Monday 12 December 2016

A simple wishes dedicated for you....


(13.12.16)

HaPpY 4th MoNtHsArY awak ! :)

Sempena menyambut ke happy an awak nak mula berkhidmat dekat hospital tu, kita nak ucapkan selamat maju jaya dan sila lah nyanyi lagu 'kami sedia membantu' hari hari supaya perasaan cintakan negara tu mekar semekar pokok durian ayah seberang jalan :P

Kalau perasaan tu mengecut, ermm..ermm..nanti kita bagi tahu remedies nya apa. Hehe.

Actually I've something to tell you. Deep in my heart, I feel so blessed to have you in my life. To be with you for 4 months, is the sweet+est memory I ever had. 

Suka, duka, gembira, tawar hati, sakit hati, pahit, manis, kelat, kita dah lalui for these short term period. And kita berjaya melaluinya. Alhamdulillah... Kita rasa bertuah ada partner macam awak. 

Kepada suamiku yang baik hati, penyabar, penyayang....

Syukran atas toleransi yang dihulurkan sepanjang kita bersama. 

Syukran atas kesudian menghantar kita tiap tiap hari depan bangunan ofis.

Syukran atas kesudian mengambil kita balik dari ofis bila hujan lebat.

Syuran atas pertolongan membetulkan masakan kita yang tak menjadi, dan awak berjaya ubah masakan tu sampai sedap.

Syukran kerana sanggup bersengkang mata untuk menjaga kita waktu kita demam.

Syukran sebab selalu tolong kita basuh, sidai & lipat baju.

Syukran kerana rajin teman kan kita membeli belah walaupun awak sebenarnya dah penat berjalan.

Syukran untuk kasih sayang yang dicurahkan siang dan malam tanpa henti.

Syukran atas kesanggupan menadah telinga mendengar luahan hati ini.

Syukran sebab selalu berjaya menenangkan hati ini saat kesedihan melampau menyelubungi diri.

Syukran kerana menjadi suami yang bertanggungjawab atas segala perkara.

Syukran sebab berusaha memahami kita.

Syukran kerana menjadi suami yang terbaik untuk diri ini.

Syukran for everything :)

Benda yang paling buat kita rasa tenang, bila kita sedih, awak tak putus putus bagi kata kata semangat :)

May Allah bless you always and grant you His jannah.

Semoga kita kekal bahagia sehingga ke syurgaNya, insyaAllah :)

Wallahu A'lam

Saturday 13 August 2016

Irfan


Tinggal beberapa jam lagi, insyaAllah k.sakina akan bertukar status :D

Saja nak mengimbau kenangan lama suka duka pahit manis tawar kelat kita dulu dulu. Hehe.

Ifan ingat tak dulu dulu waktu ifan umur dalam dua, tiga tahun? Waktu tu, k.sakina selalu pakaikan ifan baju kurung dengan tudung. HAHA. K.sakina buat macam tu dulu sebab rasa naaak sangat ada adik perempuan. Yela. Dulu dulu suka main mak mak, masak masak, barbie doll, sebab tu teringin nak ada adik perempuan. Baru ada 'geng'. Hehe. Tapi, walaupun k.sakina pakaikan baju perempuan, Ifan happy je. Terlompat sana terlompat sini. Lari sana sini tunjuk dekat semua orang dalam rumah. Hehe. Perasaan k.sakina? mestilah happy n bangga sebab dah berjaya transform Ifan jadi adik 'perempuan sementara' :D

Tak lama lepas tu ifan masuk tadika, k.sakina pulak masuk asrama. Imagine darjah 4 dah masuk boarding school. Macam tak caya. Cute je kan. Haha ! Ifan pulak, tiap kali K.sakina cuti, balik rumah je, adaa je belikan hadiah. Tak pernah lupa! Bagi pensil lah, pemadam, pembaris, sampaikan penah sekali ifan dapat hadiah pencil box waktu tadika, pastu k.sakina mintak. Mula mula ifan tak nak bagi, tapi tak lama lepas tu, terus cakap 'ambiklah'. Haha baik hati sungguh. Adik sapa la tu :D

Bila k.sakina darjah 6, masuk balik Al-Amin. Tak duduk asrama dah. Dapat la bergaduh dengan ifan setahun :D Kalau tak puas hati je, terus tibai cekaw tangan ifan sampai berdarah. Fuh ! Lepas dah terkam tinggalkan kesan n dengar ifan nangis, teros puas hati ! Disebabkan k.sakina lagi tinggi & lagi besar dari ifan. Mestilah k.sakina menang. Hooreyyy  !

Tapi ada jugak kenangan best waktu ni. Kita selalu main mekap mekap. K sakina mekap ifan, lepastu ifan mekap k sakina. Lepastu kita main tali skipping. Tutup botol. Main rumah rumah ( rumah terbina tiap kali hujan turun :D terus cari selimut, susun bantal keliling kita dua & tidur). Best betul.

Masuk je form 1, kita dah jarang gaduh. Yela sebab k.sakina sekolah nun kat Kelantan. Bila masa nak belasah ifan. Haha. Lepastu irfan mula balik bagi hadiah. Ifan bagi kad good luck, bagi key chain (key chain garfield tuu. Ingat tak? K fana dapat alphabet F, tapi k.sakina dapat I, sebab ifan kata alphabet S tak ada... tapi kan, sekarang baru k.sakina terfikir, sebenarnya I tu stand for irfan ke?) Ifan bagi ifan punya ehhh senanya? Huuuu. Tapi cantik okay key chain tu. Suka sangat. Thank youuu. K.sakina pulak tiap kali nak balik dari kelantan, mesti pergi zon ria. Beli kan jajan. Bagi tau kawan, ni semua untuk adik. Tapi realitinya, sampai je kat rumah, k.sakina yang bedal semua. Licin! haha. Ifan makan sikit sangat. Padanlah berat badan k.sakina naik mendadak waktu sekolah menengah. Maaaakan je keje. Tak ada kerja lain.

