Monday 11 July 2011

Assembly

In The Name Of Allah
The Relenting
&
The Most Merciful


~ perhimpunan yang bermatlamat mencemarkan imej Malaysia itu, melenyapkan pendapatan harian lebih 5,000 keluarga peniaga kecil dan sehubungan itu, khidmat guaman percuma akan disediakan bagi membolehkan perkara itu dibawa ke mahkamah ."Kita nak tuntut kerugian semua peniaga yang hilang pendapatan semalam daripada pihak penganjur," ~ quoted from berita harian

...bermacam-macam usaha yang telah dilakukan bagi mengubah persepsi rakyat terhadap perhimpunan BERSIH yang diadakan pada 9 July lepas.Tidak cukup dengan propaganda yang hebat ditayangkan menerusi iklan,laman facebook,surat khabar dan sebagainya.Semuanya memberi imej negative kepada pihak penganjur dan orang ramai yang menyertai perhimpunan "haram" ini.

Pada pemerhatian saya, perhimpunan ini sebenarnya tidak akan kelihatan terlalu extreme sekiranya pihak polis tidak menyekat perarakan mereka untuk berdemonstrasi....erk mungkin ok

Bagi saya, tidak munasabah sekiranya dikatakan parti pembangkang merupakan dalang disebalik perhimpunan aman ini. It's actually open for those who wants the next election to be clean and free from corruption. Anyone can join it, whether you are pro-establishment or anti-establishment. Jadi sepatutnya tiada pertelingkahan yang berlaku yang melibatkan politik dalam hal ini :)

Another one mengenai kematian salah seorang saudara yang mengikuti perhimpunan aman ini, sungguh tidak patut sekiranya dikatakan bahawa beliau mati dibunuh disebabkan semburan gas pemedih mata yang dilakukan oleh pihak polis. Mari kita ingat semula Firman Allah s.w.t "Kullu nafsin zaaiqatul maut". Setiap yang hidup pasti akan mati. Anyway, from Allah we come, and to Him we shall return. Segala perkara yang berlaku sebelum nyawa kita ditarik itu hanyalah untuk dijadikan asbab kepada kematian. Boleh jadi kamu meninggal ketika hendak makan. Boleh jadi kamu meninggal kerana terjatuh. Boleh jadi kamu meninggal ketika sedang bersembang.

Wallahu A'lam



Sunday 3 July 2011

Generasi Harapan

Dengan Nama Allah
Yang Maha Bijaksana
&
Yang Maha Mengetahui

Pejam celik pejam celik, sudah 3 minggu saya menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang guru di Tadika Amal. Hehe permulaan kerja yang amat  menyeronokkan apabila dapat berkenalan dengan kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 4-6 tahun.

First time kerja memang agak mendebarkan. Walaupun pada dasarnya nampak macam mudah, mengajar budak tadika tapi sebenarnya ia amat menguji kesabaran. Seminggu selepas saya mengajar mereka, anak tekak mula terasa kering. Mana tidaknya, masing masing memiliki suara yang agak kuat, jadi saya sebagai guru harus menandingi kekuatan suara mereka sehingga kadang kadang saya sendiri kena bangun,pergi tempat mereka dan bercakap dengan mereka. Tak larat rasanya menjerit setiap hari. Bak kata kakak-kakak seperjuanganku, "dulu suara akak macam sakina, tapi bila dah lama lama dia pecah, suara pun jadi besar". Haha adakah perkara yang sama akan berlaku padaku suatu hari nanti?ohh tidak :)

Hari pertama yang tidak dapat dilupakan..ada seorang budak ni, nama dia Haleef. Dia sangat suka berlari dan main kejar kejar. Malangnya hari tu tiada seorang pun kawan yang dia dapat tangkap, tiba tiba dia datang pada saya, pegang tangan saya sambil berkata "teacher jadi". Saya pun apa lagi, kejar la diorang . Habis semua lari lintang pukang. Hehe yang pastinya senang saja tangkap mereka. Bergerak beberapa langkah dan panjangkan sedikit tangan anda, terus dapat. Mudah kan?sehinggakan saya digelar "ticer askar".er apa tu.hi3

Kebiasaannya budak budak apabila disuruh duduk diam, memang agak sukar. Tapi bagi saya, salah satu cara ialah bercerita dengan mereka. Cerita mampu membuatkan mereka diam, berfikir dan seperti diambang khayalan. Antara pengalaman yang mahu dikongsi bersama ialah semasa mengajar anak pra (4 tahun), yang mana mereka ini sangat aggressive dan hyperactive. Nak ambil kerusi pun boleh bergaduh. Yang peliknya bila sorang nak kerusi warna merah, semua nak merah. Kalau lah ada cat kat situ, dah lama saya cat semua warna merah. Bila nak warna hijau, cat je semua warna hijau. Tak payah gaduh gaduh :)

Antara anak pra yang agak sukar dikawal ialah Darwisy, Zarif dan Lutfi. Saya mengambil 2 hari juga untuk memikirkan macam mana nak tarik perhatian mereka dan supaya mereka tidak ganggu sesama sendiri. Suatu hari, saya ambil buku dari rak dan suruh mereka bersila atas lantai. Saya memulakan cerita dengan diselangi bermacam2 nada suara. Kelas menjadi sunyi sepi. hanya suara saya seorang yang kedengaran. (dalam hati "ooo macam ni rupanya nak suruh diorang senyap"). Berjaya !

Keesokan harinya, saya panggil Darwisy. Saya tanya "Darwisy hari ni nak baca buku apa? Darwisy ada buku cerita tak? nanti teacher bacakan" Tanpa teragak agak, dia terus ke rak,ambil sebuah buku dan beri kepada saya. Semenjak hari itu antara semua, Darwisy lah orang yang paling banyak memberi tumpuan dalam kelas. Good improvement :D

Moral of the story, Jangan mudah berputus asa kerana tiada istilah putus asa dalam kamus hidup seorang muslim. Berdoa lah kepada Allah agar segala urusan dipermudahkan dan mendapat keredhaan-Nya.

Firman Allah S.W.T
" Tidakkah mereka memerhatikan berapa banyak generasi sebelum mereka yang telah Kami binasakan, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukannya di bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah kami berikan kepadamu. Kami curahkan hujan yang lebat untuk mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa-dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan generasi yang lain setelah generasi mereka "
( Al-An'am : 6 )

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. : Nabi Muhammad Saw pernah bersabda, “setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya lah yang menjadikan dia seorang yahudi atau nasrani atau majusi
~ Didikan agama sangat diperlukan sejak dari kecil
~ tidak sabar menanti hari sukan 17/7/2011 :)

Wallahu A'lam