Monday 30 July 2012

Beristighfarlah

Dengan Nama Allah
Yang Maha Pemurah
&
Maha Penyayang

Seringkali terlintas didalam hati kita mengapa Allah masih tidak memakbulkan doa walaupun kita telah melaksanakan semua perintah-Nya. Jom cek balik diri kita. Ketahuilah bahawa antara penghalang utama rahmat Allah adalah dosa dan kesalahan yang dilakukan.

Dikisahkan dalam sebuah tafsir tentang seorang ulama' besar yang bernama Hasan Al-Basri. Beliau telah didatangi seseorang mengadu tentang tanahnya yang tidak subur. Lalu jawab Hasan Al-Basri beristighfarlah. Datang yang lain mengadu kelaparan, jawabnya beristighfarlah. Datang yang lain minta agar dikurniakan seorang anak, jawabnya beristighfarlah. Datang pula yang lain mengadu kebunnya kekeringan. Maka jawapan yang sama juga diberikan iaitu beristighfarlah. Lalu Hasan Al-Basri ditanya mengapa beliau memberikan jawapan yang sama kepada setiap soalan yang berbeza. Maka jawabnya 'ini bukan pendapatku, melainkan ianya berdasarkan firman Allah s.w.t di dalam al-quran.

" Sehingga aku berkata (kepada mereka): “Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (sekiranya kamu berbuat demikian) Dia akan menghantarkan langit yang mencurah-curah (hujan) kepada kamu. Dan Dia akan memberi kepada kamu banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak Dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai "
( Nuh : 9-12 )

Ucapan "Astaghfirullah al'azim" yang bermaksud aku mohon ampunan kepada Allah yang maha agung sangat digalakkan untuk diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Ucapan ini bukan sahaja sebagai penghapus dosa, malah dapat mendekatkan hubungan seorang hamba dengan Penciptanya. Pendapat peribadi saya, wajib kita minta ampun kepada Allah kerana setiap hari ada saja kesalahan yang dilakukan terhadap Allah samada secara sengaja atau tak. Setidak-tidaknya sebelum tidur tu beristighfarlah. Tak susah pun kan? InsyaAllah bila dah selalu buat, dengan sendirinya ucapan itu akan menjadi satu habit :) 

Wallahu A'lam



Sunday 29 July 2012

penyakit hati perlu dirawat segera

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Apa kabar hati anda? Sihat?
Moga hati kita semua dijaga oleh Allah dari bisikan syaitan durjana,
 yang tidak putus-putus membisikkan kalimat supaya kita terpesong dari landasan islam.
Sifat dengki, dendam, amarah, benci, putus asa merupakan antara penyakit hati yang mudah dijangkiti.
Jika dibiarkan lama tanpa diubati,
ia akan merebak seterusnya melahirkan satu jiwa yang kental dan kebal dari sebarang nasihat dan teguran.

Benar !
kegelapan hati membuatkan seseorang buta,
buta dengan kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri,
sangat mudah nampak kelemahan orang lain,
sangat mudah menabur fitnah,
sedang diri banyak kekurangan malah lebih teruk dari orang yang difitnah,
Astaghfirullah....

Realiti zaman sekarang,
penyakit ini merebak dengan begitu cepat,
ramai pesakit terperangkap,
tidak diberi ubat mahupun penawar,
 dipandang remeh oleh masyarakat dan pihak bertanggungjawab,
sehinggakan lahir masalah ummah,
menjadi satu kelaziman mencuri, berzina, rogol, buang anak, membunuh,
semuanya hasil dari penyakit hati.

Sesungguhnya,
Allah lah yang memelihara dan menjaga hati kita,
hati yang dididik dengan baik pasti membuahkan hasil yang baik,
sebaliknya hati yang dibiarkan kotor melahirkan jiwa yang zalim,
zalim terhadap Allah, diri sendiri, keluarga, dan masyarakat seluruhnya.

Oleh itu,
ketahuilah bahawa Al-Quran dan zikrullah itulah,
sebaik-baik penawar kepada penyakit hati,
lazimkan diri membaca al-quran dan mengingati Allah,
walau dimana jua kita berada,
moga hati yang dididik dengan baik,
mampu melahirkan jiwa yang suci dan hebat !

