Thursday 23 May 2013

serlahkan keperibadianmu

Tadi saya ada terbaca satu petikan yang berbunyi...

"Tidaklah seseorang merahsiakan sesuatu, kecuali Allah akan mengungkapnya melalui raut wajah dan lisannya" -Saidina Uthman bin Affan-

Karakter atau sifat seseorang dapat diketahui hanya dengan melihat raut wajah dan cara dia bertutur. Jujurnya saya memang suka tengok cara orang bersembang kerana dari situ saya dapat menilai akhlaknya. 

Saya adalah seorang 'stalker'! siapa percaya sila angkat tangan macam ni (^_^)/...hehe..hasil usaha penat lelah saya mencari orang yang berilmu dan mengamalkan ilmu yang dia ada, akhirnya dapat juga saya temui. Yang sedihnya kuantiti orang sebegini terlalu lalu lalu sedikit :(

Orangnya biasa sahaja.cuma yang membuatkan saya kagum dia mempunyai peribadi yang sungguh mulia.(saya kagum dengan Penciptanya, Allah s.w.t). Dari apa yang dapat saya lihat (walaupun hanya pada tulisan) saya dapat rasakan bahawa beliau berusaha mempraktikkan ilmu yang dia ada.Subhanallah..susah nak jumpa orang seperti ini dizaman sekarang.

Sifatnya, sangat menghormati kedua ibu bapa dan sangat menyayangi adik-beradiknya. Perbualannya tidak pernah lari dari memberi nasihat,walaupun sedikit. Melihatkan ahli keluarganya sudah cukup menggambarkan hidup mereka penuh dengar tarbiyyah. Subhanallah

Sifatnya, terhadap sahabat amat menyenangkan. Tidak pernah terkeluar bahasa kasar apabila berseloroh atau mengusik. Subhanallah

Sifatnya, apabila mempunyai pendapat berbeza dengan sahabat lain, beliau tidak terus menghukum, menghentam,berusaha mengalahkan hujah lawannya. sebaliknya perbincangan yang hangat akan ditamatkan dengan berkongsikan pendapatnya yang terakhir dan berdiam dihujungnya juga tidak pernah lekang dari ikon senyuman..seandainya saya ditempatnya,saya tak tau apa reaksi saya.

"Falyaqul khairan aw liyasmut"

inilah yang saya nampak dalam dirinya. Cuba mencontohi akhlaq nabi kita, Muhammad S.A.W. 

Ya Allah, Engkau rahmatilah mereka yang memiliki akhlak sebegini. Luaskanlah rezeki mereka. Redhalah setiap amalan mereka. Moga mereka tergolong dalam golongan orang-orang yang bertaqwa. InsyaAllah (^_^)

Wallahu A'lam

Friday 3 May 2013

oh negaraku :)


Kehangatan mengundi kian terasa !!

Jom kita tentukan siapa yang layak memimpin kita 

Ingat ! 

Pemimpin yang akan kita pilih, pasti akan ditanya diakhirat kelak mengapa kita memilih dia...

Jadi, apapun pilihan anda

pastikan jawapannya akan diterima oleh Allah S.W.T :)