Friday 24 July 2015

kuharap terimalah taubat ~





Bila hati menghadap Tuhan
Baru kusedar ada kelemahan
Terasa kerdil berbanding yang Esa
Terharu, terfikir betapa agungnya Tuhan

T_____T

Nur malam - Saujana 

Wallahu A'lam

Tuesday 21 July 2015

1001 kisah yang tersirat dan tersurat


Assalamualaikum W.B.T

Sebelum saya meneruskan bicara, ingin saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh umat islam. Hari raya merupakan hari kemenangan buat mereka yang berjaya mendapat keampunan Allah s.w.t. Moga usaha penat lelah kita beribadah didalam bulan Ramadhan diterima Allah dan ianya membawa sinar baru dalam kehidupan kita. Biiznillah !

Hari raya baru-baru ini. Pelbagai kisah yang berlaku disekeliling saya. Saya perhati segalanya. Ada kisah yang begitu terkesan kedalam hati, ada kisah yang membuat saya berfikir panjang, ada kisah yang hanya berlalu begitu saja.

Kisah 1

Kami berhenti seketika dikedai yang berdekatan untuk membeli sedikit buah tangan. Perkara yang perlu dihighlightkan disini adalah, kedai yang kami singgah itu taukenya berbangsa cina. Kami bukan lah membeli sayur, bukan daging burger, bukan ais krim kon. Yang kami beli adalah susu tin, garam, gula, tepung (ok macam orang-orang zaman dulu kan. Ziarah orang, bagi barang asas. Tapi saya suka kalau terima barang asas macam ni. It's very helpful !)

Waktu di kaunter bayaran, mata saya tiba-tiba terarah kepada 3 beranak (mungkin) membungkus ais batu. Keadaannya....

1) Proses membungkus dilakukan diluar kedai (dikaki lima tempat kita jalan-jalan tu)
2) Si ibu (if i'm not mistaken) duduk diatas bangku. Si anak (1 lelaki 1 perempuan berumur dalam lingkungan 10 tahun) mencangkung. Ketiga-tiga mereka sibuk mengeluarkan ais batu dari plastik besar ke plastik kecil bagi tujuan menjual kepada pelanggan (antaranya kami la tapi kami tak beli ais batu).
3) Setiap kali mereka mencedok ais batu, gayung atau pencedok itu akan diletakkan diatas jalan (dikaki lima tu). Keadaan dikaki lima kotor kerana mereka memakai seliper dan tempat itu berair dan......
4) Ais batu yang tergolek terkeluar dari plastik dikutip satu persatu dan dimasukkan kedalam plastik kecil bagi tujuan menjual. (Mereka faham tentang 'Inna mubazzirin ikhwan asy syayaatin barangkali)
5) Ok stop !

Hati saya cuma berkata 'mereka tak faham tentang konsep 'Taharah' sakina'. Tentang kebersihan yang Allah S.W.T sebut didalam al-quran. Halalan Toyyiba. Yang halal lagi baik. Salah satu ciri baik mesti lah bersih. Bersih ini lah 'Taharah'. Hanya orang islam yang betul-betul menjaga kebersihan kerana itu yang diperintahkan.

Melihat kan adegan membungkus, saya......geleng geleng kepala tapi tak terzahir pula.

Kisah 2

2 days before raya, waktu jalan balik kerja sembang dengan kawan. Bertanya seorang kawan... 'sakina macam mana nak solat sunat raya ek. Selama ni tak pernah buat pun. Sebab dengarnya solat tu macam pelik sikit. Tak ada sujud dengan rukuk eh. Tapi saya tak ingat laa. Apa yang peliknya'

"Wahai kawanku, solat yang tiada rukuk dan sujud itu solat jenazah namanya. Bukan sunat raya. Solat sunat raya yang pelik yang dimaksudkan mungkin angkat takbir banyak kali kot".

Saat kematian setiap orang sudah ditetapkan dan tercatit di luh mahfuz. Tidak akan dilengahkan walau sedetik.

3 Syawal 1436 Hijriah. Atuk saudara saya telah kembali ke rahmatullah bertemu dengan Pencipta kita semua. Hati saya sebak, sayu memikirkan bagaimana nasib saya tatkala melihat sekujur tubuh terbaring kaku diatas papan keranda. Melihat mayat diusung. Sungguh ! Saya memikirkan bagaimana nasib saya ketika menempuh saat itu. Allah.....kurniakan aku husnul khatimah. Meninggal dalam keadaan imanku setinggi langit dan beragama islam.T_T

Saya, pertama kali melaksanakan solat jenazah. Kerana diberitahu tentang kelebihan solat jenazah. Saya juga inginkan kebaikan sebesar gunung uhud ! Tapi kami gagal pergi ke tanah perkuburan kerana tersilap ikut kereta. :(

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda : Sesiapa yang menyaksikan jenazah serta turut menyembahyangkannya., maka dia mendapat 1 qhirat. Dan sesiapa menyaksikannya sehingga turut serta semasa mengebumikannya, maka dia mendapat 2 qhirat. Lalu ditanya 'apakah 2 qhirat itu' ? Baginda menjawab'pahalanya seperti 2 gunung yang besar'

(Muttafaq 'alaih)

Dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda : Sesiapa yang bersama (ziarah) jenazah seorang muslim dengan penuh rasa keimanan, dia tetap ada bersama mayat sehinggalah mayat tadi disolatkan dan turut serta sehingga selesai ia dikebumikan. Maka dia pulang dengan mendapat 2 qhirat. Setiap satu qhirat ganjarannya sama seperti gunung uhud. Dan siapa yang solat jenazah kemudiannya pulang tanpa menunggu sehingga mayat tersebut dikebumikan, sesungguhnya dia hanya mendapat 1 qhirat sahaja

(Hadis riwayat Bukhari)


Kisah 3

Banyak je kisah yang ingin diceritakan, tapi sekarang sudah lewat malam. Kisah ketiga ini saya tukarkan jadi reminder lah. Ingin saya mengingatkan supaya jaga puasa 6 dalam bulan syawal. Pahalanya...MasyaAllah ! Besar. Moga moga Allah memberi nilai yang berlipat lipat ganda untuk segala amalan yang kita lakukan. Mari kita sama sama saling mendoakan. 

p/s : 
~ Kalau boleh nak beli barang makanan, carilah kedai orang islam ya. I'm not racist ok. Chinese muslim pun ok apa. Asalkan kedai MUSLIM.
~ Doakan saya moga sentiasa didalam rahmat Allah s.w.t dan mendapat keredhaan-Nya.


Wallahu A'lam

Monday 6 July 2015

tarbiyah itu kan kau temui dimana mana



Wazakkir ! Fainnaz zikra tanfa'ul mukminin...

(Az-Zariyat : 55)


1) Wahai saudaraku,

Jangan engkau berjalan diatas muka bumi dengan sombong dan bongkak,

kerana sebentar lagi engkau akan masuk ke bumi yang engkau pijak.

2 ) Berapa ramai manusia yang masih hidup dalam kelalaian,

sedangkan kain kafannya sedang di tenun.

3) Ilmu itu bukan yang dihafal,

tetapi yang memberi manfaat.


- Imam Asy-Syafie - 

Wallahu A'lam

Thursday 2 July 2015

Tanpa rahmat dan kasih sayang Allah. Siapalah kita?



Hati ini tiba-tiba terasa sebak. Terfikir layakkah aku masuk ke syurga? Dengan amal yang kurang. Sungguh. Amat amat kurang. Mahu beli syurga tapi bayarannya tidak seberapa. Layakkah?

Amalan yang jika dibandingkan dengan para sahabat dan sahabiah. Amat jauh ibarat timur dan barat. Jaraknya jauh antara langit dan bumi.

T______________________________T

Para sahabat. Para sahabiah.

Mereka membayar dengan tikaman pedang menembus tulang belulang.

Mereka membayar dengan libasan cemeti puak kuffar.

Mereka membayar dengan darah berlumuran diatas muka bumi.

Mereka membayar dengan tohmahan, hinaan, celaan dan seksaan para musyrikin.

Mereka membayar dengan menyerahkan segala harta benda yang mereka ada.

Mereka membayar dengan meninggalkan keluarga bagi menyahut seruan jihad.

Mereka membayar dengan menyerahkan seluruh jiwa raga mereka kepada Allah.

Namun. Harga yang mereka bayar. Setimpal dengan habuan yang mereka bakal peroleh.

Iaitu syurga. Yang menjadi rebutan setiap jasad yang bernyawa. Ya ! rebutan setiap jasad yang bernyawa.

Inilah dia Jual beli yang Allah catitkan didalam al-quran. 

Buat mereka yang mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya.....

Afala yatadabbarunal quran.

Selagi nadi masih berdetak. Selagi roh tidak diarah meninggalkan jasad selama-lamanya. Selagi masih mampu membaca, mampu melihat. 

Jangan pernah tinggalkan al-quran. Fahami dan hayati isi kandung al-quran. Fahami yang dimaksudkan adalah membaca terjemahannya. Sekurang-kurangnya satu kali seumur hidup, kita pernah baca terjemahannya. Dari suratul fatihah sehingga annas.

**************************************

Dan aku....masih lagi terfikir

Aku, kamu, dia, mereka....

Apakah tandingan atau imbalan yang sesuai untuk membeli syurga Allah?

Dikala islam sudah tersebar luas keseluruh pelusuk dunia.

Dikala islam sudah lagi tidak dipandang hina.

Dikala islam semakin kukuh dimuka bumi.

Apakah kita mampu membeli syurga Allah dengan hanya melaksanakan amalan fardhu?

Apakah kita mampu membeli syurga Allah dengan hanya solat tahajud sebulan sekali?

Apakah kita mampu membeli syurga Allah dengan hanya berpuasa sunat 3 hari setiap bulan?

Apakah kita mampu membeli syurga Allah dengan hanya bersedekah setiap hari?

Atau apakah dengan hanya menitiskinkan air mata kita mampu masuk ke dalam syurga?

Air mata keinsafan, yang sebentar lagi kamu masih terus menerus mengulangi dosa yang sama...?

Percayalah ! 

Tanpa rahmat dan kasih sayang Allah, kita tidak mampu masuk ke syurga-Nya.

Ingin kuulangi buat kali kedua untuk diriku.

Tanpa rahmat dan kasih sayang Allah, kamu tidak mampu masuk ke syurga-Nya.

Kamu mampu masuk ke syurga, semata-mata atas rahmat dan kasih sayang Tuhanmu kepadamu.

T_________T Siapalah aku jika ingin dibandingkan dengan mereka?

p/s : Kawan. Doakan kita semua moga-moga sentiasa berada didalam rahmat Allah s.w.t dan tergolong dalam golongan mereka mereka yang berjaya melalui titian sirat sepantas kilat T_T


Wallahu A'lam