Wednesday 26 December 2012

salam mujahadah !!



final exam is around the corner..
too near !!!

QMT..CRG..FAR..AIS..MAF...???

are you ready?

peristiwa yang bakal berlaku,
diluar dewan peperiksaan,
5 minit, 4 minit, 3 minit.....60 saat sebelum pintu dewan dibuka,
seorang hamba Allah masih memegang, mengingat dan membaca buku,
akan terus membaca,membaca dan membaca,
walau ditegah oleh kebanyakan orang,
namun masih mengekalkan tradisi yang sejak azalinya,
diamalkan sejak sekolah menengah, 
hehe..
that's me ^_^

Bear in mind !
this practice is not advisable
except for me..
YES ! me, only me :)

strive hard, read and read and read
do more exercise
don't be lazy
always pray and never give up !
Allah is always there for us

~ bittawfiq wa annajah ~


Thursday 1 November 2012

Jalan-jalan makan angin

Assalamualaikum

Semalam kami bertiga (ayah,mak & saya) pergi ke Shah Alam kerana ada site visit (lawatan tapak) ke rumah pakcik saya. Rumah-rumah disitu kebanyakannya 'under contruction' dan boleh dikatakan agak besar jugalah. Saya rasa mesti ramai dari golongan dato', datin, tan sri, yang tinggal di kawasan perumahan tu. hehe teka saja.

Sebenarnya bukan itu main point yang akan saya bicarakan hari ni. It's more to ' how the incidental cost in Malaysia affect your life'. hehe kejam tak bunyi? Cuba anda keluar dari kawasan rumah anda, pergi lah ke mana-mana. Shah Alam ke, Bangi ke, Kajang ke, kalau anda perasan pasti ada TOL yang sedang tunggu di hadapan melambai-lambai ke arah anda. Tak cukup dengan tol, jom cuba pergi ke tempat yang lebih dekat dengan rumah anda. Sebelum pergi ke kedai runcit yang terletak bersebelahan kawasan perumahan, jangan lupa bawa duit syiling ya. Kerana anda perlu pergi ke sebuah mesin biru yang juga setia menanti dan melambai-lambai ke arah anda. Itulah dia 'mesin bayar parking'.

"ish kecoh la awak ni, bukannya mahal pun kena bayar. Tol seringgit je pun, 2 ringgit. Parking pula 50 sen sejam. ok la tu"....ehem ehem, kepada sesiapa yang berbicara sedemikian rupa cuba anda duduk disini, rasa sendiri, lihat sendiri, cash outflow sudah terlebih dari inflow. Kalau sehari 5 ringgit keluar untuk bayar tu saja, cuba darab dengan 20 hari. Berapa ya jumlahnya? tak banyak ke tu?

Hari tu selalu juga complaint kat mak saya " mahal la barang makanan kat Jengka. Ayam, biskut, nasi, semua mahal ".  Mak saya terus cakap " atleast makanan saja yang mahal. Ni kat sini macam-macam lagi nak kena bayar. Bukan takat makanan, tapi nak kena bayar tol, parking, tol lagi sekali, tol lagi dan lagi dan lagi. Lagi banyak. Sekurang-kurangnya kat Jengka tu cost of living saja yang mahal". Erk betul jugak

Bersyukurlah dengan apa yang kita lalui. Semua ini mengajar kita tentang erti kehidupan. Mahal mahal pun, hidup perlu diteruskan. So part kita la pula kena usaha lebih untuk cari duit :)

Sunday 21 October 2012

transformers

kalau saya cakap semalam saya jadi transformer percaya tak? ^_^

bagi saya 'transformer' adalah satu istilah yang boleh diguna pakai apabila seseorang itu berubah atau berhijrah dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Contohnya :-
# dari seorang rakyat menjadi pemerintah
# dari seorang pelajar menjadi pengajar
# dari seorang anak menjadi isteri
# dari seorang isteri menjadi ibu
# dari seorang perempuan menjadi lelaki...? erk NEVER do that ok !

semua diatas melalui proses "transform" bukan? :)

Sama juga ertinya dengan "dari seorang mad'u (didakwah) bertukar menjadi seorang da'ie (pendakwah)".

Saya, kamu, dia dan semua orang islam adalah pendakwah. Pendakwah bukanlah bererti seseorang itu harus ada semua ilmu, mahir dalam segala bidang, tak buat kesalahan langsung. Sebaliknya ia lebih tertumpu kepada mengajak orang lain ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Jangan lupa perkara yang utama adalah memperelokkan diri supaya menjadi individu muslim sejati.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda "ballighu 'anni walau aayah" (sampaikan dariku walau sepotong ayat). Disini kita dapat lihat sebenarnya tiada prasyarat dalam menyampaikan ilmu. Baik seseorang itu seorang kanak-kanak, pengemis, hatta hamba sekalipun, jika yang disampaikan itu adalah satu ilmu yang berguna, itu dipanggil pendakwah. Man qala la ilaaha illallah fahua da'ie. Sesiapa yang mengucapkan kalimah la ilaaha illallah, dia adalah pendakwah. Jadi, anda mengucap tak kalimah ini? automatically, anda adalah seorang pendakwah.

Wallahu A'lam

pengakhiran yang menamatkan segalanya

Bismillahirrahmanirrahim....

Berikutan kejadian pembunuhan yang seringkali kita dengar akhir-akhir ini, meningkatkan lagi keinginan saya untuk mencari sedikit sebanyak info yang boleh di 'relate' kan dengan kehidupan ini. Sedar tak sedar setiap hari ada saja berita tentang pembunuhan ditayangkan di tv, radio, akhbar. Ayah bunuh anak, anak bunuh mak, abang bunuh adik, A kelar B dan pelbagai lagi. Ini tak termasuk berita dari luar negara . Hati ini disayat pilu mengenangkan nasib saudaraku di palestin, rohingya, yang mana musuh islam tak kenal erti jemu menghapuskan umat islam dibumi, tanah air kelahiran mereka sendiri. Sedarkah kita setiap kejadian yang berlaku disekeliling kita, membawa sesuatu mesej. Mesej yang mana kalau kita kaji dan selidikinya mampu memberi peringatan berguna buat diri, masyarakat seluruhnya.

Hadis riwayat Abu Musa ra., ia berkata: Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya menjelang terjadinya hari kiamat terdapat beberapa hari di mana pada hari-hari itu ilmu akan diangkat, diturunkan kebodohan dan banyak terjadi peristiwa pembunuhan". (Shahih MuslimNo.4826)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw bersabda: "Hari kiamat semakin mendekat, ilmu akan dicabut, fitnah akan banyak muncul, sifat kikir akan merajalela dan banyak terjadi Al kharaj. Para sahabat bertanya: Apakah kharaj itu? Rasulullah saw menjawab: Yaitu pembunuhan. (Shahih Muslim No.4827)

innallaha la yukhliful mii'aad

Kiamat sudah dekat, tidakkah kita mengetahuinya? Moga setiap detik, setiap saat yang Allah kurniakan kepada kita dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. Moga kita sentiasa didalam rahmat Allah s.w.t.

Wallahu A'lam

Sunday 14 October 2012

Daulah islamiyah



sebelum saya meneruskan typing, jom dengar lagu ni dulu !


Bilakah bermulanya kejatuhan kerajaan islam? 

-----> Tahun 1924 merupakan detik kejatuhan empayar turki uthmaniyah yang mana ketika itu diperintah oleh Sultan Abd Hamid 2, merupakan titik kejatuhan khilafah islamiyah. Kalau dihitung, sudah 88 tahun kita hidup dan ditadbir dibawah kerajaan bukan islam. Mungkin pada dasarnya, kita masih ditadbir dibawah 'pemerintahan islam', tapi hakikatnya tidak. Ketahuilah kerajaan islam yang diasaskan pada zaman Rasulullah s.a.w telah berakhir pada zaman turki uthmaniyyah. 

Kalau dulu waktu zaman Rasulullah s.a.w, umatnya masih jahil tentang agama, menyembah berhala, menanam bayi perempuan, berhibur sambil minum arak, kaum wanita dipersenda dan dipijak-pijak maruahnya, hamba abdi diperlakukan bagai binatang. Tetapi dengan kedatangan islam, membawa sinar baru menyuluh kegelapan hati. Menghapus segala fahaman jahiliyah, menyembah Tuhan yang satu, diangkat martabat kaum wanita ketempat yang sepatutnya dan golongan hamba dilayan sama rata seperti golongan lain.

Cahaya islam terus tersebar luas dan kerajaan islam telah diteruskan pada zaman pemerintahan khalifah Abu bakar as-siddiq, Umar al-khattab, Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib. Kemudian diteruskan lagi pada zaman bani umaiyah, bani abbasiyyah, dan bani uthmaniyyah.....

