Sunday 29 May 2016

Dengki kuasa dua

Bismillah...

'Orang yang benar benar miskin adalah mereka yang tidak pernah merasa cukup dengan apa yang ada'

---> Miskin jiwa. Jiwa merana.

Hasad tu maknanya dengki lah kan. Sebab hasad tu bahasa arab. Kita orang melayu patutnya cakap dengki je lah kalau nak menggambarkan betapa dahsyatnya sifat seseorang, tapi tak. Kita biasa akan cakap 'A tu punyalah hasad dengki dengan B sampai sanggup bla bla bla'.

Betul tak? Ke tak betul? Hehe.

Apa apa pun, nak didik hati dan diri supaya sentiasa merasa cukup, adalah dengan melihat orang yang lebih 'teruk' dari kita.

Maksudnya begini... Nak buat drama jap..

--> Alhamdulillah...bersyukur nya saya dapat kerja ! walaupun kerja teruk, bos teruk, kawan kawan teruk, tapi lebih baik dari orang yang kat luar sana yang tengah menganggur.

--> Alhamdulillah...bersyukur nya saya ada tangan, kaki, badan, semua lengkap ! walaupun tak de lah lawa mana, mata sepet, hidung tak mancung, pipi tersorong sorong, tapi lebih baik dari orang yang kat luar sana yang dilahirkan tak cukup sifat.

--> Alhamdulillah...bersyukur nya saya ada duit cukup cukup makan & sihat ! walaupun kadang kadang terpaksa kerja keras nak cari duit, tapi lebih baik dari mereka yang kaya namun sepanjang hayat terlantar di hospital.

Terlalu lalu lalu banyak benda yang Allah bagi yang memang patut kita bersyukur.

Roh yang keluar pukul 11.59 malam lepastu balik pukul 6 pagi lagi patut kita bersyukur.

Peluang tu. Huhu.

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Ya Allah, jadikan aku dikalangan hamba-Mu yang bersyukur dan sentiasa bersyukur.

Selamat malam ~

Wallahu A'lam

Sunday 22 May 2016

So real




They say that love never last
That love never lives to see another day
But what I know deep down inside
It's what I feel and it's so real

I gave it up all for You
And there ain't nothing that I won't do
All I know deep down inside
It's what I feel and it's so real with You !

Allah,
Everyday I'll try to be as true as I can to You
Cause loving You the best I can
Will always be my number one and only plan

Yes
Everyday I'll try to be as true as I can to You
Cause loving You the best I can
Will always be my number one and only plan

They say " you're out of your mind "
" don't you know that love fades away? "
They say " it only brings you pain "
But what I feel is so real

I gave it up and turned to You
Cause I know what Your love can do
O Allah open up our hearts
And make us feel 
How it's so real with You

Wallahu A'lam

Saturday 21 May 2016

Jawapan yang meloyakan


Antara jenis jenis orang yang suka memberi reaksi yang pada saya agak memualkan...

--> Bila soalan seseorang dibalas dengan soalan.

--> Bila soalan seseorang dibuat bahan jenaka.

--> Bila soalan seseorang dibalas sinis (dah lah tak menjawab soalan. Siap sakitkan hati orang lagi)

Why don't you just answer someone's quetions directly without hurting their feeling.

Apalah salahnya.

Bukan ke itu lebih menjimatkan masa awak dan dia?

Saya yang membaca, yang tiada kaitan dengan perbualan pun terasa hati, apatah lagi orang yang bertanya.

Wallahu A'lam

Friday 20 May 2016

Letak dekat gunung hancur berderai, manusia sikit pun tak heran. Astaghfirullah


'Sekiranya Kami turunkan al-quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka berfikir'
(59:21)

************************

Gerun OK !

Kalau gunung yang kita tahu sifatnya kukuh, tetap, padu, gah, besar, pun boleh hancur. Takut dengan Allah. 

Inikan pula manusia. Dah la penuh dengan berjuta kelemahan. Masih jugak terus menerus buat dosa.

 Berani sangat ke nak lawan Allah?

Na'uzubillah min zaalik

Wuuu. 

Peringatan untuk diri ini.

~ sila tadabbur Quran. jangan malas ~

Hati kering. Dosa senang hinggap.

O Allah. Please delete all my sins.

