Friday 31 May 2019

Iftar beramai-ramai



Asalnya suami ajak berbuka puasa kat luar. Jadi sempat la singgah bazar beli cream puff pukul 6.15 petang pastu balik rumah semula bersihkan diri, mandikan ziyad dan uruskan lain2 urusan. Pukul 6.35 petang keluar lah kami menuju ke 'kedai makan'.

Suami : Nak makan apa?
Saya : Nasi
Suami : Kalau selain nasi ok?
Saya : Ok je

Tiba2 suami pusingkan kereta menghala ke Berjaya Megamall. Konon naik tingkat atas nak pergi food court, sekali dia menuju ke Seoul Garden. Dalam hati saya 'ohh nak makan steamboat ke'. Rupa2nya dari jauh dia cakap 'haaa tu kawan2 kita dah sampai. Tengah beratur nak ambil tempat'. Cehhh mati2 kena tipu. Haha. Makanya makanlah kami beramai2 macam hape. Ya Rabb. Kenyang dia hanya Allah yang tahu.

On the way balik, singgah beli songkok jap. Sebab geng2 depa dah kena sound sebab tak pakai songkok lilit riben putih (untuk berkabung). Lepas tu singgah pulak rumah Dr Hafidz & Eela sebab diorang memang ajak iftar beramai2 kat rumah mereka harini. Doktor siap pesan 'kalau tak sempat iftar, datang je rumah kita solat tarawih berjemaah, kalau tak sempat jugak datang je bermoreh'. Haha. Oleh kerana dah cakap camtu, jadi kami pun singgah la juga ke rumah mereka. Sampai sana dalam pukul 9.30 malam. Haaa ini baru betul singgah untuk bermoreh. Haha. Tapi best la dapat jumpa semua rapatkan silaturrahim. Pre Raya la katakan. Kikiki. Kat sana, makan la lagi. Ya Rabb sakina. Makan sampai rasa makanan kat paras anak tekak. Astaghfirullah.Tak patut tak patut. Tolong jangan contohi saya.

Kami berkenalan kerana menjalankan bisnes yang sama

Anak2 pembakar semangat !


Balik rumah dalam pukul 11 malam. Tak sedar yang esoknya kena kerja (suami saya la tu. Ekekeke. Saya boleh rilex2 atas sofa je. Kui3).

Apa2 pun diucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada suami yang belanja iftar kat Seoul Garden, kepada semua yang menjamu kami makan hari ini. Jazaakumullahu khairan kathiira. Moga Allah membalas kepada kalian ganjaran yang lebih baik dan lebih banyak lagi. Amin.

Wallahu A'lam

Sunday 5 May 2019

Ahlan wasahlan ya Ramadhan :)


Ramadhan kareem !


Selamat menyambut bulan Ramadhan kawan2 !

Moga Allah terima segala amalan dan taubat kita.

Harapan terbesar, moga kita berjaya menghidupkan malam al-qadar dan Allah mengkabulkan segala permintaan kita pada malam itu.

Amin ya rabbal 'alamin