Monday 27 April 2020

Awak ingat saya lagikah? Ini kisah buat saya berdekah :D


Kisah 1

Husband saya cerita...

" Tak ingat kat mana ntah kte tgk, ada org share pasal jual beli online ni. Si penjual ber'sis2' dgn pembeli. Pembeli pun ber'sis2' dgn penjual. Sekali bila COD jumpa depan2, dua2 jantan ! Kaakakakaka "


Kisah 2

Husband saya pergi bengkel repair kereta... Balik tu dia cite

" Pomen kereta bgtau pasal kereta ni itu ini pastu panggil kte bang....' bang kereta ni masalah dia sekian2... Kte pun panggil dia abg. Dah dua2 abang, kte xtau sape y adik senanya "

😅😅😅

Wallahu A'lam

Wednesday 22 April 2020

Today is my birthday :)


Sejak hari Ahad lagi dia cakap...

Y : Kte ada meeting kat UIA hari Rabu taw
S : Meeting pkl berapa?
Y : Dalam pkl 10pg camtu
S : Ooo ok

Hari Rabu tiba...
Tengah masak breakfast tanya lagi husband
S : Meeting harini kan. Pukul 10
Y : Haah tp tunda pukul 11
S : Orait
Y : Kte mgkn balik lewat sikit lepas Zohor kot

Pukul 1ptg kereta masuk pagar rumah. Wahh ziyadd ayah dah balik la. Ziyad pun meluru keluar sambut ayah dia. Pastu husband sy pun bawak masuk plastik TMG (sbb sblm keluar mmg dah tanya saya nak beli barang rmh tak. Ada la saya pesan sikit barang nak top up).. Sekali dia bawak masuk skali dgn kotak Amway. Saya tanya dia 'ehh barang Amway ada sampai tadi ke'.. Dia jawab 'bukan.. ni kotak yang haritu tu. kita bawak puding karamel bg kat kawan uia, letak la dlm ni senang. So bawak balik la kotak ni semula'. Sekali dia bukak kotak Amway... Kulihat 3 kotak secret recipe dll dalam tu. Pastu dia kata senanya mana ada meeting kat UIA. Kte mmg plan nak keluar harini nak beli kek. Hahahaha. Ni betul2 cissscake. Hidup2 kena tipu !

Birthday cake 3 slices sempena 3 series barangkali. Atau sempena 3 org kat rmh ni y dh blh makan 😂

Tadaa !

Neway, thanksss belikan kek. Ingatkan pagi tadi dok potong kek pisang TMG, tu dikira birthday cake kita dah. Haha

3 slices of cake, sekejap je dah khalassssss

Wallahu A'lam

Thursday 16 April 2020

Supplement untuk minda kembali waras


Sabtu lepas...

Suami pegi keluar beli barang dapur. Maklumlah musim PKP ni, ketua keluarga sorg je blh keluar beli barang. 

Biasanya kalau sblm2 ni, dia suruh wsp list barang nk beli, mesti sy akan tambah mknn2 y ada coklat. Tapi selalu benda tu, kalau tak satu, dua wajib kena cut dgn suami. Haha. Hampeh. Katanya 'bnda ni need @ want'? Cisscake haha

Camni list nya
1) Halia
2) Bawang putih & merah
3) Sawi
4) Fishball
5) Telur
6) Tepung
7) Roti
8) Roti coklat
9) Biskut coklat
10) Coklat hazelnut

Mmg selalu lah bagi dia list camni. 3 kat bawah tu

Tapi Sabtu Lepas, for the first time senarai saya takde mknn coklat2 ni (sebab tau y dia takkan beli punya haha). Sampai je kat rumah,dia mintak saya bawak plastik2 y penuh barang tu kedapur. Sekali, ku nampak ini

The most important supplement I need ada dlm plastik (",)

Haha. Bukan tu je. Semua yang coklat2 ada. Biskut chipsmore, roti gardenia coklat pun hado. Keriangan xterkata ! Haha. Bukan apa, kadang bila stress layan budak 2 ketul tu kat rumah, bila makan coklat rasa macam... Tenangggg terus. Dapat mengembalikan kewarasanku hahaha

Pastu dia cakap...
'No more coklat2 utk 2mggu ni yeh'..

Cissscake lagi ! 

Takpela, berjimat cermat lah wahai sakina. Beringat sikit makan tu. Lama tu 14 hari :D

Neway tq la belikan jugak. Lap you lah. Hahaha. 

Wallahu A'lam

Tuesday 14 April 2020

Ziyad dah kenal warna?


Sembang2 dgn K.Fana kat WhatsApp. Tiba2 K. Fana tanya...

K : Ziyad dah kenal warna tak?
S : Tengah ajar lagi warna. Balik2 Blue, Purple, Yellow. Ikut sedap mulut dia je
K : Mcm mana nak tau yg dia betul2 tau or dia hentam je eh?
S : Ntah la. Kadang betul kadang salah jugak. Tapi kalau google2 tgk cara org ajar, tampal kertas warna kat lantai pastu suruh dia letak mainan dia ikut kaler kertas tu

So saya pun terus la buat apa y saya sarankan kat kakak saya. Haha. Bukan apa, sebelum2 ni penah je nak ajar ziyad perbezaan warna. Tapi ziyad jenis cepat boring. Tunjuk sekali, dua kali ok lagi. Masuk kali ketiga, dia dh start berlari semula dh. Tu y sy sendiri jadi mcm malas tu. Haha

Tapi, tadi lepas tampal kertas, bagi ziyad mainan dia. Saya sebut 'yellow colour'. Pastu suruh la dia letak mainan2 ikut kaler kertas tu

Ni hasilnya. Dia susun sendiri haha

Kesimpulannya, ziyad dah tau la perbezaan warna rupanya. Cuma saya kena bagi tau nama warna2 tu. 