Yang paling best, bila cuti sekolah lama sikit, dapat balik kl, pastu bila rasa teringin nak makan keropok bantal bas pak cik hashim, Ifan belikan tanpa banyak bunyik. Turun je bas, masuk rumah "nah". waa memang happy la kakak awak sorang nih.

K.sakina ingat lagi waktu ifan darjah 6, kitorang dapat kesan ifan macam berubah sikit. Biasalah, nak meningkat remaja. Hormon weng sikit. Haha. Ifan tau tak, setiap kali ayah marah ifan, k.sakina yang menangis. Tak boleh oh. Kalau orang lain ayah marah, macam ok lagi. Tapi kalau ifan yang kena, rasa macam... sedih :( Time gosok baju pun boleh menangis. Haha. Lawak lawak.

Waktu k.sakina diploma, ok dah dapat kat KL. Tapi ifan pulak masuk form 1 sekolah kat Kelantan. Waktu ni, kita laagi jarang gaduh. Kalau gaduh pun, tak de dah luka luka ni. Hehe. K.sakina busy dengan study, Ifan pun sama. Bila ifan habis SPM, K.sakina pulak sambung degree nun kat Jengka.

Memang k.sakina tak ditakdirkan tengok ifan membesar depan mata. Tiba tiba..aikk, perangai dah berubah, aik berubah lagi dan lagi. Macam tu lah sampai sekarang.

No wonder ifan 'cop' k.sakina sebagai pembuli. Wakaka. Yang tu memang tak boleh nak nafikan. Hehe.

Hmm, how times flies ~

Semua dah besar. Ada jalan masing masing.

Anyway, all the best Ifan. Nasihat K.sakina, jaga Allah, jaga quran, jaga diri.

Moga Ifan dapat habuannya. Dunia n akhirat.

Doakan k.sakina dan semua jugaa. Jangan lupa ;)

Eh, thanks hadiahkan beg rembu2 gitu dari lombok ! Cuuun. Tak sangka dapat ole ole. Hehe. Makasih yaa. Terima kasih tolong mop lantai. Terima kasih tolong sental teres luar. Ringan sikit kerja k.sakina. Nak nak time nak kawen ni. Banyak sangat kerjanya.

Syukran jazilan ifan :)

K.sakina saaaayang ifan !

p/s : kalau time raya baru ni ifan tak cakap kesan parut kat tangan ifan tu disebabkan k.sakina cekaw, sampai sekarang k.sakina tak tahu k.sakina sejahat tu dulu okay. Haha. Sorryyy !

Wallahu A'lam

Monday 1 August 2016

Kebarangkalian saya makan durian.Berapakah jawapannya?


Probability.

It is a chance of prediction that might happen.

How can we apply this formula in our daily life? How accurate it is if let say we manage to get the answer? The crucial part is, to what degree can we rely on the outcomes?

Fikir balik, to some extent, even kita dapat jawapan dia, masih jugak susah nak percaya. kan :D

Kebarangkalian saya makan makanan yang sama dalam tempoh satu minggu.

Kebarangkalian saya pergi ke Jaya Jusco dalam tempoh satu bulan.

Kebarangkalian saya bersenam di taman dalam tempoh satu tahun :D

Banyak kebarangkalian yang mungkin jawapan dia AB ( 1 - B ). Atau sebaliknya.

 ~ Rabbi yassir wala tu'assir.

Oh ya. Sebelum saya lupa. Jawapan bagi soalan diatas = y (1 > y )

Wallahu A'lam

Thursday 28 July 2016

Takut.


Having fear of death between, (pertama) sayang nak tinggalkan dunia atau takut amalan tak cukup, (kedua) takutkan azab Allah dan nak lepaskan diri dari neraka is totally tak sama.

Having said this, I wonder which one is my real perasaan takut yang saya ada. Kadang-kadang the latter one tu, but most of the time yang pertama rasanya. Takut amalan tak cukup @ amalan rosak. (na'uzubillah min zaalik)

Entah. Saya sendiri tak pasti.

Tapi kau, aku dan semua tahu kan. Perasaan takut yang kedua tu, takut yang membawa kepada pengharapan, rasa insaf, takut yang memang SUPER POWER takut. Takut yang buat kau rasa nak menetap dalam masjid beribadah seumur hidup. Takut yang boleh membuatkan kau pengsan berkali kali bila terbayang terkena tempias api.

Tapi kadang aku sendiri pelik. Kenapa masih ada perasaan sambil lewa dalam beribadah, sedangkan aku takut masuk api neraka in fact aku tahu beberapa jenis azab yang dah diberitakan melalui al-quran dan hadis nabi.

Ya Allah.. aku berlindung dengan-Mu dari azab nerakaMu T_T Kurniakanku husnul khatimah ya Rabb~

Wallahu A'lam

Friday 22 July 2016

jumuah ila jumuah

Bismillah...

Saya paling suka hari Jumaat sebab.....

---> Aura cuti sabtu ahad dah terasa

Bahagiaaa :)

Rasa macam nak stop kan masa sekejap. Sekejap je. Sekarang. Hehe.

- Salam Jumaat -

Wallahu A'lam

Wednesday 20 July 2016

Roket

Bismillah...

Naik lrt je dah boleh sampai ke damansara n subang. Seronok. Tapi, awat rasa lrt macam dah banyak rosak. Veriselo.

Sekarang, nak tunggu bulan jatuh ke riba macam tak jatuh jatuh je. Ni rasa macam nak terbang terus ke angkasa.

Motif post?

Wallahu A'lam

Sunday 17 July 2016

open house

Bismillah....

Semalam kitorang buat open house untuk kawan kawan UM ayah saya. (eh ayah saya grad bulan 10 tahun ni tahu). kuikui.

Group ayah saya memang terkenal disebabkan beberapa faktor.

Pertama. Mereka kelas A

Kedua : Ada seorang ni, bila dia bercakap, mesti akan ketawa BESAR yang boleh menyebabkan satu hall boleh bergema (wakaka). Yang lagi bagus, bila dia ketawa, sah2 yang lain lain ikut sama. So, memang riuh la satu taman bila semua dapat jumpa & mula bersembang.

