Sunday 5 June 2011

Burger daging manusia

Dengan Nama Allah
Yang Maha Penerima Taubat
&
Yang Maha Mengasihani

--> eh nak tau sesuatu tak, saya bukan nak mengumpat tau, tapi apa yang saya nak sampaikan ini adalah benar. betul-betul berlaku
--> bedah tu jalan nak cover aja, tak boleh ke jalan biasa-biasa, tak payah la nak perasan orang pandang dia
--> tipah tu asyik nak AAA je ! dia je la yang betul ! dia la yang paling hebat !

...dan pelbagai lagi ungkapan yang selalu digunakan untuk mengumpat.

Diriwatkan dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, "tahukah kamu apakah ghibah itu?" sahabat menjawab, "Allah dan rasul-Nya yang lebih mengetahui." sabda beliau Ghibah ialah kamu menyebut-nyebut saudaramu dengan sesuatu yang tidak disukai olehnya,"beliau ditanya,"bagaimana pendapat engkau jika yang kukatakan itu memang terjadi pada saudaraku?"jawab beliau,"kalau memang terjadi apa yang kamu katakan itu pada saudaramu, bererti kamu telah mengunjingnya (mengumpat). jika tidak terjadi, bererti kamu telah melakukan tuduhan dusta (fitnah) kepadanya."
( Sahih Muslim )
Hadith diatas jelas menerangkan tentang definasi sebenar mengumpat dan fitnah. Mengumpat ialah kamu mengatakan sesuatu tentang saudaramu dimana jikalau beliau (saudara) itu mengetahui, pasti dia tidak suka dan merasa marah.Fitnah ialah kamu mengatakan sesuatu tentang saudaramu dimana beliau tidak pernah melakukan perkara yang diperkatakan itu.

Ramai orang yang terkeliru dengan istilah mengumpat ini. Bagi mereka apabila dibicarakan tentang sesuatu yang benar-benar ada pada sahabat kita, itu bukanlah bererti mengumpat. Walhal sudah jelas perbuatan mereka ini mengundang dan mempersilakan mereka untuk disajikan dengan daging manusia diakhirat kelak.



Sanggupah kamu memakan daging manusia? Setiap orang pasti akan menolak dan merasa jijik sekiranya diberitahu bahawa daging yang dimakan adalah daging manusia. Kadang-kadang kita leka apabila asyik sangat bersembang sehinggakan topik yang disembangkan itu rupa-rupanya mengaibkan saudara kita sendiri. Kita mungkin menyebut tentang sesuatu yang boleh memalukannya termasuklah cara berjalan,cara bercakap,bentuk mukanya,cara dia menulis,wataknya,ibunya,adiknya,saudaranya,pakaian,rumah dan sebagainya.Mulut tidak akan pernah berhenti berbicara,Jadi kita harus pandai mengawalnya. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa
Walaupun begitu, Imam Al-Ghazali ada menyatakan situasi-situasi dimana kita diperbolehkan untuk mengumpat :
1) mengadu kezaliman dan penghianatan yang berlaku
2) meminta pertolongan untuk mengubah kemungkaran
3) meminta fatwa
4) menyelamatkan saudaranya daripada kejahatan seseorang
5) memperkenalkan seseorang yang memang terkenal dengan gelaran tertentu
6) seseorang yang terang-terangan melakukan kefasikan

Tetapi harus diingat, enam situasi ini boleh digunakan dalam keadaan darurat sahaja. Jika tidak disebut nama pelakunya, maka itulah yang lebih baik.

ingatlah firman Allah S.W.T dalam surah al-hujurat : 12
" wahai orang-orang yang beriman ! jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada diantara kamu yang mengunjing (mengumpat) sebahagian yang lain. Apakah ada diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, Sungguh Allah maha penerima taubat, maha penyayang.

~ elakkan sembang kosong
~ sibukkan diri dengan beristighfar
~ maafkan diri ini andai ada termengata tentang diri anda
~ setiap manusia pasti melakukan kesilapan, seharusnya kita cepat-cepat bertaubat

Wallahu A'lam

Friday 3 June 2011

so-called muslim

In The Name Of Allah
The Almighty, The Wise

Zaman ini, hampir setiap hari kita mendengar berita tentang pembunuhan,  rompakan, kecurian,  penukaran jantina, minum arak, zina, buang anak. Apabila diselidik dan diamati,kebanyakan pelakunya adalah orang melayu ! islam !

Kemana perginya imanmu wahai umat islam ?
Kemana hilangnya sifat kasih-sayangmu wahai manusia ?
Kenapa lenyap sifat ihsanmu wahai hamba Allah ?
Rasulullah s.a.w bersabda, " Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara, kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi mana kamu berpegang dengan keduanya, iaitu Al-Quran dan Sunnahku ". Mari kita renung sebentar, sanggupkah kita mengaku umat nabi muhammad s.a.w sedangkan Al-Quran dan Hadith jarang sekali dibaca.Cuba muhasabah kembali selama kita hidup didunia ini, daripada beribu-ribu hadith,berapa banyakkah hadith yang telah kita hafal?sampaikah 5 hadith,atau mungkin 10. Cuba tanya diri sendiri selama saya baca quran, apakah pengajaran yang saya dapat dari membacanya?



Afalaa yatadabbarunal quran. Ramai dikalangan kita, apabila ditanya pernahkah kamu khatam al-quran? Jawapan yang diberi mungkin
--> ada lah dalam 2 @ 3 kali
--> kali ini masuk yang ke-6
--> dah 10 kali
--> dah banyak sangat dah, sampai tak terkira
Benar ! tidak dapat dinafikan ramai orang telah khatam membaca al-quran, tetapi persoalannya adakah kita faham apa yang kita baca? Apa yang al-quran ceritakan dan sampaikan kepadamu wahai sahabat? inilah yang dinamakan dengan tadabbur quran. Kita perlu memahami dan menghayati makna isi kandung al-quran itu sendiri.

Saya yakin sekiranya semua orang melayu, islam faham akan isi kandungan al-quran, pasti mereka akan rasa gerun dan cepat-cepat meninggalkan segala perbuatan yang mengundang kepada dosa. Ingatlah wahai sahabat, dunia ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah tempat persinggahan dan ujian semata-mata. Hadapilah segala cabaran dan rintangan dengan hati yang cekal. Gali dan carilah seberapa banyak mungkin amalan yang dapat menjadi bekalan untuk kita diakhirat kelak. Moga kita sentiasa dibawah lembayung mardhatillah.

YOU CALL YOUR SELF A MUSLIM BUT DO YOU ACT & PRACTICE LIKE ONE ?

~ Tepuk dada tanya iman :)
~ jom pakat baca tafsir al-quran

Al-Faqirah ila rabbi

Wallahu A'lam