Wednesday 26 September 2012

ilmu agama itu penting


Ibu bapa zaman dahulu lebih cenderung untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah berasrama penuh @ sekolah antarabangsa @ sekolah ternama dan dikenali ramai. Semuanya disebabkan sekolah-sekolah ini telah berjaya melahirkan para pelajar yang cemerlang dalam bidang akademiknya.

Mereka merasa tindakan mereka tepat apabila dapat menghantar anak-anak yang dikatakan 'genius' dan bijak ini ke sekolah sedemikian. Yang paling membanggakan lagi adalah apabila anak-anak ini berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam pelajaran mereka.

Sebaliknya, bagi anak-anak yang 'kurang genius', ibu bapa lebih gemar menghantar mereka ke sekolah agama @ madrasah @ sekolah tahfiz. Mereka beranggapan bahawa anak-anak yang kurang bijak hanya layak untuk menuntut ilmu agama.

Jadi dari sinilah terbetuknya satu pemikiran yang menyatakan bahawa hanya pelajar yang kurang bijak yang akan meneruskan pengajian mereka ke sekolah-sekolah agama.

Pernahkah anda mendengar nama-nama ini?
1) ibnu sina
2) ibnu khaldun
3) al-khawarizmi

Ya ! mereka adalah tokoh-tokoh islam yang terulung dan terkenal diseluruh pelosok dunia. Ibnu sina, bukan sahaja mahir dalam ilmu kedoktoran, bahkan beliau berjaya menghasilkan buku yang membahaskan tentang ilmu mantiq, ilahiyyat, matematik dan ilmu alam. Lihat pula ibnu khaldun, beliau bukan saja mahir dalam bidang sejarah dan sosiologi, bahkan tokoh agama dan politik yang terkenal pada kurun ke-8 hijrah. Beliau juga menuntut ilmu-ilmu agama dalam bidang fikah, hadis dan tafsir. Al khawarizmi juga merupakan salah seorang tokoh islam yang terkenal dengan ilmu matematik, trigonometri dan astronomi. Kemahirannya dalam menguasai ilmu tidak terhenti setakat itu sahaja, malah beliau mahir dalam bidang falsafah dan sejarah islam.

Dari sini kita boleh lihat bahawa ilmu agama merupakan ASAS terpenting dalam segala ilmu. Dengan adanya ilmu agama, kita dapat memahami dan menguasai ilmu lain dengan lebih telus. ilmu agama tidak terhenti setakat ilmu tentang akhirat sahaja malah meliputi seluruh ilmu yang ada dalam dunia ini.

Jadi saya menyarankan kepada anda yang bergelar @ bakal bergelar ibu bapa untuk memberi pendidikan agama yang secukupnya kepada anak-anak sejak dari kecil. Janganlah terlalu menyekat dan menyempitkan kefahaman anda tentang ilmu agama. Ketahuilah Ilmu agama bukanlah 'lokek' seperti pandangan sesetengah pihak, tetapi ilmu agama itulah yang dapat membawa seseorang meneroka lebih jauh lagi dan dapat menguasai limu-ilmu lain dengan lebih mantap dan berkesan.

Wallahu A'lam

Monday 24 September 2012

the truth

Saya teringat seawal umur 15 tahun (tingkatan tiga), apabila diajukan soalan "sakina nak pergi ke aliran mana? diniyah @ akademik" ? Saya dengan pantas dan tanpa rasa was-was menjawab "bidang akademik" ! Ini kerana saya sentiasa beranggapan sekiranya saya memilih bidang diniyah, pekerjaan yang akan ditawarkan tak akan lari dari menjadi seorang pendidik. Tak lain dan tak bukan pasti menjadi seorang guru @ pensyarah @ penceramah. Semua ini memerlukan saya untuk berdiri dihadapan khalayak ramai dan mengajar !

Inilah penyebab utama mengapa saya memilih bidang akademik. Saya beranggapan kalau saya pilih bidang ini, saya hanya perlu duduk diam didalam ofis yang berhawa dingin, menghadap komputer dan tak perlu berdiri didepan khalayak ramai...

