Wednesday 31 December 2014

ala bizikrillah



You have biggest problem right now?
You have no idea on how to solve those problem?
You can't bear it anymore?

Don't worry...
There is a light !
There is a way !

 Just Ask Allah
He will help you


Daily checklist
1) Remember Allah while standing
2) Remember Allah while seating
3) Remember Allah while lying down


Dari Abu Hurairah r.a dia berkata ,Rasulullah s.a.w bersabda, Allah s.w.t berfirman : "Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam satu kumpulan manusia, maka Aku pun akan mengingatinya dalam satu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari"

(Sahih Muslim : 4832)

 *Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang *

Wallahu A'lam

Tuesday 30 December 2014

malu malu kucing



Hadis ke-20 ada menyebut

Rasulullah s.a.w bersabda "sekiranya kamu tidak malu, maka lakukanlah sesuka hatimu"

(Riwayat Al-Bukhari)



Al Haya' Minal Iman

Malu itu sebahagian dari iman

Malu dan iman itu berjalan seiring

Barangsiapa kehilangan salah satu dari keduanya

Sesungguhnya ! dia telah kehilangan kedua-duanya sekali


Wallahu A'lam

Sunday 28 December 2014

kita sudah melangkaui had yang dibenarkan

Bismillah....

Banyak sungguh ujian kita kan wahai hamba Allah.

Allah sudah memberi hint. Tidakkah kita sedar? Kita sudah jauh. Jauh dari Allah. 

Sesungguhnya sesuatu bencana itu, apabila diturunkan oleh Allah s.w.t keatas kaum yang zalim, ia akan menimpa keatas setiap umat yang berada disekitar kawasan itu. Tidak kiralah alim atau zalim, semuanya terkena tempias. Allahu Akbar. Kisah Nabi Lut, kisah kaum thamud, kisah Nabi Nuh berlegar-legar dibenak fikiran.

Kenali sifat Allah s.w.t yang Maha Lembut.

1) Al-Lathif
Lathif ini kalau dilihat dalam kamus bermaksud gentle, kind, pleasant dan dalam bahasa melayunya adalah lembut. Tapi in arabic term ia membawa maksud 'lembut, bertahap-tahap'. 

Sebagai contoh. Allah s.w.t menyuruh kita memakan sesuatu yang halal lagi baik. Misalnya buah kurma. Adakah pokok kurma itu terjadi dengan sendirinya? Tiba-tiba sedebuk jatuh dari langit batang yang tegak kukuh berdiri menghasilkan buah yang ranum? Sudah tentu tidak bukan?

Setiap tumbuhan tumbuh mengikut fasa. Bertahap-tahap. Bermula dengan menanam benihnya, dibaja, disiram, kemudian barulah kita dapat melihat proses tumbesaran pokok kurma seterusnya. 

Begitu juga dengan sakit. Allah tidak akan menimpakan sesuatu penyakit itu kepada hamba-Nya secara tiba-tiba tapi semuanya bertahap. Disebabkan dia makan tidak menentu, makan dalam kuantiti yang banyak, minum ais, tidak memilih makanan yang berzat Alhasil selepas setahun dia ditimpa penyakit. Semuanya bertahap-tahap bukan?

Allah s.w.t Maha Lembut kerana Allah tidak menimpakan azab keatas sesuatu kaum secara tiba-tiba. Semuanya bertahap. Dimulai dengan ujian batuk-batuk ringan, namun masih ramai hamba-Nya tidak sedar tentang kesilapan diri. Allah datangkan pula selesema, tapi manusia masih tetap sombong dengan Allah. Allah uji lagi dengan demam panas. Namun alangkah angkuhnya manusia itu, masih lagi degil dan keras kepala untuk sujud menyembah-Nya. 

Adakah Allah itu zalim? Tidak ! Bahkan kita lah yang menzalimi diri kita sendiri. Allah bagi warning terlalu banyak kepada kita, tapi hati manusia itu keras. Masih tidak sedar dan terus meneruskan hidup dalam kelalaian.

2) Al-Halim
Halim juga kalau kita lihat dalam kamus membawa maksud gentle, patient juga dalam bahasa melayunya adalah lembut, santun. Tapi dalam kamus arab ia bermaksud 'lembut, menahan untuk marah'

Biasanya bila seseorang itu mahu marah, secara luarannya kita dapat lihat wajahnya bertukar merah, urat saraf mula timbul dan perkataan paling lazer keluar dari mulut. (emm wujud ke perkataan ni..?)Tapi nak cakapnya, biasanya kita dapat melihat perubahan raut wajah dan tindakan seseorang ketika sedang marah.

Kita bagi contoh situasi 'kanak-kanak main hujan'

~ Biasanya si ibu akan pergi mencari anaknya yang sedang bermain hujan. Piat telinga sambil membebel-bebel 'mak kata jangan main hujan nanti demam ! degil eh !' sambil tidak melepaskan piatan ditelinga anaknya. Bagi si ibu, itu adalah pengajaran dan nasihat buat si anak untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama.

~ Tetapi, bezanya 'Al-Halim' ni. Si ibu akan mencari anaknya yang sedang bermain hujan. Berbicara dengan lembut supaya si anak balik rumah, pergi mandi, rehat dahulu. Selepas itu barulah memberi nasihat tentang kesan bermain hujan. Si ibu memberi nasihat juga, tetapi bukan ketika sedang marah.

Sifat Allah s.w.t terhadap bani israel sangat Al-Halim. Allah menahan marah. Namun bani israel tetap angkuh, sombong dan mendustakan ajaran yang dibawa oleh rasul-rasul Allah. Maka Allah s.w.t telah mendatangkan suatu kaum yang lebih hebat dan kuat untuk mengalahkan kaum yang ingkar lagi takabbur.

Berbalik kepada situasi yang kita alami sekarang. Allah memberi ujian kerana Dia sayangkan kita. Kerana kebiasaan manusia hanya akan mencari Allah s.w.t hanya ketika ditimpa musibah. Sungguh ! Allah s.w.t merindukan saat hamba-Nya merintih pada-Nya, merayu pada-Nya dan supaya hamba itu berfikir tiada tempat lain yang boleh bergantung harap selain pada-Nya.

Surah Al-Ghafir : 60 
"Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan"

Ya Allah. Jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa sedar tentang keagungan, kekuasaan dan kehebatan-Mu ya Allah. Jangan Engkau biarkan kami hidup didalam kelalaian dan kekufuran. Sesungguhnya hanya pada-Mu tempat kami meminta pertolongan dan hanya Engkau Ya Allah sebaik-baik tempat berlindung.

Wallahu A'lam

Saturday 27 December 2014

adik-adikku insyaAllah boleh ! :)

Assalamualaikum W.B.T

Tahniah kepada adik Ahmad Farhan, juara rancangan adik-adikku musim ke-5 !!!

Sungguh ! Mereka bakal menggegar dunia. Hebat berpidato satu anugerah Allah yang tidak ternilai kerana orang-orang seperti ini la yang boleh mempengaruhi orang disekelilingnya. MasyaAllah. Hebat hebat. Moga terus thabat dalam medan dakwah.

Boleh meremang bulu roma bila mendengar mereka berpidato. Mantap dan mantap. Bila tengok Farhan, macam ada iras pulak dengan Zaid Najmuddin. Hehe. Mungkin sebab suara lantang kot. Jelas dan sedap didengar. MasyaAllah. Semua adik hebat !

Kepada yang terlepas siaran, silalah tonton di tonton.com. hehe promote skettt.

Ini adik Farhan. Bercita-cita menjadi rakyat Malaysia pertama yang mengimami makmum di masjidil haram. Mari kita sama-sama berdoa moga Allah s.w.t memakbulkan doanya....


Ini pula adik Zaid. Ketenangan terpancar diwajahnya. Sejuk mata memandang :)


SubhanAllah. Anugerah Allah buat mereka. Petah berbicara dan memiliki suara yang sedap didengar. Tergamam, Terpaku, Terpegun.


Wallahu A'lam

tick tock tick tock


Al-'Asr : 1 - 3

Demi masa ! Sesungguhnya manusia itu berada didalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran. 

kriiiiiiiiiiinnnggggggggg !!!!!!!!


Setiap hari, hari akan berbicara dengan kita. Haa? Macam mana hari boleh bercakap? Hassan Al-Basri pernah menyebut "tidaklah seorang hamba itu bangun pagi melainkan hari itu berkata kepadanya".