Ohh, nak soh dia letak mainan dia ada caranya. Saya berlari kejar dia satu rumah dulu, pastu suruh dia letak 1 mainan dia kat kertas warna. Pastu kejar lagi satu rumah then bg 1 mainan suruh dia letak kat kertas. Korang kira la berapa pusingan saya lari kejar dia

Mau nya x slim umi gini?

Wallahu A'lam

Saturday 11 April 2020

Test


It is such a pathetic thing, when Allah tested us, and we don't even give ourselves the chance to think the reasons behind it.

I know maybe some people out there able to stand up again after trillion test they faced. I know you are strong enough to get back on track. Its good for you though

But is that how it ends?

To get strong and pretend nothing happens before

Is that the only reason why Allah selected you to endure that pain? That particular test? Just for you to get strong?

I believe, it always more than that.

Allah wants you to learn something. Things that will make you closer to Him. Remember Him in any circumstances, in any ways

You and I. May Allah bless us always. Cause in the end, blessing of Allah is what we need most, in here & hereafter

Wallahu A'lam

Friday 10 April 2020

Extend :)


Asal ntah tetibe bergenang air mata dengar PM berucap. Haha. Bukan sedih sebab PKP dilanjutkan. In fact I feel so happy. After all it's for our own sake right. Sedih mungkin sbb baru rasa macam ni Islamic country kot. Kata2 y penuh dengan pengharapan kepada Allah. Semuanya bersandarkan kepada Allah azza wajalla.

Sirius sebak. Suka PM sekarang.

Wallahu A'lam

Thursday 9 April 2020

Avatar.. The Last Airbender


Fuhhh umi exercise memang kena hari2 kan. Baru habis berlari satu rumah 20 round kejar si Ziyad ni sambil dokong Umar. Perghh senang muscle naik kat tangan, betis gini haha. 

Lepas berlari, duduk depan TV. Cakap kat Ziyad 'Ehh ziyad Avatar dah start'. Ziyad terus pegi ke almari bawah TV tu sambil sebut 'Abata ni ni.. Abata'.

Sekali saya tengok, dia tengah tunjuk kotak alip ba ta dia hahaha. Ziyad2

Ni haa kotaknya

A Ba Ta 

Nangis umi Yad... Hahaha

Wallahu A'lam

Wednesday 8 April 2020

Main masak2


Harini umi terlebih rajin pulak memasak. Cam tak caya je. Haha. Tengok ni bukti !

Murtabak mini for breakfast

Cucuq manis for hi tea. Hi tea lah sangat nganganga

Pagi tadi call mama sembang punya sembang punya sembang... Bagitau yang tempoh PKP ni, berat badan ziyad dah naik 900g ! Haha. Terkejut tengok penimbang & happy giler wehhh. Mama pun cakap, tula tengok gambar dia, nampak pipi dia makin tembam. Yeayyy ! Happy dengar !

Tolonglah naik lagi berat wahai ziyad. Naik sampai graf kaler putih paras normal je ye. Jangan lebih2. Karang umi suruh awak berlari keliling padang

Wallahu A'lam


Tuesday 7 April 2020

Keluar dari kepompong satt


Harini 07/04/20 akhirnya saya dapat keluar tengok dunia luar. Yeahhh. Sejak 18/03/20 xkluar2 rumah sebab kes covid-19 ni. Memang xtau langsung apa yang berlaku kat luar sana.

Tapi harini keluar pun bukan saja2. Nak kena bawak baby check up 5 bulan. Kena inject la budak kecik ni. Hihi. Alhamdulillah Umar tak banyak ragam kat KK. Time kena cucuk pun, nangis sekejap tu je, pastu terus diam. Big boy strong boy dah Umar ni ^^

Sampai je rumah, Umar dah tido. Saya bawak jugak dia pegi toilet utk mandikan dia. Letak je atas tempat mandi, terus dia terjaga. Sian anak umi.. umi pun mandikan dia dlm keadaan umi bertudung berjubah bagai haha. Pastu terus pass kat ayahnya mintak pakaikan baju sebab saya pulak kena mandi untuk kali kedua pagi ni.

Sirius leceh. Kesian frontliner esp yang kena pakai PPE Tu. Pastu kalau dia seorang Ibu nak kena Pam susu lagi. Alahaiiii kesiannya diorang. Saya yang keluar sekejap ni pun rasa cam leceh bila balik rumah xleh sentuh pape, kena mandi dulu, baju2 semuanya kena basuh (padahal pakaian tu sume pakai xsampai 2 jam pun)... Leceh nya lahai

Moga Allah gantikan penat lelah semua pegawai barisan hadapan dgn sebaik2 & sebesar2 ganjaran. Amin...

Nota Kaki : Covid 19 ni mmg jadi sejarah dunia dah ni. Tentera Allah sekecik2 makhluk tu attact manusia, habis huru hara satu dunia.

Wallahu A'lam