Tahukah anda sebenarnya saya menghidap sejenis penyakit? Penyakit ini diberi nama "debaran yang melampau" !! penyakit ini sangat kronik terutama apabila disuruh mengajar dan berdiri dihadapan orang ramai. Hanya orang yang rapat dengan saya sahaja yang tahu betapa tingginya tahap penyakit ini. Ada kala mencecah ketahap extra maximum.

Sejujurnya saya katakan saya lebih meminati bidang diniyah berbanding akademik. Keputusan peperiksaan saya dalam subjek diniyah dari sekolah rendah sehingga menengah menunjukkan kadar kenaikan yang begitu memberangsangkan. Ini kerana saya suka dan faham apa yang diajar oleh guru. Antara subjek yang paling saya minat ialah sirah dan tarikh islam. saya suka dan minat mendengar cerita mengenai sejarah islam.

Tapi rupanya apa yang saya anggap selama ini ternyata salah. Bidang akademik juga memerlukan saya untuk berdiri dihadapan orang ramai. Dalam kelas ada saja subjek yang perlu dibentangkan. Hari tu saya ada terbaca satu artikel mengenai tugas pendidik. Benarlah menjadi seorang guru satu tugas yang murni. Keberkatan mengajar dan mendidik tidak terhenti setakat itu sahaja, malah dapat menjana keuntungan yang lumayan diakhirat kelak sekiranya digunakan kearah yang betul.

Saya selalu tanamkan prinsip ini dalam diri. kalau nak jadi akauntan, biarlah akauntan da'ieyatun ilallah. maksudnya kalau jadi akauntan sekalipun, pasti dapat habuan dunia dan akhirat dengan syarat apa yang dilakukan haruslah selari dengan prinsip islam. Ataupun dapat mengajak sahabat (seperjuangan) ke arah kebaikan pun jadilah, tegur sahabat kalau ada perkara yang dilakukan tidak selari dengan ajaran islam. Saya akan cuba selitkan juga nilai islam dalam kerjaya saya  nanti walaupun sedikit. (insyaAllah...Allahu musta'an)

Kesimpulannya walau siapa pun kita, (pelajar kedoktoran, akauntan, arkitek, jurutera, malah dirasat sekalipun) semua bidang ini boleh menjadi tapak untuk kita mendapat keuntungan bukan saja dunia malah keuntungan yang lebih baik,diakhirat kelak. Jadi sematkan dalam diri, kita akan sentiasa menjadi seorang da'ie walaupun kita telah memilih bidang akademik sebagai jalan perjuangan !

Wallahu A'lam

Sunday 23 September 2012

Tafsiran kaya

Dengan Nama Allah
Yang Maha Pemurah
&
Maha Penyayang

Alangkah bahagianya sekiranya Allah s.w.t mengurniakan 2 kekayaan kepada kita, iaitu kaya harta dan kaya jiwa.

Kita sedar bahawa manusia kini lebih mengejar kekayaan harta berbanding kekayaan jiwa. Apabila bercakap mengenai harta, pasti semua orang berfikir ia pasti melibatkan duit. Kaya harta mampu dikesan dan dilihat oleh mata yang memandangnya. Kaya harta dapat diukur dengan melihat jumlah aset yang dimiliki seperti rumah, kereta, tanah, wang dan sebagainya. Harta mampu menjadi satu motivasi kepada seseorang untuk mengerahkan dan mengorbankan seluruh masa, tenaga, dan nyawa semata-mata demi meraih kekayaan HARTA.

Kita terlupa, ramai hartawan diluar sana masih mengeluh walau dikurniakan harta setinggi gunung. Mereka mengeluh kerana merasa masih ada kekurangan. masih ada yang tidak cukup. masih memerlukan sesuatu untuk membuat hidupnya sempurna, serba lengkap. Ketahuilah mereka sebenarnya miskin dari satu aspek. Aspek yang terpenting dalam hidup seseorang, itulah aspek rohani.

Ramai orang tidak faham malah tidak tahu apakah itu kaya jiwa. Kekayaan jiwa ialah ketenangan dalam hati untuk menghadapi ujian dalam kehidupan. Ianya bersifat abstrak, tidak dapat dilihat oleh mata. Ia hanya boleh dirasai dalam diri. Kaya jiwa hanya dapat dikecapi oleh orang yang mempunyai sifat syukur. Orang yang bersyukur sentiasa merasa cukup. Walau nikmat yang diberi itu sedikit, tetapi bagi orang yang bersyukur, dia sentiasa merasa bahawa itu adalah nikmat Allah s.w.t yang terbesar buatnya dan tidak akan disia-siakan.