Jom kita fikir nama yang sesuai untuk watak ini. erm. erm. aha. Kuntum!

Satu hari Kuntum bangun dari tidur. Maka berkatalah hari itu kepadanya "wahai Kuntum, tidaklah aku hari ini akan datang kepadamu dan akan berlalu. Aku tidak akan berpaling padamu setelah aku berlalu. Maka gunalah aku sebaik mungkin".

Ada orang merasakan satu hari itu berlalu sangat pantas. Ada pula orang merasakan satu hari itu berlalu sangat lambat. Kita adalah sama. Mempunyai masa 24 jam sehari ! Yang membezakan kita hanyalah cara kita menggunakan dan menghabiskannya.

Teringat pula lagu 'my grandfather's clock'. Let's sing a song together. First time i heard this song when i was a child. Long time agogo ~


" Ya Allah. Golongkanlah kami dalam golongan mereka yang pandai merancang dan bijak menggunakan masa "

Wallahu A'lam

Friday 26 December 2014

umur bukanlah penanda aras yang tepat

Assalamualaikum W.B.T

Umur. Makin meningkat umur kita, makin hampir masa kita bertemu Pencipta.

Umur bukan kayu ukur kematangan = Matang bukan pada umur

Budak-budak yang berumur 10 tahun kebawah masih boleh didefinasikan sebagai budak mentah walau hakikatnya ramai sahaja tokoh islam yang sudah mampu berfikir dengan waras ketika ini. Namun hakikat yang perlu kita telan secara berjemaah dan yang lebih menyedihkan adalah masakini majori mereka yang berumur antara 20 hingga 40 tahun masih lagi tidak matang :O Ohhh..mengapakah?

Bagi saya matang itu sangat penting dan tersangat perlu ada pada diri setiap orang. Jadi harini saya nak kongsikan sedikit tips untuk menjadi matang. Jom kita lihat....

Asas-asas penting untung menjadi matang:

~ memiliki fizikal yang cerdas
~ memiliki akal yang waras
~ memiliki spiritual yang mantap

Kita juga boleh lihat tahap kematangan seseorang dari jauh. Teropong jauh-jauh dan kita dapati mereka yang matang sangat-sangat...lihat dibawah.

Ciri-ciri matang :

1) Bersabar pada saat hentaman pertama

2) Sentiasa bersangka baik walau ujian negatif yang menimpa

3) Tidak cepat melatah dan mampu membuat keputusan dengan baik

4) Mendahulukan akhirat dan mengambil dunia seadanya 


Bicara mengenai matang, teringat kisah tokoh-tokoh islam yang banyak menabur jasa untuk agama ketika diawal usia mudanya. Mari kita lihat senarai beberapa orang tokoh yang sudah matang sebelum usia.

1) Saidina Ali bin Abi Talib - Mampu membuat keputusan untuk memeluk islam seawal umur 10 tahun

2) Imam Asy-Syafie - Berjaya menghafaz al-quran ketika berumur 7 tahun

3) Usamah bin Zaid - Dilantik menjadi jeneral tentera islam ketika berumur 16 tahun

4) Sultan Muhammad Al-Fateh -  Menaiki takhta ketika berumur 19 tahun


********************************

Jadi kesimpulannya, adakah kita masih perlu sandarkan matang pada usia? 

Jawapan sudah ada diatas. Renung-renugkanlah.

Ayyuha syabab tauja ilal hamam

Nujahidu fi sabilir rahman

Nufsidul kafirin fid dunya

Liiqamati syi'aril islam

Liannal an ummatal islamiyah

Tahta mamlakatil kuffarizh zhalimin


Wallahu A'lam

Thursday 25 December 2014

tahukah anda bersangka-sangka itu merupakan suatu penyakit?


Bersangka-sangka itu suatu penyakit?

Yes and Yes !

The worst part is when you think bad about others

Orang senyum disangka berpura-pura

Orang masam disangka sombong

Orang memakai pakaian kemas disangka menunjuk-nunjuk

Orang memakai pakaian selekeh disangka kedekut

Orang kaya disangka berlagak

Orang miskin disangka pemalas

Orang cantik disangka memakai susuk

Who knows...rupa-rupanya...

Dia senyum kerana...ingin menghiburkan orang disekelilingnya

Dia masam kerana...mengenangkan dosa yang telah dilakukan

Dia kemas kerana...memikirkan diri sedang membawa imej islam

Dia selekeh kerana....menebalnya sifat rendah diri dalam hati

Dia kaya kerana...ingin membelanjakan separuh hartanya untuk islam

Dia miskin kerana...ditindas oleh puak yang zalim

Dia cantik kerana...Allah yang Maha Cantik telah menganugerahkannya wajah secantik itu

Jadi, jom sama-sama kita berdoa.....

Ya Allah, Tuhan yang menjaga hati. Engkau peliharalah hati-hati kami dari bersangka buruk terhadap orang lain. Amin...

Let's smash negative thinking to the wall

Kebabommm

Wallahu A'lam

warkah buatmu wahai penerima mesej

Assalamualaikum W.B.T

Di pagi yang hening, ketika mana seorang hamba bangun malam beribadah mengingati Allah, diangkat darjat mereka ketempat yang tinggi lagi mulia disisi-Nya. Tahajud. Satu perkataan yang amat mudah disebut, namun agak sukar untuk dilakukan...melainkan bagi mereka yang dipilih Allah, merekalah orang-orang yang beruntung. T________________________T tanam niat. Muhasabah. Muhasabah. Muhasabah.

Firman Allah s.w.t didalam surah An-Nisa' ayat 136


"O you who believe, believe in Allah and His Messenger and the Book that He sent down upon His messenger and the Scripture which He sent down before. And whoever disbelieves in Allah, His angels, His books, His messengers, and the Last Day has certainly gone far astray".

--> Redundant
Cuba perhati ayat pertama, Allah berfirman " Wahai orang-orang yang beriman, berimanlah ". Nampak tak? Warkah dari pengirim kepada penerima. Pengirim suruh beriman dan addressee nya adalah memang orang yang sudah beriman. Pertindihan ayat disitu. Ibarat kita sedang melihat orang yang sedang makan, dan kita cakap, makanlah. Atau kata nama lain nya, bukankah dia itu sedang makan, mengapa kita suruh dia makan. There is a redundancy. Benda yang diulang ulang.

Ayat ini menunjukkan sesuatu yang amat besar. Selepas kita beriman, kita kena sentiasa perbaharui iman. Kerana, iman bukanlah sesuatu yang bersifat tetap, kukuh, padu dan bukan statik. Iman itu sifatnya berubah-berubah. Mengikut peredaran waktu. Ada kala iman seseorang itu tinggi, setinggi langit yang susah digapai, ada kala iman seseorang itu rendah, serendah hamparan tanah yang boleh diinjak-injak.

Hanya ada 2 versi. 
Naiknya iman dengan ketaatan kepada Allah. 
Turunnya iman dengan melanggar perintah Allah. 

Harus kita ketahui, ciri-ciri orang yang beriman adalah dimulai dengan solat, dan diakhiri dengan solat. Berkata seorang ustaz "usah bicara tentang marhalah tarbiyyah mahupun daulah islamiyyah andai solat masih tidak settle dan bermasalah".

Allah berfirman didalam surah Al-Mu'minun ayat 1 dan 2 : "Sungguh beruntung orang-orang yang beriman, (iaitu) orang yang khusyuk didalam solat"

Awwalul Aayah disebut beruntung, berjaya lah seseorang. Jadi siapakah dia? Iaitu orang yang khusyuk didalam solat.

--> Akthar vs Ahsan
Buka kamus sat.
Akthar = yang paling banyak
Ahsan = yang paling baik

Didalam surah Al-Mulk ayat 1 dan 2 Allah berfirman "Maha Suci Allah yang Menguasai (segala) kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang Menciptakan mati dan hidup, untuk Menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun".

Allah memberi ganjaran sesuai dengan amalan kita. Didalam al-quran, Allah menyebut "ahsan" iaitu yang paling baik amalnya, bukannya "akthar" yang paling banyak. Semua orang boleh beramal sebanyak mana yang dia mahu, tapi adakah semua amalan itu adalah yang terbaik?

Tidak. Kerana mungkin amal itu sudah dikotori dengan percakapan, perbuatan hatta dicemari dengan hati sendiri.