Semalam waktu kat dalam bilik nak solat isyak, tiba tiba dengar 'HAHAHAHA'. Terus cakap 'Ohh that guy dah sampai' :D

Nampak? Pengecaman dari jarak jauh :D

Dan mereka nak buat second meeting bulan 8 ni. Haha.

***************************

Bila semua dah balik, tengah lap lap pinggan basah, ternampak aswad. Tidur lena bukan main. Penat sangat kot layan tetamu. Panggil nama pun xmenyahut. Sleeping beauty. Haha. Aswad aswad.

Terima kasih lah membantu melayan tetamu :D

Wallahu A'lam

Friday 15 July 2016

Walimatul Urus


credit

Rasulullah s.a.w bersabda:
" Makanan yang paling buruk adalah makanan dalam walimah yang padanya hanya mengundang orang-orang kaya untuk makan, manakala orang-orang miskin tidak diundang.."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Saya,

Nurul Sakina Norazman

ingin menjemput semua yang mengenali diri ini

ke majlis perkahwinan saya pada

Tarikh : 14/08/2016
Masa : 12.00pm - 4.00pm
Tempat : Dewan MPAJ AU 5

Semua dijemput hadir, tanpa sebarang diskriminasi :)

"Wahai sekalian manusia ! Bertaqwa lah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwa lah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan peliharalah hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu"
(An-Nisaa' : 1)

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya diantara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir"
(Ar-Rum : 21)

Doakan kheir semuanya :)

p/s : sebarang pertanyaan, boleh pm saya (^_^)

Wallahu A'lam

Thursday 14 July 2016

pray :)


Often we pray for things. Desperately. And our prayers seem to go unanswered. But then out of nowhere, something happens to teach us this crucial lesson: Allah doesn't always answer our prayers right away. But He always answers. In one way or another. Always.

- Yasmin Mohaged -

Wallahu A'lam

Tuesday 12 July 2016

Bayangan.



Imam Al-Ghazali ada menyebut

Cara hidup kita didunia

adalah bayangan

cara kehidupan kita diakhirat nanti.

******************

Sebab itu, 

aku harap

~ Husnul khatimah ~

Sebab.....

Sumpah !

kau akan takut 

jika tangan kiri kau mendahului 

ketika mengambil buku catatan 

dekat padang mahsyar

T______T

aku juga takut

moga pengakhiran baik milik kita semua

Wallahu A'lam

Monday 11 July 2016

The most top secret


The secret of being 
HaPpY
is accepting where you are in life
and making the most out of everyday...

~ Syukran jazilan ~

Happy ! Dapat coklat & duit rayer !

:D

Wallahu A'lam

Sunday 10 July 2016

Bermusuh mudah, memaafkan perit


Itulah sifat orang kebanyakan kita.

Lain fahaman, lain parti...

---> Musuh !

Walaupun perbezaan itu terlalu mild.

Elok elok orang tu bagi ucapan raya, dekat banner je pun. Habis dikoyak rabakkan muka beliau. Geram sangat barangkali. Hmmm.

Kalau difikirkan, itu sekadar ucapan saja.. It doesn't hurt you.

Wallahu A'lam

Thursday 7 July 2016

Taqabbalallahu minna waminkum :)


Selamat hari raya semua ! ;)

Moga semua amalan kita diterima Allah s.w.t dan moga kita tergolong dalam golongan mereka yang mendapat pengampunanNya.

Raya tahun ni, ada 2 kelompongan. Kakak dengan abang raya belah sinun. So, yang tinggal tak lain tak bukan, Saya dengan adik saya. Hehe. 

Bila semua berkumpul kat rumah opah, family pak cik mak cik datang, semuanya lompong lompong. Sebab yang tinggal semuanya yang masih single trantantang. Kikiki.

Tengah tengok TV, sambil sembang dengan sepupu....

Iqbal : K.Sakina, k.Sakina ni kira warga 90-an pertama yang akan.....
Saya : Yeh? Hahaha

Bila pergi depan, tengok afiq dengan ifan tengah baring, terdengar diorang sembang...
Afiq : Hmmm ifan, ni la geng2 single. Macam ni lah hidup. Dengan nada sadisnya.
Ifan : Hahaha
Paksu : Sakina dengor ler apa yang deme sembang. Kawin. Kawin. Apiq, perempuan mudah tak payah pikir sangat nak cari duit. Tapi yang lelaki ni haaa, fikir dua tiga kali nak kawin. Tak kerja nak sara anak orang macam mana?

Hahaha !

----> Sekarang ni semua kena kerja la paksu

Hihiii...

Ohh hari ni 2 syawal, masih lagi dalam misi pencarian lemang. Habis lah.... Hehe

Jap, nak belanja dua gambar.

Nah.

Purple ! Except that guy

Kipas angin opah buat tudung saya jadi macam tu. Haha

Itulah dia cerita raya 2016. Hari ni InsyaAllah ke Chemor. Skali dgn kakak & abang ipar. Ramey ler sikit ye dakk? Hehe...

---> Lemang ! Aku datang !!!

Wallahu A'lam

Monday 4 July 2016

Ihfazillah. Yahfazuk.


Alhamdulillah.

Dapat jugak merasa buat akaun syarikat minyak. Mula mula tu risau jugak sebab bila tengok dokumen diorang, memang tak faham. Satu habuk tak faham. Apa kegunaan payment advice yang diorang bagi, apa tu daily information, credit card yang beraneka jenis. Dah la last skali kena buat matching. Nak mula dari mana pun tak tau. Dokumen punya la banyak berkilo kilo. Mau pitam saya kalau tak ada orang mengajar. He he. Gelap.... Gelita.....

Pagi tadi jumpa owner syarikat. Clearkan suspense account. Dalam pada tu, saya rasa macam dengar ceramah pun ada. Best. Terselit cerita cerita dan nasihat berguna.

Kisahnya.....

1) Ahli silap Mata

Saya pergi masjid malam hari tu buat tarawih. Bila balik rumah, sedar sedar handset tak ada dalam poket. Saya rasa mungkin waktu tgh duduk duduk tu, terkeluar kot so saya pergi balik masjid. Cari dekat tempat saya duduk tadi. Sampai je sana, hmmm ghaib. Hilang. Lesap. Dah la hnset tu baru je beli. 