Guys. I need your help. Do pray for me. Ask Allah to...

Delete dosa saya yang menimbun setinggi langit.

Delete trash bin dosa.

Delete history dosa.

Delete semua dosa.

As if saya tak pernah buat dosa langsung.

Clean 

N

Clear

Ohh. Itu harapanku paling besar!

T_T

Nak dapat hati yang baik susah kan. Kena ada pengawas yang selalu pantau. Silap sikit je... Haip ! 

Wuwu.

Selalu selalu lah doa kebaikan untuk diri ini.

Moga para malaikat meng'amin'kan juga untuk kamu.

P/s : kepada awak / awak awak (macam kat sawah padi pulak) yang mendoakan saya, Jazakumullahu khairan kathira diucapkan.

Wallahu A'lam

Tuesday 10 May 2016

Pak cik kina !


Dah menjadi satu kebiasaan bagi kami. Bila dapat client yang degil, yang susah sangat nak bagi kerjasama, terus kena panggil....

Atuk / nenek --> Lingkungan umur 70 tahun
Pak cik / Mak cik --> umur 40 tahun

Phone ringing :

A : Hello
B : .......
A : Erm, she's not in today. May I know who's on the line?
B : ........
A : Oh ok. I will let her know to contact you back tomorrow.

C : Siapa tu A?
A : Abang angkat kina ! Bhahaha

Err, ni abang angkat anak makcik mana ek? Maklumlah, kaum kerabat saya ramai kat ASI. Atuk, nenek, pakcik belah mak sedara, Makcik belah atuk. Ada belaka.

You-name-it (>.<)

Wallahu A'lam

Sunday 8 May 2016

Soalan kesukaan

Bismillah...

Kebiasaan dan keseronokan orang melayu kita, bila seseorang meninggal, pertanyaan pertama....

---> 'apa kata-kata terakhir arwah'...?

Habis diselongkarnya, rekod, cari, gali, catit, framekan kata-kata terakhir.

Lepastu, mula la fikiran dan tindakan bahaya keluar...

---> padan lah arwah cakap macam tu, rupanya nak pergi dah
---> hukhukk. Kenapa la tak ikut je keinginan arwah
---> kenapa ini. kenapa itu. kenapa.....

Sedang hakikat sebenar, saudara saudari itu pernah je tanya soalan tu dua hari lepas, minggu lepas, bulan lepas, tahun lepas.

Hmmmm.

P/s : Moh ler kite ubah cara kita. Catit kata kata mereka yang masih hidup dan tampal dekat dinding dan paling penting hargai dan senangkan hati mereka. Kerana ketika roh sudah dipisahkan dengan jasad, semua nya tiada guna lagi. Semuanya.

Kecuali tiga.

Wallahu A'lam

Thursday 5 May 2016

Saya. Tak. Suka.


Wuwuwu. Demam seminggu. Tak suka nyaa. 

Nak tau tak kenapa saya seboleh bolehnya mengelak diri saya dari teknologi (ok, teknologi disini yang saya maksudkan adalah, dot dot dot........)

Pertama : Gambar

- Tengah seronok riang ria tengok gambar baju cun-cun, baju muslimah gitu, tengok beg, kasut, scroll lagi dan lagi dan lagi dan erkkkk... Terkeluar gambar 'virus minda'. You know what I mean rite. Gambar seksi meksi yang sangat menakutkan. Ok. Stop.

Kedua : Gambar lagi 

- Bila saya tekan magnifying glass, tiba tiba keluar gambar luuukaaa.. Waaaa! Sakiiittt dan saya benci tertengok dan rasa macam.... Menyesal ! Sepatutnya saya tengok TV cerita nona tetamu undangan kak ton yang promote beautyumaira lagi bagus.

Ketiga : Buang masa terlebih limit

- Bila dah duduk mengadap teknologi, perghh sejam rasa seminit. Punyala cepat masa berlari. Tak dan nak kejar. Lepas dah jadi macam tu, penyesalan tahap satu datang tanpa diundang. Yang sedihnya, rasa menyesal datang selepas 4 jam jadi anak patung tak bergerak.