--> Untuk mendapatkan amal terbaik ada 2 cara

1) Ikhlas kerana Allah
Masihkah belum sampai kepadamu berita tentang amalan seorang hamba Allah dipadang mahsyar? Ketika dia merasakan telah membuat amal yang sangat banyak, namun apabila dibawakan kemuka pengadilan di padang mahsyar, amalnya hilang bak debu yang berterbangan. Wal'iyazubillah. Ini terjadi kerana amalan yang dilakukan itu tidak ikhlas kerana Allah. Ingin meraih perhatian manusia. Ingin disanjung. Ingin dihormati. Maka jadilah amalnya seperti debu, langsung tidak bermanfaat pada diri.

2) Ittiba'
Ikut sunnah. Ibadah kita harus selari dengan apa yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Contohnya, secara sedar kita solat subuh 3 rakaat. Adakah solat itu diterima? Tidak. Walau hakikatnya kita buat baik bukannya jahat, siap tambah bilangan rakaat. Tapi ia tetap ditolak kerana tidak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Moga kita lebih berhati-hati dalam beramal dan berusaha memahami mesej yang disampaikan oleh Allah s.w.t kepada kita.

Ingatlah, kejayaan diakhirat adalah kemenangan hakiki.


Wallahu A'lam

Saturday 20 December 2014

sandiwara cinta

Assalamualaikum W.B.T

Khusus buatmu, para wanita
Dengarkanlah...


Wallahu A'lam

Friday 19 December 2014

mana soklan bocoq ni?


Teringat saya ketika masih lagi bergelar pelajar diploma dan degree (sudah 11 bulan meninggalkan title itu huhu). Tika mana aura Test 1, Test 2, mahupun final exam membahang, mula lah masing masing sibuk bertanya kawan dari uitm cawangan lain tentang soalan yang mungkin akan keluar atau lebih tepat lagi soalan bocor. Bagi sesetengah orang, mereka sangat bergantung harap atas soalan bocor itu. 

Berbeza pula dengan saya. Walaupun mereka memberi soalan bocor kepada saya, tapi saya rasa macam...hmmmm..saya tak akan akan bergantung 100% pada soalan itu. Risiko beb. Risiko. Tapi yang lebih membuatkan saya tidak berapa minat dengan soalan bocor adalah kerana rasa tidak jujur pada diri sendiri. Walau hakikatnya pernah meniru 1 kali seumur hidup (ehh bukan seumur hidup, selama bergelar pelajar...ish ish i hate that. Tiru yang dahsyat punya tiru seingat saya...nak putar masa semula boleh..?) Dulu iya iya je kawal diri, maintain cool. Saya benci meniru. Time sekolah rendah tak pernah meniru, menengah tak, diploma pun rasa mcm tak, tapi degree...arghhh...Sebabnya, kita ambil peperiksaan tujuannnya untuk menilai diri, jadi kalau dah tahu soalan, rasa macam tak best walau keputusannya gempak. Jiwa tidak tenteram lah bak kata orang :) Bangga dengan keputusan yang mantap hasil dari soalan bocor? Ohhh tidak. Tak bangga langsung !

Saya suka belajar pada minit terakhir? Saya rasa saya bukan begitu. Haha. Mindaku tidak boleh digest setiap butir ilmu andai belajar disaat akhir. Kesimpulannya study memang kena diawal waktu. Cumanya buat assignment last minute itu perkara biasa kot. Hehe. Tips sebagai seorang pelajar yang masih memerlukan skill mengarang. Apa yang kamu perlu adalah memahami key point dalam sesuatu bab, bila dah dapat key point nya, walaupun satu point, kamu boleh goreng campak lada sulah, bawang merah, bawang putih, jintan secukup rasa. Masak biar sampai berasap. Lagi satu, fikir logik. Itu salah satu skill yang saya gunakan sewaktu belajar degree. Tak percaya? Cuba dulu, baru tahu betapa berkesannya cara ini. Hehe.

**********************************

Realiti kehidupan. Semua orang tahu soalan bocor dialam barzakh. Haaa? Tak tahu lagi? Takpe masih sempat pergi kedai buku, beli dan baca. Ataupun pergi google sat. Berlambak blogger, para asaatizah yang mengarang tentang soalan bocor dialam barzakh. Soalan bocor yang kita semua maklum, namun jawapannya bukan boleh dihafal dan dikarang begitu sahaja, tapi anggota tubuh badan kita yang akan berbicara. Dan itulah jawapannya. 

Assuaaal...Tentang umur. Dimanakah kita menghabiskan waktu muda kita? Amal apa yang telah kita kerjakan? Mulut cakap (mmmmmmm...tak boleh bercakap), tangan dan kaki yang akan berbicara. Saya bersedekah, menolong mereka didalam kesusahan. Atau mungkin.... Saya selalu main game, lepak dengan kawan, syisya.

~ Sebenarnya sekarang ni tengah nak menggoogle dan study mengenai GST. Tapi macam melencong kelain je. Sempat pulak lawat blog dia. Hehe. 
~ Lagi satu, minggu depan saya ditugaskan untuk present dihadapan office mate tentang GST....Ohhooiiii...Saya? Layakkah? For sure ketaqqqq.
~ Where can i find balance sheet and profit & loss statement and any transaction relates with GST? Dimanakah? Any idea? Tak jumpa jumpa lagi ni wahai kawan-kawan. Debit, Credit, Uwaa..
~ Google, google terus google. Google, google terus google. Google, google terus pening. (Baca versi iklan basuh, basuh terus basuh). Mehehe.
~ Doakan saya sampaikan ajaran betul ya ;) Bukan ajaran sesat :P

Wallahu A'lam

Sunday 14 December 2014

annual dinner


Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati

Venue : Hilton hotel
Date : 12 December 2014
Time : 7.00 p.m to 10.30 p.m
Participants : As usual, all staffs from 3 departments plus 1

Ok saya tahu, intro yang ...... pelik. Hehe. Bahagian atas tu dah macam kad kenduri kawin, siap berpantun bagai. Ok jom bercerita tentang si arnab yang comel dan si kancil yang bijak.

**************************************

Saya antara yang terawal sampai di hotel Hilton. Perjalanan yang disangka memakan masa selama satu jam setengah gara-gara bersangka buruk bahawasanya Kuala Lumpur akan jammed teruk, rupa-rupanya kami menyusur laju dan sampai kedestinasi dalam setengah jam perjalanan sahaja. Ehem sedara sedari, kan ke sekarang ni hujung tahun, memang ler tak banyak sangat kereta kat KL. (sambil senyum senyum kambing dan mengembekkk dengan sendirinya).

Kami dari account department telah diberi watikah untuk mengatur segala persiapan annual dinner. Almaklumlah selama ini segala program yang diadakan, staf dari audit dept yang selalu menjadi tulang belakang sesebuah program, jadi sekarang ni mereka bercita-cita untuk menjadi peserta dan merayu agar kami pula organize majlis ini.

Saya bukanlah antara mereka yang bekerja keras untuk menjayakan annual dinner ini :3

Saya hanya tolong sikit-sikit je, tak banyak pun. Sebab apa? Adalahhhhh....hihi

Nak tengok apa yang best disana?

Nah....

Mmmmmm. Nyum nyum

Seusai solat maghrib, kami turun ke ground floor dan tanpa menunggu lama terus serbu makanan yang terhidang seperti singa yang lapar menerkam mangsanya. Kali ni memang tak lepaskan peluang, makan semua yang ada. Habis semua kek yang terhidang saya rasa. Mmmmm sedaaaaaap & kolestrol meningkat :D

Tepat jam 8.20 p.m, aktiviti pertama diadakan. Kami perlu membuat satu bulatan besar. 

Cara permainan :-
1) Seorang peserta perlu menyebut apa-apa perkataan. Contohnya 'tiger'.
2) Dalam kiraan 5 saat, orang disebelahnya perlu menyebut apa-apa perkataan bermula dengan huruf 'r', contohnya 'rose'.
3) Dalam kiraan 5 saat, orang disebelahnya pula perlu menyebut apa-apa perkataan bermula dengan huruf 'e', contohnya eraser.
4) Dalam kiraan 5 saat, orang disebelahnya pula perlu menyebut apa-apa perkataan bermula dengan huruf 'r', contohnya 'roof'.
5) Dan begitulah seterusnya....