Wallahu A'lam


Saturday 28 July 2012

mega sale

Analogi mega sale sangat berkait rapat dengan bulan ramadhan. Para ibu dan wanita wanita khususnya pasti tertunggu-tunggu jualan mega yang kebiasaannya muncul pada bulan bulan tertentu, akhir tahun mahupun di musim perayaan. Bagi mereka yang hidup sederhana pasti akan meluangkan masa mengunjungi pusat membeli belah yang menawarkan 'Mega Sale' kerana mereka ini mungkin tidak berapa berkemampuan untuk membeli barangan-barangan mahal yang mana mungkin hanya mampu dibeli oleh golongan berpendapatan tinggi. Juga kerana mereka sedar dan tahu kedudukan mereka sebagai orang yang hidup secara bersederhana dan hanya mampu beli barangan mahal hanya apabila terdapat 'discount' yang ditawarkan. Mereka inilah orang-orang yang boleh dikategorikan sebagai orang yang "mengukur baju dibadan sendiri".




Begitu juga bulan ramadhan. Hanya apabila seseorang itu "mengukur baju dibadan sendiri" pasti tertunggu-tunggu ketibaan ramadhan. Disebabkan mereka sedar akan dosa-dosa yang pernah dilakukan suatu ketika dahulu. Kerana itulah mereka tidak sabar sabar menanti kedatangan bulan ramadhan kerana mahu membersihkan diri dari segala dosa dan noda. Seperti yang tercatat didalam al-quran, dalam bulan ramadhan terdapat satu malam yang dinamakan 'lailatul qadr'  iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan ramadhan, Allah membuka seluas-luasnya pintu langit menantikan hambanya bermunajat memohon keampunan kepadaNya. Satu kebaikan yang kita buat akan diberi pahala berlipat ganda berbanding kebaikan yang kita buat  dalam bulan selain ramadhan. Allah suka hambanya meminta minta kepadaNya. Ini menunjukkan bahawa kita hamba yang lemah. Seorang hamba yang perlu bergantung harap kepada Allah semata dalam apa jua keadaan. Oleh itu wahai diriku dan dirimu, mintalah kepada Allah moga kita diberi iman yang mantap, mintalah kepada Allah moga kita dijauhkan dari dosa-dosa kecil dan besar. Mari kita memperbanyakkan doa. Moga segala kesilapan dan dosa yang pernah dilakukan diberi keampunan olehNya.

Wallahu A'lam

Friday 27 July 2012

haya'

Al haya u minal iman. malu itu sebahagian daripada iman

mulut mudah untuk berbicara, bibir mudah mengungkap, tapi hati?
hati amat mudah berbolak balik lebih-lebih lagi apabila sesuatu keputusan itu dibuat tidak ikhlas. Bak kata orang mulut cakap lain, tapi hati cakap lain.

kadang-kadang terasa malu dengan diri sendiri. malu kerana tidak berusaha untuk korban kan masa untuk mentarbiyahkan diri yang sememangnya hina dan lemah. malu kerana telah berusaha sedaya upaya
memberi seribu satu alasan semata-mata enggan mengikuti sesuatu program yang rasanya mampu memberi manfaat buat diri. malu juga kerana tidak pernah menyumbang dalam menggerakkan misi dakwah :(

anyone? please help me. show me the best way out from this feeling :( Sometimes i keep thinking of this words " bila kita berkawan dengan pengedar minyak wangi, kita akan terkena tempias bau harumnya". Jadi kalau saya berkawan dengan orang-orang yang solehah, insyaAllah sikit-sikit saya akan terkena tempias kesolehahannya (erk ayatku). jadi saya terfikir mungkin disebabkan faktor kawan sedikit sebanyak menyebabkan saya jadi macam ni. Kesimpulan yang dapat saya simpulkan disini, surround myself with friends who can drive me to be a great muslim. Anyway i'll try harder and harder and harder to improve myself. mohon doa ya kawan kawan :(


kesalahan ketara kaum wanita

Bismillahirrahmanirrahim...

Terdapat ramai kaum wanita yang masih tidak faham, tidak tahu dah salah faham dengan cara-cara menutup aurat secara sempurna. Akibatnya mereka terjerumus kedalam kesesatan dan dosa. melalui penelitian saya, terdapat beberapa kesalahan yang dilakukan walaupun mereka ini memakai hijab(tudung).

kesalahan pertama : memakai tudung tetapi berlengan pendek

kesalahan kedua : memakai tudung tetapi kain terbelah hingga menampakkan betis

kesalahan ketiga : memakai tudung tetapi berbaju ketat, menampakkan bentuk tubuh badan

kesalahan keempat : memakai tudung tetapi berbaju nipis sampai menampakkan lengan tangan

kesalahan kelima : memakai tudung di kawasan sekolah @ universiti sahaja (paling tak boleh diterima)

kesalahan ketujuh : memakai tudung tetapi diselempangkan ke belakang dan tidak menutupi bahagian dada

kesalahan kelapan : memakai tudung disertai memakai sanggul yang begitu besar dibahagian kepala (trend zaman sekarang)

Daripada Abu Hurairah ra berkata : Rasulullah s.a.w bersabda. " Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang-lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul diatas kepala mereka) bagaikan bonggol unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya ".