Rasulullah s.a.w bersabda : " Sungguh ajaib keadaan orang mukmin. Sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperoleh keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiramya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur, maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar, maka jadilah musibah itu baik untuknya ".
(Riwayat Muslim)

Hadis diatas jelas menerangkan keadaan orang yang sentiasa bersyukur. Hanya orang yang sentiasa bersangka baik dengan Allah dan bersyukur dapat mengecapi kekayaan jiwa. Jika kita dapat sesuatu yang diidamkan, kita bersyukur. Jika kita tidak dapat apa yang dihajati, kita bersabar. Mungkin itulah yang terbaik buat kita. Ingatlah firman Allah " Sesungguhnya Aku Mengetahui apa yang tidak kamu ketahui ". Boleh jadi sesuatu yang kita idam-idamkan masa kini akan memberi kesan buruk dalam kehidupan kita didunia ataupun diakhirat kelak.

Antara tips yang boleh diaplikasikan ialah dengan melihat kekurangan yang ada pada orang lain. Hanya apabila kita memandang kekurangan orang lain, ia dapat menjadikan kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Bersyukurlah kerana kita dikurniakan kasut, sedang orang lain tidak dikurniakan kaki. Walau kasut yang digunakan itu koyak rabak, itu tidak memberi kesan sedikit pun dalam diri (seperti malu untuk berhadapan dengan orang lain).
Oleh itu marilah kita berlumba-lumba menjadi kaya. Bukan setakat kaya harta sahaja, tetapi yang lebih utama kaya jiwa. Jiwa yang sentiasa berysukur, itulah golongan yang beroleh kemenangan hakiki.

Wallahu A'lam   



Wednesday 19 September 2012

inilah KITA

kita adalah apa yang kita fikir

kita adalah apa yang kita rasa

ya ! itulah diri kita yang sebenar....


kita fikir orang pandang serong terhadap kita, tapi hakikatnya kitalah yang selalu pandang serong terhadap orang lain

kita rasa orang tak faham kita, tapi hakikatnya kitalah yang tak memahami orang lain


Wallahu A'lam

Saturday 1 September 2012

Freedom

Fly bird fly..fly to all over the world...
                                     

Burung yang terbang melambangkan kebebasan. Bebas terbang kemana sahaja tanpa sebarang sekatan. Bebas mencari rezeki, bebas mencari tempat perlindungan, bebas melakukan aktiviti seharian....

Tidak seperti sebelumnya, dikurung didalam sangkar. Hanya makan makanan yang diberi oleh tuannya, tempat tinggal yang sempit dan begitu terhad, disekat untuk terbang melihat dunia yang luas......

Malaysia ! negaraku ! telah berjaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Saat itu, seluruh rakyat Malaysia menyaksikannya, memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Tuhan, atas nikmat dan peluang yang diberikan.

Tapi persoalannya benarkah kita telah merdeka? merdeka dari seluruh aspek?

Sedar ataupun tidak, sebenarnya kita masih lagi dijajah ! PEMIKIRAN kita masih lagi dijajah wahai saudaraku ! Sedarkah kamu?

Secara peribadi, saya rasa sedih melihat negara saya sendiri. sedih melihat saudaraku seislam masih dijajah. Lihat saja dari segi pemakaian, makanan, akhlak, cara bertutur semuanya meniru cara barat.

Mereka fikir baju fit itu trendy, seluar sendat itu anggun, rambut blond itu menawan, ucapan yang kasar (dan tak sepatutnya dituturkan) itu ada gaya tersendiri
  
Sedarkah anda, penganut agama lain sedang berusaha keras menarik penganut agama islam menganut agama mereka. pelbagai cara telah mereka gunakan, baik dari depan belakang kanan kiri semuanya untuk mencucuk penganut agama islam keluar dari agamanya. Adakah mereka bersalah? Tidak! bahkan kita yang bersalah kerana mengikut setiap telunjuk mereka. Apa yang mereka suap, itu yang kita makan. tiada usaha langsung untuk mengelak

Sedarkah kamu?

~ proud to be a muslim and malaysian :)

Wallahu A'lam