.......tapi disinilah, tika inilah bermulanya kejatuhan kerajaan islam yang kini kian lenyap ditelan zaman. Jika kita kaji, waktu ini jugalah munculnya ideologi-ideologi barat yang semakin berkembang pesat dan berjaya meracuni pemikiran kita sehingga ke hari ini. 

Jadi, apa tindakan kita? menutup mata dan berdiam diri bagai tiada apa yang berlaku? atau berusaha mengembalikan kerajaan islam? Semuanya terletak ditangan kita ! Biiznillah....

Wallahu A'lam

jantung boleh berfikir?

Bismillahirrahmanirrahim.....

kelmarin saya ada terbaca satu artikel menarik yang berkaitan dengan jantung. Satu penemuan baru yang memberi kefahaman kepada saya dengan lebih detail lagi tentang istilah arab 'al-qalb' yang bermaksud jantung.

kamus :-
1) Al-Qalb = jantung
2) Kibdah = hati

Perasaan gembira, sedih, marah, geram, dengki selalunya berhubung dengan hati. Malah banyak istilah yang diguna pakai untuk describe sesuatu situasi berkaitan dengan hati. contohnya "dari mata jatuh ke hati" dan "kamu sentiasa dihatiku".

Jantung merupakan organ pertama yang berfungsi ketika proses pembentukan janin iaitu seawal minggu ke-3@ke-4 selepas persenyawaan berlaku. Manakala otak pula berfungsi pada minggu ke-13@14 selepas persenyawaan. Ini menunjukkan bahawa jantung mampu berfungsi tanpa bantuan atau arahan dari otak. Dari sini dapat dirumuskan bahawa perasaan yang lahir dari hati (jantung) lebih tepat berbanding perasaan yang ditafsirkan oleh otak.

Kekeliruan istilah yang berlaku sedikit sebanyak mengganggu kita untuk memahami maksud sebenar sesuatu ayat. Contoh yang paling dekat adalah 'heart'. Heart yang bermaksud jantung seringkali diguna bagi menggantikan perkataan hati. You are in my heart, kalau ditranslate satu persatu, pasti berbunyi 'awak dijantungku'. Tetapi kita tak translate macam tu bukan? kita akan cakap 'awak dihatiku'.

Ini menunjukkan 'al-qalb' yang bererti jantung itu sebenarnya sudah ditranslate menjadi hati. Kerana itu, kalau anda membaca tafsir al-quran, Allah banyak menyebut perkataan 'qalb' yang bermaksud jantung. Tapi kalau dibaca tafsirnya, disebut hati...Anda boleh refer :-

* Surah Al-A'raf : 179
( Sesungguhnya Kami penuhkan neraka jahanam kebanyakannya dari manusia dan jin. Mereka mempunyai hati, namun tidak digunakan untuk memahami ayat-ayat Allah....... )

* Surah Al-Hajj : 46
( Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? kerana sesungguhnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati didalam dada )

* Hadis Muttafaq A'laih
( Rasulullah s.a.w bersabda : didalam badan terdapat segumpal daging. jika ia baik maka baiklah seluruh anggota badan dan jika ia rosak, maka rosaklah seluruh anggota badan. ia adalah hati )

Hati yang dimaksudkan adalah jantung. Jantung merupakan pusat untuk berfikir manakala otak merupakan tempat untuk berfikir. Jadi berhati-hatilah dengan signal atau perasaan yang lahir dari jantung anda. Boleh jadi ia lebih tepat berbanding dengan apa yang anda fikirkan :)

Wallahu A'lam

Sunday 7 October 2012

recharge you battery

Rasa lemah? lesu? kurang bermaya?

~ silalah dengar lagu ini ~


lagu yang sentiasa didendangkan dengan jayanya oleh siapa lagi kalau bukan adikku.
 rasa bersemangat ! tu yang pasti :)

Saturday 6 October 2012

perhambaan kepada fesyen



A : beb ! cantik dow ko pakai baju tu. nampak glamour habis. mesti semua orang terpukau tengok kau!
B : yeke? okeh. aku pakai baju ni esok !

kanak-kanak, gadis, wanita, para isteri, para ibu dan semua yang bergelar perempuan sebahagian besarnya telah menjadi hamba kepada fesyen zaman kini. Baju fit, baju yang terbelah luas dibahagian dada, baju yang tiada lengan (sekali tengok macam berkemban), baju yang bertali halus (kalau direntap, mampu terlucut), kain yang terbelah hingga ke paras betis, seluar lagging, skirt pendek, dan bermacam lagi fesyen yang telah diperagakan oleh model-model wanita (islam) :(   Anehnya, mereka berasa gah dan bangga mengenakan pakaian sedemikian. Lebih bangga lagi apabila berjalan di hadapan khalayak ramai sambil diperhatikan oleh berjuta lemon mata-mata yang dikhuatiri tahap keimanan mereka.

Wanita-wanita muslimah kini sepatutnya tiada masalah dalam mencari pakaian yang telah digariskan oleh hukum syara'. Alhamdulliah, sekarang ini kalau kita lihat, sudah banyak dan terlalu banyak pakaian yang berunsur islamic dan menepati hukum syarii dijual di kedai-kedai malah sudah masuk kedalam pasaraya-pasaraya yang besar. Ini menunjukkan masyarakat telah celik dan dapat menilai pakaian manakah yang seharusnya dipakai apabila ingin keluar dari rumah.

Namun, ramai orang yang masih terpedaya dengan 'fesyen muslimah'.................

~ Alhamdulillah, kini semakin ramai wanita yang gemar memakai jubah. Tetapi yang kurang bagus + lari dari tujuan sebenar + mampu menyelitkan sifat ujub apabila dihiasi dengan bilangan manik yang melampau, berkilau-kilau (dari jauh orang boleh perasan kehadirannya), sendat, ada tali dibahagian pinggang, dan bewarna terang.

~ Alhamdulillah, kini semakin ramai wanita yang berhijrah memakai tudung. Tetapi yang kurang bagus + lari dari tujuan sebenar + mampu menyelitkan sifat ujub apabila memakai sanggul setinggi bukit, jarang, tudung dihiasi manik yang terlalu banyak dan singkat (tidak tutup sampai ke bawah dada).

Yang sedihnya, sebagai wanita islam, mereka ini seumpama hilang identiti dan hilang punca. Tidak tahu title diri yang sedang membawa nama islam. Pernahkah kita terfikir mengapa sebahagian besar perempuan-perempuan arab memakai purdah dan jubah (yang longgar) dan bewarna hitam? Kerana mereka tidak mahu dipandang oleh lelaki-lelaki ajnabi dan mahu kelihatan sama sahaja.

Wanita yang beriman seboleh-bolehnya tidak mahu dikenali, dipandang, dan dikagumi oleh sang lelaki yang bukan mahram apabila keluar dari rumah. Tetapi hari ini sebaliknya berlaku, mereka lebih gemar berpakaian seksi dan menggoda lantas dipuji oleh kaum lelaki.

Mana yang salah, mana yang terkurang, mana yang terlepas pandang perbetulkanlah. Sementara kita masih lagi bernyawa

~ peringatan buat diri ini khususnya :)

Wallahu A'lam

Wednesday 26 September 2012

ilmu agama itu penting


Ibu bapa zaman dahulu lebih cenderung untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah berasrama penuh @ sekolah antarabangsa @ sekolah ternama dan dikenali ramai. Semuanya disebabkan sekolah-sekolah ini telah berjaya melahirkan para pelajar yang cemerlang dalam bidang akademiknya.

Mereka merasa tindakan mereka tepat apabila dapat menghantar anak-anak yang dikatakan 'genius' dan bijak ini ke sekolah sedemikian. Yang paling membanggakan lagi adalah apabila anak-anak ini berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam pelajaran mereka.

Sebaliknya, bagi anak-anak yang 'kurang genius', ibu bapa lebih gemar menghantar mereka ke sekolah agama @ madrasah @ sekolah tahfiz. Mereka beranggapan bahawa anak-anak yang kurang bijak hanya layak untuk menuntut ilmu agama.

Jadi dari sinilah terbetuknya satu pemikiran yang menyatakan bahawa hanya pelajar yang kurang bijak yang akan meneruskan pengajian mereka ke sekolah-sekolah agama.

Pernahkah anda mendengar nama-nama ini?
1) ibnu sina
2) ibnu khaldun
3) al-khawarizmi

Ya ! mereka adalah tokoh-tokoh islam yang terulung dan terkenal diseluruh pelosok dunia. Ibnu sina, bukan sahaja mahir dalam ilmu kedoktoran, bahkan beliau berjaya menghasilkan buku yang membahaskan tentang ilmu mantiq, ilahiyyat, matematik dan ilmu alam. Lihat pula ibnu khaldun, beliau bukan saja mahir dalam bidang sejarah dan sosiologi, bahkan tokoh agama dan politik yang terkenal pada kurun ke-8 hijrah. Beliau juga menuntut ilmu-ilmu agama dalam bidang fikah, hadis dan tafsir. Al khawarizmi juga merupakan salah seorang tokoh islam yang terkenal dengan ilmu matematik, trigonometri dan astronomi. Kemahirannya dalam menguasai ilmu tidak terhenti setakat itu sahaja, malah beliau mahir dalam bidang falsafah dan sejarah islam.

