & enggan mengorbankan masa itu melebihi segalanya. Astaghfirullah T___________________T

Bila duduk seorang diri, fikir semula.....memang ! Allah Maha Mendengar. Allah Maha Hebat. Allah Maha Mengetahui.

Jom sama-sama kita fikir.....

---> Kita niat & doakan sesuatu. Yang menariknya Allah makbulkan ! Tapi satu persoalan yang timbul, adakah kita mampu menggalas & menerima apa yang kita niatkan & doakan ?

Berbalik kepada diri saya, saya dapat apa yang saya doakan, namun saya tidak mampu menjalankan tugas saya sebaik mungkin dan saya boleh kategorikan diri saya mendapat GAGAL dalam tugasan yang diberikan T___T

~ Ada orang doa moga dikurniakan seorang pasangan yang boleh membimbing. Allah makbulkan ! tapi persoalannya adakah diri orang yang berdoa sedemikian rupa sanggup @ willing dibimbing ? Ini bukan cakap kosong ya. Sila fikir sedalam-dalamnya. ( Bukan senang untuk dibimbing apabila diri sudah berada di zon yang selesa & zon yang anda sudah terbiasa dengan aktiviti seharian anda @ tidak sama fikrah ). Psttt kalau nak dibimbing tu belajarlah terima nasihat. Jangan degil ikut kepala sendiri. Dan jangan retaliate ! Kalau degil maksudnya dah contradict dengan apa yang anda doakan.

~ Ada orang doa moga dikurniakan seorang anak yang soleh & boleh berkhidmat kepada masyarakat. Allah makbulkan ! tapi berbalik kepada doa, anak itu hanya soleh pada pandangan masyarakat. Mendapat sanjungan dan pujian dari masyarakat kerana dianugerahkan seorang anak yang soleh. Namun......hakikatnya akhlak terhadap ahli keluarga, ibu-bapa, sanak saudara sangat teruk !

~ Ada orang doa moga mendapat pekerjaan yang bagus, pangkat besar, gaji besar. Allah makbulkan ! Tapi Allah siap bagi package sekali berupa masalah besar. Persoalannya adakah kita sanggup berdepan & menyelesaikan masalah itu ?

Point utama yang ingin saya sampaikan. Sila berhati-hati dengan niat & doa anda kerana Allah akan makbulkan. Kalau doa tu biarlah complete. Doa biar panjang berjela-jela pun tak apa atau minta sesuatu yang kita sendiri mampu lakukannya. Doa lah moga dikurniakan sesuatu yang terbaik buat kita.

Kalau anda ditimpa musibah @ kesusahan, jangan terus merungut. Cek balik dan kenalpasti adakah anda pernah mendoakan untuk mendapat apa yang anda inginkan. Pastu senyum lah sorang-sorang. Ingat ! Allah akan bagi package sekali ^____^

* sebenarnya banyak lagi pengalaman yang boleh dijadikan contoh, tapi ambil contoh ni je la :)

< sekadar renungan kita bersama > 

Wallahu A'lam