Namun yang mendebarkan adalah, sesiapa yang tidak dapat menjawab dalam masa 5 saat akan dikenakan penalty ! Haha. Memang nampak mudah kan? Tapi apabila kenervousan tahap maksima, mindaku mula tidak waras. Haha. Even a simple word boleh jadi berbelit lidah nak sebut. Aiyakkk.. Syukur, tak kena denda. 

Tapi yang bahagianya, siapa yang kalah itulah pemenang. Mereka yang dikenakan penalti, dan dapat membuat seperti yang disuruh akan mendapat hadiah. Jadi, tahniah kepada para pemenang !!!  :D


Waaa banyaknya hadiah. Antaranya adalah thermo pot, oven, rice cooker, mixer dan macam macam lagi.

Aktiviti kedua adalah penyampaian anugerah kepada semua. Ya. Semua orang dapat. Cuma yang menentukan pencapaian seseorang itu adalah bos dari setiap department. Dan bos saya menganugerahkan saya sebagai.......

Haha....

Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberi tunjuk ajar tanpa menunjukkan rasa kebencian maupun kemeluatan yang melampau kepada saya. Jasa kalian amat besar. Terlalu banyak perkara baru saya belajar selama bekerja 9 bulan disini. Tidak akan berkurang ilmu seseorang apabila dia mengajarkan kepada orang lain bahkan ilmunya semakin bertambah, bertambah dan makin mantap. InsyaAllah.


Photo booth. Hasil seni kawan saya yang memang kreatif. Tidak perlu berbelanja lebih, guna kotak dutch lady pon boleh :)
Aktiviti terakhir adalah cabutan bertuah. Saya? Tidak lah bertuah mana pun malam tu (>.<) Bawak balik apa yang diberi sajalah. Haha. Dapat coklat sebungkus (adehh kolestrol..kolestrol...), kalender 2015, award plaque. Dah dah cukup ! Haha.

Jadi itulah dia cerita annual dinner kami. Nak yang lagi best? Tungguuuu......Till the next time :)

Wallahu A'lam

Tuesday 9 December 2014

cerita korea best wooOOooo :O

Assalamualaikum W.B.T

Haaa..? Apaaa? Artis korea datang Malaysia....

Yahhooooooo.....

Jae Suk. Kim Jong Kook. Ji Hyo. Kang Gary. Dong Wook. Han Ji Min. Lee Min Ho. Lee Seung Gi. Lee Da Hae. Choi Ji Woo. Dan banyak lagi, sila senaraikan sendiri. Maaf kalau tersilap type nama. Peace no war.

Sanggupberaturpanjangberjelajelauntukmembelitiketyangnilainyadapatmembelicekodokpenuhsatulori

impressive ! Clapclapclap your hand :D

************************

Kenapa ramai orang suka tengok cerita korea?
---> Sebab artis korea handsome osem bergaya canteksss anggun menawan comel
huh? tak kan sebab tu je kot (",)

Mmmm best sangat ke dramanya?
---> Huk huk..saya boleh menangis terharu tengok hero heroin berlakon
wawww..bagusnya menghayati sampai boleh menangis

Kenapa ada yang sangat fanatik dengan artis korea sampai sanggup masuk kelas belajar bahasa korea ek?
---> Uisss..rugi rugi kalau tak faham bahasa korea. Bila faham baru la mudah nak tengok mana-mana drama walaupun tak ada subtitle, itu tak menjadi satu halangan.
oooo...gitu.baru saya faham


************************

Al mithaaal....seorang budak yang tiada langsung perasaan fanatik terhadap artis korea sedang menonton drama My Girl.

Kenapa budak tu suka tengok cerita korea? Faham ke?
- Ofkos youuu..kan ke ada subtitle kat bawah tu

Acer tutup subtitle bawah tu. Best tak cerita My Girl?
- kruk..krukkkkk....
- bohsannya. tak faham langsung. apa ntah dia buat tu. kenapa dia buat macam tu. apa dia cakap.?

*************************

Nampak tak apa yang saya nak sampaikan sebenarnya? Ke masih blurrr? Kikiki.

Maksudnya, kita hanya boleh menjiwai, menangisi, meratapi sesuatu itu hanya apabila kita memahami apa yang cuba disampaikan kepada kita. Ya. Kerana kita faham cerita itu (sebab ada subtitle) kita boleh menangis tersedu sedan. Kerana kita faham cerita itu kita rasa seronok dengan pengakhiran cerita yang sungguh bahagia (happy ending siapa tak suka) ;P

Begitu juga dengan al-quran. Hanya apabila seseorang itu faham apa mesej yang Allah sampaikan kepadanya, mereka akan berasa seronok untuk baca dan baca dan terus baca. Kerana didalamnya terdapat bermacam-macam kisah yang Allah beritakan kepada kita sedang kita tidak berada dizaman dan tidak juga berada didalam dimensi itu. 

Kisah tentang raja yang angkuh lagi sombong, Firaun yang sedaya upaya memanjat tinggi kelangit semata-mata untuk melihat menguji Allah. Kisah tentang umat nabi Lut yang ditimpa azab Allah yang sangat keras. 

Berita tentang syurga dan keadaan penghuninya. Mereka duduk diatas singgahsana dapat melihat pemandangan seluas mata memandang, diberikan air yang dingin, buah-buah yang manis rasanya,bayanglah apa-apa yang mustahil kita dapat didunia, pasti perkara itu wujud didalam syurga. Rabbit berada ditaman makan carrot. Macam cerita Alice in the wonderland. Segala binatang boleh bercakap. Silalah bayangkan supaya kita berasa naaaaaakk nak nak nak nak nak masuk syurga.

Bayangkan, kalau lah kita baca al-quran tanpa mengetahui apa sebenarnya yang Allah sedang bicarakan, agak agaknya best ke atau tak? Mestilah tak best. Tak faham ceritanya.

Jadi jangan berasa hairan andai ada diantara mereka yang menangis teresak-esak tatkala membaca ayat dari mana-mana surah, kerana mereka faham apa yang sedang mereka baca.

~ jom baca tafsir al-quran
~ jom belajar bahasa arab
~ teringat lagu 'haiya bil araabiah'

Wallahu A'lam

Sunday 9 November 2014

street da'wah


Alhamdulillah thumma Alhamdulillah thumma Alhamdulillah

Kisah semalam....

Sebaik saja mendengar kisah yang diceritakan oleh mak saya, hati menjerit. Arghh tak kiraaa, nak ikut ! Tapi tak boleh sebab sabtu ni kerja. Terus mesej naqibah minta izin untuk pergi ke program keesokan harinya. Alhamdulillah dengan izin Allah dapat juga saya menambah ilmu tentang " perbandingan antara agama-agama ".

Semalam tentang Hindu. Saya terlepas :(

Hari ini diceritakan pula tentang agama Buddha dan Kristian. Saya kira sangat penting untuk kita tahu sedikit sebanyak tentang agama-agama yang dianuti oleh masyarakat Malaysia. Supaya mudah sikit untuk kita berhujah dengan mereka nanti. Naik pening jugak bila tahu betapa banyaknya Tuhan mereka. Kisah tentang Siddhartha Gautama Buddha. God of posperity. God of land. Old testament. New testament. Trinity concept. Dan banyak lagi.

~ Fuhhh...berpeluh nak ingat. Selamat tak pergi hari sabtu. Konsep ketuhanan Hinduism lebih dahsyat rasanya...

Petang itu kami terus buat street dakwah. Kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil dan setiap kumpulan mempunyai tiga orang ahli. Saya, mak saya dan...yang diharapkan mendapat partner yang pernah buat street dakwah tapi yang kami dapat, partner pelajar form one. Huhu for sure saya yang kena approach non-muslim nanti. adeh.  Ujian ujian. Kami diberi masa selama satu jam setengah untuk
membuat survey " pandangan non-muslim terhadap islam ". Waktu mula-mula tu eager tak sabar nak edarkan soalan. Tapi lepas je dengar taklimat dan tengah turun tangga nak ke lapangan, jantung rasa macam nak tercabut. Punyala nervous. 

Alhamdullillah, sambutan yang baik dari mereka. Kami dapat approach lima orang. Ada antara mereka yang mempunyai anak yang sudah masuk islam. Antara soalan yang ditanya, anda pernah dengar tentang islam dari mana? Apakah konsep ketuhanan dalam islam pada pandangan anda (satu ke, ciplak agama lain ke, banyak ke)? Apa pendapat anda tentang nabi Muhammad (baik ke, suka berperang ke)? Apabila anda masuk islam adakah anda perlu menukar segala pakaian seperti memakai baju kurung dan songkok? Apa pendapat anda tentang laungan azan (mengganggu ke, teruk ke, bagus ke)? Dan banyak lagi. Tiga belas soalan yang diutarakan kepada mereka.