Dari sini kita boleh lihat bahawa ilmu agama merupakan ASAS terpenting dalam segala ilmu. Dengan adanya ilmu agama, kita dapat memahami dan menguasai ilmu lain dengan lebih telus. ilmu agama tidak terhenti setakat ilmu tentang akhirat sahaja malah meliputi seluruh ilmu yang ada dalam dunia ini.

Jadi saya menyarankan kepada anda yang bergelar @ bakal bergelar ibu bapa untuk memberi pendidikan agama yang secukupnya kepada anak-anak sejak dari kecil. Janganlah terlalu menyekat dan menyempitkan kefahaman anda tentang ilmu agama. Ketahuilah Ilmu agama bukanlah 'lokek' seperti pandangan sesetengah pihak, tetapi ilmu agama itulah yang dapat membawa seseorang meneroka lebih jauh lagi dan dapat menguasai limu-ilmu lain dengan lebih mantap dan berkesan.

Wallahu A'lam

Monday 24 September 2012

the truth

Saya teringat seawal umur 15 tahun (tingkatan tiga), apabila diajukan soalan "sakina nak pergi ke aliran mana? diniyah @ akademik" ? Saya dengan pantas dan tanpa rasa was-was menjawab "bidang akademik" ! Ini kerana saya sentiasa beranggapan sekiranya saya memilih bidang diniyah, pekerjaan yang akan ditawarkan tak akan lari dari menjadi seorang pendidik. Tak lain dan tak bukan pasti menjadi seorang guru @ pensyarah @ penceramah. Semua ini memerlukan saya untuk berdiri dihadapan khalayak ramai dan mengajar !

Inilah penyebab utama mengapa saya memilih bidang akademik. Saya beranggapan kalau saya pilih bidang ini, saya hanya perlu duduk diam didalam ofis yang berhawa dingin, menghadap komputer dan tak perlu berdiri didepan khalayak ramai...

Tahukah anda sebenarnya saya menghidap sejenis penyakit? Penyakit ini diberi nama "debaran yang melampau" !! penyakit ini sangat kronik terutama apabila disuruh mengajar dan berdiri dihadapan orang ramai. Hanya orang yang rapat dengan saya sahaja yang tahu betapa tingginya tahap penyakit ini. Ada kala mencecah ketahap extra maximum.

Sejujurnya saya katakan saya lebih meminati bidang diniyah berbanding akademik. Keputusan peperiksaan saya dalam subjek diniyah dari sekolah rendah sehingga menengah menunjukkan kadar kenaikan yang begitu memberangsangkan. Ini kerana saya suka dan faham apa yang diajar oleh guru. Antara subjek yang paling saya minat ialah sirah dan tarikh islam. saya suka dan minat mendengar cerita mengenai sejarah islam.

Tapi rupanya apa yang saya anggap selama ini ternyata salah. Bidang akademik juga memerlukan saya untuk berdiri dihadapan orang ramai. Dalam kelas ada saja subjek yang perlu dibentangkan. Hari tu saya ada terbaca satu artikel mengenai tugas pendidik. Benarlah menjadi seorang guru satu tugas yang murni. Keberkatan mengajar dan mendidik tidak terhenti setakat itu sahaja, malah dapat menjana keuntungan yang lumayan diakhirat kelak sekiranya digunakan kearah yang betul.

Saya selalu tanamkan prinsip ini dalam diri. kalau nak jadi akauntan, biarlah akauntan da'ieyatun ilallah. maksudnya kalau jadi akauntan sekalipun, pasti dapat habuan dunia dan akhirat dengan syarat apa yang dilakukan haruslah selari dengan prinsip islam. Ataupun dapat mengajak sahabat (seperjuangan) ke arah kebaikan pun jadilah, tegur sahabat kalau ada perkara yang dilakukan tidak selari dengan ajaran islam. Saya akan cuba selitkan juga nilai islam dalam kerjaya saya  nanti walaupun sedikit. (insyaAllah...Allahu musta'an)

Kesimpulannya walau siapa pun kita, (pelajar kedoktoran, akauntan, arkitek, jurutera, malah dirasat sekalipun) semua bidang ini boleh menjadi tapak untuk kita mendapat keuntungan bukan saja dunia malah keuntungan yang lebih baik,diakhirat kelak. Jadi sematkan dalam diri, kita akan sentiasa menjadi seorang da'ie walaupun kita telah memilih bidang akademik sebagai jalan perjuangan !

Wallahu A'lam

Sunday 23 September 2012

Tafsiran kaya

Dengan Nama Allah
Yang Maha Pemurah
&
Maha Penyayang

Alangkah bahagianya sekiranya Allah s.w.t mengurniakan 2 kekayaan kepada kita, iaitu kaya harta dan kaya jiwa.

Kita sedar bahawa manusia kini lebih mengejar kekayaan harta berbanding kekayaan jiwa. Apabila bercakap mengenai harta, pasti semua orang berfikir ia pasti melibatkan duit. Kaya harta mampu dikesan dan dilihat oleh mata yang memandangnya. Kaya harta dapat diukur dengan melihat jumlah aset yang dimiliki seperti rumah, kereta, tanah, wang dan sebagainya. Harta mampu menjadi satu motivasi kepada seseorang untuk mengerahkan dan mengorbankan seluruh masa, tenaga, dan nyawa semata-mata demi meraih kekayaan HARTA.

Kita terlupa, ramai hartawan diluar sana masih mengeluh walau dikurniakan harta setinggi gunung. Mereka mengeluh kerana merasa masih ada kekurangan. masih ada yang tidak cukup. masih memerlukan sesuatu untuk membuat hidupnya sempurna, serba lengkap. Ketahuilah mereka sebenarnya miskin dari satu aspek. Aspek yang terpenting dalam hidup seseorang, itulah aspek rohani.

Ramai orang tidak faham malah tidak tahu apakah itu kaya jiwa. Kekayaan jiwa ialah ketenangan dalam hati untuk menghadapi ujian dalam kehidupan. Ianya bersifat abstrak, tidak dapat dilihat oleh mata. Ia hanya boleh dirasai dalam diri. Kaya jiwa hanya dapat dikecapi oleh orang yang mempunyai sifat syukur. Orang yang bersyukur sentiasa merasa cukup. Walau nikmat yang diberi itu sedikit, tetapi bagi orang yang bersyukur, dia sentiasa merasa bahawa itu adalah nikmat Allah s.w.t yang terbesar buatnya dan tidak akan disia-siakan.

Rasulullah s.a.w bersabda : " Sungguh ajaib keadaan orang mukmin. Sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperoleh keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiramya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur, maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar, maka jadilah musibah itu baik untuknya ".
(Riwayat Muslim)

Hadis diatas jelas menerangkan keadaan orang yang sentiasa bersyukur. Hanya orang yang sentiasa bersangka baik dengan Allah dan bersyukur dapat mengecapi kekayaan jiwa. Jika kita dapat sesuatu yang diidamkan, kita bersyukur. Jika kita tidak dapat apa yang dihajati, kita bersabar. Mungkin itulah yang terbaik buat kita. Ingatlah firman Allah " Sesungguhnya Aku Mengetahui apa yang tidak kamu ketahui ". Boleh jadi sesuatu yang kita idam-idamkan masa kini akan memberi kesan buruk dalam kehidupan kita didunia ataupun diakhirat kelak.

Antara tips yang boleh diaplikasikan ialah dengan melihat kekurangan yang ada pada orang lain. Hanya apabila kita memandang kekurangan orang lain, ia dapat menjadikan kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Bersyukurlah kerana kita dikurniakan kasut, sedang orang lain tidak dikurniakan kaki. Walau kasut yang digunakan itu koyak rabak, itu tidak memberi kesan sedikit pun dalam diri (seperti malu untuk berhadapan dengan orang lain).
Oleh itu marilah kita berlumba-lumba menjadi kaya. Bukan setakat kaya harta sahaja, tetapi yang lebih utama kaya jiwa. Jiwa yang sentiasa berysukur, itulah golongan yang beroleh kemenangan hakiki.

Wallahu A'lam   



Wednesday 19 September 2012

inilah KITA

kita adalah apa yang kita fikir

kita adalah apa yang kita rasa

ya ! itulah diri kita yang sebenar....


kita fikir orang pandang serong terhadap kita, tapi hakikatnya kitalah yang selalu pandang serong terhadap orang lain

kita rasa orang tak faham kita, tapi hakikatnya kitalah yang tak memahami orang lain


Wallahu A'lam

Saturday 1 September 2012

Freedom

Fly bird fly..fly to all over the world...
                                     

Burung yang terbang melambangkan kebebasan. Bebas terbang kemana sahaja tanpa sebarang sekatan. Bebas mencari rezeki, bebas mencari tempat perlindungan, bebas melakukan aktiviti seharian....

