Saturday 16 March 2013

Why make it hard for yourself to obey the rules?



Living in this world, we cannot escape from abiding the rules. Wherever we go, whatever we do, we must obey the regulation given. Just imagine what will happen to this world if there are no rules....

Rules for students :-
~ Student must not come late to school
~ Student must not sleep in class
~ Student must raise up their hand if they want to say something in class
~ Student must complete the homework given
~ Student must not eat in class and so on and so forth.........

Rules for employees :-
~ Be punctual
~ Be responsible 
~ Don't waste your time
~ Ask your boss if the task given is not clear 

Rules for muslim :-
~ Follow the Quranic teachings
~ Follow Prophet Muhammad's Sunnah
* Refer to both of them insyaAllah you won't be astray 

Hakikatnya kita tidak boleh lari dari peraturan. Dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara pasti terikat dengan peraturan. Dari menjadi seorang anak, ibu, ayah, pelajar, pekerja, pengarah, ketua, dan yang paling utama hamba kepada Allah s.w.t. Semuanya mempunyai peraturan-peraturan tersendiri dan sangat berkait rapat antara satu sama lain. 

Peraturan yang Allah tetapkan susahkah untuk dilaksanakan?

- Jom muhasabah diri-

Wallahu A'lam

Thursday 14 March 2013

ibtisam :)




sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Janganlah sekali-kali engkau menganggap remeh suatu perbuatan baik, meskipun (perbuatan baik itu) dengan engkau menjumpai saudaramu (sesama muslim) dengan wajah yang ceria"

            ( Riwayat muslim : No.2626 )

Wednesday 13 March 2013

Berapa nilainya air matamu?



Teringat suatu masa dulu ketika masih belajar di KPTM, kami ada mengikuti satu program (saya lupa apa nama programnya). Program itu bermula selepas maghrib memandangkan waktu itu sahaja semua orang free dan tiada kuliah. Jadi kami mula dengan solat maghrib secara berjemaah, mendengar ceramah (tak silap saya), dan sedikit taklimat. Jam ketika itu menunjukkan pukul 9.30 malam dan saya agak selepas ini mesti solat isyak berjemaah dan boleh bersurai. Tapi sangkaan saya meleset melencong jauh sama sekali. Semua lampu dalam dewan tiba-tiba terpadam. Mereka yang hadir mula berbisik-bisik sesama sendiri....
> eh kenapa ni?? 
> haa blackout ke?..takutnyaa dah la ni tingkat 5,tingkat yang paling menyeramkan
> apa diorang nak buat ni??
> dan pelbagai lagi telahan..

~ saya?  sebaik saja lampu terpadam terus berbicara didalam hati 'oh ni mesti ada slot air mata ni'

Tiba-tiba satu suara menjelma dan.........tidak syak lagi suara itu milik ustazah nor bahyah. Suasana dalam dewan mula bertukar wajah. Dari keadaan sepi kini terdengar suara esak tangis para hadirin. Semakin lama semakin kuat bunyi tangisan. Tak kurang juga ada yang sampai hampir meraung (sedih sangat barangkali). Saya rasa mungkin dalam 30 minit kami berada didalam gelap. Sebagai penutup kami berselawat beramai-ramai...

Tick. Suis lampu dibuka. Dari apa yang saya lihat boleh dikatakan hampir semua orang yang berada dalam dewan masih tersedu-sedu. mata merah. tidak ketinggalan juga sahabat-sahabat saya, semua menangis.

~ saya? tetttt (agak sukar untuk menangis untuk program2 sebegini).

Sehinggakan ada seorang kawan saya bertanya. '"sakina awak tak nangis ke?" 

*saya hati batu? Andalah orang yang paling tidak mengenali saya



Bagi saya, air mata keinsafan itu adalah apabila seseorang itu bertaubat, benar-benar insaf, sedih atas kesilapan lampau yang pernah dilakukan. Dan bukannya apabila ada program-program sebegini, baru nak sedih, baru nak nangis. Lepas je program, apa jadi? kembali pada diri yang asal, masih tidak berubah, masih sombong dengan Allah. Tidak ada sedikit pun usaha untuk berubah. Hipokrit sungguh! 

