Friday 20 January 2017

The best officemate in the world


Hari ni last day saya kerja dekat ASI.
Perasaan ?
Entah. Bercampur baur. Sedih, terharu, gembira, sugul, semua ada.
Bercampur dalam satu periuk.

Eh.
Periuk. Buku masakan !
Wehh, terima kasih korang 
Tau2 je saya perlukan buku masakan bila dah mula duduk berdua ni :D
Tak lupa juga buku be cool, tempat gantung kunci, (surat yang menyentuh hati yang cekal ni), perfume, biskut, dan semua lah.
Syukran semua !

Terima kasih untuk kenangan selama tiga tahun saya dekat sana. 
Terima kasih selalu bantu saya, sudi dengar luahan hati bila geram dengan mana mana pegawai @ client. 
Terima kasih sebab belanja saya.
Terima kasih sudi tukar duit syiling dengan saya.
Terima kasih untuk semuanya.

Jazakumullahu khairan kathiira

Moga kita berjumpa lagi

InsyaAllah

:)

Farewell untuk macam macam. hehe

Decoration dia.. fuhh.. fuhhh..

Tahun berubah, tempat tak berubah 

What a beautiful day. Dalam bilik ms lee :)

Syukran semua !

Anyway, teruskan perjuangan kawan kawan

Moga dipermudahkan segala urusan walau dimana jua kalian berada

Siiru 'ala barakatillah

Sayang korang kerana Allah :)

Wallahu A'lam

Friday 13 January 2017

Doaku buat opah :)


Jumaat
13.01.2017

Opah menghembuskan nafas terakhir

Inna lillah wainna ilaihi raji'un

Semua orang, doakan opah saya ya

Moga roh nya dikalangan orang orang bertaqwa dan beriman

InsyaAllah,

Ya Allah, Engkau terimalah segala amalan opah
Ya Allah, Engkau hapuskanlah segala dosa opah
Ya Allah, Engkau berilah buku catatan dan disambut oleh tangan kanan opah

Sakina doakan syurga buat opah

Opah jaga kita waktu kecik dan besar :)
Selalu belikan barang untuk kita
Jaga kita waktu mama ayah pegi haji
Teman kita jalan jalan kat padang polo
Selalu masak untuk semua orang (waktu opah sihat)
Solat raya sama sama kat masjid
Tak pernah tak bagi duit setiap kali jumpa opah (berganda ganda pahala opah sebab opah suka bagi duit kat semua orang)


Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmat dan sejahtera, dan maafkanlah dia.

Moga opah dapat berehat dengan aman dalam taman syurga

Moga syurga tertinggi menjadi milikmu

:)

Wallahu A'lam

Tuesday 10 January 2017

Si pengumpul duit syiling


Ini satu fakta !

Mengumpul duit syiling itu sesuatu yang menyeronokkan (^_^)

Siapa yang tak pernah cuba, cubalah !

Cuba sekali pasti ketagih :P

Ketagih dengar bunyi duit syiling bila dimasukkan kedalam mesin mengira dekat bank.

Kchingkchingkhcing 1000x

Dekat ofis ni,
Duit syiling semua orang saya bedal.

Suka betul buat announcement 
---» SIAPA ADA DUIT SYILING NAK TUKAR, ??

yang ni tukar dengan Vince :)

Dekat rumah pun boleh tahan modus operandi.

---» Mama ada duit syiling nak tukar? Meh sini. Hihi.

Jadi,

Selaku pengumpul duit syiling,

Saya ingin mengumumkan,

Pemenang bagi penyumbang terbanyak duit syiling jatuh kepada...

Semua Orang !

Terima Kasih semua

Jasa kalian kan kukenang buat seketika, kerana duit itu bakal kuguna untuk menjelajah keseluruh dunia.

Ewah.

(harapnyabukanhanyamenjelajahdalammimpisajalah,harapnyaberpijakdibumiyangnyatahihu)

Wallahu A'lam

Monday 2 January 2017

Peraduan memasak Y vs S


Percutian 3 hari 2 malam dekat Kuantan sangat sangat bestt..

Pada pagi yang hening,

Entah kenapa tiba tiba datang semangat untuk main masak masak. Hehe. Maka berlakulah pergelutan masakan antara saya dan suami dekat dapur. Ktang ktung ktang ktung...

Nasi goreng kampung siap !

Kumpulan Y. 

Masakan dia, perghhh... Kemmain sedap. Memang rugi la siapa yang tak makan hasil tangan beliau. Masak lah apa pun, selalu menjadi. Tak aci kan. Hmmm.. Awak, apa rahsianya? gtau la. Plis... :)

Spaghetti bolognese ni saya yang masak. hehehe. mana boleh kalah dengan dia. hew hew. Tetapi ! Gambar makanan tiada. Uwaaa.. Ada orang tu sebat sampai licin. Lepastu baru tersedar 'alamak tak ambik gambar lagi'.. Huu Yang ada hanya gambar beliau makan je. Nah

kumpulan S. Spaghetti illek. Yang ada kuah saja.

Tak pe, kita ada banyak masa lagi untuk asah bakat memasak. Hehe. InsyaAllah. Soon, you'll be surprised to see who are the champion of the year. Mehehe.

Yamin. Kindly take note ^^

Wallahu A'lam