Monday 24 June 2013

Hadis 27 (Kebajikan dan Dosa)


Daripada Nawas bin Sam'an r.a, Nabi s.a.w bersabda :-
Kebajikan itu adalah budi pekerti yang baik
dan dosa itu adalah segala sesuatu yang menggelisahkan perasaanmu 
dan yang kamu tidak suka bila dilihat orang lain
(hadis riwayat muslim)

 *hafal.hadam*

:)

Wallahu A'lam

Friday 21 June 2013

haa tengah "G" la tu...

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah, hari ini saya masih diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk melihat dunia dan terus mengumpul bekalan untuk akhirat. Moga semua amalan yang dilakukan hari ini dikira dan menjadi penyebab kita masuk ke syurga Allah. InsyaAllah....

Dari sehari ke sehari saya lihat kehidupan manusia diluar sana, saya rasa semakin takut dan risau. Mungkin dahulu saya masih didalam kelompok tarbiyah. Namun tidak mustahil saya akan keluar dari kelompok itu dan bergaul dengan manusia yang punyai pelbagai ragam dan berlainan sifat. Dan sekarang, saya sudah pun bergaul dengan mereka, melihat cara hidup mereka, hari demi hari, hampir setiap detik, mengata perihal orang lain. Astaghfirullah. Ya Allah Engkau peliharalah aku dan mereka ya Allah :(

Hakikat sebuah pengembaraan, saya perhati hampir di merata tempat....

Baru saja kaki melangkah masuk kedalam ofis :-
A : Eh harini aku ada G (gosip) terhangat. Eeee tak sabar rasanya nak cerita
B : Yeke? Pasal siapa? Cepat la aku dah tak sabar ni
A : Semalam aku bukak internet, tiba-tiba ternampak pelakon C dengan D...........
B : Biar betul diorang tu. Takkan la........
A : Betul ! Aku baca...............

pukul 10 pagi :-
A : Tadi aku call company ni, suara secretary dia punyala besar. macam lelaki
B : hahaha.yeke?
A : Betul. Aku tak tipu.............

Lunch :-
A : Eh tengok mamat tu, jalan macam nak cover macho
B : Mana-mana?
A : tu la yang tengah ambil lauk tu
B : Hik hik. Dengar-dengar dia dengan F dah putus. Betul ke........

pukul 2 petang :-
A : Ish bos ni. Nak benda ni siap cepat, dah la banyak. Confirm aku kena balik lewat. kena overtime
B : haha. padan muka kau
A : Dah la bagi gaji sikit, kedekut...........

pukul 5 petang :-
A : helo, hai akak tak ada G ke
B : Kau ni asyik G je. Haa tahu tak pasal........
A : Eh tak. kenapa dengan dia.....

Astaghfirullah...tahukah sahabat G (gosip) itu adalah mengumpat?
mengumpat itu hukum nya apa? ya, berdosa!
Apa balasan bagi orang mengumpat?

Perhatikan ancaman Allah!

Firman Allah S.W.T :
" Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela. Yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya. Dia (manusia) mengira bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya. Sekali-kali tidak! Pasti dia akan dilemparkan ke dalam (neraka) Hutamah. Dan tahukah kamu apakah (neraka) Hutamah itu? (Iaitu) api (azab) Allah yang dinyalakan. Yang (membakar) sampai ke hati. Sungguh, api itu ditutup rapat atas (diri) mereka. (Sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang.
( Al-Humazah : 1-9 )

Yang saya nyatakan diatas baru sedikit. Hakikatnya, hampir setiap saat mereka mengata mengenai orang lain. Masih ingatkah sahabat ketika peristiwa israk mi'raj? Baginda s.a.w melihat ramai penghuni neraka adalah dari kaum wanita. Adakah khabar itu masih tidak menggerunkan atau menggentarkan hati kalian? Astaghfirullah, bertaubat lah selagi masih ada peluang dan bernyawa.

Mari kita perhati hadis yang ke-29 dari hadis 40 (Imam Nawawi)


Daripada Mu'az bin Jabal r.a berkata bahawa beliau bertanya Rasululullah SAW

"Wahai Rasulullullah, beritahulah kepadaku tentang suatu amal yang dapat memasukkanku ke dalam syurga dan menjauhkanku daripada neraka. 

Nabi SAW menjawab:

"Engkau bertanya tentang pekara yang besar namun sesungguhnya ia adalah mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah SWT. Sembahlah Allah dan jangan menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun, kerjakanlah solat, keluarkanlah zakat, berpuasalah pada bulan Ramadhan dan kerjakanlah ibadah Haji ke Baitullah."