Tu la orang kita. Agama dah Islam dah, tapi akhlak. Kebanyakan nya very selective. 'Uihh haram makan bab1, tapi... Tengok malam malam, dia pegi kelab minum arak. Ramai orang tak ambil cara hidup islam secara menyeluruh. Ambik sekerat sini sekerat sana. Lepastu yang lompong tu, pura pura tak nampak. Halal belaka.

Saya sebenarnya segan nak cakap handset hilang dekat masjid. Bukan ke masjid tu tempat beribadat. Tak ada rasa takut pun dengan Allah. Berani sungguh. Mencuri dalam bulan ramadhan dalam masjid pulak tu.

Orang kita. 

Barang kita tercicir. Bila kita pusing belakang, aikk dah hilang. Macam ahli silap mata.

Awak kalau nak jalan jalan, pergi negara jepun. Tengok budaya diorang. Negara yang majoritinya bukan islam, tapi akhlak. Subhanallah...

Ada sekali tu saya nak masuk satu supermarket. Tempat tu kita tak boleh bawa masuk barang barang lain. Imagine, barang yang saya baru beli, kena letak dekat luar, dah lah tak ada penjaga. 

Tapi, memang hebatlah. Saya shopping dalam tu dua jam lebih. Bila keluar, barang barang saya semua masih ada. Tak berusik. Tak bergerak pun. Barang orang lain pun sama.

Orang jepun dia tak mencuri, membunuh, bukan sebab takut Tuhan. Tapi sebab jaga maruah. Maruah diorang no 1. Sebab tu kalau diorang buat jenayah, riuh sekampung, diorang lebih rela bunuh diri sebab maruah dah tercalar.

Hiuuu......malu beb.

2) Batu jatuh berguling guling

Dari apa yang saya nampak, generasi Y mudah sangat lemah semangat. Kerja dekat syarikat A, sehari je besoknya berhenti. Lompat pulak pergi syarikat B, sebulan je bertahan, lepastu resign sebab bos teruk. Kerja pulak dekat syarikat C, 6 bulan je bertahan sebab rasa gaji sikit. Kerja nak mudah, gaji nak tinggi, liability tak nak ada langsung kalau boleh.... Macam mana? 

Saya selalu pesan dekat anak saya, 'korang jangan la lompat lompat kerja. Stay lama la sikit, baru ada pengalaman berguna. Buat apa dapat tau banyak perkara tapi ilmu tentang sesuatu perkara tu terlalu sikit. Bila masa nak dapatkan pengalaman?'

Ibarat kita baling batu, batu tergolek golek. Tanah antara batu yang tergolek golek dengan batu statik, mana yang lebih banyak melekat dan tahan lama?

Krikk...krikk..

3) Masa.ITU.dibayar

Awak kalau kerja, kerja sungguh sungguh. Jangan curi tulang. Katakan gaji awak dua ribu sebulan. Dua ribu tu untuk bayar awak kerja 180 jam. Kalau awak main Facebook, rehat lama lama dekat surau, duduk dalam tandas lama, tengok youtube, asyik pegi pantry cari makan. Macam mana dengan gaji awak? Katakan 175 jam kerja (Itu pun kalau tak berjalan cari kawan nak bersembang) 5 jam lagi untuk benda benda lain. Agak agak halal 100% ke dua ribu tu sedangkan 180 jam itu hak syarikat?

Ting tong....

****************************

At the moment, dah dua orang saya jumpa. Berpangkat tinggi, berjawatan besar, kaya, dan paling penting...Sangat menjaga solat.

Ini saya lihat sendiri.

They are my boss's clients, that I dealt with.

Nota kaki : Ada hikmah juga keluar pergi ofis orang.

Moga Allah merahmati kalian dan mengurniakan kalian kebaikan didunia dan akhirat.

Wallahu A'lam

Sunday 3 July 2016

Wake me up


Be better than you were yesterday

Moga hari ini betul betul mengejutkan aku dari mimpi

Wallahu A'lam

Sunday 26 June 2016

Semuanya baik baik belaka :)


Ini la waktu yang sesuai untuk berjinak jinak jadi baik.

Cakap yang baik baik
Tengok yang baik baik
Dengar yang baik baik
Tulis yang baik baik

Sebab

Semua tu kan ganjarannya pahala.

Dan. Moga istiqamah hingga keakhirnya.


Tengok.

Dekat syurga semuanya baik baik tau

Ohh, what a feeling....

Bestnyaaa

Nota kaki : Antara kriteria 70000 orang yang masuk syurga tanpa dihisab adalah 'wala yatathoyyarun' (tidak beranggapan sial kerana sesuatu), dan kepada Allah mereka bertawakkal.

Cerita kat tv suka sangat selitkan watak watak 'orang tu pembawa sial'. Tak patut tak patut.

Wallahu A'lam

Monday 20 June 2016

Tasahharu...


Dari Anas r.a dia berkata, rasulullah s.a.w bersabda 'makan sahurlah kalian, kerana pada makan sahur itu terdapat berkah'.
(Sahih Muslim)

Biasanya, puasa sunat paling susah nak bangun sahur. Bulan Ramadhan, senang pulak :)

Sajaaa nii !

Hehe

P/s : Walaupun disunatkan melewatkan sahur, jangan sampai penuhkan mulut dengan nasi disaat akhir. Bila terdengar azan subuh, reaksi awak mungkin...

1) Terkejut, tersembur keluar semua nasi
2) Masih mengunyah dengan muka gembira

********************

Tak sabar nya nak tunggu hari rabu :D

Selamat berhempas pulas meningkatkan ibadah kawan kawan ;)

Wallahu A'lam

Thursday 9 June 2016

Nak tahu cara malaikat mencabut nyawa orang kafir?


' Dan sekiranya kamu melihat ketika para malaikat mencabut nyawa orang orang yang kafir sambil memukul wajah dan punggung mereka (dan berkata), "rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar" '

(Al-Anfal : 50)

Bila baca dalam bahasa arab lagi meremang !