Tidak seperti sebelumnya, dikurung didalam sangkar. Hanya makan makanan yang diberi oleh tuannya, tempat tinggal yang sempit dan begitu terhad, disekat untuk terbang melihat dunia yang luas......

Malaysia ! negaraku ! telah berjaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Saat itu, seluruh rakyat Malaysia menyaksikannya, memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Tuhan, atas nikmat dan peluang yang diberikan.

Tapi persoalannya benarkah kita telah merdeka? merdeka dari seluruh aspek?

Sedar ataupun tidak, sebenarnya kita masih lagi dijajah ! PEMIKIRAN kita masih lagi dijajah wahai saudaraku ! Sedarkah kamu?

Secara peribadi, saya rasa sedih melihat negara saya sendiri. sedih melihat saudaraku seislam masih dijajah. Lihat saja dari segi pemakaian, makanan, akhlak, cara bertutur semuanya meniru cara barat.

Mereka fikir baju fit itu trendy, seluar sendat itu anggun, rambut blond itu menawan, ucapan yang kasar (dan tak sepatutnya dituturkan) itu ada gaya tersendiri
  
Sedarkah anda, penganut agama lain sedang berusaha keras menarik penganut agama islam menganut agama mereka. pelbagai cara telah mereka gunakan, baik dari depan belakang kanan kiri semuanya untuk mencucuk penganut agama islam keluar dari agamanya. Adakah mereka bersalah? Tidak! bahkan kita yang bersalah kerana mengikut setiap telunjuk mereka. Apa yang mereka suap, itu yang kita makan. tiada usaha langsung untuk mengelak

Sedarkah kamu?

~ proud to be a muslim and malaysian :)

Wallahu A'lam

Friday 31 August 2012

Big day

In The Name Of Allah
The Most Gracious
&
The Most Merciful

Hello friends ! how's your day? mesti sibuk menjamu orang makan kan. Al maklumlah masih dalam bulan syawal, masih beraya. Erk kalau tak raya tak boleh jamu orang eh? hmmm (",)
Yesterday is my mother's birthday. Itulah big day nya.hihi Guess whaaat? i made a special birthday cake for my mom. hehe special la sangat.

Tadaaaaa....

dari pandangan atas. dah macam donat daa :)


pandangan sisi. coklat melimpah ruah ke ladang gandum


hasil tangan my mom,my brother and me ^^

Nasi tomato + mee jawa : my mom yang buat
Ayam barbeque : dibakar dan diterbalik-balikkan oleh abangku dan adikku. Kata mereka ayam ini ada kelainan. sebab mereka ada sapu madu. (kononnya ayam madu la). hehe But it proves, very nice :)
Kek coklat + puding roti : saya yang buat. Sila lah rasa. (sedap tak sedap belakang cite) kiki ^_^

I want to share with you one BIG SECRET on how i made this chocolate cake. The name is...

~ Master Chocolate Cake ~

Ingredients :-
3/4 cup cocoa
3/4 cup brown sugar
1 1/4 cup milk
1/2 cup shortening (butter)
1 cup granulated sugar (castor sugar)
3 eggs
1 1/4 teaspoon vanilla
2 cups sifted cake flour
1 teaspoon baking powder

A
- Mix cocoa with brown sugar
- Scald milk over medium heat, Add gradually to brown sugar mixture. Beat until smooth. Cool (put aside)

B
- Cream shortening. Add granulated sugar gradually creaming together until light & fluffy
- Add eggs 1 at a time, beating after each addition. Add vanilla (put aside)

C
- Sift flour & baking powder. Add to B alternate with A. Mix until smooth

D
- Bake. dalam 50 minit camtu. If it's still not properly baked, then tambah la 5@10 minit lagi.



Topping :-
1 cup cocoa
1/2 cup corn oil
1 cup condensed milk (susu pekat manis)


- Mix cocoa and corn oil first
- Then put condensed milk
- Mix quickly and then pour over baked cake

~ DONE ~

Have a try ! Simple Mimple aja ^_^

Wassalam

Monday 27 August 2012

kullu 'aam waantum bikhair :)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Ohh blog ku. Sungguh lama kita tak ketemu ya. Tak sedar ramadhan telah pergi dan syawal berganti. Masa berlalu sangat pantass.. Semoga madrasah ramadhan yang telah berlalu berjaya mendidik saya dan kamu kamu semua menjadi seorang muslim/muslimah yang sentiasa mendapat rahmat Allah s.w.t.. Amin ya rabb

First and formost i would like to send my apology to you guyzz if i did anything wrong to you.

secondly, to all my friends and anybody who knows me, you are invited to come to my house for raya.

thirdly, before you come please let me know first. Call me directly is the best + est way i think ^^

fourthly, do pray for me to be a good muslimah :)

lastly.....erk let me think about it first

Dulu waktu kecik kecik selalu terfikir kalau dah besar, dah masuk U mesti tak dapat duit raya. haha tapi ternyata telahanku meleset sama sekali. Semakin besar angka umurku, semakin besar angka duit rayaku. hehe syukran2 kepada semua pihak yang bertungkus lumus mencari saya untuk bagi duit raya :D

Eid mubarak :)



 
one happy family at home


gaya bebas.hehe


sempat lagi bergambar lepas balik dari kenduri kahwin sepupu

~ pesananku : don't forget to fast 6 days during syawal  ^_^

Wallahu A'lam

Saturday 4 August 2012

dean's list dunia vs dean's list akhirat


Anugerah dekan ! siapa tak nak anugerah dekan beb. Boleh dikatakan semua orang yang bergelar 'pelajar' akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat dekan. Tetapi, adakah itu satu platform yang boleh mengesahkan bahawa sifulan bin sifulan itu akan berjaya dalam alam pekerjaan mahupun hidupnya?

Sahabat ingatlah, anugerah dekan sedikit pun tidak memberi apa-apa makna sekiranya kita tidak memahami ilmu yang telah kita pelajari.

' hey sakina, penting kot dapat anugerah dekan setiap sem. kekalkan cgpa 3.5. nanti bila ambil sijil bangga sikit diumumkan "kelaaaaaaasss pertaaaamaaaaa! '

 hah? bangga? bangga ke dapat dekan? tajdid niat kawan.

Ingat ! dunia ini tempat kita bercucuk tanam, akhirat lah tempat kita mendapat hasilnya. sehebat mana pun kita, sepandai mana pun kita, sekuat mana pun kita, sekaya mana pun kita, kalau tidak mendapat redha Allah, itu sia-sia !

* Di dunia. katakan saja syarikat mana yang tak nak ambil pekerja yang mempunyai result bagus, cgpa 3.9,4.0 ? Sijil itu dipampang didinding rumah. mereka ini ibarat gula, letak je kat mana-mana pasti semut datang. kerana apa? kerana mereka inilah pada pandangan majikan mempunyai skill, kepandaian yang tersendiri yang mana 'mereka' ini boleh membantu menaikkan nama syarikat.

* Di akhirat. Allah sekali-kali tidak akan memandang pada pangkat, keturunan dan pendidikan kita. Allah hanya akan memandang kepada amalan yang kita bawa. persoalannya adakah amalan yang kita lakukan semasa hidup didunia mampu membawa kita ke syurga? ataupun ke neraka? kerana diakhirat hanya ada 2 tempat ini sahaja. jadi? apa bekalan kita?

Bayangkan, sewaktu didunia bermacam-macam amal kebajikan yang kita lakukan, derma menjadi satu kewajipan, menolong orang menjadi satu kelaziman, solat berjemaah di masjid satu kemestian, tidak pernah sesekali meninggalkan solat, dan pelbagai lagi. Amal kebajikan boleh dikatakan tinggi melangit. Tetapi alangkah malangnya kita, apabila semua lembaran amalan yang kita tunjukkan kepada Allah dikoyak satu persatu, dikeronyot dan dicampakkan ke muka kita. Allah tak terima walau satu pun amalan kita (wal'iyazubillah). Waktu itu kepada siapa kita nak minta pertolongan? ibu? ayah? adik beradik? saudara mara? sahabat handai?

Kenapa boleh jadi macam ni kawan-kawan? kerana...
belajar + niat menunjuk-nunjuk = 0
menderma + riak = 0
menolong + niat menunjuk-nunjuk = 0
solat + riak = 0
tutup aurat + niat menunjuk-nunjuk= 0

pokok pangkal kenapa amalan kita sia-sia adalah kerana terselit sifat riak dalam diri. Bangga dengan apa yang kita dapat. Bangga dengan apa yang kita buat. Ada niat menunjuk-nunjuk kepada orang lain bahawa kita ini pandai, kaya, ada pangkat. Ruginya rasa, dapat penat lelah, tak dapat pahala. Baik dunia mahupun akhirat, dua dua tak dapat. ZERO.