Kemudian baginda bersabda “Inginkah engkau kuberi petunjuk akan pintu-pintu kebaikan?”

Puasa itu adalah sebagai perisai, sedekah adalah amal yang menghapuskan kesalahan sebagaimana air memadamkan api, dan solatnya seseorang di tengah malam. Kemudian Baginda membaca ayat pada surah Al sajadah, ayat 16-17:

“Mereka merenggangkan diri daripada tempat tidur (sedikit sangat tidur, kerna mengerjakan solat tahajud dan amal2 soleh) mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut ( akan murka-Nya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi ( keredhaan-Nya) dan mereka selalu menderma sebahagian daripada apa yang kami beri kepada mereka. Maka tidak ada seorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (daripada segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal  soleh yang mereka telah kerjakan.”

Kemudian baginda bersabda

“Mahukah engkau kuberitahu tentang pokok amal, tiang dan puncaknya?” Saya menjawab  “Mahu wahai Rasulullah!” Rasulullah SAW bersabda “Pokok amal adalah Islam, tiangnya adalah solat, dan puncaknya adalah jihad.” Kemudian baginda bersabda: “Mahukah engkau kuberitahu tentang kunci daripada semua perkara itu?” Saya menjawab “Mahu wahai Rasulullah”

Baginda lalu memegang lidahnya dan bersabda “Jagalah ini!” Saya berkata “Wahai Nabi Allah, adakah kita dihisab atas apa yang kita katakan?” Baginda bersabda: “Semoga ibumu kehilanganmu! (ungkapan hairan). Tidak ada yang menjerumuskan orang ke dalam neraka melainkan hasil daripada ucapannya (yang berbentuk maksiat)?”

(Hadis riwayat Tarmidzi, dia berkata "hadis ini hasan sahih")


Oleh itu wahai sahabat, mari kita sama-sama pelihara lidah kerana lidah merupakan penyebab kita masuk ke dalam syurga atau ke neraka.

Banyakkan dan sibukkan diri dengan beristighfar

Moga Allah redha

Ya Allah Engkau peliharalah lisan kami, pendengaran kami, penglihatan kami, perbuatan kami, akhlak kami, moga kami tergolong dalam golongan orang-orang yang bertaqwa. Amin...

Peringatan buat saya juga :( Allah..........

Wallahu A'lam

Monday 17 June 2013

perancangan perlu diperhati

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni nak cerita sedikit pengalaman yang masih tersemat dalam ingatan

Dulu saya ada mengikuti satu program. Lebih kepada program rohaniah. Kisahnya bermula disini......

Satu hari saya dah sahabat lain diberikan sehelai borang dan perlu mengisi data-data yang dikehendaki seperti nama,tempat tinggal,umur,tarikh lahir,hobi,cita-cita,bilangan adik beradik,makanan dan minuman kegemaran,visi dan moto hidup.

 Selepas siap mengisi, kami diminta untuk memulangkan kembali kepada fasi-fasi yang terlibat. Ketika itu, saya ingatkan ia hanyalah untuk simpanan rekod program. Jadi saya tak ambil kisah sangat pasal data-data yang ditulis didalam borang.

Sampailah satu hari ni, kami dipecahkan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan A dan satu lagi kumpulan B. Nama saya terpanggil untuk masuk kedalam kumpulan A. Kami disuruh bergerak ke satu kawasan dan disana saya nampak seorang akhi sedang menunggu kami.

Selepas semua sudah berkumpul, akhi tersebut memberikan masing-masing 5 minit untuk berta'aruf sesama sahabat dalam kumpulan. 'tanyalah apa yang antum nak tahu pasal sahabat didepan ini' katanya. Bermacam-macam soalan diajukan. Dulu belajar diploma dekat mana, kos apa, mak ayah kerja apa, waktu lapang suka buat apa.

Selesai sahabat pertama memperkenalkan diri, kami yang mendengar ditanya seorang demi seorang tentang data sahabat tadi. Nama penuhnya, hobinya, tinggal dimana, mak nama apa, ayah nama apa. Saya yang memang cepat lemah ni agak cuak waktu tu. Kami ditengking apabila salah memberi maklumat. 'sahabat antum sendiri antum tak kenal!'.

