Monday 29 July 2013

IRIS

Dengan Nama Allah
Yang Maha Pemurah 
&
Yang Maha Penyayang

Bookmark :)
Alhamdulillah, tamat sudah program Ijtima' Ramadhan Ikram Selangor atau nama singkatannya 'IRIS' yang diadakan di Masjid Shah Alam. Selama 24 jam mengikuti program ini, terasa ilmu yang disampaikan terlalu banyak untuk dicatit dan diingat. InsyaAllah hari ni saya nak kongsikan sedikit ilmu yang saya dapat disana.

Diceritakan....suatu masa dahulu ketika dibawah pemerintahan khalifah Muhammad bin Harun Ar-Rasyid (baginda diberi gelaran Mu'tasim Billah) pada zaman bani Abbasiah, seorang wanita muslimah telah diganggu dan dimalukan oleh tentera Rom di Damsyik, Syria. Wanita itu kemudiannya menjerit "ya Mu'tasim, ya Mu'tasim, dimana engkau?" (wanita tersebut menjerit nama khalifah kerana yakin dengan sifat ar-rijal (kelelakian) yang ada dalam diri khalifah Al-Mu'tasim Billah yang akan datang menolongnya)

Berita tersebut akhirnya sampai ke pengetahuan khalifah yang ketika itu sedang berada di Baghdad. Memandangkan keadaan tempat antara keduanya (Damsyik dan Baghdad) agak jauh, baginda telah mengutus surat amaran kepada ketua gereja dengan berkata "kepada anjing-anjing Rom, kalau kamu tidak menghentikan perbuatan biadap itu, saya akan datang kepada kamu dengan tentera-tentera kami dimana barisan hadapannya berada di pintu-pintu (Damsyik) dan barisan belakangnya berada disini (baghdad)!". 

Kata-kata baginda ini menunjukkan betapa ramainya tentera islam yang akan dikerahkan keluar untuk memerangi tentera Rom jikalau mereka tidak menghentikan perbuatan biadap mereka yang 'hanya' mengganggu seorang wanita muslimah di Damsyik. Namun amaran tersebut tidak diendahkan oleh tentera-tentera Rom. Khalifah  Al Mu'tasim Billah segera mengerahkan tentera-tentera islam keluar bagi memerangi mereka dan akhirnya kemenangan besar berpihak kepada tentera islam.

Sifat ar-rijal yang ditunjukkan oleh pemerintah dan tentera islam ini menyebabkan puak kuffar dahulu sentiasa berasa takut dan gerun dengan nama 'ISLAM'. Mereka tahu betapa sensitifnya umat islam terhadap perkara-perkara yang boleh merobek maruah seseorang dan mereka tahu kekuatan yang ada pada tentera islam.

Cuba kita bandingkan dengan keadaan sekarang. Rakyat di Syria, wanitanya, anak-anak kecil dibunuh dengan begitu kejam. Disembelih. Ditumbuk hingga terkeluar isi perut. Mungkin ada pihak yang mengatakan 
'apa beza dengan rakyat-rakyat di Palestin'. Betul, mereka juga diseksa, dibunuh tapi kebanyakannya menemui syahid akibat dibedil oleh meriam, terkena serpihan bom. Tidak dinafikan semua cara yang dilakukan oleh puak kuffar sangat sangat zalim. Tetapi di Syria, mereka disembelih! Literally kita kata sembelih. Cuba kita bayangkan sejenak. Perbandingan dibunuh dengan cara dibom vs disembelih, mana yang lebih perit? Pernah tengok kan lembu disembelih ketika hari raya korban? Cuba tukar gambaran lembu itu kepada manusia.

Persoalannya dimanakah ar-rijal yang kita harapkan? Ar-Rijal yang sanggup bertindak mengorbankan nyawa semata-mata demi mempertahankan maruah dan juga nyawa seorang wanita. Kalau dahulu pemimpin-pemimpin islam mengerahkan semua tenteranya menyerang puak yang berlaku biadap terhadap wanita, kenapa hari ini kebanyakan pemerintah, tentera dan rakyat islam mengambil tindakan berdiam diri? Mereka dibunuh! diseksa! dibakar! dirogol! Kerana semata-mata ingin mempertahankan hak mereka terhadap diri, harta dan negara mereka. Mana pergi nya sensitiviti umat islam hari ini?

Buya Hamka pernah berkata, "umat yang membiarkan wanitanya diganggu, adalah umat yang sudah tidak ada kelelakian padanya.Kapankan batang tubuhnya, takbirkan 4 kali, usungkan ke kuburan dan kebumikan kerana umat ini tidak patut wujud didunia ini".

