Wednesday 28 June 2017

selamat hari raye ! :)


Minal 'aaidin wal faizin

Taqabbalallahu minna waminkum

Taqabbal yaa karim

*************

Tahun ni tahun pertama saya raya bersama suami ^^

Tahun ni jugak kami sekeluarga terima kejutan.

Apakah kejutan itu?

Jeng jeng jeng...

Ini gambar pre-raya.

Diambil pada hari Khamis malam Jumaat, 27 Ramadhan 1438 H, sebelum isya' merangkap sebelum solat sunat tarawih.

Iman nak pegang bola jugak. Haha

Ada orang tengah tu tak tau nak camtumkan tangan dengan sapa :D

Next person.. yang berambut panjang itu lah ! Siapa lagi? Haha

Dah tak tau nak buat gaya apa dah.. Pakat tunjuk kamera belaka. Abang Khair je buat hidung kembang. Haha. Motif? ^^

Itulah kejutannya.

Irfan balik dari Turkey ! Yeehaaa.

Dan dan tu plan tangkap gambar sama sama.

Alang alang dapat berkumpul semua.

Dalam bulan ramadhan pun boleh tangkap gambar apa :P Tak perlu tunggu raya.

Baju maroon tu pun pakat kongsi. Siapa ada lebih, bagi kat orang yang tak ada.

Settle. Haha.

Tapi memang riuh malam tu.

Bestnyaaa..

Lepas ni ntah bila semua dapat berkumpul balik.

Apa apa pun, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali diri ini.

Moga segala amalan kita diterima Allah s.w.t.

InsyaAllah

Wallahu A'lam

Friday 16 June 2017

Masih ada hari berbaki


Sekarang ni kita dah masuk fasa ke-3 ramadhan :)

Ramadhan paling cepat saya rasa, sepanjang bernafas dimuka bumi. (exclude masa baby & masa kecik please. ofcourse xingat time tu)

Buat mereka yang dari awal ramadhan sampai sekarang, momentom ibadahnya tinggi... Alhamdulillah dan tahniah diucapkan. Moga berkekalan hingga ke hari terakhir.

Bagi mereka yang awalnya suam suam kuku. Terasa ibadah tak berapa nak banyak, ini lah masanya.

Jom jaga ibadah2 ini.

- Solat tarawih (sebab tarawih hanya dilakukan dalam bulan ramadhan sedangkan witir kita boleh lakukan sepanjang tahun)

- Cuba paksa diri bangun solat tahajud

- Solat taubat jangan tinggal

- Zikir (paling ringan dan mudah dilakukan)

Make sure kita lakukan waktu isya' sampai subuh. Itulah tempoh waktu 'menghidupkan malam'...

Paling2 susah pun, cubalah berzikir. Cuci pinggan berzikir, lipat kain berzikir, nak tidur berzikir, terjaga malam berzikir.

Moga2 kebetulan itu malam 'lailatul qadar', malaikat melihat, menggandakan, dan sibuk membawa semua amalan kita naik kelangit.

Moga Allah terima semuanya...

Jadi, apa tunggu?

Pulun disaat akhir.

Pulun 10 malam terakhir.

Bukankah amalan itu, yang paling utama dan yang akan dikira adalah disaat akhir? 

Bagaimana keadaan kita disaat hembusan nafas terakhir, itulah penentu keputusan kepada keseluruhan kehidupan kita didunia.

Jangan dipandang hina mereka yang seluruh hidupnya bergelumang dengan maksiat.

Boleh jadi disaat akhir riwayat mereka, mereka insaf, taubat nasuha, mereka lebih bersih dan lebih mulia dari kita.....

Kita yang kononnya rajin beribadah sepanjang hayat.

Bittaufiq wannajah ila aakhirihi

Wallahu A'lam