Oleh itu mari kita tajdid niat. perbaharui niat. kalau agak-agak ada rasa riak, bongkak, takabur, ISTIGHFARLAH. cepat-cepat ubah niat. Kejayaan yang dicari adalah kejayaan dunia dan lebih lebih lagi kejayaan akhirat. Sesungguhnya itulah kemenangan hakiki ! moga kita sama-sama sentiasa didalam rahmat Allah S.W.T dan mendapat keredhaan-Nya. InsyaAllah :)



Yang mana anda nak? anugerah dekan dunia @ anugerah dekan akhirat?
----->   anda yang tentukan ! Biiznillah.....

~ belajar dan mengajar~

Wallahu A'lam

Wednesday 1 August 2012

bertamadun vs tak bertamadun

saya tak faham kenapa orang sekarang ni suka guna perkataan-perkataan yang bagi saya sungguh tidak bertamadun. nak tahu tak apa dia? nanti biar saya buat dialog..." eh engkau jangan nak kencing aku la "... eee apa ni? ayat yang sangat kotor,menggelikan dan meloyakan. tak ada rasa geli ke bila cakap macam tu? ni nak letak kat blog ni pun fikir banyak kali. Geli. Tapi bila fikir balik, kena letak juga supaya orang-orang yang suka guna perkataan ni sedar tentang betapa kotornya perkataan tu dan apa tindakan yang perlu dia ambil. hehe ( bajet ada orang nak baca blog dia ). wink2 *.*

apa yang saya tahu, ayat tu bererti tipu @ kenakan. maksudnya " eh engkau jangan nak tipu/kenakan aku la ". mcm tu lah kot maksudnya. ntah saya pun tak pasti. Mungkinkah ayat 'itu' melambangkan kegengsteran atau mungkin kemachoan, mungkin juga kestyle-an atau kebiadapan? Ya ,saya setuju yang last sekali tu. Tak ke rasa macam biadap bila cakap mcm tu? tak bertamadun betul !

kita boleh lihat peribadi seseorang melalui percakapan. Kata-kata yang kotor atau kesat mungkin selalu digunakan oleh orang yang kurang pendidikan, family background ( keluarga yang bermasalah @ memang menjadi kebiasaan guna bahasa kasar ), terpengaruh dengan kawan-kawan, terikut-ikut skrip para pelakon ( peringatan buat penulis skrip, sila berhati hati dan tapis dalam menulis skrip okay ! ) dan mungkin banyak lagi faktor lain.

tak masuk lagi dengan ayat lain. pernah dengar lampi? doe? gila? bodoh? bangang? ngok? ngek? dan seangkatan dengannya...? mustahil tak pernah ! yang kurang bagusnya apabila sesuatu ucapan itu diakhiri dengan perkataan-perkataan sedemikian. bak kata orang, mungkin sebagai penyedap rasa. mungkin juga dah terbiasa. apa perasaan anda sekiranya perkataan tu semua ditujukan kepada anda? ada rasa sakit hati? panaaaas? berang? atau pun seronok???

 " Berkatalah perkara-perkara yang baik sahaja atau lebih baik diam " . pernah tahu? pernah dengar? pernah baca tak hadis nabi ni? kalau tak, SILALAH baca, faham, hafal, ingat, simpan elok-elok dalam memori dan amalkan !

~ baikk, ini peringatan untuk saya juga :)
~ sila guna bahasa yang lebih sopan ya

Wallahu A'lam

Monday 30 July 2012

Beristighfarlah

Dengan Nama Allah
Yang Maha Pemurah
&
Maha Penyayang

Seringkali terlintas didalam hati kita mengapa Allah masih tidak memakbulkan doa walaupun kita telah melaksanakan semua perintah-Nya. Jom cek balik diri kita. Ketahuilah bahawa antara penghalang utama rahmat Allah adalah dosa dan kesalahan yang dilakukan.

Dikisahkan dalam sebuah tafsir tentang seorang ulama' besar yang bernama Hasan Al-Basri. Beliau telah didatangi seseorang mengadu tentang tanahnya yang tidak subur. Lalu jawab Hasan Al-Basri beristighfarlah. Datang yang lain mengadu kelaparan, jawabnya beristighfarlah. Datang yang lain minta agar dikurniakan seorang anak, jawabnya beristighfarlah. Datang pula yang lain mengadu kebunnya kekeringan. Maka jawapan yang sama juga diberikan iaitu beristighfarlah. Lalu Hasan Al-Basri ditanya mengapa beliau memberikan jawapan yang sama kepada setiap soalan yang berbeza. Maka jawabnya 'ini bukan pendapatku, melainkan ianya berdasarkan firman Allah s.w.t di dalam al-quran.

" Sehingga aku berkata (kepada mereka): “Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (sekiranya kamu berbuat demikian) Dia akan menghantarkan langit yang mencurah-curah (hujan) kepada kamu. Dan Dia akan memberi kepada kamu banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak Dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai "
( Nuh : 9-12 )

Ucapan "Astaghfirullah al'azim" yang bermaksud aku mohon ampunan kepada Allah yang maha agung sangat digalakkan untuk diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Ucapan ini bukan sahaja sebagai penghapus dosa, malah dapat mendekatkan hubungan seorang hamba dengan Penciptanya. Pendapat peribadi saya, wajib kita minta ampun kepada Allah kerana setiap hari ada saja kesalahan yang dilakukan terhadap Allah samada secara sengaja atau tak. Setidak-tidaknya sebelum tidur tu beristighfarlah. Tak susah pun kan? InsyaAllah bila dah selalu buat, dengan sendirinya ucapan itu akan menjadi satu habit :) 

Wallahu A'lam



Sunday 29 July 2012

penyakit hati perlu dirawat segera

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Apa kabar hati anda? Sihat?
Moga hati kita semua dijaga oleh Allah dari bisikan syaitan durjana,
 yang tidak putus-putus membisikkan kalimat supaya kita terpesong dari landasan islam.
Sifat dengki, dendam, amarah, benci, putus asa merupakan antara penyakit hati yang mudah dijangkiti.
Jika dibiarkan lama tanpa diubati,
ia akan merebak seterusnya melahirkan satu jiwa yang kental dan kebal dari sebarang nasihat dan teguran.

Benar !
kegelapan hati membuatkan seseorang buta,
buta dengan kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri,
sangat mudah nampak kelemahan orang lain,
sangat mudah menabur fitnah,
sedang diri banyak kekurangan malah lebih teruk dari orang yang difitnah,
Astaghfirullah....

Realiti zaman sekarang,
penyakit ini merebak dengan begitu cepat,
ramai pesakit terperangkap,
tidak diberi ubat mahupun penawar,
 dipandang remeh oleh masyarakat dan pihak bertanggungjawab,
sehinggakan lahir masalah ummah,
menjadi satu kelaziman mencuri, berzina, rogol, buang anak, membunuh,
semuanya hasil dari penyakit hati.

Sesungguhnya,
Allah lah yang memelihara dan menjaga hati kita,
hati yang dididik dengan baik pasti membuahkan hasil yang baik,
sebaliknya hati yang dibiarkan kotor melahirkan jiwa yang zalim,
zalim terhadap Allah, diri sendiri, keluarga, dan masyarakat seluruhnya.

Oleh itu,
ketahuilah bahawa Al-Quran dan zikrullah itulah,
sebaik-baik penawar kepada penyakit hati,
lazimkan diri membaca al-quran dan mengingati Allah,
walau dimana jua kita berada,
moga hati yang dididik dengan baik,
mampu melahirkan jiwa yang suci dan hebat !

Wallahu A'lam


Saturday 28 July 2012

mega sale

Analogi mega sale sangat berkait rapat dengan bulan ramadhan. Para ibu dan wanita wanita khususnya pasti tertunggu-tunggu jualan mega yang kebiasaannya muncul pada bulan bulan tertentu, akhir tahun mahupun di musim perayaan. Bagi mereka yang hidup sederhana pasti akan meluangkan masa mengunjungi pusat membeli belah yang menawarkan 'Mega Sale' kerana mereka ini mungkin tidak berapa berkemampuan untuk membeli barangan-barangan mahal yang mana mungkin hanya mampu dibeli oleh golongan berpendapatan tinggi. Juga kerana mereka sedar dan tahu kedudukan mereka sebagai orang yang hidup secara bersederhana dan hanya mampu beli barangan mahal hanya apabila terdapat 'discount' yang ditawarkan. Mereka inilah orang-orang yang boleh dikategorikan sebagai orang yang "mengukur baju dibadan sendiri".