Keempat : Penyakit hati

- Saya paling takut yang ini. Takut termengata orang dalam hati bila tengok status orang lain. Takut ter'jeles' dengan apa yang orang lain ada. Takut ter'riya' pastu bangga bila dapat pujian. Takut yaaang macam macam jenis perasaan yang ada pada m.a.n.u.s.i.a. Korang tahu kan penyakit 'ain? Moga saya dijauhkan dari menjadi penyebab dan dijauhkan dari terkena penyakit ini.

Kelima : Fitnah

- Saya tersedar dari mimpi akhir tahun 2010. Waktu tu mula la tengok balik kawan kawan yang saya kawan. Mula la delete sorang sorang. Kawan asalnya ada la dalam 500 orang. Delete delete delete. Tinggal 100++. Delete gambar yang macam macam gaya saya pernah buat. Gambar dia punya banyak. MasyaAllah ! Wuu. Sedih kot tengok diri sendiri. Tak tipu. Lepastu dengan fitnah agama lagi. Orang sekarang mudah sangat forward n send benda yang dia sendiri pun tak tahu menahu kesahihan berita tu.

Keenam : Hmmm..

Banyak lagi sebenarnya. Tapi... Ni jela yang saya share. Saja nak buat kenang kenangan & tinggalkan secebis perasaan kat sini. Boleh baca balik nanti nanti. Pastu gelak sorang sorang.

Ok. Itu scary.

Moga kita semua terhindar dari fitnah dunia & akhirat. 

Tolong kawan. Doakan saya ~

Wallahu A'lam

Monday 2 May 2016

Menafikan hak itu lebih teruk rasanya


Perumpamaan.

Ali bagi makanan dekat seekor anjing.

Kat sini ada dua jenis golongan yang memandang perbuatan Ali.

Pertama : Kagum. Memuji. Bangga dengan tindakan Ali.

Kedua : Mengutuk. Mencerca. Menghina. Rasa macam tak patut anjing tu diberi makanan. Kankehar0mmenatangtu...

*****************************

Setahu saya dan pandangan saya.

Anjing itu, yang haram keatas kita adalah terkena air liur dia. Kajian saintifik pun dah buktikan tentang bahaya kuman jilatan anjing. Jadi, yang haramya setakat itu saja lah.

Menafikan haknya sebagai makhluk yang memerlukan makanan sangat kejam ! Erghh..

**************************

Abu seorang ahli politik. Dia juga seorang penceramah bebas.

Pandangan orang awam terhadap ceramah beliau.

Pertama : Ooo. Sirah nabi macam tu rupanya. Baru tahu.

Kedua : (Baru je dengar nama ahli politik yang berlainan dengan dia nak beri ceramah, terus -----> tolak 100%. Tak nak dengar ceramah dia. Not even a single word. Tak Maw Dengar ! Full stop.

**************************

Pandangan saya.

Kalau beliau memang dari ahlinya (pakar sirah), kalau beliau bukan dari parti pilihan kita sekalipun, tapi apa yang beliau sampaikan dari sumber yang sahih,

---> Kenapa perlu kita sumbat telinga dengan jari?

Dengar je lah.

Menafikan beliau sebagai seorang ilmuan sangat kejam okay.

Wallahu A'lam

Sunday 1 May 2016

T.I.M.E


Dulu waktu sekolah kat Kelantan, selalu singgah dekat satu restoran ni. Restoran Razak. Pakcik ni sangat peramah & suka sakat kitorang sebab tiap kali singgah sini mesti waktu pagi & siap2 pakai baju sekolah. Huuu, muka semua dah macam nak nangis sebab selalu mak ayah balik KL pagi2 lepas hantar kitorang. Serius. Sedih (ketika itu).....

Tadi...

Ayah : Kita nak makan kat Restoran Razak la, nak jumpa Razak. Lama dah tak jumpa (happy n eager face)
Kami : Okayyy

Bila sampai kedai, yang ambil order, orang lain. Ayah terus tanya.

Ayah : Razak mana?
Waiter : Razak dah meninggal.

Innalillah wainna ilaihi raji'un...

Ayah : Bila?
Waiter : Dua tahun lepas.

Ohh last kitorang datang Kelantan memang dua tahun lepas pun. Sebab hantar kakak ipar nak berpantang disini.

Hmmm....

That's life. Every seconds new baby born and someone dies. Appreciate all those people around you before they left us and return to our Creator. The time will come and all of us will experience it.

Wallahu A'lam