Suasana bertukar wajah. semua tunduk kebawah. Tiba-tiba akhi memanggil semula sahabat yang baru memperkenalkan diri tadi ke hadapan dan adegan pun bermula....

akhi : apa moto hidup anti?
sahabat : nak belajar bersungguh-sungguh supaya nanti boleh tolong mak ayah
akhi : anti tipu ana! apa moto hidup anti?
sahabat : erk..ana nak dapat keputusan cemerlang didunia dan akhirat
akhi : tadi kata nak tolong mak ayah, sekarang kata nak berjaya dunia akhirat. ni dalam borang isi benda lain. apa moto hidup anti sebenarnya ni! bercelaru! kalau macam ni lah, anti memang tak ada tujuan hidup!

Dan....tiba pula giliran saya. Selepas memberitahu semua data, tibalah masa untuk ditanya moto hidup. Saya jawab 'ana akan berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan didunia dan diakhirat'. Memang itu yang saya tulis didalam borang kerana memang ini saja moto yang saya pegang sejak dari darjah 6 (moto yang ditulis didalam majalah sekolah). Saya pass...

Sebenarnya bukan pass tak pass yang saya nak bicarakan disini. Tapi dari apa yang saya dapat, kita perlu merancang hidup kita. Perlu ada misi dan visi yang jelas supaya kita dapat berusaha menuju kearah apa yang kita idamkan. Andai mahu berjaya di dunia dan di akhirat, haruslah berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan keduanya sekali. InsyaAllah semua orang mampu.

Kalau kita perhati bagaimana generasi islam dahulu berjaya mencapai kemenangan, kerana mereka punyai startegi, perancangan yang teratur. Matlamat dan tujuan hidup mereka hanya satu, kerana Allah! Perhatikan bagaimana Khilafah mentarbiyah rakyat-rakyatnya, bagaimana risaunya mereka apabila ada rakyatnya yang ditindas, bagaimana risaunya mereka andai ada rakyat yang tidak cukup makan, bagaimana takutnya mereka apabila ada orang islam menipu, mencuri, tidak solat, melanggar syariat islam. Allahu Akbar...

Terkadang saya rasa malu, sedih, menyesal kerana tidak bertindak awal. Umur makin lama makin meningkat. Ajal pula makin mendekat. Apa usaha saya untuk islam? Allahu rabbi...

Ya Allah, bantulah aku ya Allah. Tetapkan hati ku atas jalan dakwah keranaMu ya Rabb...

Sahabat, pimpinlah tanganku mencari redha Ilahi :(

Wallahu A'lam

Sunday 16 June 2013

Several criteria for you to choose your bestfriend

Check for this three qualities...

1) If you see them, they will remind you of Allah S.W.T
2) Their way of life will guide you to the path of Allah S.W.T
3) Their speech will increase your imaan

bestfriend until jannah, InsyaAllah :)

Wallahu A'lam

Saturday 15 June 2013

Antara dua peperangan..Ghazwatul jasad vs Ghazwatul fikr


Ghazwah, peperangan...

Between 2 wars, the second one is the most dangerous. Do you know why..?

Ghazwah al jasad. Peperangan dari segi luaran. Orang yang terancam akan berusaha bersungguh-sungguh mempertahankan dirinya dari diserang oleh musuh. Cuba perhatikan saudara-mara kita di Palestin, Syria, Iraq, Afghanistan. Mereka diserang dengan bedilan bom, kereta kebal, senapang dan pelbagai lagi senjata. Namun mereka tekad dan berusaha bersungguh-sungguh mempertahankan hak, diri dan agama.

Ghazwah al fikr. Perang pemikiran. Liberalisme, hedonisme, sosialisme sudah menjadi satu teras hidup. Budaya berhibur, begitu taksub dengan para artis, mendapatkan tandatangan mereka menjadi satu kebanggaan. Sedarkah kita bahawa musuh islam telah berjaya meracuni fikiran umat islam?



~ mereka menanam fahaman untuk tidak menutup aurat, memperlihatkan kecantikan diri agar dipuji oleh kebanyakan orang
~ mereka menanam fahaman agar umat islam sentiasa berseronok, berhibur dengan nyanyian dan tayangan yang melalaikan
~ mereka menanam fahaman untuk maju kehadapan, perlu mencontohi dan mengikut cara barat
~ mereka menanam fahaman supaya memandang serong terhadap "pendakwah"

Lupakah kalian ISLAM lah perintis kepada sebuah tamadun yang hebat dan digeruni?

Kini umat islam sendiri begitu fobia dengan perkataan 'dakwah' sedangkan dakwah itulah yang dilakukan oleh nabi Muhammad s.a.w untuk melepaskan umat dari belenggu kejahilan dan kezaliman.

Fikiran umat islam sudah dijajah dan dibedil dengan begitu hebat.

Sangat rugi bagi mereka yang diperangi namun tiada usaha langsung untuk mempertahankan diri.

Wallahu A'lam