Begitu juga bulan ramadhan. Hanya apabila seseorang itu "mengukur baju dibadan sendiri" pasti tertunggu-tunggu ketibaan ramadhan. Disebabkan mereka sedar akan dosa-dosa yang pernah dilakukan suatu ketika dahulu. Kerana itulah mereka tidak sabar sabar menanti kedatangan bulan ramadhan kerana mahu membersihkan diri dari segala dosa dan noda. Seperti yang tercatat didalam al-quran, dalam bulan ramadhan terdapat satu malam yang dinamakan 'lailatul qadr'  iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan ramadhan, Allah membuka seluas-luasnya pintu langit menantikan hambanya bermunajat memohon keampunan kepadaNya. Satu kebaikan yang kita buat akan diberi pahala berlipat ganda berbanding kebaikan yang kita buat  dalam bulan selain ramadhan. Allah suka hambanya meminta minta kepadaNya. Ini menunjukkan bahawa kita hamba yang lemah. Seorang hamba yang perlu bergantung harap kepada Allah semata dalam apa jua keadaan. Oleh itu wahai diriku dan dirimu, mintalah kepada Allah moga kita diberi iman yang mantap, mintalah kepada Allah moga kita dijauhkan dari dosa-dosa kecil dan besar. Mari kita memperbanyakkan doa. Moga segala kesilapan dan dosa yang pernah dilakukan diberi keampunan olehNya.

Wallahu A'lam

Friday 27 July 2012

haya'

Al haya u minal iman. malu itu sebahagian daripada iman

mulut mudah untuk berbicara, bibir mudah mengungkap, tapi hati?
hati amat mudah berbolak balik lebih-lebih lagi apabila sesuatu keputusan itu dibuat tidak ikhlas. Bak kata orang mulut cakap lain, tapi hati cakap lain.

kadang-kadang terasa malu dengan diri sendiri. malu kerana tidak berusaha untuk korban kan masa untuk mentarbiyahkan diri yang sememangnya hina dan lemah. malu kerana telah berusaha sedaya upaya
memberi seribu satu alasan semata-mata enggan mengikuti sesuatu program yang rasanya mampu memberi manfaat buat diri. malu juga kerana tidak pernah menyumbang dalam menggerakkan misi dakwah :(

anyone? please help me. show me the best way out from this feeling :( Sometimes i keep thinking of this words " bila kita berkawan dengan pengedar minyak wangi, kita akan terkena tempias bau harumnya". Jadi kalau saya berkawan dengan orang-orang yang solehah, insyaAllah sikit-sikit saya akan terkena tempias kesolehahannya (erk ayatku). jadi saya terfikir mungkin disebabkan faktor kawan sedikit sebanyak menyebabkan saya jadi macam ni. Kesimpulan yang dapat saya simpulkan disini, surround myself with friends who can drive me to be a great muslim. Anyway i'll try harder and harder and harder to improve myself. mohon doa ya kawan kawan :(


kesalahan ketara kaum wanita

Bismillahirrahmanirrahim...

Terdapat ramai kaum wanita yang masih tidak faham, tidak tahu dah salah faham dengan cara-cara menutup aurat secara sempurna. Akibatnya mereka terjerumus kedalam kesesatan dan dosa. melalui penelitian saya, terdapat beberapa kesalahan yang dilakukan walaupun mereka ini memakai hijab(tudung).

kesalahan pertama : memakai tudung tetapi berlengan pendek

kesalahan kedua : memakai tudung tetapi kain terbelah hingga menampakkan betis

kesalahan ketiga : memakai tudung tetapi berbaju ketat, menampakkan bentuk tubuh badan

kesalahan keempat : memakai tudung tetapi berbaju nipis sampai menampakkan lengan tangan

kesalahan kelima : memakai tudung di kawasan sekolah @ universiti sahaja (paling tak boleh diterima)

kesalahan ketujuh : memakai tudung tetapi diselempangkan ke belakang dan tidak menutupi bahagian dada

kesalahan kelapan : memakai tudung disertai memakai sanggul yang begitu besar dibahagian kepala (trend zaman sekarang)

Daripada Abu Hurairah ra berkata : Rasulullah s.a.w bersabda. " Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang-lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul diatas kepala mereka) bagaikan bonggol unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya ".

Kebenaran sabda nabi  muhammad s.a.w dapat kita perhatikan sendiri dengan melihat realiti wanita zaman sekarang. Berpakaian tetapi bertelanjang boleh diertikan dengan mereka yang memakai baju, tetapi terlalu ketat sehingga menampakkan lekuk tubuh badan. Baju melekat betul-betul dekat badan sampaikan orang yang melihatnya tahu saiz sebenar tubuh badannya. Pemakaian tudung (disertai sanggul yang begitu besar) menjadi pilihan wanita-wanita zaman sekarang. Sehinggakan ada kedai yang menjual alat (sanggul) untuk menampakkan kebesaran dan kebonggolannya. Amat pelik bin musykil bin ajaib bagi saya bila melihat bonggol diatas kepala. Bila jalan, dihayun-hayunkan kepala agar nampak seperti bidadari yang baru keluar dari istana takeshi.

Wahai sahabat sekalian, sila perbetulkan niat dalam menutup aurat ya. Kita tutup aurat untuk pelihara diri kita juga. Kita tutup aurat kerana patuh pada perintah Allah. Jangan sesekali menjadi penentang hukum Allah s.w.t. Wal'iyazubillah.

sempurnakan pemakaian tudung agar kamu lebih mudah dikenali sebagai seorang muslimah :)

Firman Allah s.w.t : " wahai nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. dan ingatlah Allah maha pengampun lagi maha mengasihani
( Surah Al-Ahzab : 59 )


Wallahu A'lam


Wednesday 25 July 2012

info terkini


Terbaca satu artikel yang menyatakan bahawa rakyat palestin bebas memasuki negeri mesir tanpa permit. Alhamdulillah. ini merupakan salah satu langkah bijak yang dilaksanakan oleh presiden baru mesir, Morsi. Tidak seperti sebelumnya,walaupun mesir memberi kebenaran kepada rakyat palestin untuk masuk ke negeri mesir, mereka perlu membawa dokumen perjalanan dan visa. Ini mungkin memberi tekanan kepada rakyat palestin khususnya. Walaupun begitu, masih tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan mengenai peraturan baru itu. Mari kita sama-sama doakan moga semuanya berjalan seperti apa yang dirancang. Rabbana yassir wala tu'assir



Eager to hear more good news from other islamic country all around the world :D
Thank You Allah !!


Wallahu A'lam

Friday 20 July 2012

ahlan ya ramadhan ! :)

Bismillahirrahmanirrahim......

Alhamdulillah syukur dipanjatkan kehadrat Allah s.w.t atas kurniaan nikmat umur ini. Moga dengan bertambahnya bilangan umur, semakin bertambahlah amalan yang boleh menjadi bekalan diakhirat kelak. insyaAllah.....

So how's your iman today? semakin bertambahkah? atau berkurangkah? atau bergelora, sekejap dibawah sekejap diatas seperti ombak? Apa-apa pun bersyukur lah kepada Allah kerana kita masih lagi mampu menjawab persoalan tentang dimanakah tahap keimanan kita. Ini menunjukkan kita masih mempunyai iman.  Alhamdulillah :)

Macam mana pula persediaan mengharungi bulan yang penuh barakah ini? adakah kita sudah bersedia dari segi fizikal dan mental? perbetulkan niat, itu yang lebih utama. Tanam niat dari sekarang, moga ramadhan tahun ini lebih baik dari ramadhan yang sebelumnya. kejarlah pahala yang telah dijanjikan Allah s.w.t. Jangan tangguh-tangguh dan tidak istiqamah kerana itulah kunci terbesar pintu kegagalan.

Akhir kalam, maafkan diri ini andai pernah mengguris hati @ termengata tentang sahabat-sahabat diluar sana. Jom kumpul pahala banyak-banyak :)

Firman Allah S.W.T
 " Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa ".
( Al-Baqarah : 183 )

~ jangan tinggal puasa !

Wallahu A'lam

Tuesday 26 June 2012

syahrul imtihan


Al imtihan qariib....hayya nuraji' addurus ma'an. hehe testing testing. kepada sesiapa yang ambil subjek arab sebagai allughah thalithah, mesti faham kan. terlebih lebih faham :)
Hari ini tak nak cakap banyak. Cuma nak mengingatkan kawan-kawan, perbanyakkanlah baca surah penerang hati. Moga bukan saja hati malah minda kita pun terang supaya mudah meresap dan memahani ilmu yang kita belajar.

Firman Allah S.W.T :  " sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap "
 ( Al-Insyirah : 6 - 8 )

Study Hard & Smart + Trust In ALLAH = You Can Do It !!

Bittaufiq Wan Najah Fil Imtihan !