Kebenaran sabda nabi  muhammad s.a.w dapat kita perhatikan sendiri dengan melihat realiti wanita zaman sekarang. Berpakaian tetapi bertelanjang boleh diertikan dengan mereka yang memakai baju, tetapi terlalu ketat sehingga menampakkan lekuk tubuh badan. Baju melekat betul-betul dekat badan sampaikan orang yang melihatnya tahu saiz sebenar tubuh badannya. Pemakaian tudung (disertai sanggul yang begitu besar) menjadi pilihan wanita-wanita zaman sekarang. Sehinggakan ada kedai yang menjual alat (sanggul) untuk menampakkan kebesaran dan kebonggolannya. Amat pelik bin musykil bin ajaib bagi saya bila melihat bonggol diatas kepala. Bila jalan, dihayun-hayunkan kepala agar nampak seperti bidadari yang baru keluar dari istana takeshi.

Wahai sahabat sekalian, sila perbetulkan niat dalam menutup aurat ya. Kita tutup aurat untuk pelihara diri kita juga. Kita tutup aurat kerana patuh pada perintah Allah. Jangan sesekali menjadi penentang hukum Allah s.w.t. Wal'iyazubillah.

sempurnakan pemakaian tudung agar kamu lebih mudah dikenali sebagai seorang muslimah :)

Firman Allah s.w.t : " wahai nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. dan ingatlah Allah maha pengampun lagi maha mengasihani
( Surah Al-Ahzab : 59 )


Wallahu A'lam


Wednesday 25 July 2012

info terkini


Terbaca satu artikel yang menyatakan bahawa rakyat palestin bebas memasuki negeri mesir tanpa permit. Alhamdulillah. ini merupakan salah satu langkah bijak yang dilaksanakan oleh presiden baru mesir, Morsi. Tidak seperti sebelumnya,walaupun mesir memberi kebenaran kepada rakyat palestin untuk masuk ke negeri mesir, mereka perlu membawa dokumen perjalanan dan visa. Ini mungkin memberi tekanan kepada rakyat palestin khususnya. Walaupun begitu, masih tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan mengenai peraturan baru itu. Mari kita sama-sama doakan moga semuanya berjalan seperti apa yang dirancang. Rabbana yassir wala tu'assir



Eager to hear more good news from other islamic country all around the world :D
Thank You Allah !!


Wallahu A'lam

Friday 20 July 2012

ahlan ya ramadhan ! :)

Bismillahirrahmanirrahim......

Alhamdulillah syukur dipanjatkan kehadrat Allah s.w.t atas kurniaan nikmat umur ini. Moga dengan bertambahnya bilangan umur, semakin bertambahlah amalan yang boleh menjadi bekalan diakhirat kelak. insyaAllah.....

So how's your iman today? semakin bertambahkah? atau berkurangkah? atau bergelora, sekejap dibawah sekejap diatas seperti ombak? Apa-apa pun bersyukur lah kepada Allah kerana kita masih lagi mampu menjawab persoalan tentang dimanakah tahap keimanan kita. Ini menunjukkan kita masih mempunyai iman.  Alhamdulillah :)

Macam mana pula persediaan mengharungi bulan yang penuh barakah ini? adakah kita sudah bersedia dari segi fizikal dan mental? perbetulkan niat, itu yang lebih utama. Tanam niat dari sekarang, moga ramadhan tahun ini lebih baik dari ramadhan yang sebelumnya. kejarlah pahala yang telah dijanjikan Allah s.w.t. Jangan tangguh-tangguh dan tidak istiqamah kerana itulah kunci terbesar pintu kegagalan.

Akhir kalam, maafkan diri ini andai pernah mengguris hati @ termengata tentang sahabat-sahabat diluar sana. Jom kumpul pahala banyak-banyak :)

Firman Allah S.W.T
 " Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa ".
( Al-Baqarah : 183 )

~ jangan tinggal puasa !

Wallahu A'lam