Monday 28 March 2016

Sanakhudhu ma'a rikana ma'ahum



Lagu lama ni

Diperkenalkan oleh abang saya

Cuba dengar

Best !

Wallahu A'lam

Sunday 27 March 2016

Harta karun


Semalam dekat kedai. Tengah sibuk sibuk nak pilih design pin tudung, terdengar perbualan mak ayah saya....

Ayah : Aik, nak beli pin tudung lagi?
Mak : Biasa la dia
Ayah : Kita rasa pin berlambak kita jumpa kat atas meja makan. Hari tu kita jumpa kat almari besar. Lepastu ada kat almari baju kita. Depan tv pun ada.
Mak : (diamkan aja)
Ayah : Kita ingat nak buat corner 'lost and found' lah. Sapa2 ada hilang barang, boleh cari kat situ.

*******************************

Saya. Tergelak macam apa. Haha. Macam kelakar pulak statement tu.

Kata kakak saya. Perempuan, beli la banyak mana pun pin, akhirnya yang tinggal hanya 3 bijik. Pin kt leher tu, pin belah kanan, pin belah kiri.

HAHAHA. Sirius saya tak tahan :D

Wallahu A'lam

Monday 21 March 2016

Thanks ! :)


Kredit.

' One kind word can change someone's entire life '

(^_^)

Wallahu A'lam

Saturday 19 March 2016

Berhenti mengharap. Tingkatkan iman. Eratkan hubungan.


Assalamualaikum w.b.t.

Halaqah tadi, ustaz Roslan ada cakap. Punca utama kenapa umat islam lemah ada dua.

1) Keimanan lemah
2) Perpecahan antara umat islam itu sendiri

Kalau kita tengok sekarang ni. Memang betul lah. Semua sibuk mengaku ahli sunnah wal jamaah. Pastu hentam sesama sendiri. Sibuk kafir mengkafir. Wahabi syiah habis semua keluar. Hmmm...

Islam boleh kembali kuat. Tapi dengan syarat rawat dua punca penyakit atas tu dulu.

Ini tidak. Setiap kali antara negara2 berperang, balik balik mengharap belas ihsan si PBB campur tangan. Kononnya diorang ni boleh jadi pendamai antara dua buah negara.

Kalau diorang tu pendamai, kenapa Israel masih boleh bersenang lenang bom Palestin. Dari mana Israel dapat sumber bahan mentah semua tu? Dah tu PBB siap iktiraf lagi si Israel sebagai sebuah negara selepas tiga tahun penubuhan PBB. Cepat sungguh. Nampak sangat ada kerang disebalik mee. Lama dah diorang plan ni.

Israel ni pulak suka suka masuk negara Palestin lepastu declare itu negara dia. Cuba la tengok map dunia. Sakit hati rasa. Kalau baca pasal yahudi ni, mana ada negara nak terima dia. Even US pun tak nak. Perangai.....

So, kita ni tak payah lah nak mengharap pertolongan dari non muslim untuk menolong umat Islam. Sebab Jewish dan nasrani tak akan tunduk pada Islam. Diorang kan nak lawan Allah. Diorang akan berusaha sedaya upaya menentang Islam. Exactly same as what Allah said in the Quran.

Suratul Baqarah ayat 120

" Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu sebelum kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah 'sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya) dan jika kamu mengikuti keinginanan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu' ".

Wallahu A'lam

Tuesday 15 March 2016

Istami', thumma......



Ahad lepas

Ustaz Taufiq cakap,

Ayatnya lebih kurang begini...

Orang sekarang ni, sibuk cakap tak cukup masa

Tak cukup masa nak masak

Tak sempat nak basuh baju

Tak cukup masa nak sapu sampah

Tak cukup masa nak kemas rumah

Tak sempat nak beli barang keperluan rumah

Tak sempat nak call mak ayah

Tapi

Bila tengok balik

Rupa2 nya faktor utama tak cukup masa disebabkan oleh...

Handset !

Mereka ni

Mampu pula pegang handset 24 jam.

Tak boleh berenggang walau seminit.

Sanggup pandang handphone, dari pandang mak ayah.

Sanggup pandang handphone, dari pandang muka anak.

Ada masa baca status facebook orang, dari baca ayat Quran.

Ada masa dengar rakaman suara 1 jam di WhatsApp dari mendengar ceramah

Orang macam ni, jenisnya

Bangun pagi, cari handphone

Dalam train, mesej orang

Waktu pensyarah mengajar, tengok movie

Tengah berjalan, baca whatsapp

Mudah kata,

Pegang dan pandang handddddphone memanjang.

********************

Teknologi,

Kalau kita sendiri tak pandai nak guna

Boleh jadi huru hara satu dunia

Berapa ramai orang meninggal dunia disebabkan leka bermain handphone?

Jadi,

Golongan manakah saya dan awak?

T___T

Ya Allah, bantulah kami supaya kami tidak leka dan tidak mensia-siakan anugerah masa yang Engkau berikan.

Wallahu A'lam

Sunday 13 March 2016

Macam keluasan auditorium 1 je


A : Abang, nak tengok wayang boleh?

B : Nak pergi wayang? Tak payah la..

A : Kenapa? Dosa ke pergi sana? Kita tengok ramai je orang (dak2 sekolah agama) tengok wayang.

B : Ada dua versi. Manfaat lebih besar dari mudharat (memang patut kita buat). Mudharat lebih besar dari manfaat (sangat sangat digalakkan kita tinggalkan).

Cuba bagi tau apa manfaat tengok wayang?

A : Erk, ok.

Entahla. Saya ni tak pernah la pulak rasa teringin nak masuk wayang.

Wallahu A'lam

Thursday 10 March 2016

Mudah je rupanya



Allah doesn't need anyone

Our worship to Allah

Our little sadaqah

Our prayer

Our repentance

Will not increase Allah's greatness

And does not make Allah s.w.t better in any shape or form

In fact

We are the one who needs Allah.....

Forever

~ Allahu Akbar ~


Wallahu A'lam

Thursday 3 March 2016

I rest my case

Bismillah....

Ohh otakku udah demam.

Dalam banyak banyak perkara yang saya pernah handle, buat full set of account, kira tax comp, handle winding up case, jawab audit queries, jawab soalan clients....

Bagi saya semua tak boleh lawan kesusahan menguruskan kes TAX AUDIT !

Fuhh. Berpeluh.

Kesannya, otak pun demam berhari hari.

Saya tak suka subjek MAF sejak duluuu lagi. Costing. Variance. Margin.

Waaa. Surrender !

Doakan otakku cergas dan sihat kembali.

Dan saya mula jatuh hati dengan MAF :(

Wallahu A'lam

Tuesday 1 March 2016

Good Luck ! ;)


Kredit. Agak menyeramkan disitu.

It's all in your mind

Stay focused.

Stay ambitious.

Stay positive.

Use this formulae :

Dream big + Set goals + Take actions + Pray to Allah = Success, by the will of Allah s.w.t

:)

Man Jadda Wajada

P/s : Waktu menghentam jawapan, jangan lupa baca basmalah..... Upssss !

Wallahu A'lam