Wallahu A'lam

Wednesday 6 June 2012

alkisah sang semut 1 dan semut 2

Beware of this jari wahai semut sekalian !
Atas permintaan seorang kawan yang begitu aktif dan tidak boleh duduk diam, saya dipaksa menceritakan tentang riwayat hidupnya di satu tempat yang tidak asing lagi, jengka ! ya jengka. itulah tempat beliau memelihara, menternak, dan bermanja dengan binatang. Dan ditempat itu jugalah hati beliau mula berjinak-jinak untuk menjadi cair macam ais tatkala melihat 'super semut' yang sentiasa menjadi igauan, idola dan pujaan hati.

Para pembaca yang budiman dan setia nak tau tak apa binatang kesayangan beliau? An naml. atau kata nama lainnya semut !Pantang nampak semut, tangan beliau begitu pantas membelai semut dengan lemah lembut sehingga nazak. oh sungguh penyayang bukan? Walau ditegah berulang ulang kali, masih juga tiada perubahan.Walau dibrain wash setiap hari, masih tiada pembaharuan. Dan walau diceritakan kisah semut kepada beliau, tetap juga tiada perubahan. Oleh itu saya sarankan agar semut semut diluar sana supaya lebih berhati-hati ketika melintasi atau melalui sesuatu kawasan yang terdapat tanda-tanda anda semua didalam bahaya.

Tapi macam apa yang saya cakap tadi, terdapat beberapa fakta pelik mengenai diri beliau. Iaitu mudah cair apabila melihat 'super semut' dihadapan mata. Wahh ini satu keajaiban yang luar biasa. Super semut berjaya mencairkan ais batu yang begitu keras seperti ais yang terdapat didalam peti ais dirumah kami. Ais yang begitu tebal dan keras mampu dicairkan hanya dengan satu senyuman. Kata beliau, super semut mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Atau boleh juga dikatakan seperti magnet. Mampu menarik perhatian dengan wataknya yang agak cool, dan juga mempunyai ciri-ciri pelajar mithali yang mana saya rasa apabila dia grade nanti, sesuai jadi lecturer.


masih setia menunggu tunjuk ajar dari super semut

Oleh kerana super semut agak pandai, beliau ada juga menanam cita-cita untuk belajar bersama. tetapi adakah perkara ajaib kedua akan berlaku? mampu kah saya merungkai fakta pelik yang kedua? nantikan jawapannya.......????

Wallahu A'lam

Monday 4 June 2012

hiburan bagai sajian lazat setiap hari

salah kah saya jika mengatakan negara kita sesak dengan hiburan yang melalaikan? hiburan umpama cendawan yang tumbuh selepas hujan. terlalu cepat, terlalu banyak, terlalu mudah dan merosakkan. lihat saja konsert-konsert yang begitu aktif diadakan disetiap kawasan. yang mampu mengundang puluhan, ratusan malah ribuan rakyat menyaksikannya. mereka yang hadir bukan sekadar menyanyi dan mendengar malah melakukan perkara yang lebih dahsyat dan agak memalukan.

inikah yang dikatakan hebat? mampu menyatukan ummah? boleh membuatkan jiwa semakin kental? mampu mengumpul dana untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan? inikah caranya?

saudara kita di palestin dihiburkan dengan bunyian bom yang begitu kuat setiap hari. mereka dihiburkan dengan melihat saudara mara mereka syahid dibunuh musuh Allah. mereka dihiburkan dengan melihat kereta kebal, senjata, meriam, senapang, bom dan sebagainya. lihat pula saudara kita di syria. mereka dibunuh begitu kejam, kanak-kanak dicabut kuku kuku kaki dan tangan, wanita-wanita dirogol dihadapan ayah dan abang mereka. rakyat dibunuh, dikerat 4 bahagian kemudian dimasukkan kedalam beg plastik dan dicampakkan kepada kaum keluarga. ini benar benar kejam !

tetapi kita? apa yang kita lakukan? berhibur, berhibur dan berhibur...Allah telah berfirman didalam surah Al-an'am ayat 32 ( Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? )


Wallahu A'lam

Sunday 3 June 2012

Nostalgia








Pernah tak dengar nasyid ni? Teringat waktu zaman saya kecik kecik dulu. Nasyid ni la yang selalu menjadi halwa telinga. Kumpulan nadamurni ada ramai sangat ahli, orang dewasa gabung dengan kanak-kanak. Shoutul Amal kebanyakan nasyid yang saya dengar, budak-budak yang nyanyi.

Inilah kumpulan nasyid dulu dulu kala :D
~ Nadamurni
~ Shoutul Amal
~ Nahwan nur
~ Diwani
~ The Zikr

Wallahu A'lam



Saturday 2 June 2012

mari perbaiki solat


Sejak dari zaman kanak-kanak sehinggalah kita dewasa, kita sering diberitahu tentang kepentingan, kelebihan,kewajipan melaksanakan solat. Kalau tanya kepada setiap orang tentang solat, tentu saja mereka dapat menjawab dengan lancar. Solat itu tiang agama. Solat lah yang membezakan antara orang kafir dan orang islam. Solat merupakan soalan pertama yang akan ditanya di alam kubur.

Saudaraku, jangan sesekali kita memandang ringan bab solat. Sesungguhnya solat itulah yang akan menjaga, memelihara dan mengawasi setiap gerak-geri dan tindakan kita. Innassolata tanha 'anil fahsyai wal munkar ( Al-Ankabut : 45 ). Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Ayat ini jelas menunjukkan solat yang betul betul sempurna mampu mencegah seseorang dari melakukan perbuatan yang tidak bermaruah. 

Tetapi bagaimana pula sekiranya kita sudah melaksanakan solat 5 waktu, ditambah pula dengan solat solat sunat, tetapi masih lagi melakukan perbuatan keji dan terkutuk? Inilah tandanya solat kita masih ada cacat cela dan tidak sempurna. jom cek semula solat.

kita tergolong didalam kategori yang mana?
   
Kerana itu kita harus berusaha sedaya upaya "menghadirkan hati" ketika sedang solat. Ini memerlukan kefahaman terhadap setiap ayat yang dibaca. Sekiranya fikiran kita terganggu dan menerawang ke tempat lain, cepat cepat berusaha ingat semula kepada Allah. Solat dapat diperbaiki dengan sentiasa menghadirkan diri ke majlis ilmu, membaca buku-buku agama, dan bersahabat dengan para ilmuan. Moga kita semua dapat melaksanakan solat selari seperti apa yang telah diajar oleh Nabi kita, Muhammad s.a.w...

~ Ok, bukan semua orang faham apa yang dibaca dalam solat. Antara perkara yang saya lakukan, imagine huruf-huruf yang saya baca supaya fikiran tak melayang terbang ke tempat lain. (tak tau lah nak sarankan kepada orang ramai @ tak. Sebab macam tak betul je cara saya ni...*_*)

Rasulullah S.A.W bersabda:
" Sesungguhnya seringan-ringan siksaan penghuni neraka pada hari Qiamat ialah seseorang yang diletakkan di bawah dua telapak kakinya bara api neraka sehingga mendidih otak yang ada dikepalanya. (dari sebab panasnya bara api neraka tersebut) Dia mengira bahawa tidak ada orang lain yang lebih dasyat siksaan daripadanya, padahal dialah orang yang paling ringan siksaannya ".
( Hadith Riwayat Bukhari & Muslim ) 


Wallahu A'lam

Friday 1 June 2012

Petrol Station


Kawan kawan nak tau tak apa trend terbaru zaman sekarang? jeng jeng jeng...

Park kereta betul betul dekat tempat isi minyak, sementara BELIAU membeli belah dalam kedai petrol station tu

Datuk, Datin, Tan Sri, tuan, puan, encik, cik, kakak, abang, adik dan anda anda sekalian. Don't be sooo selfish okay. Kalau nak isi minyak kereta ke, motor ke, bayar la untuk minyak sahaja. Kalau nak membeli belah dalam kedai, park la ditempat yang sepatutnya. Orang lain pun nak isi minyak juga. Tolong hormat masa orang lain boleh :)

Thanks for your cooperation

Wallahu A'lam


Thursday 31 May 2012

Uskut

Dengan Nama Allah
Yang Maha Pengampun
&
Maha Mengasihani

Mulut merupakan salah satu anugerah Allah yang tidak ternilai kepada kita. Mulut bukan "aset" untuk mencaci maki, menghina, mengata sesama manusia. Dari apa yang saya lihat, orang yang banyak bercakap ni banyak kali tersasar. terkeluar dari landasan yang sepatutnya. Mulut boleh menambahkan dan mengurangkan pahala seseorang. Oleh itu wahai mulutku dan mulut anda sekalian, berjaga-jaga lah dengan setiap butir bicara dan kata kata. Moga kita terhindar dari melakukan dosa dosa kecil mahupun besar.
Falyaqul khairan aw liyasmut. Berkatalah perkara-perkara yang baik sahaja atau lebih baik diam.