Rata-rata mereka pernah mendengar tentang islam melalui kawan kawan dan media sosial. Part yang paling best, mereka langsung tidak kisah dengan laungan azan. Antara komen mereka :-
~ Azan lansung tidak mengganggu saya. Its good
~ I like azan because all of us (yang tinggal di kejiranan itu) got His blessing too
~ Dengan azan saya boleh tahu waktu sekarang pukul berapa

Semuanya memang cakap azan langsung tidak menggangu tidur atau aktiviti harian mereka.

Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Cuma adala sorang tu langsung tak nak dengar, busy katanya. Macam tu lah kot rasanya jadi salesman kan. Punya penat cari orang, dah jumpa, kena halau akhirnya.

Tapi cabaran berdakwah zaman sekarang ni takda mende kalau nak dibandingkan waktu zaman nabi Muhammad s.a.w ketika berdakwah di Mekah dulu. Kena cemuhnya, hina, ludah, caci maki, dibaling najis, kena halau keluar daerah. Lagi besar cabarannya tapi hebatnya Rasulullah, baginda tetap istiqamah dalam menyampaikan perintah Allah. Sinar dan cahaya islam dapat kita kecapi sehingga sekarang. Alhamdulillah.

Cuma perkara yang berbeza antara dulu dan sekarang, waktu zaman nabi Muhammad s.a.w, baginda hanya berdakwah kepada orang kafir sahaja. Mereka yang sudah memeluk islam memiliki akidah yang sangat sangat mantap, tidak goyah dan goncang walau badai datang. Keimanan yang mereka miliki sangat tinggi ONCE mereka memeluk agama islam.

Tapi kita sekarang, bukan hanya perlu berdakwah kepada non-muslim sahaja, malah yang lebih besar cabarannya adalah berdakwah sesama so-called muslim. Mana tidaknya, mereka islam namun aurat tidak dijaga. Rambut terdedah. Baju seksi. Mereka gelar mereka islam namun arak menjadi minuman harian. Mereka mendakwa diri mereka islam namun tidak menjaga batas, sentuhan antara lelaki dan perempuan, berzina. Mereka hanya islam pada kad pengenalan, tapi tidak pada diri mereka sendiri.

In fact waktu dengar taklimat sebelum kami buat street dakwah, pakar-pakar telah berkongsi kisah mereka ketika turun ke lapangan. Mereka 'tiada' atau mungkin mempunyai 'sangat sedikit' masalah dalam menyampaikan ilmu tentang islam kepada non-muslim, TAPI cabaran yang teramat besar ialah ada dikalangan umat islam itu sendiri menghalang perbuatan baik mereka apabila ingin menyampaikan cerita tentang islam. Dahsyat sungguh kelakuan umat islam (so-called muslim nih). Dah lah tidak mengamalkan ajaran islam seluruhnya, tidak buat kerja untuk Allah, halang pulak orang lain nak berdakwah. Astaghfirullah......

Jom kita renungkan, selama hidup 20 tahun didunia ini, pernah tak kita bekerja untuk islam, untuk Allah?

Sungguh ! Satu tamparan hebat buat saya, khususnya. :(

~ Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu dari kemurkaan-Mu ya Allah
~ Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu dari azab seksa-Mu yang sangat berat lagi pedih
~ Ya Allah, berilah cahaya iman dan cahaya islam dan biarlah ia meresap kedalam sanubari hamba-hamba-Mu
~ Ya Allah, Engkau tingkatkan lah imanku dari hari ke hari dan jangan Engkau kurangkan walau sedikit pun ya Allah
~ Ya Allah, Engkau perbaikilah akhlakku. Perbaikilah tutur kata ku. Perbaikilah tingkah laku ku. Jangan engkau jadikan sifat buruk yang aku lakukan tanpa sedari sebagai palitan buruk terhadap agama-Mu, islam.
~ Hanya kepada Engkau sajalah tempat aku meminta pertolongan dan hanya pada-Mu aku berserah

Amin ya Rabb...

Wallahu A'lam

Saturday 8 November 2014

Imam

Assalamualaikum W.B.T

Kaifa haalukum?

Alhamdulillah nahnu bikhair...

Jadi apakah topik yang bakal dibincangkan dilaman sesawang ini?

Imam !

Yeahhh...sebelum ada orang terkeluarkan semula segala jenis makanan disini diharapkan jangan berfikir terlalu jauh okayyy.

Post famous zaman sekarang ' saya harap awak boleh jadi imam saya '

Bluwekkk. Sungguh ! Saya geli dengan kata-kata itu. Cubalah cari ayat yang lebih macho sikit. Keh2. Ok sudah terang lagi bersuluh, saya memang ganas. Gedik gedik diharamkan. haha.

Sebenarnya saya ingin bicarakan tentang tugas seorang imam. Buat mereka yang jawatannya mungkin seorang doktor, arkitek, jurutera, akauntan, pensyarah hatta orang-orang biasa, pasti ada segelintir dari mereka 'memperlekehkan' jawatan seorang imam.

'Elehh jadi imam je pun, bukannya susah'

Hasshummm.... Kerja sebagai imam ini sangat berkait rapat dengan masa. By hook or by crook you must be there ! You must to. No excuse. Kerana setiap waktu solat itu sudah ditetapkan masanya. 

Contohnya sebagai imam solat maghrib, andai kata beliau keluar lewat, terkejar-kejar pergi ke masjid, kena pulak terperangkap dalam jem pukul 6 petang dan sampai di masjid pukul 7.45 malam, adakah alasan 'sori terlambat sebab terperangkap dalam jem' boleh diterima oleh makmum?

Nampak tak? Satu cabaran kan jadi imam. Kalau kerja pejabat, boleh je nak bagi alasan macam tu tapi tidak untuk para imam.

Contoh lagi. Kebanyakan para imam zaman sekarang sudah menghafal 30 juzuk al-quran. Apabila beliau membawa solat jemaah dan membaca 1 muka surat pada rakaat pertama, si makmum terus berkata ' berlagak betul imam tu, nak baca ayat panjang saja, tau lah dah hafal satu al-quran '. 

Ehemm, logik la imam baca ayat panjang. Tak kan orang yang sudah hafaz 30  juzuk disuruh membaca surah al-ikhlas? (",) pelik

Nampak tak? Cabaran sungguh jadi imam. Ada saja orang yang tidak puas hati. 

Kelakar kan dunia ni. Kita kerja apa pun mesti ada para komentar terhandal secara suka rela memberi komen tanpa diundang. Oleh itu, harus kita tanam niat dan sentiasa perbaharui niat bekerja kerana Allah. Bukan untuk mendapat perhatian manusia.

Bagi mereka yang suka memperlekeh jawatan imam, cuba anda jadi imam di masjid satu hari suntuk. Bermula dari waktu subuh sehingga isyak. Nak tengok sikit kehebatan anda. (^___^)

~ Saya tidak pernah dengar secara berdepan orang yang berbicara buruk tentang imam kerana saya sangat jarang pergi ke masjid. Perempuan lebih afdhal solat dirumah bukan? Hehe
~ Jom pelihara mulut

Wallahu A'lam

Monday 3 November 2014

imtihan

Assalamualaikum W.B.T

Berita malam ini, perjalanan keluar masuk kertas peperiksaan spm dikawal dengan ketat !

Semuanya gara-gara tindakan mereka yang tidak amanah membocorkan soalan semata-mata untuk memastikan pelajarnya/anaknya mendapat keputusan yang teramat cemerlang. Opsss. Tak boleh salahkan mereka 100%, mungkin kerana sistem pendidikan di negara kita yang 'mendesak' mereka-mereka yang waras akalnya bertindak diluar kawalan. Heyy awatnyaaaa?