Ya Allah, matikanlah kami dalam islam dan ketika iman setinggi langit. Kurniakanlah kami pengakhiran yang baik.

Wallahu A'lam

Sunday 5 June 2016

Demi masa.....



Me : Awak thalhah eh?
Beliau : (geleng geleng kepala. Senyum)
Me : Habis tu nama awak apa? K.Sakina nampak dekat signboard depan tu nama nama korang. So, nama awak?
Beliau : Saifullah
Me : Oo. Saifullah. Nak mintak autograf boleh? Sedap suara.
Beliau : Senyum. Gelak gelak

*******************

Budaknya kecik tapi suara. Hmm dengar lah sendiri. Dah tinggi dah awak ek.

~ he can speak Chinese meyh ~

Wallahu A'lam

Ramadhan. Peluang dan tawaran hebat untuk kita semua :)


Assalamualaikum w.b.t.

Macam mana perasaan awak sekiranya.......

Duit dalam poket hanya ada Rm 1000. Kena pulak time tu nak raya. Duit yang seciput tu lah nak guna beli langsir baru, nak beli barang barang dapur untuk buat kuih raya, nak guna untuk bagi duit raya dekat anak saudara, duit tu jugak nak guna beli baju raya.

Nak dijadikan cerita, satu hari tu awak bawak kereta pecut punya laju melebihi 180km/jam semata mata nak kejar waktu maghrib sebab nak berbuka dengan saudara mara, pappp dekat depan ada road block. Polis tengah riang ria menyaman orang on the spot. And awak termasuk dalam golongan yang hampir hampir terima notis itu ! Maka terjadilah satu drama tragis....

Polis : Encik bawak kereta melebihi had laju yang dibenarkan ni. Saya terpaksa keluarkan surat saman. Ini dia surat saman. Rm 300. 

Awak : Ohh tuan. Maafkan saya tuan. Saya minta tuan faham keadaan saya. Saya ni dari keluarga susah. Saya kerja dekat Johor. Ni saya nak balik Perlis. Hari ni jela hari yang saya dapat balik kampung nak berbuka puasa dengan keluarga. Sebab tu terpaksa bawak laju nak kejar waktu maghrib.

Polis : Maaf, tapi encik ni bawak laju sangat ni. Macam ni lah, apa apa nanti, nak minta pengurangan bayaran ke apa ke, encik cakap dekat balai/mahkamah.

Awak : Tuan, tolong saya tuan. Tarik balik surat saman ni. Sekali ni je. Lepas ni memang saya tak akan buat dah. Tolong tuan. Sebelum ni pun, memang saya tak pernah bawak laju. Cuma tu lah, hari ni banyak kerja pulak, bertolak lewat dari Johor. Tolong tuan, faham keadaan saya.

Polis : (setelah mengambil kira riak wajah awak yang sangat menyedihkan dan ada sedikit perasaan belas ihsan), Baiklah. Saya tarik balik surat saman. 

Awak : ...........

Perasaan ?

Confirm happy ! Rasa nak cium tangan polis !

Ibarat diberi peluang kedua. Terselamat Rm 300 ~

Itu baru 300, dah rasa nak cium tangan polis. Happy kan !

*********************************

Esok tetamu kehormat datang !

Yeay !

Peluang untuk kita para pendosa.

Berebut mencari lailatul qadar, mendidik hati untuk khusyuk, dan berusaha mendapat pengampunan Allah.

InshaAllah. Syurga janji Allah.

Ini baru betul. Happyyyyyy tak terkata !

Moga kita berjaya.

Selamat berpuasa semua :)

Wallahu A'lam

Sunday 29 May 2016

Dengki kuasa dua

Bismillah...

'Orang yang benar benar miskin adalah mereka yang tidak pernah merasa cukup dengan apa yang ada'

---> Miskin jiwa. Jiwa merana.

Hasad tu maknanya dengki lah kan. Sebab hasad tu bahasa arab. Kita orang melayu patutnya cakap dengki je lah kalau nak menggambarkan betapa dahsyatnya sifat seseorang, tapi tak. Kita biasa akan cakap 'A tu punyalah hasad dengki dengan B sampai sanggup bla bla bla'.

Betul tak? Ke tak betul? Hehe.

Apa apa pun, nak didik hati dan diri supaya sentiasa merasa cukup, adalah dengan melihat orang yang lebih 'teruk' dari kita.

Maksudnya begini... Nak buat drama jap..

--> Alhamdulillah...bersyukur nya saya dapat kerja ! walaupun kerja teruk, bos teruk, kawan kawan teruk, tapi lebih baik dari orang yang kat luar sana yang tengah menganggur.

--> Alhamdulillah...bersyukur nya saya ada tangan, kaki, badan, semua lengkap ! walaupun tak de lah lawa mana, mata sepet, hidung tak mancung, pipi tersorong sorong, tapi lebih baik dari orang yang kat luar sana yang dilahirkan tak cukup sifat.

--> Alhamdulillah...bersyukur nya saya ada duit cukup cukup makan & sihat ! walaupun kadang kadang terpaksa kerja keras nak cari duit, tapi lebih baik dari mereka yang kaya namun sepanjang hayat terlantar di hospital.

Terlalu lalu lalu banyak benda yang Allah bagi yang memang patut kita bersyukur.

Roh yang keluar pukul 11.59 malam lepastu balik pukul 6 pagi lagi patut kita bersyukur.

Peluang tu. Huhu.

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Ya Allah, jadikan aku dikalangan hamba-Mu yang bersyukur dan sentiasa bersyukur.

Selamat malam ~

Wallahu A'lam

Sunday 22 May 2016

So real




They say that love never last
That love never lives to see another day
But what I know deep down inside
It's what I feel and it's so real

I gave it up all for You
And there ain't nothing that I won't do
All I know deep down inside
It's what I feel and it's so real with You !