Wallahu A'lam

Wednesday 30 May 2012

oh gunung yang indah


gunung yang macam sayur broccoli :D

Ipoh + Perak = Kampungku :)...Saya tak tau kenapa saya sukaaa sangat duduk kat sini. Mungkin gambar diatas merupakan salah satu faktor kenapa saya rasa macam nak menetap je kat sini. Dan mungkin ada sebab lain jugak,haha. Bestt. Pagi pagi bukak pintu rumah, udara sejuk masuk, rasa nyaaman sangat. Dengan pemandangan yang indah. Jalan pun tak terlalu sesak. Dekat dengan semua tempat. Cakap je nak pergi mana. Padang polo, Ipoh parade, Jusco, Tesco, Giant, Medan gopeng, semuanya dekat. Best la duduk siniii.Tapi esok dah nak balik kl dah. See you next time broccoliesssss (gunung-gunung) hehe. Bulan 7 pula kita berjumpa. InsyaAllah. ^_^

Monday 28 May 2012

time is drifting away

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

melalui pemerhatian saya, ramai orang yang apabila diajak berubah kearah yang lebih baik, mereka selalu memberikan jawapan yang lebih kurang macam ini bunyinya...
# nanti lah tunggu dapat hidayah
# nanti lepas saya kahwin, saya pakailah tudung
# sikit-sikit la berubah, taknak lah nampak terlalu drastik sangat
# payah, sebab family saya dah macam nii. nanti nanti lah cari masa yang sesuai

saya ada satu persoalan yang sentiasa bermain-main dibenak pemikiranku ini dari dulu sampailah sekarang..
# nanti itu BILAKAH?

Diri dan hati harus sentiasa ditarbiyah walaupun sedikit. Try to get to know new things. Please open your heart and mind to accept the truth. Do not depend on others to change you. Tarbiyah itu tidak mengenal masa, tempat, keturunan, pangkat, latar belakang kerana kita semua perlu sentiasa diingatkan supaya perjalanan hidup tidak lari dari tujuan sebenar. Walau sebanyak mana pun seminar, ceramah, motivasi yang kita dengar, kalau kita sendiri tidak bertindak untuk berubah, tak guna juga.

Qulil haq walau kaana murran. Berkatalah benar sekalipun ia pahit. Kebenaran itu memang susah dan pahit untuk dinyatakan dan diterima. Siapa kata senang untuk menyatakan yang haq? Si penyampai perlu kuat dan tegas dalam menyampaikan kebenaran. Si penerima perlu berfikiran terbuka untuk menerima kebenaran. Kedua-duanya ada cabaran masing-masing tetapi nak tak nak itulah KEBENARAN. Cubalah ikhlaskan hati, terima, dan amalkan. Semoga kita sentiasa mendapat keredhaan Allah S.W.T.

jangan tunggu sampai hati berkarat dan jadi hitam legam, sehinggakan buat dosa pun rasa bangga. wal'iyazubillah

Wallahu A'lam

~ other people can only inspire & give motivation to you, the rest is up to you :)
~ doakan supaya iman saya dari sehari ke sehari semakin mantap
~ pray for all muslimeen success fiddunya wal akhirah

Tuesday 24 April 2012

dimana jalan keluar ?


Dengan Nama Allah
Yang Maha Pengampun
&
Maha Penerima Taubat

Tika mana diri dirundum rasa malang,
dihujani rasa kesal yang tidak berkesudahan,
terasa diri sudah tidak berguna lagi,
terasa dunia ini gelap, kosong dan tidak membawa apa-apa erti, 
kaum keluarga, sahabat handai semuanya tidak memahami perasaan diri
dan tidak mungkin dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. 
Maka ketika itulah datang satu suara halus masuk menyelusuri kedalam hati,
membisikkan kalimat supaya melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan ajaran addin.
Menzalimi diri sendiri.
Yang mungkin membuatkan seseorang merasa lebih terhina didunia ini
dan juga diakhirat abadi......
wal'iyazubillah

Ketahuilah bahawa sesungguhnya tidak ada satu pun ujian didalam dunia ini yang tidak mampu dipikul oleh seorang manusia yang bernama hamba Allah. La yukallifullahu nafsan illa wus'aha. Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.Walau kita merasakan ujian yang kita hadapi adalah yang paling besar, ketahuilah ada ujian yang lebih besar yang sedang digalas oleh orang lain.

Trust in Allah. Jika kita menghadapi sesuatu masalah, rasa putus asa yang amat sangat, kecewa, mintalah petunjuk dari Allah. Mohon agar dipermudahkan segala urusan. Itulah jalan keluar yang terbaik ! Believe it !

Wallahu A'lam


Wednesday 22 February 2012

unexpected result


3 hours ago, i checked my examination result through e-mail

Alhamdulillah...
that's the only word that came out from my mouth when i looked at my result, it has never crossed my mind. Selama saya belajar, tak pernah saya rasa tertekan seperti sem lepas. Rasa macam baru belajar hari ini, esok dah nak exam.

But it proves that Allah S.W.T answered my dua' and knows everything deep in my heart.

Firman Allah S.W.T didalam surah Al-Baqarah " Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu ( Muhammad ) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. hendaklah mereka itu memenuhi ( perintah )-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran ".

Innallaha la yukhliful mii'ad. Sesungguhnya Allah tidak akan memungkiri janji :)

---> During examination week, ramai orang melakukan solat tahajud, solat hajat, solat fardhu, baca al-quran, never miss. But.....a week after that...... lenyap terus semua amalan ini. Hilang bak debu yang berterbangan. Tidak meninggalkan kesan langsung walaupun sedikit. I wonder, why these people have these kind of attitude. ohh tersangatlah hipocrite ! tak malu ke dengan Allah? Waktu nak exam, iya iya je buat solat itu, solat ini. Minta macam-macam, tetapi bila semua yang kita minta berada dalam genggaman, senang-senang kita lupakan Allah. Solat yang WAJIB kita tunaikan hilang entah kemana. Solat hajat yang dulunya hampir setiap hari dilakukan, lenyap begitu saja. Tilawah al-quran apatah lagi.

sahabatku, jangan disebabkan perbuatan kita yang bersifat acuh tidak acuh, malas, tidak istiqomah, mengundang kemurkaan Allah. wal'iyazubillah

Firman Allah S.W.T:
 " dan apabila mereka digulung ombak yang besar seperti gunung, mereka menyeru Allah dengan tulus ikhlas beragama kepada-Nya. tetapi ketika Allah menyelamatkan mereka sampai di daratan, lalu sebahagian mereka tetap menempuh jalan yang lurus. adapun yang mengingkari ayat-ayat kami hanyalah penghianat yang tidak berterima kasih "
( Luqman : 32 )

~ perbaiki diri, iman & amal :)

Wallahu A'lam

Monday 20 February 2012

sungai Tekala, hulu langat

Dengan Nama Allah
Yang Maha Pemurah
&
Yang Maha Penyayang
~ MPI ~
antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan disana :-
* barbeque. (sangat sedap) terima kasih ditujukan khas buat sahabat-sahabat yang bertungkus lumus membalik-balikkan ayam & sausage.he2
* main badminton. sempat la jugak main dengan shikin sampai sakit-sakit sendi & otot sebab dah lama tak main
* chess. tak ingat dah nak main macam mana. tengok amy & ciken je main
* mandi sungai. (lelaki saja) itu pun jauh ceruk mana entah
* tazkirah. (tentang 'ikhlas' yang disampaikan oleh zul). insyaAllah bermanfaat buat diri ini dan sahabat2
* tukar-tukar hadiah. (dapat dari abg sopi) syukran ! lain kali boleh la bagi briefcase pulak.hehe
* main-main dengan monyet @ beruk. wallahu a'lam
* tunggu orang keluar toilet. takda la lama mana.1 jam je. (saaangat besttt)


inilah sungainya.MasyaAllah




tuu air terjun.nampak tak?




nampak tak apa yang saya nampak?


banyak lagi gambar yang diambil sebenarnya. tak dapat nak publish muka setiap seorang. hehe. maaf

                                                         ~ attention please ~

                                   waktu berkumpul yang telah disepakati : 7.30 a.m
                                   waktu bertolak yang tidak dijangka : 9.30 a.m

Sahabat sekalian, lain kali janji wajib kita semua tepati ya.kalau lambat 30 minit tu boleh la faham,ni sampai 2 jam lewat.kenapa ya?jangan sesekali guna istilah 'janji melayu' kerana kita semua kan orang islam.orang islam kena patuh pada janji :)

Moga Ukhuwah yang terjalin berkekalan hingga ke syurga-Nya. InsyaAllah
~ yang tak dapat hadir : aisyah,nazeera,mahirah,luqman,azim. harapnya boleh la join program yang akan datang. mohon diluangkan sedikit masa untuk merapatkan lagi ukhuwah kita semua.insyaAllah :)

Wallahu A'lam