Friday 14 March 2014

apron world !


Assalamualaikum.....

Hari ni saya nak buat satu pengumuman penting

Harap saudara saudari tuan puan berusaha menadah telinga seluas-luasnya dan memahami apa yang ingin saya sampaikan.

Dengan ini.....

saya selaku penjahit @ nama inggerisnya, tailor

ingin merasmikan hari pembukaan kedai apron !

Priiittt priiiitt sila berikan tepukan gemuruh 

oh oh bising nyaaaa

terima kasih terima kasih (sambil angkat tangan)

ok stop ! dah mula merepek ni

Siapa mahu tengok apron hasil jahitan ku, sila angkat tangan....

erk takda sorang pun yang angkat tangan, never mind

Saya nak tunjuk juga

Nah...

~ Full apron ~







~ Half apron ~





Ini lah dia...
Hasil dari lebihan kain kusyen mak saya, kain baju saya & kain yang dah lama berzaman terbengkalai tak tau nak buat apa :)

Jadi kesimpulannya kalau anda ada kain lebih dan tak tau nak buat apa, jangan dibuang kainnya. hulur hulurkan lah kesini. Biar saya transform jadi apron :D

p/s : sebenarnya macam sedih jugak kain baju saya yang selama ni saya pakai, tup tup jadi apron. sobss (",)
baju kurung = apron
hmmm apron pun apron lah

Wallahu A'lam

Friday 7 March 2014

al 'amal

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Wahai para graduan ! sudahkah anda bertemu dengan pekerjaan yang dinanti ? Hik hik hik

Saya?

Ting tong. zzzzzzz.........

Disebabkan saya ada baaaaanyak sangat hobi, jadi tak ada lah pula rasa boring duduk kat rumah. Hehe. Salah satu aktiviti yang membuatkan saya begitu sibuk siang dan malam adalah menjahit !

Menjahit itu hobiku. Tiada siapa boleh pertikaikan. Hi2. Kadang-kadang tu boleh leka bila asyik sangat menjahit. Nak buat kerja lain macam susah sikit bila dah start buka kedai. Rasa bersemangat nak buat lagi dan lagi dan lagi akan bertambah lebih-lebih lagi bila benda yang kita bayangkan menjadi. (^__^)

Menjahit mengajar erti sabar.

Cuba bayangkan, andai pakaian yang anda jahit sudah siap 100 peratus, tapi bila anda cek semula terdapat sedikit kecacatan. Waktu tu terpaksa tetas semula benang dan terpaksa jahit semula.

Cuba bayangkan, waktu anda sedang seronok menjahit tiba-tiba mesin jahit buat hal. Tak bergerak. Stuck.

Waktu masalah timbul, barulah kita boleh kenal pasti tahap kesabaran kita.

Pesanan saya kepada para penjahit. Andai anda mengalami masalah begitu, sila tinggalkan mesin jahit sebentar. Hehe tak pasal-pasal karang mesin jahit bertukar jadi mesin gerudi. Waktu marah semua benda tak menjadi. :D

Sebenarnya saya ada terfikir untuk menjual sesuatu. Hasil jahitan saya selama ini. Jahit banyak-banyak, dan jual.

Apakah ia?

Nanti lah saya uar-uarkan. Masanya belum sesuai untuk dihebohkan. Segan (>_<)

Ohhh saya sudah keluar tajuk. Ehem. Kepada kawan-kawan yang masih belum bekerja, usah risau, resah dan gelisah. Teruskan mencari dan berdoa moga dapat pekerjaan yang baik untuk diri, masyarakat dan agama. :)

~ Penuhi masa anda dengan perkara yang berfaedah

Wallahu A'lam