Sunday 26 June 2016

Semuanya baik baik belaka :)


Ini la waktu yang sesuai untuk berjinak jinak jadi baik.

Cakap yang baik baik
Tengok yang baik baik
Dengar yang baik baik
Tulis yang baik baik

Sebab

Semua tu kan ganjarannya pahala.

Dan. Moga istiqamah hingga keakhirnya.


Tengok.

Dekat syurga semuanya baik baik tau

Ohh, what a feeling....

Bestnyaaa

Nota kaki : Antara kriteria 70000 orang yang masuk syurga tanpa dihisab adalah 'wala yatathoyyarun' (tidak beranggapan sial kerana sesuatu), dan kepada Allah mereka bertawakkal.

Cerita kat tv suka sangat selitkan watak watak 'orang tu pembawa sial'. Tak patut tak patut.

Wallahu A'lam

Monday 20 June 2016

Tasahharu...


Dari Anas r.a dia berkata, rasulullah s.a.w bersabda 'makan sahurlah kalian, kerana pada makan sahur itu terdapat berkah'.
(Sahih Muslim)

Biasanya, puasa sunat paling susah nak bangun sahur. Bulan Ramadhan, senang pulak :)

Sajaaa nii !

Hehe

P/s : Walaupun disunatkan melewatkan sahur, jangan sampai penuhkan mulut dengan nasi disaat akhir. Bila terdengar azan subuh, reaksi awak mungkin...

1) Terkejut, tersembur keluar semua nasi
2) Masih mengunyah dengan muka gembira

********************

Tak sabar nya nak tunggu hari rabu :D

Selamat berhempas pulas meningkatkan ibadah kawan kawan ;)

Wallahu A'lam

Thursday 9 June 2016

Nak tahu cara malaikat mencabut nyawa orang kafir?


' Dan sekiranya kamu melihat ketika para malaikat mencabut nyawa orang orang yang kafir sambil memukul wajah dan punggung mereka (dan berkata), "rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar" '

(Al-Anfal : 50)

Bila baca dalam bahasa arab lagi meremang !

Ya Allah, matikanlah kami dalam islam dan ketika iman setinggi langit. Kurniakanlah kami pengakhiran yang baik.

Wallahu A'lam

Sunday 5 June 2016

Demi masa.....



Me : Awak thalhah eh?
Beliau : (geleng geleng kepala. Senyum)
Me : Habis tu nama awak apa? K.Sakina nampak dekat signboard depan tu nama nama korang. So, nama awak?
Beliau : Saifullah
Me : Oo. Saifullah. Nak mintak autograf boleh? Sedap suara.
Beliau : Senyum. Gelak gelak

*******************

Budaknya kecik tapi suara. Hmm dengar lah sendiri. Dah tinggi dah awak ek.

~ he can speak Chinese meyh ~

Wallahu A'lam

Ramadhan. Peluang dan tawaran hebat untuk kita semua :)


Assalamualaikum w.b.t.

Macam mana perasaan awak sekiranya.......

Duit dalam poket hanya ada Rm 1000. Kena pulak time tu nak raya. Duit yang seciput tu lah nak guna beli langsir baru, nak beli barang barang dapur untuk buat kuih raya, nak guna untuk bagi duit raya dekat anak saudara, duit tu jugak nak guna beli baju raya.

Nak dijadikan cerita, satu hari tu awak bawak kereta pecut punya laju melebihi 180km/jam semata mata nak kejar waktu maghrib sebab nak berbuka dengan saudara mara, pappp dekat depan ada road block. Polis tengah riang ria menyaman orang on the spot. And awak termasuk dalam golongan yang hampir hampir terima notis itu ! Maka terjadilah satu drama tragis....

Polis : Encik bawak kereta melebihi had laju yang dibenarkan ni. Saya terpaksa keluarkan surat saman. Ini dia surat saman. Rm 300. 

Awak : Ohh tuan. Maafkan saya tuan. Saya minta tuan faham keadaan saya. Saya ni dari keluarga susah. Saya kerja dekat Johor. Ni saya nak balik Perlis. Hari ni jela hari yang saya dapat balik kampung nak berbuka puasa dengan keluarga. Sebab tu terpaksa bawak laju nak kejar waktu maghrib.

Polis : Maaf, tapi encik ni bawak laju sangat ni. Macam ni lah, apa apa nanti, nak minta pengurangan bayaran ke apa ke, encik cakap dekat balai/mahkamah.

Awak : Tuan, tolong saya tuan. Tarik balik surat saman ni. Sekali ni je. Lepas ni memang saya tak akan buat dah. Tolong tuan. Sebelum ni pun, memang saya tak pernah bawak laju. Cuma tu lah, hari ni banyak kerja pulak, bertolak lewat dari Johor. Tolong tuan, faham keadaan saya.

Polis : (setelah mengambil kira riak wajah awak yang sangat menyedihkan dan ada sedikit perasaan belas ihsan), Baiklah. Saya tarik balik surat saman. 

Awak : ...........

Perasaan ?

Confirm happy ! Rasa nak cium tangan polis !

Ibarat diberi peluang kedua. Terselamat Rm 300 ~

Itu baru 300, dah rasa nak cium tangan polis. Happy kan !

*********************************

Esok tetamu kehormat datang !

Yeay !

Peluang untuk kita para pendosa.

Berebut mencari lailatul qadar, mendidik hati untuk khusyuk, dan berusaha mendapat pengampunan Allah.

InshaAllah. Syurga janji Allah.

Ini baru betul. Happyyyyyy tak terkata !

Moga kita berjaya.

Selamat berpuasa semua :)

Wallahu A'lam