~ kerana sistem pendidikan kita yang sentiasa berubah-ubah :(
~ kerana hanya orang yang mempunyai keputusan cemerlang diatas kertas sahaja yang dapat masuk ke sekolah yang bagus :(
~ kerana hanya mereka yang dapat straight A's sahaja yang dapat tajaan pendidikan :(
~ kerana hanya mereka yang pandai di atas kertas sahaja yang dapat menarik perhatian pegawai-pegawai untuk membantunya dimasa akan datang (kiranya macam ada masa depan cerah la)

Jadi orang awam seperti saya dan yang tahu cerita sangat ni jangan terlalu cepat melatah dan saling menyalahkan. Lebih baik cari puncanya, dan perbaiki dari akar.

Seperti akhlak. Ramai yang berkelakuan tidak senonoh, suka berjudi, pergi pub, merokok (kan ke haram), minum arak,  zina dan lain-lain. Puncanya? Haruslah perbaiki imannya. Hubungannya dengan Allah harus dijaga. Solat dijaga. Al-quran sentiasa didalam dada, insyaAllah Allah akan pelihara. Kesannya dapat dilihat melalui pancaran akhlak yang mulia :) 

Jadi kenapa saya nak cerita mengenai imtihan? Ujian?

Soalan pertama. Kenapa kita perlukan ujian?

Test 1

Sekolah dari tadika masuk pulak sekolah rendah lepas tu sekolah menengah tak cukup dengan tu sambung lagi diploma degree master. Semua peringkat yang kita lalui, WAJIB mengambil peperiksaan. Belajar dan terus belajar, cukup bulan...periksa ! Belajar lagi sampai tengah tahun..ujian pertengahan tahun ! Belajar lagi dan lagi..akhir tahun..demam peperiksaan bermula !

Semua periksa mahupun ujian yang kita ambil tidak lain dan tidak bukan hanya untuk kita ketahui tahap kefahaman, keintelektualan, kepandaian, hafalan, ingatan, teori dan sebagainya. Jadi dapat kita fahami, kita memerlukan ujian untuk mengetahui tahap pemikiran kita dan mengetahui keputusannya.

Test 2

Kita sedia maklum bahawa kehidupan didunia ini tidak lain dan tidak bukan hanya sebagai tempat ujian. Allah ingin menguji antara banyak banyak  hamba-Nya, manakah yang paling bertaqwa.

Dan satu persolan mula timbul, kenapa Allah masih nak uji sedangkan bukankah Allah sudah mengetahui segalanya tentang kita sehingga kiamat. Sejak didalam rahim ibu lagi Allah dah tahu segalanya tentang kita, rezeki kita, kehidupan kita, cara kematian kita, kehidupan kita diakhirat. Allah dah tahu semua dah tapi kenapa Allah masih nak menguji kita?Mustahil Allah tak tahu keputusannya.

Sebenarnya, Allah jadikan kita hidup dimuka bumi ini, menempuh segala ujian-Nya, menguji daya ketahanan kita, bukanlah kerana Dia tidak tahu keputusannya. Tetapi amalan-amalan inilah yang akan Allah gunakan untuk tunjuk depan muka setiap orang dan akan dijadikan bukti diakhirat kelak andai mereka masih meragui dan tidak puas hati dengan keputusan yang Allah beri.

Bukti andai sifulan masuk syurga, memang layaklah kerana amalannya sekian sekian.
Bukti andai sifulan masuk neraka, memang patut pun kerana amalannya sekian sekian.

 "Nahh inilah hasil yang kamu usahakan sewaktu hidup didunia dulu"

Firman Allah S.W.T didalam surah Az-Zariyat ayat 56 yang bermaksud :
"Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku"

Kesimpulannya, dapat juga kita fahami bahawa Allah S.W.T jadikan kita hidup dimuka bumi ini sebagai bukti yang akan diperlihatkan semula kepada kita diakhirat kelak tentang segala usaha penat lelah yang telah kita usahakan. Kerana dunia inilah ujian. Kita.....sedang diuji !

InnAllaha ya'lamu waantum laa ta'lamun

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui

~ Daurah uktubar
~ Penyampai : Ustaz Badrul

Wallahu A'lam

Wednesday 29 October 2014

company trip hip hip horeyy


Amacam title post kali ni? Nampak macam nak ke Taiwan atau Hong Kong atau Australia atau Amerika atau Afrika atau New Zealand atau Rusia atau Kathmandu atau Zimbabwe atau Dubai atau United Kingdom tak? Uishhh don't put high expectation on company trip okay. We're not going to overseas buttttt over the river only..Mihihi Alhamdulillah dapat jalan jalan freeeeeeely weeeeely :D

Seperti biasa bagi intro dulu :-
Tempat : Lost World Of Tambun Ipoh, Perak
Tarikh : 24,25 & 26 October 2014
Kenderaan : 1 bas
Peserta : from 4 departments (no need to mention lah details nya kan)

Hari pertama

Setibanya di Lost World, kami dijemput untuk makan tengahari (erm kami makan dalam pukul 2.30 petang macam tu maksudnya makan tengahari la kan?) Kemudian kami diarah untuk berkumpul di lobi hotel bagi pengagihan kunci bilik. Yang bestnya hanya dua orang saja dalam satu bilik. Wahh memang aman nyaman dan happyyyy la. 

Tepat jam 3.45 petang kami berkumpul di 'team building park' untuk menjalankan aktiviti yang pertama. Untuk aktiviti ini, kami perlu membuat satu bulatan besar dan memperkenalkan diri masing-masing. Setiap orang perlu kenal siapa disebelah kanan dan kiri mereka. Waktu tu memang jenuh la nak ingat nama setiap sorang. hehe almaklumlah waktu dekat ofis tak bersembang pun dengan orang lain. Balik balik orang yang sama. Jadi waktu ni lah sesi suai kenal sangat memainkan peranan. Haha. Gelabah takut tak kenal orang sebelah. 

Take power give power. Itulah nama aktiviti pertama. Adat permainan, siapa yang tidak alert atau tidak kenal kawan sebelah atau tidak memainkan peranan yang perlu dimainkan, akan dikenakan punishment ! iaitu dicalit dengan cat kaler hijau jadi miow miow atau lebih hebatnya The Hulk. Cara permainan tak perlu kot diceritakan sebab nanti tak surprise lah bagi sesiapa yang masih belum buat aktiviti ni. Dan saya? Terkalah la pula dalam permainan pertama dan terus menjadi kucing hijau. Miow miow miow :(

air yang tenang jangan disangka tiada ikan :D
Rafting and swimming. Inilah aktiviti kedua yang perlu kami lakukan. Kami dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 7 @ 8 orang ahli. Mula mula kami perlu bergerak dari tebing menggunakan rakit (yang ni sebenarnya guna gabus besar tapi saya panggil rakit lah ye) ke tengah tasik. Kemudian setiap seorang perlu terjun kedalam tasik yang dipenuhi dengan ikan, berenang sampai ke hujung utara tasik, mengambil 2 utas tali dan patah balik berenang ke tengah tasik dan naik ke atas rakit. Dah lah syarat permainan tidak boleh terbalikkan rakit, jadi semua bakal penerjun perlu memberi isyarat dan bagi tahu yang dia nak terjun supaya orang lain boleh imbangkan rakit yang langsung tidak meyakinkan itu. Saya berenang macam-macam gaya saya buat. Kuak lentang, butterfly, katak, berudu, cycling, tarik rambut orang semua ada. Haha. Memang mencabar tapi best sebab dah lama sangat tak swimming. So lepas kan gian dekat tasik yang penuh dengan ikan tu lah :D Waktu mula mula terjun dan berenang menuju ke utara tasik bukan main lagi, lajunya macam lepasan bullet machine gun. Tapi bila patah balik ke tengah tasik, kepenatan tahap satu rasa macam dah tak terdaya terkapai-kapai perlukan bantuan bot penyelamat selamatkan saya. Hehe. Untuk aktiviti ini juga, tak perlu kot saya cerita sampai habis. Yang pasti kumpulan saya kalah untuk game ini.

Selepas aktiviti kedua, kami bebas pergi ke mana mana. Main gelongsor ke, berenang kat mana-mana je lah. Tapi waktu tu macam nak dekat maghrib jadi kami pulang ke hotel. Pukul 8 malam turun makan dan terus ke hot spring untuk mengecikkan muscle yang terhasil dari kuak lentang petang tadi. Malam tu juga ada 'fire dragon' show oleh pakar pakar yang terlatih bermain dengan api.