Thauban r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda :
"Sebentar lagi akan datang umat-umat yang berkerumun keatas kalian seperti kerumunnya orang-orang yang makan pada satu pinggan". Maka seorang sahabat bertanya, "apakah jumlah kami pada ketika itu sedikit?" Rasulullah s.a.w menjawab "bahkan jumlah kamu pada saat itu ramai. Akan tetapi keadaan kamu seperti buih-buih dilautan. Dan sesungguhnya Allah akan mencabut dari (hati) musuh-musuh kamu rasa takut terhadap kamu serta akan ditimpakan (penyakit) al-wahn didalam hati-hati kamu". Para sahabat bertanya apakah penyakit al-wahn itu? Baginda menjawab, cinta kepada dunia dan takut mati".
(riwayat Abu Daud)

Teringat juga sebuah kisah benar yang berlaku waktu zaman dahulu. Dikisahkan tentang seorang wanita yang mempunyai 4 orang anak lelaki. Beliau telah menghantar anak sulungnya untuk pergi berjuang bersama-sama tentera islam yang lain. Apabila tentera islam pulang, beliau mendapat berita bahawa anaknya telah meninggal ketika berperang. Beliau tidak merasa sedih bahkan bersyukur kepada Allah s.w.t kerana telah berjaya menghantar anaknya menemui syahid. Perkara yang sama berlaku kepada anak yang kedua, ketiga dan keempat. Tetapi perkara pelik berlaku tatkala mendapat berita tentang pemergian anaknya yang keempat, beliau menangis tersedu sedan. Apabila ditanya mengapa beliau menangis, beliau menjawab "saya bukan sedih kerana anak yang keempat menemui syahid, tetapi yang membuatkan saya sedih adalah kerana saya tidak punyai anak lagi yang boleh dihantar untuk berjuang dan mendapatkan syahid"....SubhanAllah

Perhatikanlah...

Firman Allah S.W.T :
"Katakanlah jika bapa-bapamu,anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan rasul-Nya serta berjihad dijalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik"
(At-Taubah : 24)

Wallahu A'lam

Sunday 21 July 2013

Menegur orang biarlah berhikmah


Situasi : Di dalam kelas

Tipah yang memang terkenal dengan keanggunannya, mengenakan pakaian yang agak seksi, rambutnya dibiar terurai dibuai angin berjalan masuk ke dalam kelas. Suasana menjadi sedikit bising ditambah pula dengan siulan pemuda-pemuda menggamit keadaan.

Tiba-tiba seorang ikhwah bangun lantas menegurnya dari jauh...
"Tipah, kenapa pakai baju seksi-seksi datang ke kelas. Pakai la baju kurung. Kan sopan sikit".

Imam Syafie Rahimullah berkata : "Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi, maka dia benar-benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu didepan khalayak ramai, maka dia sedang menghinamu".

Perkara diatas biasa terjadi, tapi dalam situasi yang berbeza. Mungkin niat orang yang menegur itu baik. Tapi bagaimana pula perasaan orang yang ditegur didepan kawan-kawan lain. Cuba kita letakkan diri kita ditempat Tipah. Mesti rasa malu ya amat, rasa geram, marah. Natijahnya hubungan sebagai kawan retak dan mungkin tidak dapat mengubah sedikit pun perasaan malu mengenakan pakaian sedemikian.

Seandainya kita nak menegur kawan kita, lebih elok kita berjumpa atau bersembang berdua dengan dia. Itu lebih memberi kesan kepada dirinya kerana itu menandakan kita prihatin dan sayang terhadapnya.

~ mana yang terlepas pandang, perbetulkanlah :)

Wallahu A'lam

Saturday 13 July 2013

Tadabbur al-quran


Kelmarin saya baca satu artikel menarik !

Tajuknya : Adakah membaca itu satu hobi?

Inti pati yang saya dapat dari penulis : "membaca" itu merupakan satu perintah Allah. Ayat pertama yang diturunkan (bacalah dengan nama Tuhan-mu yang Menciptakan). Allah kata iqra'. Bacalah!

Berbalik kepada tajuk, hobi itu boleh ditafsirkan sebagai sesuatu yang akan kita lakukan bila ada waktu lapang. Ada orang hobinya memancing, bermain bola, melayari internet, tengok tv dan banyak lagi. Kalau kita kata hobi kita membaca, secara automatik kita meletakkannya setaraf dengan hobi-hobi lain. Hanya membaca bila ada kelapangan. Sedangkan membaca, mencari ilmu merupakan satu perintah Allah yang sangat besar. Tak kira lah masa kita sedang sibuk atau tak, cari juga masa untuk membaca.

Gulpp..terkedu. Rasanya saya penah jawab (hobi saya membaca) satu ketika dulu. Hik hik..Teruknya saya ni. Baik, InsyaAllah saya akan membaca setiap hari walaupun sedikit. 

