Sunday 9 November 2014

street da'wah


Alhamdulillah thumma Alhamdulillah thumma Alhamdulillah

Kisah semalam....

Sebaik saja mendengar kisah yang diceritakan oleh mak saya, hati menjerit. Arghh tak kiraaa, nak ikut ! Tapi tak boleh sebab sabtu ni kerja. Terus mesej naqibah minta izin untuk pergi ke program keesokan harinya. Alhamdulillah dengan izin Allah dapat juga saya menambah ilmu tentang " perbandingan antara agama-agama ".

Semalam tentang Hindu. Saya terlepas :(

Hari ini diceritakan pula tentang agama Buddha dan Kristian. Saya kira sangat penting untuk kita tahu sedikit sebanyak tentang agama-agama yang dianuti oleh masyarakat Malaysia. Supaya mudah sikit untuk kita berhujah dengan mereka nanti. Naik pening jugak bila tahu betapa banyaknya Tuhan mereka. Kisah tentang Siddhartha Gautama Buddha. God of posperity. God of land. Old testament. New testament. Trinity concept. Dan banyak lagi.

~ Fuhhh...berpeluh nak ingat. Selamat tak pergi hari sabtu. Konsep ketuhanan Hinduism lebih dahsyat rasanya...

Petang itu kami terus buat street dakwah. Kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil dan setiap kumpulan mempunyai tiga orang ahli. Saya, mak saya dan...yang diharapkan mendapat partner yang pernah buat street dakwah tapi yang kami dapat, partner pelajar form one. Huhu for sure saya yang kena approach non-muslim nanti. adeh.  Ujian ujian. Kami diberi masa selama satu jam setengah untuk
membuat survey " pandangan non-muslim terhadap islam ". Waktu mula-mula tu eager tak sabar nak edarkan soalan. Tapi lepas je dengar taklimat dan tengah turun tangga nak ke lapangan, jantung rasa macam nak tercabut. Punyala nervous. 

Alhamdullillah, sambutan yang baik dari mereka. Kami dapat approach lima orang. Ada antara mereka yang mempunyai anak yang sudah masuk islam. Antara soalan yang ditanya, anda pernah dengar tentang islam dari mana? Apakah konsep ketuhanan dalam islam pada pandangan anda (satu ke, ciplak agama lain ke, banyak ke)? Apa pendapat anda tentang nabi Muhammad (baik ke, suka berperang ke)? Apabila anda masuk islam adakah anda perlu menukar segala pakaian seperti memakai baju kurung dan songkok? Apa pendapat anda tentang laungan azan (mengganggu ke, teruk ke, bagus ke)? Dan banyak lagi. Tiga belas soalan yang diutarakan kepada mereka.

Rata-rata mereka pernah mendengar tentang islam melalui kawan kawan dan media sosial. Part yang paling best, mereka langsung tidak kisah dengan laungan azan. Antara komen mereka :-
~ Azan lansung tidak mengganggu saya. Its good
~ I like azan because all of us (yang tinggal di kejiranan itu) got His blessing too
~ Dengan azan saya boleh tahu waktu sekarang pukul berapa

Semuanya memang cakap azan langsung tidak menggangu tidur atau aktiviti harian mereka.

Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Cuma adala sorang tu langsung tak nak dengar, busy katanya. Macam tu lah kot rasanya jadi salesman kan. Punya penat cari orang, dah jumpa, kena halau akhirnya.

Tapi cabaran berdakwah zaman sekarang ni takda mende kalau nak dibandingkan waktu zaman nabi Muhammad s.a.w ketika berdakwah di Mekah dulu. Kena cemuhnya, hina, ludah, caci maki, dibaling najis, kena halau keluar daerah. Lagi besar cabarannya tapi hebatnya Rasulullah, baginda tetap istiqamah dalam menyampaikan perintah Allah. Sinar dan cahaya islam dapat kita kecapi sehingga sekarang. Alhamdulillah.

Cuma perkara yang berbeza antara dulu dan sekarang, waktu zaman nabi Muhammad s.a.w, baginda hanya berdakwah kepada orang kafir sahaja. Mereka yang sudah memeluk islam memiliki akidah yang sangat sangat mantap, tidak goyah dan goncang walau badai datang. Keimanan yang mereka miliki sangat tinggi ONCE mereka memeluk agama islam.

Tapi kita sekarang, bukan hanya perlu berdakwah kepada non-muslim sahaja, malah yang lebih besar cabarannya adalah berdakwah sesama so-called muslim. Mana tidaknya, mereka islam namun aurat tidak dijaga. Rambut terdedah. Baju seksi. Mereka gelar mereka islam namun arak menjadi minuman harian. Mereka mendakwa diri mereka islam namun tidak menjaga batas, sentuhan antara lelaki dan perempuan, berzina. Mereka hanya islam pada kad pengenalan, tapi tidak pada diri mereka sendiri.