Allah,
Everyday I'll try to be as true as I can to You
Cause loving You the best I can
Will always be my number one and only plan

Yes
Everyday I'll try to be as true as I can to You
Cause loving You the best I can
Will always be my number one and only plan

They say " you're out of your mind "
" don't you know that love fades away? "
They say " it only brings you pain "
But what I feel is so real

I gave it up and turned to You
Cause I know what Your love can do
O Allah open up our hearts
And make us feel 
How it's so real with You

Wallahu A'lam

Saturday 21 May 2016

Jawapan yang meloyakan


Antara jenis jenis orang yang suka memberi reaksi yang pada saya agak memualkan...

--> Bila soalan seseorang dibalas dengan soalan.

--> Bila soalan seseorang dibuat bahan jenaka.

--> Bila soalan seseorang dibalas sinis (dah lah tak menjawab soalan. Siap sakitkan hati orang lagi)

Why don't you just answer someone's quetions directly without hurting their feeling.

Apalah salahnya.

Bukan ke itu lebih menjimatkan masa awak dan dia?

Saya yang membaca, yang tiada kaitan dengan perbualan pun terasa hati, apatah lagi orang yang bertanya.

Wallahu A'lam

Friday 20 May 2016

Letak dekat gunung hancur berderai, manusia sikit pun tak heran. Astaghfirullah


'Sekiranya Kami turunkan al-quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka berfikir'
(59:21)

************************

Gerun OK !

Kalau gunung yang kita tahu sifatnya kukuh, tetap, padu, gah, besar, pun boleh hancur. Takut dengan Allah. 

Inikan pula manusia. Dah la penuh dengan berjuta kelemahan. Masih jugak terus menerus buat dosa.

 Berani sangat ke nak lawan Allah?

Na'uzubillah min zaalik

Wuuu. 

Peringatan untuk diri ini.

~ sila tadabbur Quran. jangan malas ~

Hati kering. Dosa senang hinggap.

O Allah. Please delete all my sins.

Guys. I need your help. Do pray for me. Ask Allah to...

Delete dosa saya yang menimbun setinggi langit.

Delete trash bin dosa.

Delete history dosa.

Delete semua dosa.

As if saya tak pernah buat dosa langsung.

Clean 

N

Clear

Ohh. Itu harapanku paling besar!

T_T

Nak dapat hati yang baik susah kan. Kena ada pengawas yang selalu pantau. Silap sikit je... Haip ! 

Wuwu.

Selalu selalu lah doa kebaikan untuk diri ini.

Moga para malaikat meng'amin'kan juga untuk kamu.

P/s : kepada awak / awak awak (macam kat sawah padi pulak) yang mendoakan saya, Jazakumullahu khairan kathira diucapkan.

Wallahu A'lam

Tuesday 10 May 2016

Pak cik kina !


Dah menjadi satu kebiasaan bagi kami. Bila dapat client yang degil, yang susah sangat nak bagi kerjasama, terus kena panggil....

Atuk / nenek --> Lingkungan umur 70 tahun
Pak cik / Mak cik --> umur 40 tahun

Phone ringing :

A : Hello
B : .......
A : Erm, she's not in today. May I know who's on the line?
B : ........
A : Oh ok. I will let her know to contact you back tomorrow.

C : Siapa tu A?
A : Abang angkat kina ! Bhahaha

Err, ni abang angkat anak makcik mana ek? Maklumlah, kaum kerabat saya ramai kat ASI. Atuk, nenek, pakcik belah mak sedara, Makcik belah atuk. Ada belaka.

You-name-it (>.<)

Wallahu A'lam

Sunday 8 May 2016

Soalan kesukaan

Bismillah...

Kebiasaan dan keseronokan orang melayu kita, bila seseorang meninggal, pertanyaan pertama....

---> 'apa kata-kata terakhir arwah'...?

Habis diselongkarnya, rekod, cari, gali, catit, framekan kata-kata terakhir.

Lepastu, mula la fikiran dan tindakan bahaya keluar...

---> padan lah arwah cakap macam tu, rupanya nak pergi dah
---> hukhukk. Kenapa la tak ikut je keinginan arwah
---> kenapa ini. kenapa itu. kenapa.....

Sedang hakikat sebenar, saudara saudari itu pernah je tanya soalan tu dua hari lepas, minggu lepas, bulan lepas, tahun lepas.

Hmmmm.

P/s : Moh ler kite ubah cara kita. Catit kata kata mereka yang masih hidup dan tampal dekat dinding dan paling penting hargai dan senangkan hati mereka. Kerana ketika roh sudah dipisahkan dengan jasad, semua nya tiada guna lagi. Semuanya.

Kecuali tiga.

Wallahu A'lam

Thursday 5 May 2016

Saya. Tak. Suka.


Wuwuwu. Demam seminggu. Tak suka nyaa. 

Nak tau tak kenapa saya seboleh bolehnya mengelak diri saya dari teknologi (ok, teknologi disini yang saya maksudkan adalah, dot dot dot........)

Pertama : Gambar

- Tengah seronok riang ria tengok gambar baju cun-cun, baju muslimah gitu, tengok beg, kasut, scroll lagi dan lagi dan lagi dan erkkkk... Terkeluar gambar 'virus minda'. You know what I mean rite. Gambar seksi meksi yang sangat menakutkan. Ok. Stop.

Kedua : Gambar lagi 

- Bila saya tekan magnifying glass, tiba tiba keluar gambar luuukaaa.. Waaaa! Sakiiittt dan saya benci tertengok dan rasa macam.... Menyesal ! Sepatutnya saya tengok TV cerita nona tetamu undangan kak ton yang promote beautyumaira lagi bagus.

Ketiga : Buang masa terlebih limit

- Bila dah duduk mengadap teknologi, perghh sejam rasa seminit. Punyala cepat masa berlari. Tak dan nak kejar. Lepas dah jadi macam tu, penyesalan tahap satu datang tanpa diundang. Yang sedihnya, rasa menyesal datang selepas 4 jam jadi anak patung tak bergerak.

Keempat : Penyakit hati

- Saya paling takut yang ini. Takut termengata orang dalam hati bila tengok status orang lain. Takut ter'jeles' dengan apa yang orang lain ada. Takut ter'riya' pastu bangga bila dapat pujian. Takut yaaang macam macam jenis perasaan yang ada pada m.a.n.u.s.i.a. Korang tahu kan penyakit 'ain? Moga saya dijauhkan dari menjadi penyebab dan dijauhkan dari terkena penyakit ini.