Kebiasaan kita akan berusaha membaca al-quran sehingga khatam dalam bulan Ramadhan. Alhamdulillah. Ini satu tindakan bijak. Lakukan seberapa banyak amalan yang boleh kerana Allah sudah menjanjikan ganjaran yang berlipat-lipat-lipat ganda dalam bulan Ramadhan.

Bila kita dah selalu membaca al-quran dalam bulan Ramadhan, secara tak langsung kita akan membaca al-quran dalam bulan-bulan lain. Tapi tak lah sampai khatam setiap bulan. Kan? (^_^)

Tapi cuba kita fikir sejenak,renung sebentar. Bukankah membaca sebaris ayat al-quran sehari, membaca maksudnya, memahami dan mempraktikkan dalam kehidupan kita itu lebih baik dari khatam al-quran berkali-kali namun tidak faham apa mesej yang Allah S.W.T sampaikan?

Hushhh, ruginya rasa....T____________T

Firman Allah S.W.T :
" Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhan-Mu yang Menciptakan. Dia telah Menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhan-mu lah Yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya "
(Al-'Alaq : 1-5)

Wallahu A'lam

Tuesday 9 July 2013

Sambutlah tetamu dengan jiwa terbuka :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Masa berlalu terlalu pantas. Rasanya baru je puasa, tahun lepas. Dan esok kita semua akan bertemu semula dengan tetamu teristimewa, Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdullilah. Allah masih beri peluang kepada saya dan sahabat untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini. Mari kita persiapkan diri, hiaskan diri secantik-cantiknya untuk menyambut tetamu mulia ini. Moga kita sentiasa terdidik dan ditarbiyah dengan kehadirannya. InsyaAllah :)

Jangan dilupa saudara kita disana, yang sedang sengsara mengerang kesakitan, diseksa, dibunuh. Doakan kekuatan rohani, fizikal dan mental buat mereka untuk berhadapan dengan musuh Allah. Harus kita ingat, walau keadaan negara mereka sekarang ini huru hara, mereka tetap berpuasa. Mereka tetap melaksanakan perintah Allah. Jadi apa alasan kita disini untuk tidak berpuasa?

Mari kita perbanyakkan doa dibulan yang penuh rahmat ini. Moga Allah memberi kemenangan kepada umat islam diseluruh dunia. Biiznillah. InsyaAllah.

~ Ahlan wasahlan ya Ramadhan kareem. Selamat menunaikan rukun islam yang ketiga sahabat (^_^) ~

Wallahu A'lam

Friday 5 July 2013

Bangunlah sahabat!


Isu Syria masih terus dibicarakan. Lepas maghrib tadi, saya bersembang dengan mak . Mak saya cerita tentang keadaan disyria yang semakin mengganas. Puak syiah yang kehausan darah terus membunuh puak sunni. Berita terbaru kaum muslimat dirogol beramai-ramai sehingga meninggal. Allah....ini sungguh kejam! Sangat zalim!

Mak saya kata dia teringat satu ketika dulu dalam tahun 1980-an @ 1990-an, di Bosnia berlaku peristiwa sama seperti apa yang sedang berlaku di Syria sekarang. Ketika itu jiran-jiran yang dahulunya sangat baik sesama sendiri  tiba-tiba bertukar wajah. Bayangkan jiran kita sekarang, yang sangat baik, peramah, murah hati tiba-tiba datang ke rumah mahu membunuh kita dan sanak saudara kita?Seakan tidak pernah mengenali antara satu sama lain. Astaghfirullah...kenapa boleh jadi macam ni?

Sahabat, bangunlah! Jangan terlalu leka dan berasa selesa hari ini...saya rasa sedih, sebak apabila berita tentang saudara kita yang sedang terseksa disana dibincangkan, terdapat segelintir umat yang bertanya “jadi, apa yang kita boleh buat? Pergi sana dan berperang?”

Allah..Allah..

Sahabat, jangan terlalu naif. Buka lah minda kalian. Terlalu banyak cara yang boleh kita lakukan untuk membantu mereka. Doa. Sedekah. Menghebahkan berita tentang kesengsaraan mereka agar ia dapat menyuntik semangat kita untuk bersatu!

Faktor utama umat islam lemah kerana rohani kita lemah. Hubungan kita dengan Allah lemah. Akhlak kita lemah. Semuanya kerana fikiran umat islam masih didominasi oleh puak kuffar. Di Malaysia, umatnya masih lagi berhibur, menyanyi, berjoget, minum arak, pergi disko, tak tutup aurat.

Sahabat jangan sekali-kali kita mencabar Allah. Apa yang Allah suruh lakukan, lakukanlah sebaik mungkin. Apa yang Allah larang, jangan sekali-kali kita lakukan. Susah ke nak ikut?

Ya, Allah. Pilihlah aku sebagai tentera-Mu. Amin....

~ masih lagi sedih dengan berita penindasan umat islam di seluruh dunia :(

Wallahu A’lam