Saturday 4 January 2020

Overdue. Mengandung 40 minggu 5 hari



Ahad 03/11/19

8.30 am : Start rasa sakit pinggang, belakang, bawah perut. Sama macam sebelum ni, terus cakap kat kakak 'hah sudah, dah start rasa senggugut ni'. Kakak saya pun cakap 'try set masa setiap berapa minit rasa senggugut. Ada apps dia. Senang je. Tiap kali rasa sakit, terus tekan START. Bila tak rasa sakit tekan STOP. Senang nak keep track contraction datang berapa kerap. So saya pun mulalah keep track setiap berapa minit rasa sakit senggugut & berapa lama tempoh sakit tu.

12.00 pm : Rasa sakit tu tak tentu. Kadang setiap 15 minit sakit datang selama 10 saat. Kadang datang balik sakit 45 minit kemudian selama 30 saat. Pastu sakit balik setiap 10 minit selama 5 saat. Rasa macam masih tak cantik contraction tu. Sebab kebiasaan orang, contraction datang 5 minit dan tempoh sakit tu lama. Haaa kalau dah camtulah tempohnya, cepat2 la pegi hospital.

9.00 pm : Sakit contraction makin kerap. Setiap 10 minit datang sakitnya. Tempoh sakit ada la dlm 20 - 30 saat. Terus teringat time bersalinkan Ziyad, saya start sakit pukul 11 Malam. Pukul 4 ptg keesokan harinya ziyad lahir. Lebih kurang dalam 17 jam InsyaAllah baby lahir. So untuk harini saya start sakit pukul 8.30 pagi. Koman2 pun plus minus 17 jam, dalam pukul 1.30 pagi kot baby lahir. Dah start standby semua barang. Cek barang nak bawak ke hospital buat kali terakhir. Memang mengharap dapat bersalin esok pagi.


Isnin 04/11/19

1.30 am : As expected, tak dapat tido malam. Masih lagi setia dengan henset dok catit bila datang sakit senggugut. Terfikir macam nak gerak pergi hospital lepas solat subuh. Sebab rasa cam kalau gerak awal macam leceh nak solat subuh kat hospital.

3.00 am : Sakit senggugut dah start nak menghilangkan kewarasanku. Haha. Sakit datang setiap 5 minit selama 60 saat. Teringat kakak penah cite, "kawan dia sakit contraction pukul 2 pagi, then dia mandi air suam untuk hilangkan sikit rasa sakit tu. Memang menjadi. Rasa lega sikit. Then pukul 5 pagi kawan tu sempat pergi hospital & terus bersalin".

4.00 am : Ikut lah juga cakap kakak, kot2 mandi air suam boleh melegakan sikit rasa sakit ni. Tapi hampeh. Haha. Terbongkok2 dalam tandas menahan sakit contraction. Nekad ! Nak g hospital terus lepas mandi. Pakai baju memang mengambil masa. Bila datang sakit, terus kena baring, nak kurangkan sakit. Sebab kalau berdiri, sakit dia.... Uiiiii. Risau mak terberanak kat rumah yoppp. Haha. Last part nak pakai tudung, sakit contraction datang lagi. Terus baring. Tiba2 ! 

4.30 am : Terasa air suam keluar laju. Alamak ! Air ketuban pecah ! Mintak husband bukak lampu sebab risau air tu warna hijau. (Based on pengalaman org y saya baca kat blog, kalau air ketuban yang keluar kaler hijau maknanya baby dah terberak dalam perut. No choice, kena czer risau baby termakan najis). Alhamdulillah air ketuban saya yang pecah warna jernih. Sakit contraction makin menggila ! Saya tau lepas air ketuban pecah, memang contraction jadi lebih kuat & baby memang dah bersedia sgt2 dah nak keluar. Dalam pada sakit menggila tu, saya paksa jgk diri untuk jalan sampai ke kereta. 

4.45 am : Suami drive selaju yang boleh. Syukurlahh pagi2 buta tak byk kereta atas jalan raya. Sampai je kat hospital, nurse datang bawak wheelchair suruh saya duduk situ. Husband pergi cari parking, saya pulak kena registerkan diri sendiri. Punyalah byk soalan nurse ni tanya. Saya dah terkulat2 atas wheelchair tahan sakit. Air ketuban masih lagi terus menerus keluar. Sampai satu masa, nurse tgk saya tahan sakit dh semacam, dia pun tanya "puan nak teran dah ke". Saya jawab "haah". Terus dia tolak pergi ke katil untuk cek nadi baby & bukaan berapa cm.

4.55 am : Baring je atas katil, saya terus cakap "nak terannnnn". Doktor kata "sabar puan, saya cek dulu bukaan". Sekali hamekkk, bukaan dah penuh ! Dalam pada terkecoh2 tu, diorg suruh saya berpindah katil untuk ditolak terus ke labour room. Sampai je sana, kena berpindah lagi katil khas untuk bersalin. Haha. Mak aiii dah lah sakit gila, pastu blh pulak suruh pindah2 katil kan. Diorg siap pujuk lagi cakap "puan nak teran kan, haa pindah katil sana pastu dah boleh teran". Gigih kan lah jugak diri ni. Elok je pindah katil, mmg saya tak bagi can. Datang je contraction, terus teran sekuat hati sehabis nafas yang boleh. Saya rasa proses meneran kali ni memang pro haha sebab mungkin dah ada pengalaman bersalin kan sebelum ni. So tau nak fokus tang mana. Proses meneran tu macam saya tak keluar langsung bunyi, xde jerit2. Xde ahhh ehhh ohhhh. Memang fokus nak keluarkan baby je. Haha.

5.12 am : Kedengaran tangisan bayi. Alhamdulillah. Baby sihat, cukup anggota  sifat. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Baby diletakkan diatas dada saya.

Alhamdulillah. Saya bersyukur sebab dapat bersalin normal untuk kali keduanya, tanpa ambil sebarang ubat. Kalau diikutkan, kalau saya masih tak bersalin lagi, memang saya kena serah diri pada Hari isnin tu. Maybe kena induce lah kot. Alhamdulillah tak perlu melalui semua tu. Syukur padaMu ya Allah, Engkau permudahkan segala urusanku

Nama anak kedua kami diberi, Ahmad Umar Rayyan bin Ahmad Yamin. Dua bulan sudahhh umurnya. Moga menjadi anak soleh, penyejuk hati umi ayah, hamba Allah yang bertaqwa. Kebanggaan buat umi ayah diakhirat sana.

Nota Kaki : 
- Kali ni, husband tak sempat masuk labor room sebab proses bersalin saya sangat cepat (4.45am bertolak ke hospital. 5.12am baby keluar). Agak terkilan katanya. Haha. Takpelah, asalkan semuanya selamat. Alhamdulillah :)
- Terima kasih semua yang mendoakan saya. Jazaakumullahu khairan kathiira

Wallahu A'lam