Kelima : Fitnah

- Saya tersedar dari mimpi akhir tahun 2010. Waktu tu mula la tengok balik kawan kawan yang saya kawan. Mula la delete sorang sorang. Kawan asalnya ada la dalam 500 orang. Delete delete delete. Tinggal 100++. Delete gambar yang macam macam gaya saya pernah buat. Gambar dia punya banyak. MasyaAllah ! Wuu. Sedih kot tengok diri sendiri. Tak tipu. Lepastu dengan fitnah agama lagi. Orang sekarang mudah sangat forward n send benda yang dia sendiri pun tak tahu menahu kesahihan berita tu.

Keenam : Hmmm..

Banyak lagi sebenarnya. Tapi... Ni jela yang saya share. Saja nak buat kenang kenangan & tinggalkan secebis perasaan kat sini. Boleh baca balik nanti nanti. Pastu gelak sorang sorang.

Ok. Itu scary.

Moga kita semua terhindar dari fitnah dunia & akhirat. 

Tolong kawan. Doakan saya ~

Wallahu A'lam

Monday 2 May 2016

Menafikan hak itu lebih teruk rasanya


Perumpamaan.

Ali bagi makanan dekat seekor anjing.

Kat sini ada dua jenis golongan yang memandang perbuatan Ali.

Pertama : Kagum. Memuji. Bangga dengan tindakan Ali.

Kedua : Mengutuk. Mencerca. Menghina. Rasa macam tak patut anjing tu diberi makanan. Kankehar0mmenatangtu...

*****************************

Setahu saya dan pandangan saya.

Anjing itu, yang haram keatas kita adalah terkena air liur dia. Kajian saintifik pun dah buktikan tentang bahaya kuman jilatan anjing. Jadi, yang haramya setakat itu saja lah.

Menafikan haknya sebagai makhluk yang memerlukan makanan sangat kejam ! Erghh..

**************************

Abu seorang ahli politik. Dia juga seorang penceramah bebas.

Pandangan orang awam terhadap ceramah beliau.

Pertama : Ooo. Sirah nabi macam tu rupanya. Baru tahu.

Kedua : (Baru je dengar nama ahli politik yang berlainan dengan dia nak beri ceramah, terus -----> tolak 100%. Tak nak dengar ceramah dia. Not even a single word. Tak Maw Dengar ! Full stop.

**************************

Pandangan saya.

Kalau beliau memang dari ahlinya (pakar sirah), kalau beliau bukan dari parti pilihan kita sekalipun, tapi apa yang beliau sampaikan dari sumber yang sahih,

---> Kenapa perlu kita sumbat telinga dengan jari?

Dengar je lah.

Menafikan beliau sebagai seorang ilmuan sangat kejam okay.

Wallahu A'lam

Sunday 1 May 2016

T.I.M.E


Dulu waktu sekolah kat Kelantan, selalu singgah dekat satu restoran ni. Restoran Razak. Pakcik ni sangat peramah & suka sakat kitorang sebab tiap kali singgah sini mesti waktu pagi & siap2 pakai baju sekolah. Huuu, muka semua dah macam nak nangis sebab selalu mak ayah balik KL pagi2 lepas hantar kitorang. Serius. Sedih (ketika itu).....

Tadi...

Ayah : Kita nak makan kat Restoran Razak la, nak jumpa Razak. Lama dah tak jumpa (happy n eager face)
Kami : Okayyy

Bila sampai kedai, yang ambil order, orang lain. Ayah terus tanya.

Ayah : Razak mana?
Waiter : Razak dah meninggal.

Innalillah wainna ilaihi raji'un...

Ayah : Bila?
Waiter : Dua tahun lepas.

Ohh last kitorang datang Kelantan memang dua tahun lepas pun. Sebab hantar kakak ipar nak berpantang disini.

Hmmm....

That's life. Every seconds new baby born and someone dies. Appreciate all those people around you before they left us and return to our Creator. The time will come and all of us will experience it.

Wallahu A'lam

Saturday 30 April 2016

Lolipop masam masam manis



Kah Ling :  U tahu tak, hari tu kitaorang nak main badminton. Waty bawak racket dalam beg, pemegang dia kan panjang so terkeluar la sikit dari beg, 75 degree. Waty tak perasan raket dia terkeluar & cucuk cucuk qilah. Reaksi Qilah 'eh. eh. sambil tolak raket'. Haha... Reaksi Waty......? Masih tak perasan. Selamba. Macam tak ada apa apa berlaku... ^^

Lepas semua borak panjang, sambil berdiri dalam lrt, tiba-tiba...

Qilah : Waty ada gula-gula tak?
Waty : Ada. Lolipop kaki. Ada dua, kanan n kiri.

Hahaha. Watywaty :D

Wallahu A'lam

Wednesday 27 April 2016

Jalan - Jalan


~ Nu Sentral ~

Bukan selalu dapat keluar ramai ramai macam ni. Rindu betul ! 

Bila bukak cerita, yang sorang dah nak kahwin hujung minggu ni. Ada yang dah bertunang dan bakal mendirikan rumah tangga bulan 12. Ada yang baru dapat restu mak ayah. Ada yang masih merahsiakan hubungan 'kawan tapi mesra' @ 'kawan tapi nampak lain macaaam je' dari pengetahuan mak ayah (yang ni saya musykil, sebab macam 'wehh power nyaaa boleh simpan rahsia sorang sorang. Haha)

Dah kenyang boleh lah semua senyum :)


Aihh waty kenyang sangat nampak..sampai tertidoq...


Mereka. Sangat sangat sangat BEST !

K.awin luaran nampak cooooool. Tapi dalaman....(?)

HEHEHE...

Semoga dipermudahkan segala urusan kalian !!!

Dan moga berjumpa lagi !

(InsyaAllah)

(^_^)

Wallahu A'lam

Thursday 21 April 2016

Small gathering


Jaya Jusco Maluri.

Lima tahun dah berlalu,

Tapi

Petang tadi baru berjaya menjejakkan kaki semula ke tempat...