In fact waktu dengar taklimat sebelum kami buat street dakwah, pakar-pakar telah berkongsi kisah mereka ketika turun ke lapangan. Mereka 'tiada' atau mungkin mempunyai 'sangat sedikit' masalah dalam menyampaikan ilmu tentang islam kepada non-muslim, TAPI cabaran yang teramat besar ialah ada dikalangan umat islam itu sendiri menghalang perbuatan baik mereka apabila ingin menyampaikan cerita tentang islam. Dahsyat sungguh kelakuan umat islam (so-called muslim nih). Dah lah tidak mengamalkan ajaran islam seluruhnya, tidak buat kerja untuk Allah, halang pulak orang lain nak berdakwah. Astaghfirullah......

Jom kita renungkan, selama hidup 20 tahun didunia ini, pernah tak kita bekerja untuk islam, untuk Allah?

Sungguh ! Satu tamparan hebat buat saya, khususnya. :(

~ Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu dari kemurkaan-Mu ya Allah
~ Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu dari azab seksa-Mu yang sangat berat lagi pedih
~ Ya Allah, berilah cahaya iman dan cahaya islam dan biarlah ia meresap kedalam sanubari hamba-hamba-Mu
~ Ya Allah, Engkau tingkatkan lah imanku dari hari ke hari dan jangan Engkau kurangkan walau sedikit pun ya Allah
~ Ya Allah, Engkau perbaikilah akhlakku. Perbaikilah tutur kata ku. Perbaikilah tingkah laku ku. Jangan engkau jadikan sifat buruk yang aku lakukan tanpa sedari sebagai palitan buruk terhadap agama-Mu, islam.
~ Hanya kepada Engkau sajalah tempat aku meminta pertolongan dan hanya pada-Mu aku berserah

Amin ya Rabb...

Wallahu A'lam

Saturday 8 November 2014

Imam

Assalamualaikum W.B.T

Kaifa haalukum?

Alhamdulillah nahnu bikhair...

Jadi apakah topik yang bakal dibincangkan dilaman sesawang ini?

Imam !

Yeahhh...sebelum ada orang terkeluarkan semula segala jenis makanan disini diharapkan jangan berfikir terlalu jauh okayyy.

Post famous zaman sekarang ' saya harap awak boleh jadi imam saya '

Bluwekkk. Sungguh ! Saya geli dengan kata-kata itu. Cubalah cari ayat yang lebih macho sikit. Keh2. Ok sudah terang lagi bersuluh, saya memang ganas. Gedik gedik diharamkan. haha.

Sebenarnya saya ingin bicarakan tentang tugas seorang imam. Buat mereka yang jawatannya mungkin seorang doktor, arkitek, jurutera, akauntan, pensyarah hatta orang-orang biasa, pasti ada segelintir dari mereka 'memperlekehkan' jawatan seorang imam.

'Elehh jadi imam je pun, bukannya susah'

Hasshummm.... Kerja sebagai imam ini sangat berkait rapat dengan masa. By hook or by crook you must be there ! You must to. No excuse. Kerana setiap waktu solat itu sudah ditetapkan masanya. 

Contohnya sebagai imam solat maghrib, andai kata beliau keluar lewat, terkejar-kejar pergi ke masjid, kena pulak terperangkap dalam jem pukul 6 petang dan sampai di masjid pukul 7.45 malam, adakah alasan 'sori terlambat sebab terperangkap dalam jem' boleh diterima oleh makmum?

Nampak tak? Satu cabaran kan jadi imam. Kalau kerja pejabat, boleh je nak bagi alasan macam tu tapi tidak untuk para imam.

Contoh lagi. Kebanyakan para imam zaman sekarang sudah menghafal 30 juzuk al-quran. Apabila beliau membawa solat jemaah dan membaca 1 muka surat pada rakaat pertama, si makmum terus berkata ' berlagak betul imam tu, nak baca ayat panjang saja, tau lah dah hafal satu al-quran '. 

Ehemm, logik la imam baca ayat panjang. Tak kan orang yang sudah hafaz 30  juzuk disuruh membaca surah al-ikhlas? (",) pelik

Nampak tak? Cabaran sungguh jadi imam. Ada saja orang yang tidak puas hati. 

Kelakar kan dunia ni. Kita kerja apa pun mesti ada para komentar terhandal secara suka rela memberi komen tanpa diundang. Oleh itu, harus kita tanam niat dan sentiasa perbaharui niat bekerja kerana Allah. Bukan untuk mendapat perhatian manusia.

Bagi mereka yang suka memperlekeh jawatan imam, cuba anda jadi imam di masjid satu hari suntuk. Bermula dari waktu subuh sehingga isyak. Nak tengok sikit kehebatan anda. (^___^)

~ Saya tidak pernah dengar secara berdepan orang yang berbicara buruk tentang imam kerana saya sangat jarang pergi ke masjid. Perempuan lebih afdhal solat dirumah bukan? Hehe
~ Jom pelihara mulut

Wallahu A'lam

Monday 3 November 2014

imtihan

Assalamualaikum W.B.T

Berita malam ini, perjalanan keluar masuk kertas peperiksaan spm dikawal dengan ketat !