Hari kedua

Selepas breakfast kami diarah berkumpul di team building park semula. Untuk aktiviti ketiga ini lebih kurang macam explorace lah. Ada 10 checkpoint semuanya. Kami diberi masa selama 1 jam 30 minit sahaja untutk menghabiskan setiap checkpoint dan berkumpul semula di team building park. Lagi satu yang menariknya, kumpulan hari ini tidak sama dengan semalam jadi dapat lah berkenalan dan meluaskan rangkaian dengan orang lain pula :D Aktiviti ini memang tidak dinafikan memerlukan stamina yang sangat kuat. Kaki ku rasa kematu selepas menamatkan larian 10 km. Kumpulan saya sempat menghabiskan kesemua 10 checkpoint namun malangnya waktu tiba di destinasi terakhir kami melihat ada kumpulan lain yang sedang seronok menikmati air kosong. Huhu. Kami kumpulan kedua yang sempat menghabiskan larian rupanya.

Tamat aktiviti ketiga tengahari itu bermakna kami sudah bebas ! Bebas bermain apa saja yang ada disekitar Lost World of Tambun. Habis semua permainan yang ada saya main. Waktu ni memang tak sedar dunia, main macam apa pun saya tak boleh nak describe. Haha. Memang dan sangat besttt.

Dinner disebelah malam bertema. Apa temanya? hehe. Floral theme dinner. Saya ikut tema? Seperti biasa lah, skirt berbunga skettt jadi laa. Ikut tema kan :D Makanan malam tu sangat sedap. Dengan udang sebesar tidak. Kek nya lagi. Dan macam-macam lah. Kemudian diikuti dengan pemberian hadiah bagi menghargai pekerja yang bagus dan kurang bagus. Hehe yang kurang bagus tu supaya mereka ubah la sikit sikit ke bagus. Contoh kalau dia dapat anugerah 'the most serious', jadi perlu lah senyum senyum lebih sikit, tegur orang, banyak kan bergurau macam tu lah. Think positive ok. No heart feeling :D

Malam tu juga ada main game sikit dan tibalah pemberian hadiah kepada pemenang pertandingan. Untuk explorace, siapa sangka kumpulan saya menang rupanya. Hehe. Walaupun kami group kedua yang sampai tapi kami sempat menghabiskan kesemua check point. Group pertama sampai awal namun tidak menghabiskan semua checkpoint (barangkali mereka bahagi orang ni pergi ke point A orang ni ke B, at the end ada yang terlepas pandang point C langsung tiada siapa yang pergi). Kami? Satu kumpulan bergerak ketempat sama cuma ada la berpisah sekejap kat beberapa checkpoint. Penat woo kalau nak pergi semua checkpoint.

Dan. Tibalah giliran mereka memberi ulasan.Compare antara company trip last year and this year. Is there any improvement required? Any suggestion? and so on. Mula-mula senior dari audit dept bagi pandangan, kemudian rakan-rakan mereka, kemudian bos tax dept bagi pula ulasannya, dan akhir sekali bos dari audit dept. Saya terkedu dan tergelak kuat-kuat dalam hati apabila mendengar ulasan Mr Shannon. Katanya " i really didn't expect all of you can finish the first game as it requires you to swim and then return back to the raft and then swim again. I thought only three or four person from each group can do that but quite impressive all of you can do it. And one more thing i didn't expect sakina can swim that fast". Haha. Itu lawak. Dalam banyak banyak orang, nama saya jugak yang beliau mention. Teruk sangat ke saya berenang? Malu beb. Tetibe lagu " jangan pandangku sebelah mata "terus  berlegar-legar difikiran :D 

Teringat waktu kat UITM bila lecturer suruh introduce diri masing-masing dan bagi tahu hobi, saya cakap saya suka main ping pong. Ulasan pensyarah diakhir ta'aruf.... "tulah kita tak boleh pandang orang luaran saja, macam sakina siapa sangka hobi dia main ping pong". Aikk, pelik sangat ke saya ni? Hehe. Ganas rupanya.

Jadi itu lah serba sedikit cerita kami di Tambun. Moga saya dan kawan-kawan mendapat 'ibrah dari perjalanan kali ini. Lagi satu ingin diberitahu, saya kira saya sangat bertuah mempunyai bos yang sangat baik hati dari 3 dept. Mr Yap, Mr Shannon, Ms Lee. Bagi pandangan saya, mereka sangat baik. Teguran yang sentiasa membina, tidak pernah menjatuhkan. Suka belanja makan. Respect saya, nak bagi barang pun make sure tangan tak tersentuh (waktu main game). Saya juga hormat mereka sebagai bos. 

Syukran ya Allah 'ala kulli haal ~

Didoakan moga Mr Yap, Mr Shannon, Ms Lee dan teman-teman lain dikurniakan cahaya iman dan islam oleh Allah S.W.T. Amin Ya Rabb.

Wallahu A'lam

Saturday 4 October 2014

penat bin lelah

Assalamualaikum W.B.T

Mentally tired tiga kali lebih dahsyat berbanding physically tired.

Siapa setuju sila kenyitkan mata ;)

Saya tersangat sangat setuju dengan satu statement yang dicipta oleh diri saya sendiri.

Lets recall back....sewaktu zaman belajar

Pernah tak kamu belajar belajar buat assignment belajar lagi hafal ingat semua key word yang penting, sampai satu tahap semua yang kamu baca tak mampu diserap oleh otak dan menyebabkan kamu penat dan mengantuk dan tidur sehari suntuk?

Hah. Itulah mentally tired. Kesannya pada otak dan juga tubuh badan. Kalau physically tired, hanya tubuh badan saja letih. Otak masih boleh berfikir dengan waras. Tapi sebaliknya, mentally tired menyebabkan mental dan fizikal low bat. Bateri sudah lemah tahap tersemput-semput.

Dulu pernah tanam prinsip bekerja...
---> Kononnya bila dah jejak kaki kat rumah nak lupakan semua hal ehwal kerja dekat tempat kerja, tapi stilllll masih terbawa balik cebisan masalah. Heh heh. Menyebabkan otakku begitu berat dan badanku letih.

Bila kita menggunakan tenaga otak yang berlebihan, ketahanan badan mula melemah. Sebab itu kita kena pastikan tenaga yang kita ada cukup. Makanan kena cukup (padan lah gumuks.kihkih). Zat besi kena cukup. Vitamin kena cukup. Oksigen kena cukup. Dan semua lah kena cukup.

 * Masa untuk merehatkan minda *

Saya...memang suka melihat keindahan alam. Fikiran terasa tenang bila melihat alam hasil ciptaan Allah. Padanlah bila tengok cerita national geographic boleh khayal. Suka sangat tuuu. Tekun tengok aksi binatang sampai orang panggil pun tak sedar.

Saya..............pencinta binatang? pencinta serangga? 

Err cinta lain, suka lain, suka tengok lain. Suka tengok dalam tv dengan tengok 'for real' is two different things. Haha.


 * Jom jalan-jalan sambil berfikir *

Tempat pertama yang dituju, Taman rama-rama ! Kami sampai disana seawal jam 9.30 pagi. Tapi hari tu cuaca agak mendung jadi rama-rama tidur kot. Hehe. Sebab saya tengok tak banyak pun yang terbang. Atau mungkin sudah mati dalam jaring bersaiz giant yang dibuat oleh manusia :(  hati mula berkata-kata, kesiannya rama-rama, cantik tapi kena kurung. hmmmmm sedih sedih. sobssss



Rama-rama hijau. Besar jugak. Bila rama-rama terbang ke arah saya, apa lagi...lariiiiiii. Adeh silap pilih tempat merehatkan minda nampaknya. Lagi celaru biru otak saya dibuatnya.


Ini rama-rama biru. Bajet berani tengok dekat sketttt. Haha



Ini lagi satu kawasan merbahaya. Selepas keluar dari kawasan rama-rama, anda akan jumpa kawasan 'lain-lain serangga'. Pastikan semua balang tertutup rapat ya. Binatang dalam balang semuanya BESAR BESAR. Scary wooo. Meremang bulu roma tengok.



Kami meneruskan perjalanan dan tempat kedua yang dituju, Taman Burung ! Waktu kami masuk ada 2 ekor burung, putih dan hijau bertenggek diatas papan tanda 'welcome'. Taman burung ni sangat besar, kalau tak silap saya ada 4 zon semuanya. Anda boleh melihat burung terbang betul-betul atas kepala anda. Kena sekeh dan berselisih bahu dengan burung itu normal disini. Haha. 