Yang kononnya boleh mengurangkan stress,

Waktu zaman diploma dulu.

Upsi !

Hmmm. Nothing much different. I would say.



Perjumpaan kecil-kecilan.

Ahh kenapa rasa rindu ini membuak buak?

Rindukan kawan

Yang sanggup bangun awal semata mata nak makan pagi bersama,

Yang sanggup berjemur dibawah terik matahari sebab nak makan tengahari bersama,

Yang suka outing bersama,

Yang rajin menyakat sesama sendiri,

Yang suka membantu menyelesaikan masalah,

Merantau ke negeri orang bersama,

Berlari dalam hujan bersama,

Yang suka ketawa berdekah-dekah (maklumlah kawasan kita kan tiada lelaki :D)

Yang tak suka bicara tentang orang lain,

Serius. Saya suka mereka.

Mereka sangat besttt !

Tapi...

Tak lama lagi,

Masing masing akan membawa haluan sendiri,

Masing masing akan ada tanggungjawab sendiri,

Masing masing sibuk dengan urusan sendiri.

Dan kita semua,

Bakal berpisah,

Tidak lama lagi.

Seorang ke hulu

Seorang ke hilir

:(

May Allah ease everything kak !

 ninedaystogo :)

Wallahu A'lam

Monday 18 April 2016

Tortoise win the race



To success....

 ~ It does not matter how slowly you go as long as you do not stop ~

That's a fact !

Knockyourheadtothegrass

Even in realitasss 

i prefer to be like a rabbitasss

Adiozasss

Wallahu A'lam

Sunday 17 April 2016

Cerewet. Ada kala mengundang kebaikan


I know. It might sound peculiar. But... it's true, right..?

Mr G, siapa tak kenal. Kalau boleh setiap minggu nak call kami keep track akaun beliau dah sampai ke mana?

--> have you passed my account to audit
--> how much i need to pay for my personal tax? 
--> please record my account as it is. (for your info, he is the only one. I repeat. He is the only client who will pay whatever amount deemed to him, either it was big or small amount. Very difficult to find client like him)
--> these expenses i used for personal not company purpose
--> Is it claimable or not in tax comp?
--> do advice me which one is better. Is it ok to declare them as asset or just put them under office maintenance?

**************************

Waktu terima dokumen nak buat akaun gst dari PA beliau, Mr K buka cerita..

Tahun dua kosong sekian sekian sehingga tahun dua kosong sekian sekian, company ni kena tax audit. Jadi Mr G mengerahkan seorang senior saya untuk cek semua transaksi dalam tahun berkenaan. seminggu jugalah kakak ni dipaksa cek akaun beliau. Nak pastikan tak ada masalah bila pegawai dari LHDN datang cek akaun.

Tahu tak...? Bila tax officer tu datang, muka diorang berkerut (macam nak marah pun ada, muka konfius pun ada, muka tegang je). 

Kata pegawai tu --> Mustahil. Tak mungkin ada syarikat yang sangat kemas macam ni. Ish, tak mungkin.

They took only 2 days to check on the account. Finally, they came out with one letter..

Sukacita dimaklumkan bahawa kami telah selesai melakukan penemuan audit bagi syarikat dot dot dot. Tiada perbelanjaan akan ditambah balik bagi tahun taksiran dua kosong sekian sekian sehingga tahun sekian sekian.

And my expression...

--> what? Bia betol....???

Mr K --> Hmm, that's why when my boss got angry with me when there are no supporting documents attached with the payment, i just accept. Eventhough he is very and sooo fussy, but see how the things work.

Ohh. Saya pun suka buat akaun company ni. Sangat teratur, tersusun dan kemas. Kipidup! HAHA :)

Wallahu A'lam

Wednesday 13 April 2016

Counting daysss


KL : I'll miss you sakinaaaaa !
Me : Me too. Will miss teasing you. But, never mind, i'll find somebody else to tease ! Mehehehe (grinning)



Makin dekat masa berpisah,
Makin banyak benda yang best berlaku.

Pertemuan mesti ada perpisahan.

Itu sunnatullah.

Moga dengan baki masa yang Allah beri,
Dapat memberi kekuatan kepada saya (terutamanya),
untuk menyampaikan sedikit ilmu islam.

Moga Allah memberi hidayah kepadamu,
Kawan !

'O Allah, make my best day, the day when i meet You'

Wallahu A'lam

Tuesday 12 April 2016

Penceroboh akan didakwa !


Ada dua orang, si A dan si B.

Si A menceroboh kebun tanaman pak leman. Tanpa meminta izin tuan kebun, si A mengusahakan kebun tanaman sehingga menghasilkan pelbagai buah-buahan yang besar dan enak. Si A membuat kebaikan tanpa redha dan restu pak leman.

Si B masuk ke kebun pak leman. Berbeza dengan si A, si B mencari tuan kebun sehingga jumpa dan beliau meminta izin tuan kebun untuk mengusahakan kebun tersebut. Selepas diizinkan, barulah si B mengusahakan kebun tanaman itu.

Persoalannya, siapakah yang layak menerima upah dari pak leman?

************************

Begitulah perumpamaan orang kafir. Mereka membuat amal kebaikan, menderma, membina jalan untuk kegunaan orang awam, membantu orang susah, dan banyak lagi kebaikan yang mereka lakukan.

Persoalannya...

Adakah mereka akan mendapat pahala dari Allah s.w.t?

Wallahu A'lam

Friday 8 April 2016

Awan mendung

Bismillah...

08/04/2016

Buah berangan, dibelah dua

Jangan ditolak, makan bersama

Jikalau tuan, berhati mulia

Mengapa bertindak, sedemikian rupa

*******************************

Pantun empat kerat apakah...?

Customer is always right. Same goes to clients never do wrong.

Hmmmm...

Ini kisah...

Seorang lagi kawan, sudah memberi surat merah.

T__T

Wallahu A'lam

Monday 28 March 2016

Sanakhudhu ma'a rikana ma'ahum



Lagu lama ni

Diperkenalkan oleh abang saya

Cuba dengar

Best !

Wallahu A'lam