Semuanya gara-gara tindakan mereka yang tidak amanah membocorkan soalan semata-mata untuk memastikan pelajarnya/anaknya mendapat keputusan yang teramat cemerlang. Opsss. Tak boleh salahkan mereka 100%, mungkin kerana sistem pendidikan di negara kita yang 'mendesak' mereka-mereka yang waras akalnya bertindak diluar kawalan. Heyy awatnyaaaa?

~ kerana sistem pendidikan kita yang sentiasa berubah-ubah :(
~ kerana hanya orang yang mempunyai keputusan cemerlang diatas kertas sahaja yang dapat masuk ke sekolah yang bagus :(
~ kerana hanya mereka yang dapat straight A's sahaja yang dapat tajaan pendidikan :(
~ kerana hanya mereka yang pandai di atas kertas sahaja yang dapat menarik perhatian pegawai-pegawai untuk membantunya dimasa akan datang (kiranya macam ada masa depan cerah la)

Jadi orang awam seperti saya dan yang tahu cerita sangat ni jangan terlalu cepat melatah dan saling menyalahkan. Lebih baik cari puncanya, dan perbaiki dari akar.

Seperti akhlak. Ramai yang berkelakuan tidak senonoh, suka berjudi, pergi pub, merokok (kan ke haram), minum arak,  zina dan lain-lain. Puncanya? Haruslah perbaiki imannya. Hubungannya dengan Allah harus dijaga. Solat dijaga. Al-quran sentiasa didalam dada, insyaAllah Allah akan pelihara. Kesannya dapat dilihat melalui pancaran akhlak yang mulia :) 

Jadi kenapa saya nak cerita mengenai imtihan? Ujian?

Soalan pertama. Kenapa kita perlukan ujian?

Test 1

Sekolah dari tadika masuk pulak sekolah rendah lepas tu sekolah menengah tak cukup dengan tu sambung lagi diploma degree master. Semua peringkat yang kita lalui, WAJIB mengambil peperiksaan. Belajar dan terus belajar, cukup bulan...periksa ! Belajar lagi sampai tengah tahun..ujian pertengahan tahun ! Belajar lagi dan lagi..akhir tahun..demam peperiksaan bermula !

Semua periksa mahupun ujian yang kita ambil tidak lain dan tidak bukan hanya untuk kita ketahui tahap kefahaman, keintelektualan, kepandaian, hafalan, ingatan, teori dan sebagainya. Jadi dapat kita fahami, kita memerlukan ujian untuk mengetahui tahap pemikiran kita dan mengetahui keputusannya.

Test 2

Kita sedia maklum bahawa kehidupan didunia ini tidak lain dan tidak bukan hanya sebagai tempat ujian. Allah ingin menguji antara banyak banyak  hamba-Nya, manakah yang paling bertaqwa.

Dan satu persolan mula timbul, kenapa Allah masih nak uji sedangkan bukankah Allah sudah mengetahui segalanya tentang kita sehingga kiamat. Sejak didalam rahim ibu lagi Allah dah tahu segalanya tentang kita, rezeki kita, kehidupan kita, cara kematian kita, kehidupan kita diakhirat. Allah dah tahu semua dah tapi kenapa Allah masih nak menguji kita?Mustahil Allah tak tahu keputusannya.

Sebenarnya, Allah jadikan kita hidup dimuka bumi ini, menempuh segala ujian-Nya, menguji daya ketahanan kita, bukanlah kerana Dia tidak tahu keputusannya. Tetapi amalan-amalan inilah yang akan Allah gunakan untuk tunjuk depan muka setiap orang dan akan dijadikan bukti diakhirat kelak andai mereka masih meragui dan tidak puas hati dengan keputusan yang Allah beri.

Bukti andai sifulan masuk syurga, memang layaklah kerana amalannya sekian sekian.
Bukti andai sifulan masuk neraka, memang patut pun kerana amalannya sekian sekian.

 "Nahh inilah hasil yang kamu usahakan sewaktu hidup didunia dulu"

Firman Allah S.W.T didalam surah Az-Zariyat ayat 56 yang bermaksud :
"Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku"

Kesimpulannya, dapat juga kita fahami bahawa Allah S.W.T jadikan kita hidup dimuka bumi ini sebagai bukti yang akan diperlihatkan semula kepada kita diakhirat kelak tentang segala usaha penat lelah yang telah kita usahakan. Kerana dunia inilah ujian. Kita.....sedang diuji !

InnAllaha ya'lamu waantum laa ta'lamun

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui

~ Daurah uktubar
~ Penyampai : Ustaz Badrul

Wallahu A'lam