Peacock peacock. Burung merak yang terkenal dengan sifat megah, membuka sayap seluas-luasnya untuk menunjukkan kecantikan sayapnya. MasyaAllah. Kalau pergi zoo, saya tak pernah pulak dapat tengok part ni. Terus teringat lagu egois by Mestica "Bagaikan sang merak yang indah bulunya namun tidak mampu terbang ke angkasa".

Kemudian kami pergi ke kawasan air terjun gara-gara frust sebab bird show dibatalkan. Jenuh kami berlari dari zon 1 ke zon 4, sampai ke tempat show terus duduk dikerusi yang paling hadapan. Nampak tak? Bersemangat ! Sadisnya, kami hanya sempat melihat 4 pertunjukan oleh burung-burung yang terlatih. Tiba-tiba seorang pegawai keluar dan membuat satu pengumuman " we need to cancel the bird show due to technical problem. Thank you for coming ", beliau terus masuk semula kedalam dan tak keluar dah. Ha? Macam tu je? Ok.


Kami ni nama je orang KL tapi segala taman tak pernah pergi lagi sebelum ni. Malu je dengan pakcik teksi. Heh. Jadi sebelum balik kami tangkap gambar dulu dengan burung sebab ada photo booth. Akan menjadi kenangan dan bukti yang kami pernah pergi ke taman burung. Kui2. Tengok burung kat situ semuanya macam letih. Mata burung hantu terbedik-bedik. Yang lain semua dah keluarkan bunyi macam-macam. Penat sangat barangkali. Kalau kita fikir, manusia punya penat walaupun kerjanya duduk seharian pun dah mengeluh macam-macam bunyi boleh keluar. So sama lah kot dengan burung. Sabar ye burung. 

Huu sedihnya saya, tengok binatang yang patutnya terbang bebas tapi kena kurung semata-mata untuk memberi didikan kepada manusia. Ini merak. Itu angsa. Itu unta, Ini sebelah ni bangau. Itu kakak tua. Ini merpati. Ini hud-hud.

MasyaAllah. SubhanAllah. Alhamdulillah. AllahuAkbar.
Hebatnya Allah, mendidik manusia melalui binatang. 
Teringat kisah semut dengan nabi sulaiman, kisah ikan paus dengan nabi yunus, kisah kambing dengan nabi ibrahim, kisah  anjing... qitmir dengan ashabul kahfi, kisah lembu dengan samiri,bani israel. kisah unta dengan nabi saleh dan banyak lagi. 

Ingatlah Allah tidak menciptakan sesuatu itu sia-sia, melainkan supaya kita sentiasa berfikir, berfikir dan berfikir tentang kekuasaan dan kehebatan Allah s.w.t.

~ Taman rama-rama : RM 10.00 (sila bawa i/c)
~ Taman burung : RM 25.00 (sila bawa i/c)
~ Bird show : 12.30 p.m & 3.30 p.m (seat..? first come first serve)

Wallahu A'lam

Saturday 27 September 2014

macam mana nak urus duit?



Perkara yang perlu kita lakukan apabila mendapat duit gaji

Asingkan dan beri kepada :-

1) Ibu bapa

--->  Ibu bapa yang membesarkan kita sejak kita lahir sehinggalah dewasa. Mereka bersusah payah bekerja dimerata tempat semata-mata untuk memberi rezeki yang halal lagi baik kepada kita. Mereka terpaksa mengeluarkan wang simpanan mereka di tabung haji semata-mata untuk memasukkan kita ke sekolah yang boleh memberi didikan agama yang baik. Semua duit gaji yang telah mereka kumpul dihabiskan hanya untuk kita. 

Jadi antara cara untuk mengucapkan 'terima kasih yang tidak terhingga' kepada mereka adalah dengan memberi 'monthly allowance', walau hakikatnya elaun itu langsung tidak dapat menandingi walau sekecil zarah segala usaha penat lelah mereka membesarkan kita.

Ibu bapa berdoa "Ya Allah, Engkau luaskanlah rezeki anak-anak kami, permudahkanlah segala urusan mereka didunia dan akhirat". Nampak tak? Doa itulah yang kita harapkan. Rupa-rupanya doa itu yang membantu kejayaan kita selama ini tanpa kita sedari. Ingat, doa ibu bapa untuk anaknya itu tiada hijab. Allah akan memakbulkan setiap butir doa yang terkeluar dari mulut ibu bapa kita. 


2) Pemberi hutang

---> Bagi mereka yang sudah bergraduasi dan perlu melunaskan segala hutang kepada badan-badan yang memberi pinjaman, asingkan duit secukupnya untuk membayar semula pinjaman tersebut. Lagi cepat habis lagi bagus bukan? Dan bagi mereka yang sudah ada komitmen sendiri....berkeluarga,rumah sendiri, kereta sendiri, pastikan duit gaji yang anda terima mampu membayar ansuran kepada bank. Nasihat tulus ikhlas dari saya, ukurlah baju dibadan sendiri. Usah membebankan diri dengan membeli banglo 3 tingkat mahupun mercedes andai gaji yang diterima hanya mampu membayar sewa untuk rumah papan dan kereta kodok (sila bayangkan kodok yang teruk ok).


3) Sedekah

---> Duit gaji yang kita terima itu bukan sepenuhnya hak milik kita. Kerana didalamnya terdapat hak orang lain. Hak orang yang lebih memerlukan. Jadi asingkan seberapa jumlah wang supaya setiap bulan kita sentiasa istiqamah (berdiri teguh, tetap pendirian, konsisten) dalam memberi. Don't underestimate the power of giving kerana Allah S.W.T akan melipat gandakan ganjaran yang besar buat kita. Ingatlah tidak akan rugi orang yang suka bersedekah. Itu janji Allah. Sifir mudah, beri duit dapat pahala. 


4) Simpanan

---> Walau sebanyak mana pun benda yang kita kena bayar, cubalah untuk menyimpan. Mungkin bagi sesetengah orang menyimpan duit itu suatu yang mudah. Namun bagi pihak yang satu lagi, menabung adalah perkara yang hampir mustahil dan susah untuk dilakukan. Jadi saya syorkan, buka lah akaun di bank yang mendapat perhatian anda dan jangan buat kad. Buka akaun bank namun tiada kad yang boleh anda pegang. Nak keluarkan duit? Perlu ambil nombor giliran dan menunggu bersama puluhan orang. Mesti rasa malas bukan? Secara automatik, InsyaAllah duit itu boleh beranak pinak sehingga sampai waktu yang anda betul-betul perlukannya, hahh hamik berpuluh ribu hasil simpanannya. 


5) Melabur

---> Money makes money. Pernah dengar kan? Sangat famous terutama dizaman yang serba memerlukan duit ini. Sifir mudah juga, if you have money you can use it to get more money. Ohh mataku sudah berpinar dengan duit (tetibeterbayang). Kita perlu belajar tips melabur. Mungkin boleh melabur dalam emas kerana nilai emas tidak turun (kena study dan kaji pasal emas dulu). Mungkin boleh membeli saham dan dapat dividen. Mungkin boleh membeli tanah sekarang, tunggu 10 tahun akan datang, jual (pastikan tempat tu akan membangunlah ya). Mungkin boleh membeli rumah dan sewakannya. Mungkin duit gaji sekarang boleh dijadikan modal untuk membuka perniagaan sendiri secara kecil-kecilan. Dan banyak lagi kemungkinan yang boleh anda fikirkan. It's time to generate money friends. 

Sebelum saya terlupa, kalau nak invest tu biarlah banyak tempat. Jangan masukkan semua duit kedalam satu tempat. Kadang-kadang su' udzhon (bersangka buruk) itu ada baiknya. Hehe. Abaikan.

* Jom baca tafsir al-quran. Hujung minggu kaaaaan. Banyak masa terluang *

Firman Allah S.W.T didalam surah Al-Baqarah ayat 24 & 25 :

24) Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu merosakkan sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan penerima), seperti orang yang menginfakkan hartanya kerana riak kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari akhir. Perumpamaannya (orang itu) seperti batu yang licin yang diatasnya ada debu, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, maka tinggallah batu itu licin lagi. Mereka tidak memperoleh sesuatu apa pun dari apa yang mereka kerjakan. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang kafir.

25) Dan perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya untuk mencari redha Allah dan untuk memperteguh jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak didataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buah-buahan dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka embun (pun memadai), Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan"

~ SubhanAllah. Maha Suci Allah. 

Wallahu A'lam