Saya? mungkin susah untuk menangis ketika berada dalam program, namun tidak mustahil dan memang saya akan menangis ketika bersendirian (ketika berada didalam solat). Percayalah sahabat, kita akan dapat rasa yang Allah itu saaaangat dekat dengan kita. Cuba amalkan dalam sujud yang terakhir doa banyak-banyak, nyatakan segala kesilapan yang pernah kita lakukan samaada sengaja @ tidak, kerana itu lebih menginsafkan kita. perasaan malu akan timbul. Mohonlah ampun dari Allah selagi masih bernyawa. Jangan bertangguh kerana belum tentu kita masih hidup esok hari.

Firman Allah S.W.T : " Dan barangsiapa berbuat kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia memohon ampunan kepada Allah, nescaya dia akan mendapatkan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang . Dan barangsiapa berbuat dosa, maka sesungguhnya dia mengerjakannya untuk (kesulitan) dirinya sendiri. Dan Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana ".
( An-Nisa' : 110 & 111 )

#  Sebenarnya dekat UITM pun saya pernah join satu program dan ada slot air mata, but as usual saya sangat sangat sangat susah untuk menangis ketika berada dalam program. Tak tahu nak buat apa dah :( kalau ada pun,takat buat mata merah sikit,jadi la
# Dialog diatas mungkin kurang tepat, tetapi situasinya seperti yang digambarkan
# Entry kali ini hanyalah pandangan peribadi sahaja. 
# Mereka yang menangis membuktikan yang mereka masih punyai hati yang lunak dan ada potensi untuk berubah kearah yang lebih baik. Cumanya perlulah diselitkan dengan tindakan ! 


Wallahu A'lam

Saturday 2 March 2013

In Accounting 1+1 is not equal to 2

In The Name Of Allah
The Almighty
&
The Wise

Last Thursday, i completed 1 month of my practical training at.........tetttttttttttttt.....("Sirr" itu ada ketikanya sangat diperlukan) hehe. Limazaaaa??? Yela biasala kadang-kadang, kita takut tercakap perkara yang boleh menjatuhkan nama company. Bukankah itu satu kesalahan disisi undang-undang? 

Mula-mula sebelum buat praktikal, selalu cakap kat mak, "macam mana ni nak buat praktikal..subjek akaun bukannya pro sangat..takat tekan-tekan kalkulator tu ok la..tapi macam mana kalau tersalah masuk akaun, macam mana kalau tersalah key-in nombor, macam mana nak berurusan dengan client, boleh ke nak handle semua tu nanti" (dan macam macam lagi sebenarnya). Tapi biasa lah, adat belajar. Mula-mula memang la tak reti, tapi lama-lama reti la..

First day masuk ofis sebijik macam apa yang lecturer saya bagi tahu dulu. "Kamu akan duduk diam-diam termenung, tengok orang jalan, tengok orang bersembang, buat kerja, and it's not impossible for you to be asked to make cups of coffee for other staff (erk yang last skali tu tak berlaku la pulak kat saya...Syukur). It wasn't too bad la saya rasa kerja kat situ. Kakak-kakak kat situ baik aja (so far). 


From my observation, as an accountant it's up to you to categorized ANY expenses incurred into ANY accounts that you feel suitable (it's not actually too hard as i tought). Kenapa boleh jadi macam tu? Kerana sekarang ni kan almost semua company dah guna accounting software yang superbb duperbb kan. Apa yang perlu kita buat, just key-in transaction involved ke dalam akaun yang disediakan dan kita rasa sesuai. Debit credit itu semua kerja software tu. hehe. Mudah kan jadi manusia. Teknologi yang settle kan. (bahaya kan kalau dunia ni penuh dengan robot, semakin ramai la para penganggur di alam ini). Back to the topic, Jadi tak perlulah kamu-kamu rasa khuatir macam apa yang saya rasa sebelum ini, sebab in accounting 1+1 is not equal to 2. It's up to you !

I am counting the days for my first audit trip to a client's company. Pray for me. Moga semua urusan dipermudahkan :)

Wallahu A'lam